28.9.10

rifdi #14 : aku pun tak paham.



kalau terasa sakit leher meneleng, sila pusingkan laptop kau tu.
kalau tak pakai laptop, pusing jela monitor tu.
kalau taknak jugak, ikut kau la!..suka ati aku la nak letak video terbalik ke, senget ke.
jangan banyak cakap..
sadappp!!


*padahal tak reti rotate*


dush!

DiGi iPhone 4 Play

Semalam aku dah citer pasal ke-best-an iPhone 4 kan?
ok..arini aku nk citer plak pasal Applications(Apps) yang best kalau pakai iPhone 4 nih.jengjengjengg!

ok.iPhone 4 ni dibekalkan dengan 13 apps yang canggih manggih iaitu :

1.  Apps for cooks
2.  Apps for the great outdoors
3.  Apps for keeping current
4.  Apps for work
5.  Apps for music
6.  Apps for students
7.  Apps for moms& dads
8.  Apps for working out
9.  Apps for managing money
10. Apps for travelling
11. Apps for fun & games
12. Apps for going out
13. Apps for remote control

wowww..banyak giler kan?
ok.dalam banyak banyak ni,memang aku nampaknya tertarik dengan beberapa apps yang best la macam :

-cooks (yang ni sebab ada resepi dari chef chef terkemuka macam Jamie Oliver & Martha Stewart)

-keeping current (berita terkini, hiburan sensasi!..hehe)

-music (yang ni siap korang bleh compose lagu lagi..)

-moms & dads (parenting.sesuai untuk i iaitu sorang ibu..hehe)

-working out (yang ni juga best sebab ada motivator untuk bersenam & bersukan, bleh belajar yoga dan paling best sebab ada diet planner..waaaa!!!)

-travelling (bleh check status tracker,bleh tau berapa nilai convert duit,tapi paling best sebab ada Spanish phrasebook..ahaaa..ini kalau gi travel belah Spain la ye)

-fun & games (apps terpaling terbest bagi aku.sebab ada game..hehe)

ok?dah dah dapat dan dah faham??..dan sebenarnya,antara yang apps yang best tadi,aku paling teruja dengan fun & games.ye..sebenarnya itu la yg terbest selepas working out.ngehngeh..sebab?

ok.first and foremost, sebab kalau nak tunggu hubby amik or tunggu somebody ke,taknak bazir masa..my favorite adalah membelek belek handphone atau erti kata lain suka main game.so,bila dah pakai iPhone 4 nanti..sure aku akan guna this apps.

second, aku sangat teruja tengok games yang ada dalam iPhone 4 nih.waaa,ada scrabble, rock session, plants vs zombies..alahaiii..memang aku sukaaa..memang 24/7 aku akan guna this apps..

ok.aku rasa tu je sebabnya kott..hehe
tapi memang cool giler kalau dapat pakai iPhone 4 ni kan?banyak sangat kelebihannya.pehhh..kalau la dapat..

nak tau lebih lanjut pasal apps iPhone ni, sila la klik sini ye dear.tak rugi kalau amik tau.

esok nak update lagi pasal iPhone 4.jangan jeless! *__*
dush!

27.9.10

DiGi iPhone 4 Me

OMG!

hari ni bukak je nuffnang terus nampak gambar iPhone 4 idaman.fuhhh..
dan disebabkan terlalu excited,terus aku klik MORE pada post.alamakk..rupanya ada contest.apa lagi,lepas je baca term & condition..terus gatal tangan nak join.
ngehngehngeh..cuba je.mana tau dapat betul..rite?


kegilaan diriku. *meleleh air liur*

aku adalah salah sorang peminat tegar iPhone ni since keluaran first dulu.sekarang ni iPhone lebih canggih dan jauh lebih hebat..maka sudah tentu makin meminati produk Apple yang sangat menakjubkan ni.Antara sebab yang membuatkan diri ini tertawan dengan iPhone 4 ni adalah kerana :

1. Facetime - woww..terasa macam best giler dapat buat video call dengan my parents.sebab kalau tengok iklan kat tv tu terasa macam dekat giler.pehh,memang real!

2. Camera - 5 MegaPixel.dengan built-n LED flash

3. Stunning Retina Display - kalau camera dah best,dah tentu hasilnya best!..tengok gambar memang sharp,vibrant dan sangat gempak.

4. HD Video Recording - ye.kalau hasil camera bagus juga,memang video recording turut terpengaruh.gambar video sharp..xdek la gegar gegar..oh ye.video siap bleh edit & share dengan kawan kawan lagi.

5. Memori - fyi, memori untuk iPhone 4 adalah 16GB ngan 32GB sahaja ye.sangat best.OMG!OMG!..memang sangat bestt..!!

6. Design yang cool! memang smart!

Waaa..memang banyakkan sebab kenapa diri ini sangat teruja bila nampak iPhone 4 nih?
ye..sila ternganga membacanya.memang terserlah keterujaannya.

okay.pada sape sape yang juga teringin nak pakai iPhone 4 ni dan yang teringin nak join contest ni juga,sila pergi ke http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/09/24/digi-iphone-4-the-win/ atau klik je kat sini.

memang kena CUBA!..dan andaikata aku ada rezeki dan sangat bertuah memilikinya..u all jangan jeless.
tu laa..sape suruh tak try?..




dush!

meh la beraya

meh la datang beraya ke umah.tapi makan kuih raya jela sebab banyak lagi tu kuih kat umah.
nak buat open house tak mampu.
bukan tak mampu ape,tak mampu nak memasak banyak banyak,nak menghidang,nak mengemas..hehe.insya Allah,sihat walafiat akan datang,akan ku pastikan open house dibuat satu hari nanti.

semalam Yana, Alang & orang baru mereka, Adam Farish Harraz datang beraya.kalo ikutkan diorang suh jamu bihun goreng. *ehemmm..nmpak sangat bihun air tanganku best dan sedap..kan?kan?*..tapi sebab kemampuan cuma bleh goreng kuih kasturi @ kacang hijau..tak dapat la buat as per request.kuikui..maaf ye. ^_^


sape sape nak datang sila la.jangan malu malu..kami suka umah ada tetamu.aku akan hidangkan air TERbest yang sekali di mana sekali-cuba-pasti-siang-malam-datang-umah-aku-lagi iaitu air kopi putih aka white coffee.

best woo..
dush!

24.9.10

Muse - Unintended (Live)

sangat lagu ini tau.
since zaman student dulu lagi.asal dgr lagu ni mesti dalam ati berkata..
"OMG!OMG!"





MUSE - UNINTENDED
*with guitar chord*




E Am

You Could Be My Unintended



D G

Choice To Live My Life Extended



C B E

You Could Be The One Ill Always Love



E Am

You Could Be The One Who Listens



D G

To My Deepest Inquisitions



C B

You Could Be The One Ill Always Love



:: Chorus ::



E Am

Ill Be There As Soon As I Can



D G

But Im Busy Mending All The



C B

Pieces Of The Life I Had Before



:: Verse 2 ::



E Am

first, There Was The One Who Challenged



D G

All My Dreams and All My Balance



C B

She Could Never Be As Good As You



E Am

You Could Be My Unintended



D G

Choice To Live My Life Extended



C B E

You Should Be The One Ill Always Love

:: Bridge - Am ::


Csus2


E

Repeat Chorus Twice



Outro - Am


Amsus9


E

23.9.10

Majlis Jamuan Raya 2010 di Jerantut - part II

menyambung kisah jamuan kelmarin ye adik adik sekalian..

hakikatnya,aku datang lambat ke majlis yang sepatutnya kol 4.30ptg sebab kena ke klinik untuk scan baby in my womb.wohh..comeynya rasa. *__* mata bersinar sinar.
okeh,back to story..
mari menonton gambar ini.

ini adalah air sarsi dan asam boi.
fyi,asam boi dulu yang sold out diikuti air cincau.

nampak.mereka amat gigih dan sibuk sekali.

encek ejang adalah orang paling sibuk sebab dia adalah incharge
bab bab air ni.

"ini bahagian kaunter air ye.bukan kaunter pertanyaan.
so please jangan tanya bukan bukan kat sini,
nanti kitorang simbah dengan air ni..nak??"
- kata kak betty & kak mona

tengok tu.ramainya orang berebut dahagakan
kasih sayang air

masing masing sibuk di bahagian masing masing.tak kurang
juga sedang buat buat sibuk.

oppss! aku sibuk makan je ke?

pastu cepat cepat ajak kak betty ngan kak mona kaver line
:) heheh

penghibur majlis.saya tak kenal ye.
jangan suh saya kenalkan plak.

okeh.dah tutup gerai sebab sambutan yang amat menggalakkan.
sold out bebeh.dengan gelas sekali.

orang lain mengemas, diorang sibuk bermain main.haishh..
tak paham apa motif mereka.bersalin pakaian??

sibuk mengemas nampakkk..

geng geng opis pakai sedondon arini.
sedih.i terkecuali :,( sob..sob..

tokey air tersenyum puas.
mana taknya, air laku..heheh

ok.zoom in.
dah..dah..jangan tengok lama lama.suami i ni ye :)

dush!

22.9.10

Majlis Jamuan Raya 2010 di Jerantut

-pehh.skema benar tajuk entry.macam buat tajuk rencana-

yeahh.suasana raya masih terasa babe.raya!raya!raya!

bebaru ni kat Jerantut,ada plak majlis penutup hari kemerdekaan plus sambutan hari raya aidilfitri.sebab sekarang ni dapat s/u majlis daerah yang baru..so,sambutan kali ni berbeza sket.biasa sambutan buat the whole working day.tp kali ni sambut petang after working time,iaitu jam 4.30ptg.tapi biasa la,sebab jemput orang awam sekali kan..maka sambutan TERmula jam 4.00ptg.ceh.

sebenarnya,sambutan ni among Jabatan awam..di mana setiap jabatan kena sediakan menu masing masing pada gerai masing masing.menu plak ditetapkan mengikut jabatan masing masing *okeh,plz kira kekerapan menaip perkataan masing masing
taun ni jkr kena buat air.dan dalam mesyuarat jabatan kitorang decide setiap bahagian buat air masing masing *oppps!i did it again

contoh cam bahagian mekanikal (bahagian encek ejang ni) kena buat air asam boi, bahagian stor wat air cincau, bangunan plak air bandung dan jalan plak air sarsi.anda paham ke adik adik?? ...ye,pahammmm..

bahagian kami iaitu pejabat plak tukang hias gerai.taun ni gerai memang sempoi abis sebab kitorang memang takdek semangat bertanding.cuma ada semangat nak makan je..huhuhu.dan disebabkan kemalasan nak menaip di tahap melampaui batas,aku rasa baik gambar ni yang ceritakan bagaimana kesibukan kami menghias gerai dengan penuh kesabarannya..silakan mengscroll ke bawah ye..

diingatkan,ini hanya gambar persiapan di kala pagi.bukan sambutan majlis ye :)


kemeriahan bagai nak beraya setaun

 kak betty sedang menggayakan selendang baru ciptaannya

Tuan JD duduk bersandar dah tu 

yang berdiri atas meja adalah manusia tertinggi di jabatan kami.
cayala bro! 

haipp!! ni nak buat keje ke nak main ni!
resign kang! 

aksi budak budak nakal buat buat rajin.
tipu ni +___+ 

tengok..kan diorang tipu.
ehh..sape yang cantik buat isyarat peace tu ye? 

azmah sedang menghiburkan hati nani.
suka sangat ni.haip! main main lagi ye. 

and last but not least, 
ok.ini sebenarnya pekerja yang paling bertungkus lumus.
pecaya la. ^___^ (bangga diri)


dush!

16.9.10

shopping edisi tengah beraya

petang semalam gi ECMall.tujuan asal nak membeli baju dan barang baby.pas cash out wang ringgit dari atm berdekatan,aku dan encek ejang serta abang pada baby yang bakal kuar ni pun terus menuju ke Parkson Grand.

pehhh.sampai kt tempat baby,aku ingatkan aku sorang je gile shopping time raya,rupanya ramai lagi preggie mom yang sedang shopping sakan.ngehngehngeh..
aku pun sebab dah tak larat pilih barang dan dah penuh barang kat tangan ni,terus ke kaunter jela.antara barang baby yang aku beli pun cuma :

1. Puting susu saiz Y.hehe..wajib.
2. Baju tidur baru kaler grey sebab taktau baby ape kuar nanti
3. Drypers Wee Wee Dry [newborn]
4. Baby wipes
5. Cotton Balls
6. Baby mittens & bootees
7. Nasal aspirator & ear syringe [dah tak payah sedut sedut hingus baby guna mulut]
8. Cotton buds



tu jela kot setakat ni.sabun mandi,bedak sume akan aku beli kat jerantut je.sebab letih dah aku pusing area baby stuff tapi tak jumpa lak set Johnson Baby Johnson.barang barang lain tak beli dah kot sebab yang rifdi dulu dulu pun banyak beli tak guna lagi.cuma this time,aku sangat sangat nakkan baby stroller & baby court je.

dulu napi,bff ejang aka papa angkat rifdi dah bagi present stroller kt rifdi tapi yang tu tak bleh baring.so,this time aku nak beli yang bleh baring.senang sket keje aku nanti kalo nak jalan jalan kannn..heheh

pastu baby court jugek perlu sebab katil aku dah penuh dan sarat dengan muatan.so,baby kena la parking kat tempat yang lebih selamat.maka dengan itu,aku kena la saving sket untuk beli barang barang nihh..hehe.dulu time rifdi aku banyak berhabis untuk baju dan barang barang lain.so,adiknya kali ni aku nak beli 2 barang yang penting tu..

okeh.barang baby dah settle.kita tapau donat Big Apple dulu.
tapi masa turun dari eskalator tu plak,aku terpandangkan the Bodyshop.uhuhhh..lama tak shopping perfume.last aku beli aritu masa tengah pregnant 2 bulan..hehe.maka, kalau dah masuk situ memang tak reti nak kawal perasaan la kan.kebetulan plak member promoter tu bgtau aku punya point ada sket je lagi before expired this October.aku pun memborong la perfume,body lotion ngan bodywash siap one set.kihkih..ala,baru RM 106.00.ape ada hal ek..hahah.aku sambar bau terbaru...LOVE ETC...

pas bau dah wangi semenggah,baru la gi tapau donat satu dozen.

tak cukup lagi,aku ajak encek ejang gi TC,aku mau makan GCB dari McD.oohhh..bestnya.dah terbayang bayang aku suap sambil pejam mata.tp ohhhh..wtf.ramai giler manusia kt TC.kat McD lak orang queue macam pakcik pakcik beli nombor ekor time Maghrib.punya la panjang...
tapi sebab nak jugak,aku just drive-tru jela.tp bile time nak order.."GCB dah abis promote la bang.dah takdek..."
ohhhh..nasib baik aku bukan mengidam.aku cuma nak makan burger McD jer.maka,tukarla menu kepada Big N Tasty.ok la tuhhh...

...balik umah,aku melantak semua yang aku beli.sampai ketat perut aku malam tu..hahaha.padan muka kau wahai preggie mom.belanja ikut nafsu!..muahahahaha

notakukukaki : motip??..

dush!

lagi lagi gambar raya

second day on Syawal..cehh.tetibe je.

aktiviti biasa tiap kali raya..kami balik kampung emak iaitu di Kg.Awah, Maran.(err..kategori Temerloh jugak la kott).tu pun beraya kat umah kakak mak je,MakDe.
tokki ngan tok aku dah lama takdek.

pas dah puas duduk kat umah MakDe,kitorang gerak plak ke Bandar Jengka,pun umah kakak mak jugak,MakTeh.

makteh memang dah tak bleh ke mana mana sebab pakteh aku dah tak mampu bergerak secara normal.masa aku pregnantkan rifdi dulu,pakteh aku accident.tractor yang dia bawak terbalik,tertimpa plak kaki dia.abis patah teruk,langsung tak bleh jalan.so,kami kami ni kalo nak jumpa family makteh memang kena gerak ke Jengka.takpe lahh..tak kisah.janji ingat sedara mara.
malas nak cakap banyak.ni je la gambar yang aku ada untuk raya kedua.huhu :,(

b4 gerak ke kampung.fotogedik bersama mak.
kakak jugek mengambil peluang
encek ejang yang berhati hati di jalanraya
co-pilot yang chantek tertarik ko memang tembam.auww
rifdi dan ibu berebutkan sekotak air soya
ibu amik la soya tu.rifdi merajuk dah kt blakangg..!!
beginner photographer.
jangan ditanya kenapa tak balik kampung belah abah.
abah asal dari kota tinggi,johor tapi adik beradik semua dah bermastautin kat kuantan.tok dan tokki jugek dah meninggal.so,memang tak balik johor dah laa..huhu
dush!

setahun sekali, syawal datang lagi..

hurrahh!! Syawal datang lagi..
taun ni yang tak best sebab abangah dah duduk kat umah sendiri [padahal kat lorong belakang umah je]..yela,sebab biasanya malam dan pagi raya dah berebut rebut nak mandi, nak bersiap, dah riuh rendah umah mak abah tu.kali ni budak kecik ada 3 orang je..huhuh.
pastu..bila seme dh balik dari solat raya, kena lak tunggu family abangah untuk sesi bermaaf-maafan & sesi bagi duit raya.

dan macam biasa, gambar raya konpem kena ada.kira acara wajib kat umah lepas sesi bermaaf-maafan.

testing.testing.
ibu ibu yang hot
sedang berusaha mengkiutkan muka
haipp! buat ape tu?
encek jaafar tunggu anak anak mintak mahap
menantu sedang mengepau duit raya ngan mak
mintak mahap mak.mintak duit mak.
peluk mak kuat kuat
mak cakap,"putihnya muka.macam tepung gomak daa."
apa kabar mak?
putera bongsu
meh cium mak meh
anak dan abah
dhiya, yuyu dan azeem
haji jaafar & hajjah marbiah
ceria habis.jeles camera-woman ni tau.
hilman spoilkan gambar.cih.
cantik tapi jauh :)
Jaafar's Fam
sape amik gambar sape ni?
mereka yang tetap romantik
Abangah Fam
Kak Eenaa's Fam
Ejang's Fam
mereka jeles.nak jugak bergambar naik vespa.
abang pun nak jugak??
acu & azeem
rifdi,azeeem,diya,acu,aqeef
acu & mak
kanak kanak ribena
turut teringin menyertai kanak kanak ribena
haipp!
model vespa terhensem
ehh.nak jugak.
CREDIT TO VESPA ABAH.

dush!

POPULAR POST