dialog ini adalah antara pregnant mommy & seseorang.
situasi : pregnant mom ni baru nk menelan 4 jenis supplement yg klinik gomen bekalkan.
seseorang : ehh, ko mkn ubat yang klinik tu bagi?
pregnant mom : ha yela.nape?
seseorang : eh..ko baik jangan makan. nanti baby besar tau. aku dulu slalu buang ubat tu.
pregnant mom : ade ke?kan ni bagus utk baby?xkan la nurse tu susah2 nak bagi plak??
seseorang : betul. member aku cakap. dah..dah. ko jangan makan. kalo ko rasa nk jugak makan supplement, ko beli kat farmasi.
pregnant mom : okeh.aku buang gak la. takut aku baby besar dlm perut. teruk aku meneran nanti
***fin**
ok.ini mmg citer benar.bukan rekaan aku langsung.aku xpaham kenapa ada insan2 yg bersifat 'mulia' dlm menasihati member suruh jangan makan supplement yang doktor bekalkan.alasan mmg sama,takut baby besar dlm perut.itu bukan penyebab ok.supplement ni sebenarnya sgt bagus utk kesihatan ko dan baby.sape2 yg bakal menimang cahaya mata,atau mmg nak tau khasiat supplement ni diminta meneruskan bacaan free ni.sape yg rasa aku tulis ni salah,tak bagus dan berfikiran seperti 'seseorang' di atas,aku menasihatkan..sila main jauh2.aku tulis ni pun atas dasar utk pengetahuan aku sendiri dan aku nk berkongsi ilmu yg puas aku search pakai enjin turbo kt internet opis.
*_*" tetibe rasa aku jd pengguna internet yg bijak hari ni sbb susah2 amik tau pasal kesihatan.
ok.utk pengetahuan seme yg xpernah dpt supplement dr klinik ibu ni.cam aku tiap2 kali dtg mesti nurse tanya,'ubat kamu dh abis??".
dengan bangga aku jawab sambil kembang kempis idung, "sket lg nk abis.bleh dh bg yg baru ni kak."
pastu dia akan bg aku 4 jenis tablet yang kat plastik dia terpampang tulis :
FOLIC ACID, VITAMIN B-COMPLEX, ASCORBIC ACID & FERROUS FAMURATE.
so,meh aku citer ape kebaikan supplement2 ni k.aku dpt ni dr sumber internet tp aku dh edit sket sbb ada yg terbalik2 ejaan dia
.*heheh*
1. ASID FOLIK
Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).
Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida :
• Keluarga yang pernah mengalami NTD
• Pernah hamil anak yang mengalami NTD
• Mengambil ubat sawan
• Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.
2. B - COMPLEX
B-COMPLEX-kumpulan ini mengandungi sekurang2nya 11 jenis.setiap satu dan secara berkumpulan diperlukan utk kesihatan.ia mengandungi 11 jenis vitamin kumpulan B dan setiap satu mempunyai peranan2 yg tertentu:
Vitamin B1 (thiamine) :
-ingatan yg kuat,guna glukos,morale vitamin,diuretics
-jika kurang : uzur, stress, tua, pelupa, sedih
Vitamin B2 (Riboflavi,vitamin G) :
-Glial,myelin,neurotransmitters,guna glukos
-jika kurang : kudis di mulut, bibir, kulit dan kemaluan
Vitamin B3 (niacin,niacinamide) :
-hormon seks,insulin,fungsi otak,guna glukos,baiki myelin,ingatan
-jika kurang : mudah pening,pelupa,lesu n uzur
Vitamin B5 (pantothenic acid) :
-hadam protin,karbohidrat,acethylcholine,buang toxin,pulih myelin,luka2
-jika kurang : letih,luka susah pulih,pelupa,lembab belajar,gout,ingatan lemah
Vitamin B6 (pyridoxine) :
-bina neurotransmitters,baiki myelin,diuretics,hadam protin,enzim penting
-jika kurang : sering letih,lembab belajar,sembab,mudah cemas,cramps
Vitamin B12 (cobalamin,cyanocobalamin) :
-jaga myelin,bina sel darah,hadam protin
-jika kurang : letih lesu,lemah konsentrasi & ingatan, tiada selera makan
Acid folic (folacin, vitamin M)
-kulit sihat,kurang uban,jaga selera,tingkatkn daya dan sistem simpanan otak
-jika kurang : susah tidur,bisul,jerawat,tak ada selera,cact otak bayi,hiba kurang darah
Biotin (coenzyme R,vitamin H)
-hadam vitc,protin dan lemak,menjaga kesihatan kulit
-jika kurang : sering letih lesu,jerawat,cepat uban n rambut gugur
Inositol (lipotropic tepu dlm air)
-segarkan sel otak,rambut kurang gugur,tenteramkan emosi,elak jerawat,hadam lemak
-jika kurang : masalah kulit,cepat uban,mudah hiba,kurang bhn minyak utk sel
Choline (jenis lipotropic)
-segarkan sel otak,bhn sumber acethylcholine,buang toxins,emosi n kwl kolesterol
-jika kurang : belajar lembab,mudah sedih,mslh kolesterol
PABA (para-aminobenzoic acid)
-kawal kulit kedut,kulit sihat,kawal uban dan kesan dr drugs & antibiotics
-jika kurang-masalah kulit dan uban,lambat pulih dr keuzuran.
3. ASCORBIC ACID
- Juga dikenali sebagai Vitamin C.
- Mustahak untuk memelihara sendi,tulang dan lain lain tisu sokongan.
- Ia mudah didapati di dalam buah-buahan dan kentang
- Disebabkan Ia merupakan agen anti-oxidant,ia menolong melancarkan peredaran darah dan dapat mengelakkan sel-sel darah dari bersatu dengan toksid di dalam udara yang berkemungkinan menyebabkan kanser.
- Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kebaikan Vitamin C :
1.Mencerahkan kulit (Mencegah penyakit kulit)
2.Mengurangkan "stress"(tekanan) - fizikal/mental
3.Meningkatkan ketahanan badan terhadap sebarang penyakit
4.pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun)
5.Menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema
6. Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
7. Mematikan radikal bebas merbahaya
8. Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Kesan Kekurangan Vitamin C :
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
4. FERROUS FAMURATE
Ferrous fumarate (zat besi) adalah untuk tambah hemoglobin dalam darah sebab requirement badan masa mengandung akan meningkat. Vitamin C sebenarnya untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada pil/makanan kita sebab kalau makan pil tu berapa persen sahaja yang diserap masuk dalam darah. The rest keluar dalam najis, dan sebab tu najis jadi hitam dan air kencing berubah warna. Ferrous famurate juga boleh didapati dari daging, organ dalaman, kerang, sayuran hijau seperti bayam dan sebagainya.
sumber :
1.
http://www.f-buzz.com/2008/07/03/makanan-tambahan-bagi-ibu-hamil-dan-menyusui/
2.
http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=121:kepentingan-asid-folic&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58
3.
http://ishazacosmetic.fotopages.com/
4.
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=11085
5.
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-246127-page-2.html
ツdush!