28.2.11

sentap.series aku sentap.

mari hiburkan hati.
antara koleksi moleksi yang ada di ruang rumah aku.
-
-
-
-
-

aku masih belum pulih dari kesakitan jiwa serta kesentapan rohani dan jasmani.
ape perlu aku buat dengan 'seseorang' yang telah menegur aku mengenai belog aku ni?
teguran negatif mengenai satu entry yang memang ada kena mengena dengan diri 'dia'?

so,what should i do dude??

padahal aku sendiri dah sound kat bawah sekali..please la.tolong la tengok semula untuk rujukan.

tak nampak lagi?nampak sangat kena tambah power sepek mata


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

my childhood friend's wedding

sebelum menyambung mood yang tak berapa nak ok ni (ehem),
saje nak sedapkan hati aku kejap dengan gambar kawen sorang sahabat ketika childhood dulu.
namanya Nazatul Syima Binti Muhd Mukhtar.aku panggil dia Syima.tapi kadang kadang kalau aku mengada aku akan panggil dia 'Didik'.ok,itu nama manja beliau di dalam keluarga.


aku berkawan sejak umur 3 tahun.hebatkan ingatan aku?aku agak je sebab kami berkawan dari sebelum tabika lagi.syima ni cute tapi aku pelik,kenapa muka kami selalu disamakan.adakah aku cute juga?ah,rasa ramai pulak mencari baldi untuk tumpang muntah.


ok.dipendekkan cerita,aku dan syima berkawan,pegi tabika sama sama walaupun kadang kadang dia malas,dia tuang kelas dan duduk kat umah aje.pastu masuk sekolah rendah pun duduk dalam kelas yang sama.dia masih malas tapi dia bijak.dia sahabat aku bermain tak kira waktu.dan aku ingat lagi masa umur 10 tahun dan time tu umah kitorang banjir,kitorang pakai seluar katak dan spender je main air kat atas jalanraya.menarik bukan?
kalau budak budak sekarang,umur 10 tahun dah pandai berbicara hal boyfriend girlfriend,alat mekap,tapi kitorang masih naif.bleh pulak pakai selai spender je kuar masuk umah.haih.segan plak tetiba.


tapi itu dulu.sekarang,selepas dia dah pindah permatang badak,dah terpisah masuk sekolah menengah lain lain (dia masuk sekolah sains),dia belajar utm (tak silap aku) dan tetibe muncul di pejabat aku masa aku pregnantkan rifdi sebab dia keje dengan kontraktor yang buat projek di jerantut...


aku tengok banyak perubahan antara aku dengan syima.
dulu kami sangat sebaya,baik dari segi fizikal..langsung tiada beza..
sekarang?
jangan tanya.korang tengok gambar terbaru aku amik masa kawen syima sabtu baru ni,26-02-2011.

see?
nak gambar lain tunggu sahabat-kecik-kecik dulu upload dalam fb.wey,aku jumpa member x-classmate darjah 6 dulu.masing masing sangat excited.sampai terlupa nak amik no hp.giler lahh!!..haha


dan,aku sangat suka dengan decoration pelamin ilham by Syima ni.segala pelamin,meja makan,souvenier,gift adalah dibuat sendiri.itula kelebihan syima.dia memang kreatif sama seperti aku.


gambar memang la tak cantik sebab pakai kamera 2MP je.
syima,selamat pengantin baru!!


dush!

hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

★feel ...


Mode bengang.blur.haihh!

25.2.11

★self esteem


kitorg dah selamat sampai kuantan.biasa la,after gaji la ni.so,sampai dh malam.haifa pun dh nak tido.tengok la.isap susu sendiri je.but dont worry.aku ada kat sebelah ni je..hehe.

Ok.gudnite!

contest senyum tak nampak gigi

tetibe nak join contest anjuran awek ini.nama dia muas.
orangnya cantik bila senyum nampak gigi.tapi kata dia kalau dia senyum tak nampak gigi tak sesuai.eh,yeke?sesuai jugak.tapi bila nampak gigi muka terus jadi sangat ceria.


woot!woot!ini bukan bodek ye.


sesapa berminat nak masuk contest ni,boleh la klik kat sini.pas dah klik,buat entry dan tag 5 orang.aku nak tag 


rock
udhang
liza hood
wawa azwa
ain khalid

gambar yang aku pertaruhkan



dush!

berblogging di mana mana menggunakan hp Sony Ericsson Z610i saja!

eh,menjadi jugak la berblogging guna sony ericcson aku tu ye.rujuk entry ini dan entry ini.
haha.pasni aku tak risau la kalau blog tak berupdate.silap silap sehari aku akan update blog sebanyak 5kali mengikut waktu solat.walaupun dah jahanam macam haram namun henpon ini mampu memberikan servis terbaik untuk tuannya.


sayangku yang bergetah,akan ku tukar bajumu selepas ini.
mungkin jugak aku akan mengupdate waima ketika berak pun,sebab aku pun tak paham.kenapa kadang kadang ilham dan idea untuk mengupdate akan keluar time aku mandi,berak juga,time nak suap makanan,time lipat kain pun menderu ilham keluar..tapi bila dah hadap keyboard dan monitor..tekan new post,pastu tercengang cengang,apa aku nak tulis?apa yang aku nak taip?camne nak mula?


but now,kalau aku nak pergi berak,dah bleh bawak henpon ni.cuma pergi kat gambar kita nak,select dan akan ada pilihan sama ada nak send as mms ke,as email ke,to blog atau via bluetooth.pilih je to blog dan aku boleh berblogging dengan senang lenang.dah siap berkarya,akan bleh terus send.tunggu loading,dan dahh.berjaya sampai ke blog anda.charge cuma rm0.50.


sebelum tu,kalau kali pertama berblogging,diorang akan hantar mesej yang berbunyi begini (walaupun takdek bunyi).contoh yang aku dapat :


to edit your blog,use your compurter to go to this page : http://go.blogger.com/ Claim token (type of password) : WMTJDWTWD Blog Address : http://lotlaw155.blogspot.com/


so,bila dah hadap pc/laptop korang tu,jangan malu dan segan la nak buat macam yang disuruh tau! pastu diorang akan tanya sama ada korang nak teruskan dengan URL baru tu ke atau nak terus masukkan dalam blog sedia ada.pilih dan lepas tu..TADAAAA!!


blog korang dah siap dengan entry baru yang korang tulis time berak tadi.bahagia tak?


pastu kalau rasa nak bezakan antara entry pakai henpon ni atau denga pc/laptop,korang buat la inisiatif sendiri.macam aku,aku bezakan melalui tajuk entry la.kalau ada simbol itu tandanya aku pakai henpon aje lah.tak susahkan?


hehe.tapi tu la.aku ingatkan kalau update blog pakai henpon aku tu akan keluar
powered by SonyEricsson z610i (lambang).*koya la mana tau macam pakai blackberry ke, iPhone ke..*
tapi hampa sebab takdek.heh!


notakukukaki : maafkan aku kerana entry kali ini menggunakan ayat kurang sopan.ampun!


dush!

★ Hebat bergebang kencang


Ok.tukar deskripsi dan header lagi.

rifdi #25 : my boy


Geramkan tgk dia tido?rasa nak cium-gomol-cium-gomol je.tp bila dia bngun tido..rasa eii..jadi geram lain!grr..:@

To be cont.

24.2.11

mata-hari ini

hey!
spot the different(s).apa yang lain aku hari ni?


muka memang tak bleh blah la kan.
aku nampak agak comel bukan?

haha.series la wehh. memang nampak sangat memohon penampar dan makihamun pembaca.

ok, sebenarnya apa yang paling kontra adalah aku telah memakai speck semula. ini adalah gara gara contact lense terbaru yang aku pakai.


begini ceritanya.
masa aku kat kuantan dulu,aku kamceng dengan sorang optometrist ni.dia kata mata aku kategori mata sensitif, so dia suggestkan contact lense dari jenama Clear 38 serta pencuci dari jenis Opti-Free. oh, sebelum tu aku penah try SoftLens, tapi sebab dia sangat soft, ernah lense tu terkoyak dalam mata. nasib baik takdek pape. pastu aku serik la nak pakai contact lense.


sumber dari google
pastu memang aku pakai contact lense jenis tu jela. alhamdulillah, takdek plak masalah cam dulu. hilang la keserikan aku tu. wah. bahasa apakah yang aku gunakan ini?


tiba la satu masa di mana stock contact lense sudah abis. kebetulan pulak masa tu aku sedang pantangkan haifa. so, time tu aku hanya pakai speck la kan. takdek keje la plak duduk umah berpantang nak pakai contact lense. memang rasa gedik pulak di kala itu. pastu kan nak buat kenduri cukur jambul haifa, so dalam pantang hari ke 39 aku gi la megamall ngan akak aku sebab nak beli contact lense punya pasal. aku nak jugak nampak cantik time kenduri haifa.

sebab nak cepat,aku beli je kat kedai OK Optical dalam tu. aku pun tego china dalam tu.


"hallo.saya nak beli contact lense Clear 38 la..ada tak?"
"ada.power berapa mau?".
"bagi +3.00 dengan +2.50 yek"
"ada.tunggu..."


ok. aku tunggu gak la mamat cina tu pi amik stock kat kedai lain ni. lebih kurang 5 minit pastu..


"ini..seratus je". cina tu bawak contact lense yang berikat dengan getah kat aku.
"ehh?clear 38 ke?apesal lain?". aku macam pelik la kan.
"packing baru maaa."
"eh,yeke?biasa dalam kotak?"
"mana ada.ini yang baru punya."
"rm100?"
"yes.ada mau apa apa lagi ke?"
"takdek.."

terus aku bayar. dalam hati aku, eh murah la weh. sebab dalam tu ada 6 pair. biasa kalau banyak tu dah rm120.


pastu aku pakai pair pertama. macam biasa, pakai tanpa rasa ragu ragu.
biasa pakai contact lense ni sampai cukup sebulan tapi yang ni aku pakai tak sampai seminggu dah rasa cam tak selesa. apahal lak ni? agaknya rosak kot. aku buang, pakai yang baru.


pair kedua pun sama, tak sampai setengah bulan pun dah tak selesa. sampai 5 jam mesti mata aku dah kelabu je. buang, aku tukar lagi yang baru.


pair ketiga aku pakai elok sampai semalam. aku buang. sebabnya..


mata aku merah - berair - melekit - pedih - rasa nak menggaru aje


pehh.

start kelmarin dah mata aku jadi gini. memang mata aku satu family memang jenis merah. maklum la,darah pendekar kan. huahuahua. tapi kali ni memang datang merah siap ngan pakej melekit camtu, pehh. ini bukan sakit mata biasa tu ye, yang berjangkit jangkit kena kuarantin tu. tapi memang penyakit mata yang datang secara individu. dulu aku penah kena, masa tu siap selalu ada appoinment dengan doktor pakar mata HTAA kuantan lagi. kerap jugak aku ulang alik ke htaa time tu. aku ingat lagi, ada satu hari tu mata aku kena suntik dengan doktor, sampai keluar air kuning!

dan pesanan doktor masa tu kat aku cuma dua :

  1. jangan pakai celak dan maskara (ceh.aku langsung tak pernah sentuh kosmetik begini ketika itu)
  2. jangan drive sensorang ye pas kena cucuk ni (alamak.aku ni single rider.tapi aku a'ah kan je.kuikui)
antara konklusi aku dapat hari ni adalah, aku akan sentiasa lebih kerap membersihkan mata aku selepas pakai eyeliner. selama ni bukan tak bersihkan, tapi aku perlu lebih kerap membersihkan lagi. hey, nak tau tak. sekarang ni eye-mo memang ada dalam beg tau!
dan juga selepas ni, aku kalau nak beli contact lense kena perlu berhati hati. kena tengok dulu betul ke jenis yang telah disolutionkan DAN aku kena mintak resit selepas beli! at least, aku bleh rujuk balik kat kedai tu.


so, aku rasa la kan, cina kat kedai OK Optical tu telah mentipu aku la. siap kata Clear 38 packing baru lagi. dasarr...!ptuihhh!!
dah mata aku takbleh nak pakai eyeliner arini. dah arini gi opis tak berapa nak gojes gitewww. auww!






dush!

eye light





*biar gambar yang berkata kata*
sape dapat paham tajuk entry memang manusia yang genius seperti saya.

yang ikhlas menulis pagi pagi buta.
dd.hasnidar

dush!

23.2.11

sms dari emak

emak aku memang rajin ber-sms.baru baru ni,aku bagi kain pelikat kat mak aku.suruh buatkan kain,sebab baju (kurung) dia dah ada.mak aku ni kalau ikutkan dah pencen menjahit,tapi sebab aku anak yang sangat baik dan sangat mithali,mak gigihkan jugak.


aritu emak anta sms.


satu hari : 20-02-2011


mak : awak balik nti bawaklah contoh utk d ukor.klu mak xde keje blh jgk jait.mcm minggu ni mak x g ngaji kt masjid.sbb mamy jge adik die dlm pantang.
aku : pakai je kain mak tu jadikn contoh.mak kan contoh terbaik untuk anak anak.hehe..pakai saiz mak.cuba besarkn sket je.labuh pn tambah sket..
mak : bodek plk tu.manelh tau kn u dh kurus skrg
aku : heheh.xpe.kalau besar sket pn bleh pakai lagi.


tadi : 23-02-2011


mak : kain awk tu puncanya nk lps ke depan ke blakang
aku : eh,punca?yang mana?
aku : punca tu yang corak dia lain ye mak?kalau yang tu,buat kat blakang la
mak : hai kelabu asap btul bdk ni.punca tu org klantan sebut pantat.makneye yg kecik bhgian blakang tu
aku : hahah.dah tak pasal pasal mencarut di sini
mak : ha tu lh puas plk suke sorang ni
aku : haha.ida pn xdaya gelak sorang dah ni
mak : smlm kak ina blk jap.puas suke ke gambo tipah ketipung sebijik anak china.sesuai plk dgn ayat hohoho
aku : oo,gambar muka beso tu.hehe


inilah emak aku yang bergaya.macho bukan?

notakukukaki :

  • sms original atas tu ye.langsung tidak diedit
  • mamy tu jiran mak aku,merangkap bespren beliau.
  • tipah ketipung tu adalah nama samaran manja untuk haifa oleh abah aku.
  • aritu aku ada anta mms kat kakak aku.tunjuk gambar terbaru haifa kat mak aku la tu.
  • dari pagi asek sebut emak je dalam entry.rindu kat emak lah tu.hehe.


dush!

kegilaan #2 : saya yang ♥ pewangi

arini bangun pagi baca bismillahirahmanirrahim,bukan alhamdulillah.'pelik jugak'.
pas breastfeed haifa,terus aku capai roti yang dah expired malam tadi.standard,roti kalau tak berkulat lagi memang aku makan aje.ni memang petua aku guna since duduk skolah teknik dulu.yela,budak dok asrama,ape yang ada je la.janji perut penuh bleh bawak masuk ke kelas.kalau tak,berlapar la kau dalam kelas kang.kalau stakat berlapar tahan lagi.aku takut kang tengah budak kusyuk dan tawaduk mengadap papan hijau,bunyi perut aku plak akan mengganggu konsentrasi masing masing.tak ke biadap namanya tu? (--)"
lagipun setakat ni takdek plak aku keracunan atau mengalami masalah kesakitan dalam perut bila makan roti yang dah expired cuma sehari.heh.riaknya.tak baik kau takbur macam tu.


eh.dah jauh pulak dengan cerita sebenar.


ok.bila dah siap makan,dah mandi manda,solat..tiba masa kena bersiap nak pegi keja.dah kejut encek ejang tadi,tapi nampaknya agak liat pulak dia nak bangun.aku kejut lagi.sambil tu aku dah siap pakai tudung,baru dia bangun.tu pun aku rasa time dia morning kiss pipi aku tadi,dia masih tidur (sambil berjalan).keh.


eh.bila nak sampai ke cerita sebenar ni?


ok.time aku nak pakai wangian,baru aku sedar.haih?perfume aku dah nak abis?dua pulak tu?
grrrr..macam kena beli baru pulak tu.nak beli apa pulak kali ni?


aku ni sebenarnya orang yang sangat sempoi.dulu,masa skolah,aku langsung tak berminat dengan perfume/cologne/deodorant nih.kalau losyen pun stakat yang jonsen bebi jonsen je.bedak lagi la harammm bertepek kat muka.kalau rasa tetiba macam nak melawa,baru la muka ni bersapu bedak baby johnson tu.cih.cih.naifnya aku masa tu.


bila dah masuk study,aku masih macam tu.cuma ada peningkatan-naik-taraf,aku dah pakai minyak wangi.tu pun bukan yang mahal,tapi masa tu beli kat mydin.ala,perfume seploh hinggit tapi branded.ceh,branded la kan.tapi kalau pakai memang pagi-bau-ori-petang-bau-minyak-attar.hehe.
muka plak dah naik taraf jugak.sebab masa tu praktikal kat tengah panas,yelah.aku ni pelajar civil engineering,kena la redha buat kerja ganas ganas ni.maka,kulit muka sangat terdedah kepada bahaya pancaran matahari.maka,aku dah mula kenal apa itu pencuci muka dan krim muka.tapi bedak masih tak bleh blahh,masih pakai bedak halkum talkum baby johnson lagi.


pastu semakin hari makin membesar.maka,hormon menggatal pun dah terbit dari jiwa dan sanubari.mula la gatal nak berbedak compact,nak berlipstik bagai.muahaha.
bila dah kerja,lagi aku mau berperfume mahal.tak mahal mana la masa tu.tapi aku ingat mas (kawan kamceng aku masa tu) tegur,"eh.ko pakai perfume ape ni hah.bau bapak la bunga bunga cintanya.terasa duduk zaman dulu aje".
eh,betul ke?aku taktau plak effect perfume Avon macam tu.heh.aku beli sebab akak akak duduk meja depan aku suka sangat jual barang pakai buku ni.avon la,cosway la.time tu aku takdek kawan lagi.tapi bila dah ada kawan macam mas,una..baru la aku terfollow diorang.layan perfume bodyshop.eh,harga takla mahal mana jugak masa tu.kira ok la kalau nak dibandingkan dengan branded perfume.'aik?bodyshop bukan brand ke?'.aku pelik lagi.


pastu boring boring pakai bodyshop,aku beli plak escape.eh,masa tu harga bleh tahan lagi.lagipun time tu takdek komitmen pun.maka,bleh la pakai barang mahal mahal ni.pastu aku pakai plak dkny apple,tu pun sebab hantaran kawen.pastu pakai plak hugo boss.eh.dah habis jugak.trus tak beli perfume yang rm150++ nih.


dan sekarang camni laa.pakai bodyshop semula.nak beli yang mahal mahal tu dah terasa macam seksanya nak beli.aku rasa baik la aku beli baju anak anak aku.tapi tu la kan?kalau dah nafsu besar tu,penah pakai pulak tu..memang ada masa nakkkk jugak beli.terbaru aku beli bodyshop dreams unlimited punya.eh,bodyshop pun dah mahal sekarang.aku beli sebab lepas geram selepas pantang haifa baru ni.nak jugak bau yang fresh dan baru.pehh.berair gak mata beli perfume mahal sebegitu.tapi sampai bila nak tahan perasaan?grr..grrr..grrr..(ketar tangan dan hati sebab tahan perasaan).


ini dah nak kering kontang dah 2 botol lagi.eh,jangan kata aku ni tamak,nak banyak perfume duduk umah.bukan.bukan.tapi sebab encek ejang yang selalu kata,'perfume ni kena beli banyak bau.tak bosan'
haa.tu sebab aku beli banyak banyak.muahahaha.eh.aku penah beli one drop perfume.konon sebab sekotak banyak bau.tapi huhu..sorry la pada pengedar one drop ye.jangan sentap.cuma aku tak bleh blah jugak dengan baunya.sebab pada aku,hasilnya sama macam minyak wangi mydin yang aku pakai zaman muda remaja yang naif dahulu.ohh.


antara yang tinggal kini.hukhuk ;,<
left to right : bodyshop dreams unlimited, bodyshop love etc, bodyshop white musk, Anna Sui Secret Wish.


pastu,kalau kat rumah aku cuma pakai losyen aje.cukup lah,janji wangi.mak aku pesan 'duduk umah pun kena wangi.takla sakit kepala abah tengok'.ye,saya mencontohi emak saya.


losyen yang baunya 'ermmm...wangiii'

left to right : johnsons body care dan bodyshop love etc


ok.sebenarnya motif entry adalah untuk mintak hadiah pelempang perfume dkny red apple dari encek ejang.tapi saya tau,itu adalah misi mustahil.sebab dia sendiri pun pakai yang murah je.kata beliau, 'alahh.janji ada macam macam bau dan mudah dibeli.' ok.saya kena redha dengan apa yang dimiliki.haih!


dush!

22.2.11

♥ tiga tahun sudah jadi puan.happy anniversary!

2006 - kawan kawan kawan.(gambar aku cilok dari hp encek ejang)
pehh..siap edit lagi rupanya dia ye :)

awal 2007 - saat sorang kawan putus tunang, kawan sorang lagi hiburkan.

awal 2007 - genting highland

awal 2007 - kawan baik 

pertengahan 2007 - carik barang tunang sambil jalan jalan ke genting lagi
:)

tengah 2007 - sehari sebelum bertunang

julai 2007 - bertunang

july 2007 - muka kad kawen kami

2007 - kawad jkr
akhir 2007 - carik barang kawen.tp roof berjaya megamall,kuantan

23 feb 2008 - disatukan

march 2008 - on the way ke redang.nak hasilkan produk terbaik.heheh.

hah.ini apa kejadahnya tepek gambar berdua duaan bersama kekasih hati ni?

huhu.sebenarnya hari ini iaitu 22 februari adalah
Anniversary kami yang ke tiga!
*ceh.tetibe font bertukar kaler merah,tanda cinta yang hebat la konon.kih*
alhamdulillah,
semoga perhubungan ini sentiasa diberkati Allah S.W.T.
dan semoga Kau memberi hidayah ke atas kami sekeluarga.
Amin.


notakukukaki :
tujuan entry kali ni bukan untuk menunjuk nunjuk ye.
kang ada plak yang membenci sambil menjuih juihkan bibir bawah kat sini.
sekali lagi,kalau tak suka,nyah kau dari sini.

*entry dah lama siap.i draftkan je.tau dah,minggu ni sibuk*


dush!

21.2.11

happy birthday abang!

minggu ni aku banyak giler kerja kena siapkan.
tapi sebelum tu,aku nak wish birthday buat kali ke seratus untuk encek ejang si suami.

*eceh*

tak cukup dekat status facebook sendiri,
tak cukup dekat wall azman ejang,
tak cukup dengan sms,
tak cukup dengan wish yang berkali kali depan mata..

sekali lagi,
sayang nak ucapkan,
selamat hari lahir yang ke 29 buat abang.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
semoga kehidupan abang sentiasa dirahmati olehNya.
jadilah seorang hamba yang taat kepadaNya.
jadilah seorang suami yang bertanggungjawab kepada isterinya.
jadilah seorang bapa yang boleh menjadi contoh kepada anak anak.

dan,
jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.


gambar terkini.hehe.lawak giler aku rasa.
dan maafkan sayang ye,
taun ni takdek hadiah special.
yela,sebelum sebelum ni ada gak hadiah
t-shirt converse,
taun ni kenyang ngan makan jela ye.
sebab dari breakfast-lunch-mkn petang-dinner,
semua aku sediakan dengan jayanya.
dan hadiah paling special adalah aku bagi
MASA!
masa bersama keluarga yang tersayang.
hehe :)

notakukukaki :
ailebiu abang.
*hehe*jarang aku buat ayat annoying gini di public.
kalau rasa nak muntah,jangan lakukan di sini.
tu..amik baldi,blah dari sini.

dush!

18.2.11

lempeng susu

petang semalam aku tinggal bertiga je dengan anak anak.encek ejang ada friendly futball kat stadium kuantan.perut plak tetibe lapar kan..maka petang tu siaplah lempeng susu buat aku dan rifdi.haifa tak bleh mamam!duduk diam diam okeh!


bukak dvd Toy Story kat rifdi ngan haifa,terus i ke dapur siapkan makan petang.ehh,korang
penah makan lempeng susu?haaa..best wo.sila cuba.


LEMPENG SUSU


Bahan Bahan :


1 cawan tepung gandum
secubit garam
1 cawan susu segar penuh krim
1 sudu kecik susu pekat manis (kalau nak lagi krim)
1 biji telur
Marjerin


Cara Cara :



  1. Bancuh susu segar dengan tepung.tambah garam dan susu pekat manis.pastu baru gaul dengan telur.
  2. Panaskan kuali dan isikan sedikit marjerin.
  3. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas.Buatla saiz ikut suka korang.Aku suka sedang sedang je.Pastu agak-agakla masak macam mana.Nanti makan tepung mentah pulak.Jangan salahkan resipi i!
  4. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke,peanut butter ke,bleh je.pastu hias la cantik cantik.baru semangat sket nak makan.nak nak kalau budak,baru la rasa ghairah nak makan.
  5. Hidang plak bersama air milo.wallahh..bestnya.

mari makan petang bersama
haaa..terliur tak?terliur tak?
pastu masuk bilik,nak ajak rifdi makan.sekali tengok....


bersepah betul.muahaha.
haihhh..tido!!
terpaksa la aku layan sorang sorang dulu.tunggu dia bangun,memang lapar la wehh.
hahaha.ape pn,kumpul tenaga dulu.dah ada tenaga baru bleh masak nasik plak.yey!


dush!

17.2.11

anak sape ni wehh? tolong.tolong.comelnyaaa.hehe.

norhaifa rafissa
ini budak sudah 3 bulan maaa...
timbang semalam sudah 6 kg daaa..

marah nampak

abang ipar aku kata cam shin chan.
eh,ada ke?

norhaflan rifdi
bulan ni dah 2 tahun 3 bulan.
menjadi jadi betul loyar buruk (macam bapak) dia.
tengok..dah pandai buat mulut kiut.ingat awek awek jeke pandai?

mulut cepci abang

ala.ala.kiut pulak aku tengok.haih.

buat lagi mulut cepci tu.aumm.

notakukukaki : 
saje aku nak tepek muka anak anak sendiri segedabak besar.
mana tau,tetibe traffic naik.bahah.giler glamer mak kau ye.

dush!

POPULAR POST