30.6.10

love's rhapsody

I miss Your hair...And I miss Your Perfume..And I miss the way

you talk..And I miss the way you smile...And I miss the smell..

of your skin..And I miss the smell of your breath..And I miss..

the way you touch me..And I miss the way you kiss..And I miss..

everything in u... I ... do..And I miss the sound of your voice

And I miss the look in your eyes..And I miss the way you..

please me..And I miss the way you squeeze..And I miss when

I makin' love to you…

dewa :
love's rhapsody


dush!

28.6.10

weekend #2 : rindu rinduan


miss my encik ejang.dia pergi training bola kat kuantan sampai Rabu ni.
sbb jumaat ni dia akan ke Seremban sebagai wakil JKR Pahang.
hukhuk..really sad sbb kali ni minggu kedua dia tinggalkan aku ngan Rifdi kat sini.
lastweek 3 hari ktorang berjauhan..hari jumaat tu dia sampai.rifdi pun dah tido.kesian sangat sebab bahu dah sakit sakit dan sengal.kata dia, "training kali ni macam nak masuk world cup.dasat siott.."
aku sebagai sorang wife yang baik ati ni sentiasa bagi support..takpe.adatla bersukan..
esoknya aku belikan Salonpas (wehhh..aku salah ke?)..tolong tampalkan kat bahu gantikan koyok.ape daa..pening kepala tampal koyok,sengal pun nak tampal koyok gak ke?

weekend baru ni ktorg gi shopping sama sama,lepak umah sama sama,tengok bola sama sama..
tapi semalam dia dh kena pergi semula ke kuantan.kata dia, "beratnya rasa nak tinggalkan sayang ngan rifdi.."
huhuk..T___T sobs..sobss..
tapi sebagai sorang isteri yang memahami aku kena support lagi dia..alaaa..kali ni je.kan?kan?

.......padahal dalam ati,aku sedih sangat.semalam masa dia gerak ke kuantan..rifdi meraung raung kuar bilik air,ingatkan abah dia dh pergi, rupanya abah dia bleh patah balik amik surat yang tertinggal.so,nampak la si anak ni akan abahnya yang dah gerak naik pajero JKR..
ape lagi..dengan berbogel meraung la dia kena tinggal..
aku plak yang bergenang air mata tengok..hukhuk..sedih siott..

aku pun start memikir camne la aku dalam pantang nanti?? -akan datang : entry memikir strategi pantang-

sedihnya.rindu betul kat encik suami.

notakukukaki : jangan marah.mode kali ni memang jiwang giler..hukhuk

of coz me.the only one.

dush!

25.6.10

jatuh cinta

tiba tiba terberkenan..

sumber : yahoo.com
dush!

22.6.10

rifdi #9 : ❤special to my Rifdi❤

NORHAFLAN RIFDI BIN NORAZMAN

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you
More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

: More than words
by Extreme

my sweetheart Rifdi, be the Great Brother after this.
Be the idole for your siblings.
Jadilah anak yang soleh.
Be the best.
Ibu really L❤VES u


dush!

21.6.10

rifdi #8 : shrek-mania

berbangga la shrek kalau tau ada peminat no.1 dia yang tak jemu jemu menonton ceritanya.

adapun kisahnya, si anak yang bernama Norhaflan Rifdi telah dibawa ke McDonald's Teluk Cempedak suatu waktu dahulu.kebetulan kalau beli Happy Meal akan dapat gift Shrek, maka aku selaku mak budak yang mmg minat giler citer Shrek ni pun mengangguk nganggukkan kepala lutut pada Miss Cashier situ tanda memang nakkkkk sangat gift tu.

rifdi yang agak pelik pelik ngan binatang hijau aka ogre aka Shrek ni kehairanan jugak laa..apemenda natang ni?aku pn tekan tekan perut dia ada plak bunyi "Arkkkkkk!!" pastu dia belching.haih?rifdi gelak je.macam berkenan je..balik umah,masa dia sepahkan dvd..dia terjumpa dvd Shrek aku.dia tunjuk dan buat bunyi Shrek.."Arkkkkk!!".so,dia dh nampak..aku pn pasang la citer tu kat dia.oo,rupanya dia sangat interest kat citer ni.pas mandi,nak pakaikan diaper (standard budak besar ni mmg tak bleh duduk diam kalau pakai diaper)..aku akan pasang citer ni.so,dia akan senang ati dan bleh duduk diam.

kacau aku buat keje umah,aku pasang citer ni..dia akan diam.

bangun tido pagi pagi aku offday,aku pasang citer ni..dia akan diam.aku bleh sambung tido.hahah!

pagi pagi nak gi keje,dia bangun awal,aku buat susu,pasang citer ni..dia diam.aku bleh bersiap..

alhamdulillah - biar la orang cakap aku mendidik anak pakai kartun,lantakkk..janji dia senang,aku pn senang.ehh,sambil sambil tu dia bleh belajar bahasa inggeris ape..hehe

paling best,kalau perhatikan masa dia tengok Shrek ni..dia bleh ajuk segala perbuatan dalam tu.ajuk donkey nyanyi,donkey plopping masa otw gi Far Far Away,Shrek mandi manda time intro Shrek 1 *time lagu Smash Mouth-All Star*, and banyak lagi laaa.

so,ni antara pic yang sempat aku snap via hp i yang tak canggih mana kamera dia tu..hukhuk -,_-,

13-06-2010 : 9.21am

17-06-2010 : 8.21pm

18-06-2010 : 9.25pm

19-06-2010 : 11.43am

20-06-2010 : 10.24am

20-06-2010 : 3.51pm

20-06-2010 : 8.49pm

21-06-2010 : 7.45am (pagi tadi)

memang kipas-susah-mati Shrek la..
tapi 2 siri je ada kat umah.Shrek 1 & Shrek 2.
takpe..pasni ibu akan usahakan mencari dvd Shrek 3 & Forever After.
yeehaaa!!


donkey yang lawak, shrek yang penyayang & puss yg sangat kiutt~

dush!

17.6.10

aku dan tugas tugas berat mata memandang

sape kata keje gomen ni keje goyang kaki?
sape cakap gitu memang nk kena penampar jepun orang jepun.aku orang melayu pandai makan pulut panggang je =) ok.mungkin sbb pagi tadi aku makan kuih ni.tu yang merapu kuasa dua.

kat opis aku sekarang masing-masing bz bee.banyak giler aktiviti musim ni.
selain dari opis kena mulakan sistem 5S (ini sistem datang dari negara jepun - oraitt,jepun lagi).segala gala kat opis kena tagged.ingatkan kat facebook ngan blog je ada tag tag ni.rupanya kat opis pun ada.tempat letak pensil pun kena tagged 'pensil'.lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup* semua nak kena tagged seolah-olah orang yang datang taktau semua menda tu dipanggil ngan nama lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup lagi*

tak cukup ngan sistem baru, kami geng geng teknikal plak wajib join group KIK (dulu dikenali sebagai KMK).apemenda KIK tu?
itu adalah shortform utk Kumpulan Inovasi Dan Kreatif.yang ni plak bertujuan utk buat group dan create satu kaedah baru yang bleh bantu melaksanakan tugas bahagian teknikal dengan lebih mudah.contoh opis ktorg ni, ktorang mencipta satu alatan untuk membina longkang V type 2.apemenda tu?
hah,xpayah la korang tau.ni semua kena masuk bertanding.aku takut nanti ada orang tiru..bahaya!~*Urusan Kerajaan*

aku sbg setiausaha yang comel comel ni kena la siapkan paperwork & minit mesyuarat.everyweek kena buat group meeting.baru baru ni,atas permintaan encek hubby (ehh..korang taktau ek dia pun satu opis ngan aku?..hekhek.dia pn kena masuk group jugak)..dia suruh testing alat yg ktorang create tu kat tapak.maka ari esoknya yakni bersamaan minggu lepas,kitorg pun beramai ramai mencari longkang yang seswai bagu tujuan temuramah testing.ahah..malas nk cakap banyak.ni la antara foto foto yang diambil.dan dalam gambar ni korang akan perasaan beberapa perkara penting. sebelum tu, sila jamu mata.

encek encek sekalian sibuk. puan puan lak main main

puan puan yang jadi tukang tengok pemerhati

masih lagi dengan tugas masing masing

sila tekun ye ;)

sempat lagi mengumpat dengan hebatnya

ehh..siap bergambar utk kaver album lagi

pose sebelum balik

ok.perkara perkara yang aku nak sampaikan :

1. encek hubby xdek dalam gambar sebab dia gi kuantan.
(dia yang request,dia yang takdek.baguss)
2. perasan tak?..aku sekadar jadi pemeriah gambar je.hahah.
siap pandang kamera setiap kali kamera menghala ke diri ini.
hahah.sah camera junkies!

dush!

16.6.10

pronunciation yang sangat mendebarkan

copy paste dari citer yang jadi koleksi dalam kotak mail aku.stakat untuk berkongsi citer nih..

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.

Gua punya la terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

“Dalam sinki pantri.”

Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

...*^~)^@&*&##^%$#$%$#........!!!

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara





notakukukaki : jangankan penulis citer asal, aku pn bleh pecahkan satu opis kalo dapat berita gempak camni pagi pagi hari!
len kali nak berspeaking biar cakap terang2..kalau tak reti,tolong berbahasa melayu! cakap je CAWAN!

14.6.10

rifdi #7 : penangan air tangan ibu

entry title memang xbleh blahhh!!..hahah

lama betul aku berpencen di dapur.tapi semalam setelah lama tak memasak makanan heavy, aku pn mencemar duli menggoreng mee utk dinner kami tiga beranak.
nak makan pn kna tunggu half-time *kan musim world cup skarang nih*.encek ejang mana bleh miss any part kalau ada game nih..so,time makan mmg best.nak nak kalo tengok rifdi makan.sampai kena tanggal baju.
hihih ;)



*gambar memang tak cun sebab pakai henpon cam yg 2MP jer*

tengok,makan sampai gigit garpu.pnya la sedap masakan ibu ni.muahaha!
anak ngan abah sama je.kalau makan makanan ibu masak,memang makan bertambah tambah.
ohh..kesian plak rasa.rasa bersalah tau sebab jarang dapat memasak ni..hukhuk
padahal buat mi goreng biasa je.cuma biasa la,menu i ni spesel.ada udang,ayam,tauhu,tauge,fishball..& semestinya disaluti dengan telur.huh..sebungkus mee ni kitorg 3 branak je bleh settle. =)

dush!

12.6.10

tukar layout la plakk

dengan rasminya, arini aku telah menukar layout lagi.
ehh,tadi bukak blog tgk banyak design template baru tau.
sampai letih menukar dari pagi.kejap pakai layout 3 column la, pakai background pelik pelik la.
last last sendiri jadi pening.kembali kepada imej dark, cuma tukar widget & gadget belah kiri plak.

lantak la kan tp aku rasa sangat selesa dengan layout ini sbb lebih kemas.widget & gadget (ok,bape kali nak taip) pun dia separated satu satu.kagum wohh!

2 arini sibuk ngan keje,so xdek masa nk update blog.memalam buta camni aku gigihkan diri upgrade dan update gak blog ni.sebab line slow, sempat la aku menghasilkan satu banner tak cantik ni.mana la tau kan,kalau ramai vote dan stuju jadi banner blog ni..bleh aku ganti plak gambar i yg dh jadi itam putih kt atas tu.hehe.kalau aku rajin la ye.wekkk ;p




dush!

9.6.10

aku dan gelaran itu

dari kecik sampai ke tua ni.ehh..aku tua ke?tak la.
dari kecik sampai besar,banyak betul nama gelaran yang telah diciptakan untuk aku.bukan aku yang letak ok.ni seme gelaran atau pingat kebesaran yang dapat dari member skolah, member tmpt ngaji, bukan member pun ada juga..ishh.kalau ikutkan ada nama yang tak elok dan tak best,tapi nk sronok pnya pasal kan..

time tadika :
  • Ci Pelat *si pelat* - aku pelat ke?takla..aku cuma susah sebut huruf L je utk certain words.kalau dengar aku sebut 'plastik', 'berleber','blackout'..bunyinya macam pelik.ngehngehngeh☺tapi aku best student masa tadika wey.hebatkan aku ni..*riak*
time skolah rendah dan gi ngaji kat Taski Al-Huda dulu :
  • Cicak - sebab nama atok belah abah Omar Bin Chik.pastu mulut ni gatal menambah Chik bin Chak,maka member2 dulu panggil la cicak.main nama moyang nampakkk!!!
  • Jakpo - okeh.ni sebab nama abah aku Jaafar.dulu kan suka sangat main nama bapak.main sedap mulut sebut je diorang nih
pastu masuk skolah menengah (part 1), pun kena lagi panggil ngan nama pelik pelik.
  • Jackpot - yang ni mmg tak bleh blahh.kalau naik bas skolah tu,asal aku turun je ada mamat yang panggil nama aku camni.mula mula aku tak prasan.rupanya dia edit nama bapak aku.satu hari tu,seblum turun bas aku sempat la bagi sebijik penumbuk kat mulut dia.memang pastu dia tak berani panggil aku walau nama sebenar pun.
  • Itik - aku start rabun masa form 1.jadi abah aku belikan spek yang maha besar, katanya lebih luas mata dapat memandang.ok..sila bayangkan pakai spek besar dengan tudung skolah itu.bagai rupa itik
  • Cicak - haih.ada plak skoolmate masa skolah rendah pindah skolah yang sama.cilake..
  • Kambing - hari ujan masa beratur.aku orang pertama lari,gile takutnya baju basah.macam kambing.lain kes,maybe aku suka sangat kuarkan word 'Kambing betul!' kalau marahkan sesuatu menda
  • Papan lapis - ok.yang ni aku paham tahap kekurusan aku.skeping.no shape.memang straight cut.tak sexy langsung
  • Pembaris panjang - yang ni pun sama je.tapi ni budak kelas lain panggil.yang ni pun cemas nak kena penumbuk dengan aku.aku sempat tarik kolar baju dia je.
  • Katak - kesinambungan dari kes spek besar tu.aku dah tukar spek tapi tetap dikutuk.huduh benar ke aku ni?ceh.
  • Lutut spring - dapat nama ni masa kawad pengakap.langkah atur aku pun dikutuk.aku berjalan tonjet tonjet pun jadi masalah orang lain.hinakah?..makkkk
time skolah teknik (part2), pun ada lagi nama nama pelik i ni.wtf.
  • Gancung - ok.aku rasa ramai member yang ingat.aku taktau apa maksudnya tapi lepas aku tau itu maksudnya spesis belalang & mentadak mentadu,memang aku carik orang yang baik ati bagi nama tu.aku jumpa tapi ok,sebab masa ni duduk asrama,aku batalkan niat nk bunuh budak tu.alhamdulillah,panjang umur budak tu.sampai sekarang,dia masih berbaik ngan aku.heheh.nasib kau baik joe! *_*
  • Kambing rentung - one of geng aku yang datang dari zaman skolah lama telah membawa nama komersial ni.paling silap sekali,aku dengan roommate aku dikira sebagai 'rentung' sebab tak bangun masa buat latihan firedrill.kami kantoi dan nama kambing telah diupgrade menjadi kambing rentung
  • Tengkorak berjalan - ok.silakan kutuk kekurusan aku ok
  • Papan plywood - asal sebut plywood je pandang aku.sama sangat ke?
masa poli pun.tak abih abih lagi
  • bini popeye - dah la perut tengah lapar giler, dari kelas kena naik bukit nak gi kantin..ada plak geng mekanikal berbunyi bersahut sahutan..sorang cakap 'bini',ade plak sambung 'popeye'..shilake betul.ramai plak yang dgr tu.adeiii..macam la aku sorang je yg kurus masa tu..adehhh,nasib baik perut laparrr..berminggu minggu aku dengar bunyi yang sama tau tiap kali lalu kat bukit tu cuma aku xcam je sape yang panggil aku nama tu.yelaaa...rabun.
  • budak grunge - ntah.tak paham..ni geng junior yang panggil.masa ni aku tengah buat Cert kat poli
  • budak hiphop - masa ni aku dah buat Dip.tp yang ni lagiii aku tak paham.aku bukan peminat muzik hiphop okehhh!
  • minah scooter - yang ni aku suka.hehe.sebab aku memang bawak scooter pun zaman dulu.masa tu tak ramai lagi orang bawak scoot gi kelas.heheh*bangga*
  • minah rempit - cehhh..tak seswai tau!
  • cekediss - aku punya nickname konon chickadees.tapi ada plak yang buat bongoks tak reti membaca.
dan aku rasa sampai situ je kot..sebab pastu kalau main ejek ejek ni memang tak matured la kan.nak nak zaman dah besar.main ejek ejek kapel plak..haha.peningkatan usia.aku pun tak terkecuali ngan benda benda gini.tapi aku lebih pada gosip sebab aku ni susah sangat nak bercinta.ego beb!ego..i mana layan menda menda yang tak berfaedah camni..kuikui

tapi tula..macam macam nama yang terlekat kat aku ni.kalo ikutkan banyak lagi tapi yang lain tu tak banyak memori.dan tak terlekat di jiwa pun.kalau dulu dulu dapat nama pelik pelik ni memang buatkan amarah ni memuncak tapi dah tua tua besar ni,rasa kelakar pun ada.hahah.ok.kalau member member yang ingat lagi nama aku yang lain,sila la komen ye.mana tau korang pun ada simpan rahsia nama gelaran aku. >_<"

nasib baik xdek yang berani panggil aku
tengkorak berlari
dush!

8.6.10

PREGNANT vs EPAL HIJAU

semalam, masa tengah kusyuk membaham sebijik epal ijau kat opis tetibe akak senior sorang ni sound aku.dia kata :

"jangan makan epal hijau!! sebab epal hijau ada asid. mama mana bleh makan!!"


hoh? yeke? sambil tertanya2..aku segera menggoggle epal hijau dan kehamilan.
dan aku pun tersengih sengih baca fakta yang diberi.

memetik kata kata dari tempat ni :

"kalau hamil memang orang ada yang nak makan benda masam. elok ambil asam/buah yang semulajadi masam..kalau nak elakkan loya benda yang agak masam memang berkesan maka pilihlah epal hijau dengan syarat kupas kulitnya"

dari sini pun ada bagi fakta :

PENAWAR SAKIT KUNING :

Berikan susu ibu kerana susu ibu mengandungi laksatif yang melawaskan pembuangan mekonium (najis) dalam tubuh bayi. Untuk ibu pula amalkan makan epal hijau setiap hari sewaktu hamil.

oo..ok.

maknanya epal hijau bagus ok untuk preggy mum ni. semalam pun masa tgh buat BSP, sempat aku tanya nurse tu pasal epal hijau. betul ke ada asid dan tak seswai untuk ibu mengandung?

cepat cepat nurse tu bagi ceramah kat aku,

"ibu mengandung patut makan buah.epal hijau tu lagi bagus dari makan asam atau jeruk tau.
(aku pun angguk angguk paham. betul, aku mmg tak makan asam & jeruk ok.)

lagipun,dari makan epal merah yang manis tu,lagi bagus kamu makan epal hijau. banyak khasiat epal hijau ni, paling saya dapat tau epal ni boleh kurangkan risiko kanser. penghadaman pun bagus, lagi bagus kamu minum jus dia..ehh. pandai pandai plak orang kata tak boleh makan. seelok eloknya,makan sebijik sehari"

ok.ok.aku pun dah puas hati dengan jawapan live dia.sebenarnya panjang lagi hujah dia tapi aku dah tak ingat sebab rasa macam panjang sangat pulak.aku ni dah lorat kat ejang & rifdi yg dh lama tunggu dalam kereta tu.silap betul aku tak record ape nurse tu cakap.heheh..

so,kesimpulannya..sape sape yang ada terdengar mitos epal hijau ni,sila pekakkan telinga.kalau rajin tolon bagi ceramah pulak pada yang menyampaikan mitos tersebut.

cuma ibu ibu dan mama mama hamil sekalian, epal yang anda tak bleh makan cuma epal ni ye.

ini apple juga.tp bukan epal hijau.



notakukukaki : aku rasa akak opis tu marah aku sebab makan tak pelawa dia kot.hehe.dan ehh ehh..korang prasan tak.aku kali ni suka sangat citer pasal pregnancy ye.ahaks.teruja!

dush!

7.6.10

my baby now is 19 weeks & 3 days along.144 days to go! ❤❤❤❤


dh masuk 5 bulan dh baby dlm perut.walaupn anak kedua,tp aku ttp excited nk tggu baby kuar.girl ke? muka cam ibu lagi ke?..paling penting..nk kuar camne ni? ibu takut operate..hukhuk..biar mcm abg rifdi dulu,walaupun due date 12/12/2008..tp ibu kena bersalin awal 2 minggu sbb diabetic.tapi alhamdulillah, abg rifdi kuar normal.ada laluan..tp kali ni xtau camner.cuma ibu harap dan doa ibu,semuanya selamat.insya Allah..

kali ni pregnant memang teruk alahannya.dari awal pregnancy,aku asek muntah je.makan pun tak lalu.selera ada tapi makan sikit je.bayangkan,sampai baby dh cecah 4 bulan setengah,berat badan aku tak naik2.berat asal aku 65kg 68kg..tp berat masa 4 bulan setengah tu maintain 69.7kg..hokhok.mak cakap nampak badan aku dh susut tp pada aku xdek maknanya.itu bukan pujian ok.itu merunsingkan aku daa..mana taknya,makan kena berdiet.nanti makan lebih gula plak berlebih2 dlm darah.pastu kalau berat bertambah mendadak lagi teruk aku akan kena.silap2 macam masa pregnantkan rifdi dulu.kena cucuk insulin.OMG! cukup la sekali.tak sanggup dah aku jadi mcm mat minah pet.
tapi bila makan terkawal camni laa..berat tak naik naik.pastu badan tak sihat,pening kepala,terhuyung hayang.pernah satu kali tu,aku pitam kat klinik ibu.cihh..malu betoi.nasib baik tak jatuh pengsan.lagi memalukan.owhh..itu bukan sbb diet makan.itu sebab hari tu kebetulan plak aku diarhea *makan kenduri* segala air dlm badan sudah habis kuar.nk berjalan pun macam berada di gurun..ohh..oh..seksanya time tu.

dan yang terbaru.berat dh ok.so,aku dh tak perlu pergi klinik setiap selang sehari utk nurse pantau.alhamdulillah..tp lastweek aku turun darah lak.tak banyak pun tp petang tu mmg perut aku sakit.balik ofis terus aku suruh encek ejang bawak ke klinik.sampai kt klinik, roller shutter *pintu yg tarik ke bwh ke atas tu yek* dh tutup separuh tp ejang cepat cepat lari ke dlm kata emergency.dengan muka yg agak agak macho time tu,aku masuk klinik dengan hati hati.siap scan doktor cakap takde pape.jantung baby pun normal,tulang peha pun dh nampak..maybe aku terlampau penat.so,dengan baik atinya puan doktor pun bg MC suh duduk umah.berehat,pastikan tak angkat barang berat..paling penting anaknya tu biarla ayahnya yang dukung.ehh..ehh.tengok muka ejang sengih sengih malu depan doktor.kena serah tugas kat dia la pasni..haha.best best...

patut la dh terasa perut ni sakit kiri kanan.anak ibu ni dh bleh menendang.hehe..masa ni best lg kena tendang ngan baby.masuk 9 bulan nanti, baru la tau sakit tak sakit kena tendang sebab time tu otot dh kuat sangat.dh takde nak manja manja mcm time ni..

gambar hiasan ye.

haih.arini kena gi wat BSP.yang ni 4 kali sehari la aku kena berulang alik gi klinik untuk amik darah.tengok kandungan gula banyak mana dlm darah.dari pagi td alhamdulillah, bacaan tak tinggi.tapi kena berhati hati la.err..biasanya hari BSP aku akan minum air suam & mineral je.mana usik air manis manis ni.lepas jam 10 malam nti,baru aku brani usik susu dan gula.paling best dpt minum nescafe ais..ohh..ohh..bestnya.walaupun bukan satu tabiat yang baik,tp aku sangat menginginkannya T_____T bukan mengidam ye.menginginkan..

ok.dh blank dh ni.taktau nk carut ape lg.hahah.

notakukukaki : semalam masa kt umah mak mertua,sempat lagi bermanja mintak buah pauh.wuiyyo,kuning oren kalernya.sangat mengghairahkan..hahah.dapatla 3 bijik sebab tuan punya pokok tu jiran seblah umah,bukan pokok mak pun.cukup la tu ◕‿◕






dush!

3.6.10

apakah maksudnya boikot dalam diri awak? saya tanya ni??

"aku bukan seorang kaki boikot.apetah lagi kalau ajak memboikot Yahudi."

jangan silap anggap dengan statement ni.maksud statement di atas adalah aku bukan la merujuk pada aku menyokong pada orang Yahudi ke, Israel ke, Zionis ke..
tapi aku anggap menda camni, kita memang patut benci.nak boikot ke, xnk boikot ke..itu atas hak individu.hanya akal kita yang boleh menilai mana baik mana buruk.macam orang Yahudi anggap orang Islam la.diorang anggap Islam ni pengganas dan diorg nak sgt berperang ngan orang Islam.tapi ada juga antara mereka yang tak sukakan keganasan dan peperangan.macam tu jugak kita.

aku tak menolak orang Yahudi ni jahat.diorang sehabis boleh nak bermusuh dengan Islam.

maka dengan tragedi terbaru yang diorang buat pada kita, ramai yang melatah.ajak berboikot boikot.dulu masa kartunis Belanda menghina Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..kita pun ajak boikot barangan dari Belanda.sekarang kita ajak boikot dengan Israel pulak.tapi aku tengok tempat makan macam KFC, McD, Kenny Rogers tetap dipenuhi dengan orang ramai terutama Muslim.sama jugak dengan pakaian. aku tengok semacam je orang pakai jersey2 pasukan bola sepak luar negara, kelab2 eropah..yang pakai barang branded tu lagi laa.seme tu jenama asing, jenama Yahudi.haih..malas nk citer panjang lagi.

tp yang paling membuatkan kepala hotak aku runsing adalah :

aku pelik ramai orang guna platform Facebook, Blogger, Twitter, Yahoo! dan lain lain media elektronik sebagai tempat untuk memboikot barangan Israel.haih?

tapi kenapa kau masih join platform platform ni?..inikan Israel & Yahudi punya produk??
kalau nk boikot please...jangan gunakan media sebegini.lahirkan kekesalan dan kesedaran tu pada media lain.kita ada surat khabar, media cetak yang sah disisi undang undang Malaysia.kalau taknak jugak, cukup kita lahirkan kesedaran tu dalam diri sendiri.kuatkan iman dan akal kita sendiri.nak boikot boleh tapi kita ada akal untuk berfikir.kempen kempen di luar pn dh cukup.kau nak boikot sangat, tapi masih join fb.apakah maknanya??

sudah laa.boikot la kalau nak boikot pun.aku taknak campur.masing2 ada akal.nak suarakan lebih2 x boleh.nanti kena gam plak. T___T". serba salah tau.

notakukukaki : ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam...

dush!

1.6.10

lagenda budak setan

malam tadi layan preview filem nih kat astro ria.sambil2 lipat kain tu sempat la usha farid kamil.hehe
alamakk...mmg bg aku walau dia tayang citer ni setengah jam yang pertama pn..aku jadi sgt curious nk tau ape ending dia (walaupn dh penah baca citer ni..).lakonan Farid Kamil mmg kena sangat2.aku plak mmg peminat nombor er..nombor berapa ek??tp yg pasti aku sgt meminati mamat ala2 Takenouchi Yutaka ni.sbb dia hensem, tinggi, sgt best..err,bukan bukan.aku nk bgtau sebab dia sgt berbakat dalam lakonan & mengarah filem.

tp series..bg aku citer ni mmg kena la genre aku.ceh ceh..ingat aku ni penyanyi ke ada genre genre ni.

nantikan di pawagam 3 Jun 2010 ni ye

tertarik plak aku melayan citer ni.mula2 citer pn dh best.kasyah (farid kamil) dh tunjuk lagak dgn membelasah pasukan lawan futball. pastu tmbah lg nakalnya sbb kenakan zarina an-julie (sumpah aku sampai xcam minah ni sbb mekap nerd camtuh) & last skali setan ni letak cicak dlm coke Lisa Surihani.omg..aku pn smpi loya tengok tau.hokhok..
pelakon2 lain yg ada selain farid kamil yg ensem adalah Lisa Surihani (heroin la beb.nama dia Ayu), Que Haidar (watak azmi yg antagonis), Fazura, Raja Farah, Nubhan AF, pastu ramai lg laa..
nk promote lebih kang mcm la aku yg buat citer kn.aku pn belum tntu dpt tgk lg.tp paling koman pn aku akan dptkan dvd original cam Papadom aritu.mmg puas ati tgk.
bagi aku,aku suka filem ni dan perasaan nak tengok filem ni sgt membuak2.

cuma harapannya, filem ni akan se-box office novelnya ye.hasil garapan ahadiat akashah mmg ttp no satu dlm diri aku.

encik ahadiat akashah
penulis novel yg paling best

notakukukaki : dulu novel encik ahadiat akashah ni mmg meletop.aku rasa xdek citer pn aku miss baca.walaupn takdek duit lebih nk beli novel2 dia..tp aku usaha jugak pnjam ngan kawan2.ooo..miss that time so much..

dush!

POPULAR POST