30.5.12

kek milo kukus

tak pasal-pasal dapat nama ni.

asalnya pagi ahad lepas aku nak buat cupcake coklat kukus.yeahh.aku dapat resepi ni dari fatin liyana ko tau.berkobar-kobar nak buat cupcake ni.dah berapa bulan ku tahankan perasaan.last-last pagi tu aku naked nekad nak buat jugak.

tengok bahan,alamak!dua bahan penting aku takde.gula perang dengan koko.camno ni?
bahan lain dah bancuh.maka pendek cerita aku gantikan dengan gula pasir dengan milo.aku kurangkan sukatan gula pasir sebab aku tau gula ni berat dan lebih manis.milo aku guna sukatan yang sama dengan koko.

siap bancuh.maka,aku susunkan cup dalam dulang pengukus dan tuang bancuhan kek.aku guna periuk nasi sebagai pengukus since dalam manual kata boleh mengukus sekali.aku ikut kata buku tu yang suruh letak air untuk kukus sebanyak 3 cup.

round pertama.aku kukus dengan hensemnya.siap mms kakak aku lagi nak tunjuk betapa rajinnya pagi-pagi.


sekali aku bau lain macam.aku jenguk periuk tengok air dah menggelegak sampai ke atas.wohh.dah macam masak nasik.sudahnya kukusan pertama reject.masuk dustbin!

round kedua.aku syak air banyak sangat.sebab tu air sampai ke atas.takpe.cuba lagi.aku kurangkan air kukus pulak.dan kali ni sedang kukus kek sudah jadi macam ni.


ambik kau.kembang tak hengat.time ni baru aku perasan fungsi acuan cupcake yang ada kat rumah mak tu.
budus.nasib baik saya budak baru belajar.-_-"
maka,reject lagi.

round ketiga.sebab dah tahu kek takkan jadi tanpa acuan,maka memikir la aku ini dengan sedalam-dalamnya.nak buat camno lagi ni.balance banyak lagi.pastu tetibe terpikir apesal aku tak letak je dalam bekas taufu fa je (bekas transparent tu).kan ke bekas tu tahan panas.ye.terus terasa diri sangat genius.


dan aku try kukus satu persatu.masa round pertama kukus dalam bekas ni aku still berdebar lagi.jadi ke tak ni?aku tengok je dalam periuk tu.usha sehabis baik.


dalam 15-20 minit,pemetik periuk berbunyi.tap!dan aku keluarkan dengan rasa berdebar.dan ini rupanya hasil yang terjadi.tadaaa!!


maka aku sambung lagi mengukus sebanyak dua kali repeat.


dan bila kau potong kek tu untuk makan,kau akan ketemui isi dalam yang cair dan moist.pehh..


basah-basah gitu.tak sangka aku dapat buat kek yang camni.dan macam biasa,peneman sepanjang aku buat kek la yang jadi tukang rasa.dah macam juri kau.


siap dengan komen sekali.





# haifa cakap "sedapnya..emm"

rajin ke nak cuba?
okay.aku bagi resepi.sila cuba ye.kalau sedap memang kena buat lagi.tapi terus terangla cakap,aku buat 3 bekas tu memang tengah malam tu habis licin.buat bekas gitu memang senang la.amik bekas,amik sudu,hadap tv.memang heaven.


Resepi Kek Milo Kukus
( tak payah pakai mixer pun takpe )


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan milo
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam bekas. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15-20 minit 




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8 comments:

  1. Salam pn dd, saya suka profile u saya cinta kafein tu..... kita sama cinta kafein. Salam kenal.... i dah follow u nnt follow blk ye.

    ReplyDelete
  2. salam.
    ok,salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  3. alop....
    tengah skodeinging nih... :P

    ReplyDelete
  4. ko skodeng la aku selalu.
    eh,ko ada blog ke?

    ReplyDelete
  5. akakaka...ader~~
    tp shhhh.... ktia2 aje~~ hahaha

    ReplyDelete
  6. hehehe.aku dah jumpa link ko.
    chikuru.blogspot.com kannnn?hehehehe

    ReplyDelete
  7. hahahaha...perlu ke ko mention kat sini?

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST