30.11.12

hasya #3 : 10m

19/11 baru ni hasya genap 10 bulan.
dah besar budak ni.bercakap ke main lagi.kalau carik kakak dengan abang mesti "ane?ane?".

mulut becok boleh tahan.mampu menyaingi kakak tercinta barangkali.aktif jangan cerita la.katil rendah kat umah kuantan semua dia berjaya panjat dan naik.maknanya turun naik tu makanan dia je.

kalau aku sampai rumah,aku letak je depan tv,sekali imbas je nampak dah sampai dapur.port paling best adalah bilik abang dengan kakak sebab boleh berdiri tepi katil sambil tarik comforter.agaknya kalau pandai bercakap mesti dia sebut "tadaa!".

kalau letak dalam walker pulak port terbaik pergi dapur dan hadap kabinet.pastu pandai dia la nak pilih laci mana nak tarik.suka hati dia.kalau time aku bukak fridge pun dia suka.dia nak jugak duduk depan tu sambil merasai nikmat kesejukan di situ.sambil tangan mencuba mengambil segala apa yang ada dalam tu.haip!dah kena tepuk tangan gebu tu.

paling aku tak larat adalah time menidurkan hasya.minum susu,bangun.sambung minum susu duduk,pastu buang botol.pusing katil,amik semula botol dan baring.buang pulak botol,bangun pulak.lepas tu pusing katil atau merayap-rayap atas badan dan baring.bangun,carik botol dan baring.dalam masa setengah jam selepas itu baru berjaya dia tidur.ataupun mata dah pejam,nampak nak tidur sangat dah ni tapi lepas tu buat magik,bangun dan duduk!dan mari berjaga semula.

haih.penat toksah citer la.tu belum lagi tengah nak tidur kakak atau abang masuk bilik pastu kacau adik tidur.lagi la rasa macam tetiba nak bertukar jadi incredible hulk.tapi sebab takde langsung gen pelik gitu,maka paling hebat pun ibu dia membebel bising.tu je yang mampu buat.

paling hasya suka adalah makan.tak kira la makan apa.nasik,roti,biskut,tab,henpon,dan segala apa objek yang dijumpai.masalah betul.berlari-lari la aku andaikata nampak dia macam seronok je mengemam dan mengunyah sesuatu dalam mulut.so far,alhamdulillah takde lagi menda pelik yang dijumpai.

teringat plak haifa masa baya hasya.aku bagi susu dia taknak.bagi roti dia taknak.sekali bukak mulut rupanya tengah kunyah getah rambut.ya Rabbi.sebab tu aku cukup berhati-hati dengan pin baju atau pin tudung.jangan terjatuh atau tertumpah.bahaya giler!

muka bangun pagi

suka join kakak & abang layan cartoon

shedapnya

geng makan saje

hobi paling macho

makan lagi

ahli akrobatik.
lepas tu jatuh tersembam sampai berdarah-darah mulut.
T-T

lepas berdarah mulutnya




hah.2 bulan lagi genap setahun.apa lagi kehebatan yang awak akan tunjukkan nanti?





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.11.12

Wordless Wednesday #56


28-11-2008



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

27.11.12

haifa #22 : she's turn 2!

sejarah norhaifa rafissa : 11 / 11 / 2010

baru 2 tahun lepas rupanya aku beranakkan haifa. aku rasa macam dia dah lama lahir sebab dia sangat petah bercakap.dudukla dengan dia.dia sangat matang.dengan sifat penyayangnya,dengan hangin dia,dengan klakar dia.aku rasa siapa yang duduk dekat dengan dia senang tertawan.cuma dia la yang kena tunggu panas baru boleh berbaik dengan orang.

haifa juga sangat aktif.kadang-kadang aku yang penat tengok dia yang non-stop bergerak.sampaikan pengasuh dia pun boleh kata haifa senyap time tidur je.tu pun tengok dia tidur pun sama macam tak tidur.bercakap.boleh gelak lagi.serius tak paham. --"

kalau bercakap memang boleh buat kita yang tengah marah ni nak gelak.takpun boleh tambah rasa nak marah.satu hari tu haifa tengah main dengan abah dia.sekali abah dia tertidur.
dia pegang tangan abah dia,tapi abah dia dah no response.masa tu aku dengar haifa cakap;

"alamakk.abah tido la pulakkk".

see.sampai tensen pun ada layankan dia bercakap.macam mak nenek.dengan sikap dia yang rebel.fuh.memang aku banyak-banyak bersabar dengan dia.sampai aku pernah menangis sebab dia.

tapi aku cukup touching dengan satu sifat haifa.seganas-ganas dia,satu hari tu aku mengalami konflik jiwa yang sangat teruk.aku menangis seteruk-teruknya depan anak-anak.aku tekanan sangat time tu.
haifa datang pegang muka aku,pandang aku,lepas tu dia peluk.sweet giler!lepas tu agak-agak dah cool down,baru dia lepas blah pergi tengok kartun.
lepas tu aku nangis lagi.dia datang lagi,peluk aku lagi.ahaiii.dia memang matang.

sebelum aku buat ayat yang lebih skima dan buat rencana am lebih panjang,baik aku letak terus gambar-gambar haifa.aku dah rasa ayat aku lebih dasat dari buku teks darjah 5 dah ni.pembawakan betul.


kakak kawasan


didikan seorang kakak kepada adiknya





semoga jadi anak yang baik dan kakak yang awesome.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.11.12

her & his birthday : Part 2

Part 1

lepas main air sehebat-hebatnya pagi tu,malam tu aku hidangkan pulak anak-anak dengan kek cheezy chocolate yang aku beli on the way balik dari Balok tadi.

kemain sukanya anak-anak.rifdi sampai sibuk cerita kat atok mak dia nak letak api,nak tiup api lepas tu abang makan api.kahkahkah.klakar la abang ni.

suka sangat mereka-mereka ni.kalau hilman dengan dhiya,dari pagi asyik text aku pasal birthday dan pantai.sampai silap paham ingat aku nak ajak celebrate kat pantai.ceh.tak rajin aku.makan kat rumah lagi best la budak!

kak ina menebusbalik akan ketidakberkesempatan buat kek untuk rifdi dan haifa dengan bawak lilin HAPPY BIRTHDAY yang kiut.rasa nak makan lilin tu.aum.



sepupu sepapat tak sabar dah tu


the siblings potong kek.
hasya sampai menangis takut.hahah.

abah dan budak tecik



suka kemain sorang-sorang.
fyi yang taktau,haifa baru genap 2 tahun pada 11-11-12 lepas and
rifdi pulak akan genap 4 tahun 28-11-12 ni.

semoga mereka akan jadi anak yang soleh & solehah dan bijak dunia & akhirat.
Amin.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

21.11.12

her & his birthday : Part 1

hallo november!

kelmarin emosi entah apeke jadahnya pasal boikot.so,hari ni mood dah molek tetiba baru teringat tak bukak cerita pasal november.

november adalah bulan kelahiran anak pertama dan anak kedua gua ye.ingatkan anak ketiga lahir november gak.mana tau bleh bikin hatrick.kahkahkah.lawak tak?lawak tak?apa?tak lawak?...

T-T sadis.

lastweek sebab cuti lama of course la kitorang balik kuantan.so,aku pun cadangla nk suruh kakak aku buat kek,nak celebrate beday bebudak ni bersama-sama sepupu sepapat.tapi sebab kakak sibuk mengandam je,tak dapek la kek dia.dapatla kek secret recipe je.

tapi pagi tu encek ejang bawak kitorang pergi Balok dulu.main pantai.alang bff encek ejang la yang memberi idea tu.pukul 10 kitorang dah terpacak kat pantai.

aku,encek ejang & hasya serta alang & yana (wife alang) duduk je kat bawah pokok makan nasik lemak.rifdi,haifa and harraz kitorang bagi peluang main pasir dan pantai.





geng lepak tepi pantai.
sekali bila anak-anak balik ke atas...



kanak-kanak tercomot.aih!
makan pasir ke hape dia ni?


siap kat pantai,menyambung pulak kitorang kt kolam De Rhu Beach Resort.konon nak membilas la kan.skali terjun kolam.sronok sangat la bebudak ni main air.sampai sunburn!

korang layankan jela gambar gambar ni.tak larat dah aku menaip pakai tab ni.muahaha.








lepas makan cornetto pun diorang terjun balik.jeles i taww.


paling best.
tidur tepi kolam.


14.11.12

homesweethome #12 : we're moved!

now what?
lambat lagi update blog.memang nak kena dd ni.dush!dush! *lunyai*


lately,aku sangat sibuk.untuk pengetahuan semua,saya dah pindah rumah baru!hoyeahh!
last 10-11-12 hari tu aku dah selamat dan officially duduk di rumah beralamat ehem ehem (terpaksa dirahsiakan.bahaya woo).selamat dah akhirnya walaupun rumah tunggang langgang.aritu masa pergi kedai perabot kata nak hantar awal tapi sampai la ni tak sampai-sampai lagi ni.

apa cita ni tokey?we all dah bayar depo juta-juta.macam ni u oll treat us yang dah bayar depo juta-juta tu?grrr...
okeh.dialog propa memang cenggitu.tapi series,kitorang dah bayar 80% deposit.macam ni diorang layan kitorang?tskkk.

lama tak update pasal rumah kan?haiyyo.tunggu masa je.gambar dah berlambak-lambak upload kat instagram.im sorry blog.awak dah dianaktirikan.


saat packing memacking.beberapa minggu sebelum pindah.


sambil tu,keadaan semasa di rumah baru sebelum kami pindah.

finally.setelah bertikam parang berkerat gergaji dengan tokey kabinet.

dapurku resepiku.
ewah.

cabinet yang awesome mahhh.

tak puas hati.bila sampai rumah terus peti ni jadi kurus.
haih.

bilik rifdi & haifa

bilik saya & encek ejang.
ehem.

inilah rumah kami.
macam rumah Hansel & Gretel tak?


dan sesi mencuci rumah pun tiba.




lepas tu menghias pulak.



langsir & blind




and after pindah.mari kita lihat apa yang jadi.



piring astro pun berikat kat tiang lagi.wakakak.









٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8.11.12

kiddos

eh.aku tak update lagi hari ni.adoihhhh...sungguh sibuk lagaknya. 
aku tepek gambar terbaru anak-anak aje la.












POPULAR POST