lamanya aku tak update blog.*ayat blogger tegar memang macam ni*.sekali update amik kau tajuk,memang takbleh blah.rasa macam nak baca blog dari australia lagaknya.
petang sabtu baru ni aku melayan Kashaf Imani.first time layan dan aku sangat sukakan watak Beto sebagai Kashaf dan Amani sebagai Imani.memang best.tapi yang frustnya aku tak dapat tengok habis lantaran kedatangan mak,abah,kakak dan anak-anak sedara ke rumah.
yayyyy!mood pun bertukar.
tetiba je kennn,abah nak bermalam kat rumah.so,apalagi.dah petang baru mengemas bilik second yang
macam memang tongkang pecah tu.nasib baik bilik tu sekadar bersepah,bukan kotor.so,tak banyak kerja.
seronok sangat mak datang.malam tu aku jamu mereka dengan sate.tapi klakar la kan,mak pulak boleh bawak nasik dari rumah,lepas tu siap bawak ikan tamban mentah dan sayur kacang siap goreng.tengok macam syok je lauk,aku tambahkan buat sambal tempoyak.encek ejang yang tapau nasi dagang tu pun bleh menambah nasik putih sebab syok sangat nampak sambal dengan ikan tamban.hari pulak hujan.haihh.
lepas tu abah dengan encek ejang layan bola.kelantan vs atm.
while kitorang yang lain borak-borak kosong dan bergosip.
gossip girl meh?
budak-budak kat rumah non-stop main.dahla rumah gua dah rupa tongkang pecah,datang bebudak ni lagi la rasa macam tongkang tak siap plak dah.memang havoc.haifa sampai mengigau panggil dhiya dengan azim.sabau aje la. T.T
esok pagi,bangun terus memasak.sampai lupa muka tak basuh lagi,air liur basi meleleh-leleh.haha.buat lawak pulak.tampar dek abah aku kang kalau aku buat perangai buruk gitu.
after makan,kitorang ramai-ramai pulak berebut bilik air comel sebab nak keluar jalan-jalan.hari hujan tapi semangat nak keluar kemain membara.kakak aku sibuk nak carik kulat sisir.nasib betul.kebetulan kulat sisir tengah banyak dijual,terus masing-masing beli banyak-banyak.hairan aku.lepas tu,kakak dengan mak aku beli pulak ikan pekasam.ye,kebetulan jugak hari tu ramai gila orang berkerumun area ikan pekasam.entah kenapa hari hujan aritu ramai yang teringin cari lauk macam tu ye?
hairan lagi.
habis kat situ,aku bawak pulak diorang shopping baju.hairan jugak.mak dengan kakak aku memang suka beli baju kat Jerantut.series tak paham.sampai kakak aku beli 2 helai baju,mak aku beli selai skirt.haihh.hairannya laa..
sudah perabihkan duit kat butik-butik di jerantut,sudahnya aku bawak pulak diorang ke rumah baru.ya,antara agenda menarik la ni.mak komen
"rasa macam nak makan rumah awak ni" sebab color rumah yang macam tu.haha.kelakar la atok mak ni.
*ayat rifdi kat mak aku okayhh*
sampai rumah,terus lancarkan aktiviti untuk lunch.
gambar ni masa makan malam dah pun.tapi lauk yang sama la.bezanya takde bawal goreng dah.
kalau ikut putaran jam lauk adalah berupa ayam masak merah, kulat sisir masak lemak,ayam goreng (untuk para anak kecil),pucuk gajus & jering,sambal jering dan bilis tempoyak.tengah-tengah adalah ikan pekasam dan tempe goreng.
lepas makan,family berehat-rehat dulu.agak-agak dah pukul 3 lebih,semua dah beransur-ansur mengemas.nak balik.rifdi sampai dah nak nangis tengok sepupu sepapat nak balik.haifa pun.hasya tetap steady sengih-sengih walaupun hingus ya Rabbi.
petang tu hujan mengiringi kepulangan mereka.
haiii.nasib baik dah nak balik kuantan selasa ni.haihh.
*syahdu*
# petang ni audit keceriaan di office.aku plak planned nak pergi klinik sebab inject.dah cukup 3 bulan ni.
# esok plak masuk pagi je kot.petang aku ingat nak try guna ilmu ghaib la,amacam?okayh tak?
sumber gambar : instagram @ddrocka
٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!