29.10.10

dulu pun dah ada facebook tau!

kalau la betul kan?
hahaha.memang lawak.

+sila klik untuk membaca dengan lebih jelas dan terang+






apa pendapat korang?

dush!

28.10.10

si dia & Chinta

agak segan untuk membuat pengakuan bahawa aku sekarang jadi peminat setia drama Melayu bertajuk 'Chinta'.
malunya.heheh. (=_=)"

kihkihkih.mesti rock kutuk aku pasni..hahah.


tapi aku minat citer ni bukan sebab fasha sandha.haishhh..
jauhhh sangat sangat.bukan dan bukan.
(sambil geleng geleng kepala)

sebenarnya aku ni peminat Adi Putra. 
haihh..malu lagi.. (=_=)" tersipu sipu.
macam la Adi Putra kalau terbaca blog ni akan datang pegang tanganku sambil buat muka terharu.hishh..

dalam citer ni Adi Putra pegang dua watak yang agak alim alim miowww.
memula jadi Amar, bodyguard Chinta.
bila bercinta ngan Chinta dan dh nak kawen,watak ni mati.
pastu wujud plak Rasul Iman,jadi lawyer Chinta.
kali ni pun dia dah digoda Chnta,tapi tolong la jangan mati.
kalau dah mati aku rasa aku taktau nak ngadap muka suwett sape plak dalam citer ni.

okeh.ter-review pasal abg Adi pulak. *ngeeee*
kisah Chinta ni malas aku nk citer kat sini.sape sape nak tau gi la search.
google kan ada.

bagi aku citer ni ok.jalan citer mudah dan ringkas.
tak payah panjang panjang cam citer indon tu.leceh.
citer ni baru arini kuar muka pelakon,esok watak tu dah mati.
senang kan?..hahaha

Mohamed Hadi Putera bin Halim
aku lebih prefer watak Amar.smart dan macho.
kalau Rasul Iman wataknya sangat innocent dan kiut.
tak sampai ati nak maki.

notakukukaki : encek ejang awal awal dah agak.konpem petang aku melekat depan tv hanya disebabkan Adi Putra. ^___^

dush!

27.10.10

PTPTN oii PTPTN

sape ada buat pinjaman PTPTN tapi tak bayar lagi?
hah..baik ngaku cepat!



Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : 

“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.



woww.jadi sila paham ye.utang yang kita buat zaman dulu tu,sila la bayar dengan kadar segera.adik adik kita,atau anak anak kita nak guna plak duit yang kita ganti tu untuk pembelajaran mereka. *yaaa..saya sangat positif mengenai hukum karma ini*


aku ngaku,aku ada lagi balance utang PTPTN yang tak berbayar lagi.


yang yayasan pahang dah settle.abis aku bayar semua.lega hati.


dan aku sekarang ni sedang berusaha nak bayar habis utang PTPTN plak.sebelum ni memang penah bayar lebih kurang 3000 kot.aku tak la bayar setiap bulan tapi aku kira ada duit je,aku bayar sebedebuk.ada la dlm 3 kali bersusah-payah-bayar kat bsn.pastu bleh plak ter-stop sebab nak kawen kan?... *eheh.malunya*


kemudian,memang cube sedaya upaya nak bayar lg balance yg ada iaitu 3000 jugak.tapi makin lama macam menda ni nampak sayup sayup je ku tinggalkan.


tapi lastweek,setelah aku terasa cam ohh-cepatla-bayar-utang,aku pun tergerak ati la nak bukak laman web PTPTN.tengok,pembayaran bleh dibuat dengan potong gaji.so,aku bgtau la kat kerani gaji ni.bleh tak tolong settlekan pasal ni cepat.aku dah tak sabar nak tengok gaji dipotong.ohh..banyak sangat gaji gamaknya budak ni yek.sampai nak suruh potong potong plak.macam bagus.cih.tak..semua ni aku sanggup korbankan demi pembelajaran anak anak akan datang.nanti diorang tak dapat pinjaman,mak bapak diorang gak yang sakit kepala perah otak nak cekau mana nak bayar duit yuran belajar,mana nak beli barang,buku rujukan..ooohhh..!!tidak!..


arini tadi,kerani gaji cakap proses dah selesai.cuma kalau bleh dia nak suh aku sediakan dokumen yang sepatutnya la mcm surat dapat study,surat berkaitan,blablabla..okeh.aku akan usahakan.memang tekad aku,nak bayar utang ni semua.aku taknak kepala aku sakit sebab menda gini.


dan lagi satu..


aku nak jugak gi oversea.ntah mana tau rezeki dapat adiah pelancongan ke,dapat gi umrah ke.haihh,bestnya.tapi eh.ape kaitannya dengan PTPTN?
..ok.kaitannya di sini adalah..


kalau aku tak settle PTPTN,nanti imigresen tak lepaskan aku ke luar negara.haaaa..camno tuh?


tapi tadi aku dah semak,nama aku dah terselamat.tak blacklist pon.hehe..
ada sape sape nak semak?..meh gi SINI.


kalau dah kena blacklist tu,ape lagi..cepat cepatla settlekan utang tu.jangan tunggu tunggu lagi dah.ada duit,sila bayar sket sket.jangan degil!nanti kesian kat adik adik atau anak anak akan datang tak merasa duit pinjaman.yang susahnya sape..korang jugak!


ok.jangan lupe ye bayar utang.aku insya Allah,gaji bulan depan akan mula dipotong rm50 sebulan.hehe..eh.memang la nampak sikit,tapi at least aku bayar ye.nanti kalo ada rezeki lebih,aku akan bayar cash.korang mana tau!


hehe.

dush!

rifdi #16 : membaca budaya kita


ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik


anak i la nih :)
ngehngehngeh


dush!

26.10.10

foto-poyo

saya bosan dan penat.
esok audit.ohhhh....

tensen.tensen.

kalau boleh nak melompat.
takpun gi shopping shopping tanpa window.
tapi semua tu kena pakai kederat.

maka,ini adalah salah satu terapi bagi preggie mom.



lantak la kau nak cakap ape.
huhuhaha.


dush!

25.10.10

Train - Hey, Soul Sister




Hey, hey, hey

Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you, and so I went and let you blow my mind
Your sweet moon beam, the smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided, you're the one I have decided who's one of my kind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey

Just in time, I'm so glad you have a one-track mind like me
You gave my life direction, a game show love connection we can't deny
I'm so obsessed, my heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you're Madonna, and I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight

The way you can cut a rug, watching you's the only drug I need
You're so gangsta, I'm so thug, you're the only one I'm dreaming of
You see, I can be myself now finally, in fact there's nothing I can't be
I want the world to see you be with me

Hey soul sister, ain't that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do tonight,
Hey soul sister, I don't want to miss a single thing you do...tonight
Hey, hey,hey


Hey, hey,hey

Tonight




dush!

21.10.10

37 weeks

baru pulang dari klinik.

kata nurse tadi masa check perut ibu..
"ehh..dah ke bawah sgt ni.tunggu masa je.awak tak rasa sakit ke?"

aku tercengang cengang.
"memang la sakit.nak melangkah ni sakit.."

"prepare barang ye ibu.barang baby sekali.silap silap esok lusa je awak deliver"

HAIH?!!

"tengok..haaa,kontraksi ni.jap keras..jap keras..amik perhatian sket ye ibu"

hohow..dalam ati berdebar debar.


"Ya Allah.Permudahkanlah urusanku.Amin."




dush!

ME & HANDPHONE

saje nak share sejarah diri sendiri bersama henpon.
tehehehehe ^__^
[sila gelak macam orang takdek gigi]

1st hp 
taun 2001

SAGEM
2nd hp
taun 2002

NOKIA 8210
 3rd hp
taun 2004
*satu satunya hp yang aku jual akibat putus cinta.hahak*


SONY ERICSSON K500i
 4th hp
taun 2006 hingga kini
SONY ERICSSON Z610i
 4th hp
taun 2008
*hp free wehh..*
NOKIA XPRESS MUSIC


5th hp
taun 2009 hingga kini

NOKIA E63










dush!

20.10.10

kejadian saspen pagi ni.




6.00 am : alarm henpon berbunyik tapi aku tak bleh bangun.sakitnya perut.nak mengiring ke kiri ke kanan pun tak bleh.nak kejut encek ejang plak tak sampai ati.konpius lagi.sakit nak bersalin ke ni? *walaupun penah bersalin tapi aku dah lupa sakit tu rasa camne okeh!*


6.30 am : still tak bleh bangun lagi.makkk..camno nih? lama tu aku gigihkan juga diri ini untuk bangun dan terus ke toilet.check ape yang patut..err,takdek tanda pape pun.hii...sesak.sesak.
dan..err..alang alang dah ke tandas ni,kita settlekan ape yang patut dulu. *haitt!*


6.45 am : dah duduk tercongok semula kat katil.sakit lagi ni..camni ke sakit nak bersalin dulu?..err..jap jap baby gerak ke kanan ke kiri.adehh..


7.00 am : lama betul memikir kat katil.encek ejang ngan rifdi masih lagi ternganga tido tak sadar diri [diorang berdua tido kol 2.30am tadi.biasala..jantan!].ahh..bangun la.jalan jalan legakan sakit.gi siram pokok bunga dan tanaman kat garden *ecehh..*,basuh pinggan,gelas dan segala menda atas meja yang encek ejang tinggalkan sebelum tido malam tadi dan gosok baju.


7.15 am : baru rasa nak mandi.rasa macam dah takdek pape.ok sket kot.


7.30 am : bersiap siap.tapi still rasa cam tak ok lagi.awat ni?..err..ke toilet semula.*ape kes ni?*


7.45 am : baru rasa lega.bersiap siap.kejut encek ejang ajak gi keje.


9.00 am : dua beranak ni baru bangun.tu pn aku kata perut lapar giler tak makan lagi ni..adoiii.


9.30 am : sume siap.jom gi keje.


OHH...RUPANYA PERUT SAKIT TADI CUMA NAK MEMBUANG TOKSIN DALAM  BADAN JE,.HAHAH..LAWAK BETUL.SASPEN SUNGGUH!


notakukukaki : ntahmendamenda.siap report kat mak lagi.




dush!

18.10.10

IKLAN BERBAYAR DARI StallChantekChantek™

hi
jom jenguk StallChantekChantek™


ada syria lycra with 3 layer inner dan tudung instant yang sangat gojes colornya.


jom shopping!

dush!

16.10.10

my BB







haaa....
saspen tak.saspen tak.
ngehngehngeh..

ini gambar rifdi masa baby 2 taun dulu.newborn.
yapp..memang dia baby jaundice.kitorang kena duduk wad about a week.sedih giler sebab time tu aku tak bleh nak jaga badan dan berpantang dengan sempurna.mandi air sejuk, makan makanan hospital yang time tu main-belasah-aje..dan paling sedih,time beday mak aku plak tu!..owhhh..sadisnya.
tapi tu cuma dugaan sementara.alhamdulillah..pastu kitorang dapat kuar dan rifdi membesar tanpa sebarang problem.alhamdulillah...

hope this year aku bersalin senormal masa bersalinkan rifdi dulu.insya Allah.

notakukukaki : motif? sebenarnya aku tak sabar sabar nak deliver.huhu..

dush!

15.10.10

rifdi #15 : makan angin petang





nampak sangat gambar takdek motif.cuma aritu snap gambar kasut rifdi untuk menunjuk kat papa angkat dia iaitu napi,bff encek ejang.


sebab motif masa tu nak bagitau kat napi, kasut ni rifdi yang pilih sendiri.kasut adidas sebelum ni yang dia belikan tu dah kecit dan tak muat.rifdi siap suh aku bukakkan kasut dia lagi,pastu dia tunjuk kaki dia sakit..masa tu baru aku paham. "owhhh...kasut dia dah ketat la bang.dia nak kasut baru la tu..."


hahah.pandai kau ye anak.main sindir ibu nampakkk!

dush!

13.10.10

Kekanda Adinda – Monoloque dan Atilia



Lirik Lagu 8 Bulan
credit
Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


 ♪   ♪
pernah dengar lagu ni?hahah.baru aku search tadi tau.sebab first time aku dengar lagu ni aku sangat bereaksi negatif.
"owhh..sengalnya lagu ni.."


tapi lama lama dengar terasa cam kiut pulak lagu ni.tau plak Loque Butterfingers yang nyanyi.hahah.


cuma wonder why shidi ishak taknak nyanyi sendiri lagu ni ye?..nak jugak dengar.i kan peminat dia..ngehngehngeh :)


 ♪   ♪ ♪   ♪


dush!

12.10.10

Baby Nad, Rock & Sifat Pelupa

Ahad bebaru ni aku dan rock berjaya menunaikan tanggungjawab baekk punya.kitorg sebenarnya ada planning yang sangat suci murni, iaitu nak lawat geng ketat kami,nadia fadzleen aka nad yang baru dapat baby.excited sangat sorang sorang nak melawat baby nih..!

pas balik dari kenduri kawen atau dengan maksudnya memenuhi jemputan makan tengahari oleh sahabat aku & encek ejang iaitu faiz aka paang sebab kakak dia kawen,sementara tunggu rock sampai umah & rifdi plak tido untuk charge tenaganya,aku ngan ejang pun melayan dvd dragon ball Z.

sambil2 membelasah kuih raya yang masih banyak dalam balang bekas kuih,kitorang pun gelak gelak la layankan kartun faveret dari zaman student poli dulu lagi.*pehh..nmpak sgt kitorang ni tak matang matang lagi.kihkih

tak lama tu aku terima sms "aku rasa,aku dah kat dpn umah ko.."
memang ye.rock dah sampai dengan jayanya dengan sekali penerangan je.bagus budak rock ni.budak bijak.bleh masuk rancangan I Was Smarter Than 5th Grader.ehh,ke salah rancangan aku ni?

ok.berbalik pada kisah sepatutnya.

pas aku menjamu rock ngan jamu mak dara.ehh..mana ada.aku takdek pun beli jamu camtu.aku jamu rock ngan kuih raya jugak la walaupun dah masuk bulan Zulkaedah.agak agak dah siap anak-laki-bini,kami pun gerak ramai ramai ke umah nad dengan menaiki Myvi rock.ehh..ada plak tetamu yang bawak ke umah orang?hahah.nasib ko la rock.

dan berpandukan arahan dari Nani sebagai tukang-tunjuk-arah..kami pun gerak ke umah Nad.dlm perjalanan..aku terlupa panduan.ehh..silap arah la.aku pun dah confuse mana kiri mana kanan.

setelah sesat sekali,aku berjaya jugak jumpa umah nad.tengok anak dia yang bernama RAYYAN NAFIDZ.geram je aku tengok baby macam tu..tak sabarnya nak delivered!..uhuh..
aku kalo dah jumpa sahabat macam rock,plus plak jumpa nad..memang jenis taknak stop bercakap walau seminit.ada je menda nak citer.sian gak tengok encek ejang yang kena layan rifdi yang tak bleh dok diam tu.tapi tu la,terima la seadanya wife abang ni ye.memang kuat bercakap.heheh. :)

..lama berborak,pastu mintak izin nak balik la ni.kononnya rock dah nak balik.tak berani balik gelap gelap.tapi aku plak bawak rock gi makan nasik lemak mie kat area TF.dah duduk situ memang sedap la kan.borak sambil makan.ibarat macam 8 taun tak jumpa kitorang nih.agak agak azan Maghrib dah abih,baru la kitorang gerak balik.tu pun rock kena anta aku-anak-laki dulu baru bleh balik.

pas anta aku balik,rock terus balik ke umah mak ayah dia kat temerloh.aku pun menjalani kehidupan cam biasa la.tapi aku rasa macam ada benda lagi yang tak kena.apa dia ek?

setelah diamati,baru aku perasan..aku ngan rock yang excited giler melawat nad tadi..sorang pun tak terpikir nak amik gambar baby nad.bercakap je lebih.cehh!..silap betul.kalo tak dah tentu entry kali ni ada gambar baby nad.takpun konpem gambar baby kiut tu tercampak kat fb siap tagged nama nad..

aku kesal betul.tu la..dah tak pasal pasal laki aku kata aku kuat bercakap.
"len kali kurangkan bercakap.dah la asek bercakap menda lepas je."
hohohhh..!
.
.
.
.
frust.
aku terlupa betullll!!!!

dush!

POPULAR POST