31.5.11

The Hand That Rocks The Cradle

lama bercuti dari menulis blog.peh,ayat skima tak tentu arah.
kena amik mood ni.


ok.dah kembali normal lepas makan kuey tiow goreng kat pantry tadi.
sebenarnya aku tetibe nak kupas isu cerita melayu di hari ibu atau hari bapa.sejujurnya,aku teringin nak tulis lepas baca blog rock aritu.*balik balik rock.macam takdek kawan lain kann?hehe


berbalik pada cerita tadi.memang kan,kalau tengok cerita melayu special untuk hari ibu dan hari bapa,kebanyakannya suka sangat buat cerita yang melibatkan anak gaduh ngan makbapak, anak derhaka, anak lupa daratan..pastu bila mak bapak mati,baru la menyesal menangis meratap hiba.menyampah tahu tak?.takpun anak dah jadi separuh tak berguna, yakni cacat anggota,muflis..baru balik jumpa mak bapak.
dulu tengok sekali dua,terasa jugak sedih.tapi bila balik balik cerita macam tu,terasa macam..haihh.memang budaya kita macam tu ke?


tak boleh ke kita buat cerita yang menunjukkan kekuatan dan nilai murni yang baik kat penonton.sekarang ni pulak cerita kat tivi aku rasa semua nak tunjuk budaya barat yang tak elok.contoh budaya berparti dalam disko, nak tunjuk adegan rogol, nak tunjuk body laki pempuan..nauzubillah.aku kadang biar tengok cerita asing dari cerita melayu.cerita melayu yang aku tengok bleh kira tau..Tau tak,sebenarnya kanak kanak lebih ramai hadap tivi dari orang dewasa.tak segan ke bebudak kecik tengok tivi pastu tengok adegan maki maki makbapak.kau tak rasa diorang tak ikut ke?..jahanam.budak sekarang sekolah rendah pun dah pandai maki dalam english tahu.


berbalik pada cerita hari ibu dan bapa.


hari ibu baru aritu aku ada tengok cerita The Hand That Rocks The Cradle kat ntv7 (kot).



cerita ni memang best.walaupun citer tahun 1992,tapi bagi aku cerita macam ni la yang betul betul menguji sifat ibu.


cerita pasal ibu yang kehilangan anak & suami serta cerita ibu yang mempertahankan keluarganya.hebatkan?..baru terasa semangat keibuan memasing.


citer dia lebih kurang camni.
watak utama (Claire) ni ada sorang anak pempuan, Emma dan Claire ni sedang pregnant.husband dia Michael ni sweet giler sebab baik sangat.dia ni buat report pasal sorang doktor ni dah mencabul dia time buat routine checkup kat hospital.lepas dia buat report,maka ramai la lagi mangsa kes cabul ni datang mengaku penah dicabul juga.


maka kes pun panas.sebab taktau nak buat ape,doktor ni bunuh diri.


maka,bersedih la bini doktor ni (Peyton) yang kebetulan tengah pregnant jugak tapi gugur sebab terkejut laki dia tak tinggalkan sesen pun duit dan umah plak nak kena lelong.masa kat hospital tu,Peyton ni tertengok berita kes laki dia, dan nampak muka Claire.ape lagi,berdendam la dia..


lepas je Claire bersalin, dia pun nak cari nanny untuk jaga anak dia sebab dia nak menumpukan perhatian kat rumah kaca dia.Peyton ni dapat tahu, dengan pantas dia pun offer diri nak menjaga anak anak Claire.kalau korang tengok, Peyton ni memang pandai carik peluang untuk jaga anak Claire.dia plak jenis orang cantik,senyum je..buat ape pun orang suka.tu la sebab kita makin sakit hati tengok.


Watak : Peyton (Rebecca De Morney) masa jadi nanny.
macam ni punya lawa nanny. pehh.
Watak : Peyton & Emma masa main kat taman
hari ke hari,macam macam cara dia buat untuk jauhkan Claire dengan anak anak & suami.ko bayangkan,rupanya misi dia adalah dia dapat duduk tempat Claire.kesian aku tengok Claire masa tu,sampaikan anak dia yang baby tu (Joey) tak nak langsung dengan dia sebab Peyton selalu breastfeed anak dia pagi pagi hari!..rupanya Peyton ni jaga susu dalam badan dia guna pam semata mata untuk baby Joey.jahat giler! tapi tu la kan,sorang ibu..


lastnya cerita ni,korang akan tengok macam mana Claire pertahankan keluarga dia & Peyton plak mempertahankan dirinya sebab nak sangat jadi ibu.sedih ada,suspense pun ada.


bagi aku,macam ni la cerita sebenar untuk hari ibu.bukan cerita yang maki maki,derhaka pastu tunjuk moral tak baik kat budak budak.walaupun ending dia ada pengajaran,tapi takkan la nak tunggu ending baru bleh baik ngan mak.paham dok?


bagi aku, ni la cerita terbaik untuk hari ibu walaupun cerita ni agak psycho.hehe.
korang plak,ada cerita terbaik untuk hari ibu tak?


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

27.5.11

Tag #7

1. Phone apa yang anda guna sekarang?

Nokia ESeries (E63) & Sony Ericsson Z610i

2. Dah berapa lama guna phone tu?

E63 tu pakai since last 2009. Sony plak last 2006

3.Mesej pertama anda dapat hari ni?

So far,takde lagi ni.. kalau nak jadi orang pertama,meh la sms kitewww (^^)

4. Siapakah orang paling atas dalam list missed call?

+0129883699 .sape punya nombor ni? baik ngaku cepatttt..

5. Mesej Paling last sekali and it's from?

Rindu kat syg jugak..Xtdo lg ke
From : abangkuAzman


auww..malu (--)"

6. Ringtone yang anda guna sekarang?

Yellow by Coldplay

7. Wallpaper phone yang anda gunakan sekarang?


gambar ini.sila jeless (^^)



8. Orang yang pertama dalam contact list?

abahku En.Jaafar

9. Orang last dalam contact list?

ZwanJKRraub

10. Phone yang di idam-idamkan?

tak mahal pun.CSL yang kiut miut kalerful harga rm78 tu je.hehe


TAG series dikenakan kepada :
1. rock
2. udhang
3. kak ain
4. dan kawan kawan di link sebelah yang sudi
5. dan sape sape yang terbaca.amik la ..amik laa 


sumber : dekcik

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

26.5.11

nasi kukus di Aidin Corner

tengahari tadi buat gempak kat fesbuk,maklumla..dah pandai bukak secara haram di opis.bukan brodband dan tanpa sebarang senjata rahsia okayy!


bukan ape,semalam encek ejang janji nak gi makan nasik kukus arini.nak tengok,kalau aku senyap kang dia nak bawak ke tak seperti yang dijanjikan semalam.


siap shopping barang rumah,dia bawak pegi kedai yang baru dibukak tu.yeyyy!!tapi owhh,rupanya owner kedai tu aku kenal sangat.abang aidin.dia ni orang jerantut dah kenal sebab dia antara tukang masak terkenal la kat sini.cam biasa,sampai dia serve.


order dah tentu 2 set nasik kukus.air pilihan aku adalah sirap laici & encek ejang teh o ais.


ini lah rupanya nasik kukus
rasa sama je ngan nasik lain.tapi..phohhhh!!
pedas wa cakap lu.menitik nitik air mata dan air peluh gua time makan tadi sampai gua sendiri konpius mana satu air mata mana satu peluh.tu belum lagi aku layankan sambal lada dia.


bagi aku okay la sebagai episod pengenalan bersama nasik kukus.err..ke nasik ayam kukus?
lauk dia ayam besar gedabak tu,berempah..sebab tu pedas.
ada sikit acar, ada sambal lada & berkuah kari yang pedas jugak.
pedas kuasa dua.


dan kita temubual partner makan a.k.a orang yang membelanja makan.


boleh tahan.tapi kenapa ayam abang kecik ayam awak besar?
kuikui.dah akak yang antar tadi letak ayam besar kat aku,memang takdek chance la nak bagi.hahaha.


nasib baik air ni jadi penawar pedas aku.


ghairah tak?..pehh
maka,pasni sesape datang jerantut nak makan nasik kukus,sila la pergi ke Aidin Corner (dulu dikenali sebagai Baldi Corner),betul betul sebelah Petronas Inderapura,depan umah aku.


aku promote je ek.bukan aku nak belanja pun.hawhawhaw.


eh kak ain,jangan jeles ek.tetibe jadi JJCM macam kak ain plak kan?haha..

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

25.5.11

rifdi #31 : rambut justin bieber?

apehal plak tetibe babitkan justin bieber pagi ni?
mana taknya,arini rifdi bangun awal dan terus suruh dukung.nasib baik ibu dia gagah perkasa,layankan jela.


letak kat kerusi depan,pasangkan tivi.sekali tengok eh?apehal rambut macam justin bieber ni?main tutup tutup dahi plak?


mak aihh..tebalnya rambut bangun pagi

muka basi si anak bujang

heheh.jauh lagi kiut dari justin bieber tahu!
yelah.pesen dahi ikut ibu.mana la rambutnya tak jadi gitu.muehehe.
tapi,jauh la kiutnya anak aku ni dari justin bieber tu kan?






hey ::
ntah kenapa asek nak sebut nama justin bieber je.ceh.ceh.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Travis - Baby One More Time

sape taktau mesti pelik,apesal plak travis cover lagu britney ni?
haha.biasa la beb.mana ada band jahat suka britney yang propa tu.
kalau eminem, limp bizkit, blink 182, bsb & ramai lagi bleh kutuk kutuk britney dalam lirik lagu dan video klip memasing,so ini plak memang takbleh blah.


travis cover balik lagu baby one more time!


ahah.aku dh lama tau,since 2004.dan rasanya,travis nyanyi lagi best lah.ohsem.




Oh baby, baby, how was I supposed to know
That something wasn't right here
Oh baby, baby, I shouldn't have let you go
And now you're out of sight
Show me what you want it to be
Tell me baby cos I need to know now because

My loneliness is killing me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
If I'm not with you I lose my mind
Give me a sign
Hit me baby one more time

Oh baby, baby, the reason I breathe is you
Girl you got me blind
Oh pretty baby, there's nothing that I wouldn't do
It's not the way I planned
Show me how you want it to be
Tell me baby cos I need to know now because

My loneliness is killing me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
If I'm not with you I lose my mind
Give me a sign
Hit me baby one more time

Oh baby, baby, how was I supposed to know?
Oh pretty baby, I shouldn't have let you go
I must confess that my loneliness is killing me now
Don't you know I still believe that you will be here
Just give me a sign
Hit me baby one more time

My loneliness is killing me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
If I'm not with you I lose my mind Give me a sign
Hit me baby one more time


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

24.5.11

kenapa aku tak pernah drive kereta?

hey.korang penah nampak tak aku amik gambar time drive?
tak kan?ha,sebab aku ni driver yang berhemah.mana ada amik amik gambar time driving.pemanduan yang fokus.


ceh.muntah.sape sape yang mengenali diri ini memang tahu yang aku tak drive kereta.sebab tu takdek gambar sedang drive.ataupun amik gambar sendiri kat kerusi driver.ataupun bukak cerita 'sedang drive', 'tadi menang racing ngan keta subaru'..etc.


aku memang tak drive kereta.lesen ada beb.dari taun 2006 aku dh ada lesen kereta.penuh lagi.tak main la P ni.tapi takdek maknanya penuh kalau tak drive.pelik jugak,kenapa bila pegang stereng kereta je,mesti nervous gila babi.tapi bagi la motor ke,scooter ke..tak sempat pesan ape korang akan dapat bau asap je.hebatnya bila menjadi rider.tapi bukan menjadi driver.


sebab aku tak drive?..banyak kot.alasannya :


1. bila pegang stereng je menggelabah.peluh keluar merata rata.tapak tangan basah macam nak bersalam dengan mak mertua (dulu la)..pehh.rasanya banjir jugak dalam kereta tu dengan peluh wangi ai ni.


2. banyak sangat memikir.kadang kadang teringin jugak nak bawak keta,nak nak time encek ejang outstation ke..tapi bila nak bawak tu,macam macam imaginasi keluar.aku asek pikir,"ehh..lepas ke aku lalu jalan tu?", "lepas ke naik bukit?", "nanti terundur aku hentam kereta orang pulak", "eh,macam mana nak berenti kat simpang tu?", "berenti kat trafic light?", "tengah drive budak budak buat perangai?"...err.takut.takut.


3. tak reti nak budget.maksud aku kat sini,kalau reverse dah terkena pagar rumah ke belum?ada budak tak melintas kat belakang? takpun masa bawak kereta,nak berenti kat trafic light or etc..takut sedap hati je hentam kereta orang.tepi plak takut bergesel dengan pasu bunga hiasan tengah bandar,takpun takut tayar ternaik atas divider.pehh.


4. terlampau cuak sampai salah tekan/tarik.ada sorang sahabat bercerita,memula dapat lesen dulu dia try bawak kereta husband dia.tengah tengah drive,si husband suruh masuk simpang kanan,sebab terlampau cuak,dia tekan wiper.nak tekan signal kiri,tarik lagi wiper.nak tekan minyak,dia tekan brek.pastu apalagi,kereta belakang hentam blakang la bai.terus taknak drive.okay.aku jadi lagi cuak.series.


5. takut dengan kenderaan sekeliling.korang pernah dengar tak kebanyakan kereta eksiden adalah berpunca dari kenderaan lain.aku pernah mengalaminya.dengan lori tanah depan Kompleks Teruntum wa cakap lu.berpusing 150° kereta kakak aku.kemik pintu kat belah aku duduk.pehh.phobia.phobia.pehh.


6. takut mengganggu lalulintas orang lain.yang ni pun aku pikir jugak.sebab co-pilot macam aku ni suka sangat makihamun pengguna jalanraya yang buat masalah macam tak bagi signal time nak masuk simpang, bagi signal kanan tapi masuk simpang kiri takpun tak ke mana pun,saje nak bagi signal..Bukan apa,aku takut bila aku drive aku terbuat masalah yang sama macam tu..hehe


7. serik kot.aku pernah bawak seblah encek ejang.masa tu zaman belum bertunang.dia tau aku baru dapat lesen.saje nak test la ni.aku bawak,lambat masuk gear.terus dia bising."kaki dengan tangan kena sama laju!". ok.gear kedua.masih tekan lambat. "laju!laju!" ok.dengar.gear ketiga.masih berkeadaan sama lagi. "ko ni,jangan lambat sangat boleh tak?mati la gini nak bawak kereta kat jalan besar!". ok.fine.aku berenti je kereta.dah taknak bawak.


8. takut jahanamkan kereta orang.yang ni pun alasan konkrit.takut plak aku terlanggar, terhentam, terjahanam dan segala perbuatan ter- yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kereta.memang adat la orang baru nak drive langgar itu ini kan,tapi ni kereta encek ejang derrr.walaupun husband,kalau dah sampai tahap tercabut itu ini,tak ke kena ganti balik?kena ganti satu hal.kena bebel?..arghhhhh


9. takdek self confident.yang ni paling kuat dan utuh.


rifdi masa umo 14bulan.
tengok,macho & confident je pegang stereng.


eh.tapi jangan ingat aku langsung tak pernah bawak kereta.kebanyakannya aku bawak secara tak sengaja.maksud aku,bukan sedang tido tetibe bangun amik kunci kereta dan bawak.bukan.


aku pernah bawak time :


1. member nak ambik barang tapi parking kat tepi jalan sebab parking penuh.tetibe kereta yang sedang parking nak keluar,takkan aku nak kuar kereta pastu lari pegi panggilkan member suruh alih.tarik nafas panjang panjang,pastu nekad bawak.sudahnya masa pusing semula nak amik member dia tanya "awak ni pandai bawak gear 3 je ke?".dah nak buek camno?masa belajar cikgu ajar sampai gear tu je.hehe.


2. keadaan yang sama macam di atas,dengan kakak aku di bandar kuantan.dia nak gi tukar barang kejap,parking takdek,so stop jap kat tepi kereta yang sedang parking.sakit tak hati kalau tahap dewa punya kena hon suruh alih kereta.maka nampaknya kena la bawak keta pelan pelan carik parking tempat lain.aku port kat pokok pastu call si kakak, "wehh.kereta dah alih kat tepi pokok ni.cepatttt datangggg!!!"


3. keadaan yang sama jugak dengan cerita ceriti di atas tapi kat shopping complex kat kajang.kali ni situasinya encek ejang dan sahabat pergi masuk shopping complex,abang ipar patah tangan plak pergi recce kedai kedai berdekatan,tinggal aku sorang dalam kereta.kereta depan dah kuar parking,kereta yang aku naik plak dekat tempat bukan parking.nampak bodoh kalau aku tak pergi parking kat situ.so,dengan machonya aku pun masuk kereta, tekan cluth, masuk gear, tekan minyak..sekali berdaung bunyi.okay.aku lupa lepaskan handbrake.nasib orang tak ramai,cuma sorang awek je ada.tu pun dah rasa muka dah tebal macam tayar lori kontena..


4. member pelawa bawak kereta.eh,okay je.takdek masalah aku bawak masa tu.kat simpang pass jer.sekali masa nak masuk parking cemas nak langgar staff jabatan lain.huhu


5. bawak go-kart.eh,itu pun kereta kan?aku bawak masa kat Genting.tu belum campur bawak kereta langgar (bump car) kat funfair.tak terkira banyak kalinya..hehehehewww


bawak ni over-confident plak.pelik kan?
ha.menarik bukan?
aku tau perlunya dan pentingnya kena drive kereta,nak nak time emergency macam hal hal kemalangan ke,pastu nak anta anak anak ke sekolah ke hape ke..aku tau kepentingan tu.tapi maybe sebab time ni encek ejang ada lagi,tu yang manja sangat gayanya asek nak kena berhantar berambik bagai.


tapi encek ejang kata one day dia akan belikan kereta auto.taklah cuak sangat kan.tapi bila tu ye?aku tunggu je.


dan motif aku cerita ni,sebab lesen aku dah mati bulan 2 aritu.sampai sekarang aku tak renew lagi.eh,takpe ke?


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

PiNK

baru sedar dari pengsan sebab terkejut petisuara datang komen kt usopbook.


eh. pagi tadi masa bersiap pegi kerja baru perasan, aku ni anti-pink ke pink-lover?


sebab sebelum sebelum ni aku selalu kutuk kaler pink. tambah plak mak aku selalu kata aku memang tak ngam dengan kaler pink dan purple. jadi bertambah tambah perasaan tak suka kat kaler pink tahu?


tapi?


mak aihh.saje je tambah tambah bagi menampakkan banyaknya pink stuff.

  1. beg mekap - ceh.tak semenggah.
  2. bekas spekmata yang sedang dipakai - bekas shades tak termasuk kategori sebab dia berkaler merah.sian dia.
  3. johnson body lotion - eh.why im choose this color hah?tp botol pink ni la yang ada bau paling best sekali.phewwwwit.
  4. bodyshop body lotion - LOVE ETC. eceh.padehal kebetulan je kaler pink.
  5. bekas contact lense - hah.ni ramai yang jeles.cantikkan? katak pink.hehe

pelik tak?pelik tak?


lagi pelik sebab pagi ni aku pakai kaler pink.
peh.


minah giler
tula. orang orang tua dah pesan.
jangan benci sangat sesuatu benda, sebab sekali terminat..kan dah malu.
ibarat ludah jilat balik plak.
eeii..ape pengotor sangat entry ni.eiiii..

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

23.5.11

boys 90's yang hot dan ohsem!

tengok bebudak sekarang giler sangat kat Justin Bieber.euwww..ntah ape yang best sangat kat justin tu pun gua taktau.tengok muka dalam CSI bebaru ni,gua rasa muka tak sweet pun.masam je.dengar suara menyanyi pun takdek la rasa sampai nak menangis macam dengar suara once penyanyi dewa tu.kalau dengar lagu dia yang baby,baby,baby,ohhh tu dalam kereta selalu rasa nak bakar je radio.tapi tak buat pun sebab nanti mesti kena marah ngan encek ejang.jadi tahankan je perasaan nak terbako tu.


eh,eh.kata orang yek.macam la dia dulu takdek artis pojaan.padehal dulu dulu masa baru nak akil baligh pun aku ada jugak jatuh cinta kat artis cenggitu.auww.sekali malu nak ngaku.


sape yang jadi kegilaan puan dd dulu ye?..eheh.malunyewwwww.


rider strong.hensem dan ohsem.
ini memang jantung hati ai.hahaha.akan lepaskan rindu bila ada cerita Boy Meet Worlds.lakonan dia ngan Ben Savage.






hehe.antara yang lain menjadi pujaan jiwa nak remaja time tu juga adalah :


Devon Sawa
start berkenalan masa sama sama berlakon dalam Casper. ehh?


Elijah Wood
yang ni aku tak ingat start bile aku berkenan sangat kat budak kiut ni.tapi aku ingat macam dia penah berlakon kat tempat berkayu,ada jeti,ada air..citer ape ek??


Jonathan Taylor Thomas (JTT).
okay.yang ni ramai giler fan.ingat lagi watak dia dalam Home Improvement?takpun suara Simba (Lion King) masa kecik??..yes.inilah orangnya.JTT.


matthew lawrence
brotherly love.kalau korang ingat dia berlakon dengan adik beradik dia sendiri, Joey & Andrew Lawrence.yang sebenarnya aku sukakan abang dia, Joey Lawrence.encem woo.macam muka John Stamos (Uncle Jesse - Full House).


ha.aku rasa diorang ni lagi best dari Justin Bieber la derrr...
peh.statement sakit hati.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

usopbook?

ouch.jam 11.30 pagi baru bleh bukak blog.pepagi sampai dh banyak keje melibatkan payment payment lama yang kena refer semula.


ada miss payment la,missplace la,backdated.pehh.cuai sangat rupanya puan dd ni.


ok.lepas siap keje opis,masa untuk buat keje bukan keje opis.tulis nama nama pada parcel yang akan dipos pulak.yes.my biz.parcel untuk customer yang dah order dan make payment untuk tudung dan shawl.sebab buat kat opis?sebab takdek masa nak menulis kat rumah.kat rumah sempat packing dan wrap parcel je.nak menulis memang tak sempat!


oh.sebelum tu.pepagi tadi sampai sempat bukak email.pastu terjumpa this attachment.lama dah dapat.tapi tak baca.patut la ada unread message kat inbox.


kelakar tahu.korang layan la ni dulu.nak mengadap kerja lagi ni.sikit je lagi nak abis.


klik la tengok.jangan la malas sangat.
sape la yang rajin sangat create menda ni ye?


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

20.5.11

ada yang rindukan mereka tak?






semalam masa amik budak budak ni kat rumah pengasuh,aku saje tunggu kat pintu.rifdi dia memang cam bunyi kereta abah dia.
dia nampak je aku terus jerit kegembiraan;


"Ma!!"


tsssk.tskk.terharu kau! T__T


haifa plak,pandang je aku..terus tak berkelip kelip.
2 minit pastu baru nak senyum.agaknya dia terpikir,mana la mak aku pegi ye??


hukhuk.sadisnya.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

i miss u so much dear.muah.muahh.

yes.im back.


rindu sangat nak berblogging.pastu tetibe dalam kepala terpikir, 

"kenapa tak update pakai henpon.cam biasa..".

oh ok.itulah kalau kerjanya pergi dan balik kursus,terus duduk bertapa dalam bilik hotel.macam orang takde social life.pastu bila balik bilik,nak tunggu dinner pun bleh muntah sebab pening kepala duduk dalam bilik hotel yang tivi atas kepala,jalan dua langkah dah sampai toilet.ok.betul tekaan anda.bilik kecik milik hotel budget.memang kecik macam reban ayam.sebab tu sampai muntah muntah pening tak nampak dunia luar.nampak kedekut bukan?tapi itulah realiti sorang penjawat awam gred tak banyak.masuk hotel budget 2 hari pun dah rasa bleh beli huggies 2 orang anak sekali ngan susu anak kecik.


bilik untuk sorang sorang.


eh.ape kena mengena tak update blog dengan bilik hotel?


ada sebenarnya.penceritaan dia kalau straight to the point,nampak la kau tak pergi memana kedai nak singgah beli topup.so,henpon sony yang aku banggakan dapat tulis blog tu takdek credit.plus henpon aku tu dah macam nak tamat riwayat je.hidup segan,mati takmau.
mana maunya??


ok.berbalik kepada penceritaan yang lebih berfaedah.


bebaru ni aku pergi kursus safety & health at workplace.dengar tajuk pun bleh meremang bulu roma kan?hebat tak?ha.aku rasa dalam list nama tu ada 5 orang wakil dari pahang.tapi yang datang 2 orang je.yang sorang lagi tu aku tak kenal pun.tak pernah pulak tengok muka. (--)". pfftttt..


aku ni kan kategori orang peramah.*rock kata.bukan aku.
maka,dapatla ramai kawan dari seluruh pelosok negeri.macam macam perangai.kengkadang rasa macam zaman belajar safety taun 2004 dulu pun ada sebab masing masing perangai macam budak budak.oh ye,lupe nk bagitau.dulu aku penah amik course ni.8 bulan la under NIOSH.dapat la pegang title safety & health trainee..hehe.aku amik course ni sebab join SLG,skim latihan graduan.dulu dulu banyak program gini untuk bebudak lepasan dip & degree.sekarang taktau la wujud lagi ke tak.


so,sebab aku dah ada pengalaman study menda alah ni,dan dah lulus exam dengan cemerlangnya *pehhh..riak.maka aku bertanyakan la pada encik fasi pasal course ni,dan dari situlah terbocor rahsia aku dah penah attend safety & health course padehal memula start kursus tadi mati mati aku kata tak pernah amik tau pasal safety.hah.bodoh piang.nak menipu tapi tak pandai kaver.boooo. (-_-)"


lepas je dari tu,bila nak buat latihan dalam kumpulan,automatik masing masing pakat geram tak dapat 1 group ngan aku.konon macam la aku pandai sangat nak solvekan kerja dalam kumpulan tu kan.yang dalam group aku plak memasing dah nampak muka nak serah tugas kat aku.ceh.ceh.cepat je aku bagitau,untuk pengetahuan segala pelajaran tu aku dah tak ingat.aku isi form nak attend course ni pun sebab nak refresh balik menda la yang aku belajar dulu.dah lupe.bila bukak buku 2-3 hari ni,baru la ingat.


maka,akhir kata..dalam kumpulan tu aku tetap macam budak baru nak belajar.sama je.aku pun anggap knowledge aku zero.jangan harap sangat pada aku ni.hahah~~


ntah apa motif aku sembang arini pun aku taktau laa.


wink.wink.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

POPULAR POST