30.5.13

cuak

aku ni kalau diikutkan duduk dalam level cuak.

bulan lepas,bahagian SUK call office.dia tanya nama husband & wife yang ada dalam jabatan kitorang.sah-sah nama aku dengan ejang la yang top.lepas tu member aku,Nani dengan suami dia,Baby.

cc aku siap call balik orang SUK explain yang aku dengan ejang langsung takde kena mengena time kerja.aku bahagian kontrak dan ejang bahagian mekanikal.office pun lain-lain.sama jugak macam nani.dia bahagian jalan,dan duduk office.suami dia pulak duduk kat stor,buat kerja bahagian stor.punya la baik cc aku kan?siap nak tolong jangan pisahkan aku dan dia lagi.

masa tu aku dapat pulak tau husband & wife (member aku jugak) kat Pekan dah kena tukar.husband dia transfer ke jps dan wife dia masih kekal dalam jkr.lepas tu member bera pulak tukar dari jkr ke plb. -_-".

dan start dari hari tu la aku hari-hari cuak.datang kerja rasa macam nak pergi perang.takut je tetiba atas meja keluar surat pertukaran.aku ni bukan taknak tukar,tapi frust sebab tak dapat APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) lagi ni.kalau boleh bagi la dulu baru boleh aku keluar jabatan dengan senang hatinya.

sebulan cerita tu berlalu dan nampaknya takde apa yang berlaku.aku dah steady balik.

tetiba,isnin baru ni aku dapat tau office aku akan terima orang baru.orang dari plb jerantut jugak yang mana dia adalah wife kepada s.o. pejabat tanah.lepas tu,sorang lagi budak pejabat tanah kena tukar pejabat hutan dan orang pejabat hutan tukar pulak masuk pejabat tanah.ini semua sebab husband & wife satu jabatan jugak!

arghh.haru.
aku kembali cuak.cuakkk!


damn!

sila LIKE sekarang!

29.5.13

home deco

aduh.i can't help myself bila nampak something DIY macam ni.






cool sangatkan?
lagi yang aku suka sila tengok kat bawah ni.







rasa tak sabar balik rumah dan gardening.

oh.actually kelmarin aku dengan ejang pergi plant nursery.kitorang beli pokok untuk hias dalam rumah.ejang la cakap sudut nak ke dapur nampak boring.so semalam dengan penuh semangat dia letak pasu dan pokok di sudut,siap gantung frame pulak atas pokok.ah.lupa nak snap.next time la.

lepas tu beli tanah 6 ekar.eh.menipu sangat.beli tanah organik 6 paket untuk tabur dekat mini garden kitorang.ejang nak tanam anak pokok cili yang mak dia bagi.lepas tu beli rumput karpet 2 keping.cukupla tu.nak cantikkan sekeliling pokok pinang depan gate tu la.

dalam kepala aku plak fikir nak beli another pasu.kalau boleh nak DIY macam kat atas tu.nak pindahkan mini cactus yang dah besar godang tu pulak.kesian.badan dah besar tapi rumah kecik sangat pulak dah!


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.5.13

motherhood #2


"Motherhood is not a hobby, it's a calling. You do not collect children because you find them cuter than stamps. It is not something to do if you can squeeze the time in. It is what God gave you time for."

~Elder Neal L. Anderson

2008 

2010

2012




    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

27.5.13

Travis - Turn



I want to see what people saw
I want to feel like I felt before
I'd like to see the kingdom come
I want to feel forever young
I want to sing
To sing my song
I want to live in a world where I belong
I want to live 
I will survive
And I believe that it won't be very long
If we turn, turn, turn, turn, turn
Then we might learn
So where's the stars?
Up in the sky
And what's the moon?
A big balloon
We'll never know unless we grow
There's so much world outside the door
I want to sing
To sing my song
I want to live in a world where I'll be strong
I want to live
I will survive
And I believe that it won't be very long
If we turn, turn, turn, turn, turn
And if we turn, turn, turn, turn
Then we might learn
Turn, turn, turn, turn
Turn, turn, turn
And if we turn, turn, turn, turn
Then we might learn
Learn to turn


rindu



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.5.13

Lily Allen - Friday Night




Ooooooooooo
Ooooooooooo

Friday night last orders at the pub,
Get in the car and drive to the club,
There's a massive crowd outside so we get in to the queue
It's quarter past 11 now we won't get in till quarter to two.

It's quarter to and we get to the front,
Girl on a guest list dressed like a c***
She asked security to check inside my shoes,
You can play this game with me but you know you're gonna lose.

[Hook]
Looked me up and down,
I don't make a sound,
There's a lesson that I want you to learn,
If you're gonna play with fire then you're gonna get burned,

[Chorus]
Don't try and test me cos you'll get reaction,
Another drink and I'm ready for action,
I don't know who you think you are,
But making people scared wont get you very far.

Ooooooooooooo
Ooooooooooooo

In the club make our way to the bar,
Good dancing love but you should have wore a bra.
Guy on the mike and he's making too much noise,
There's these girls in the corner wanting attention from the boys.

I see these girls and they're shouting through the crowd,
Don't understand why they're being really loud.
They make their way over to me,
They try to push me out the way,
I'll push her back, she looks at me and says,
What you tryna say?

[Hook]
[Chorus x2]

Oooooooooooooo
Oooooooooooooo




suka sangat lagu ni.suka muzik dia.
walaupun lirik agak bangang tapi lantak.aku suka melodi dia.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

21.5.13

hasya #6

kelmarin hasya dah cecah umur 16 bulan.

champion


fakta pasal hasya yang sedang membesar di ketika ini :

  • paling kuat makan antara 3 beradik.time makan dia,dia ngap.time kakak makan,dia ngap.time aku makan,dia ngap juga.
  • sekali hadap susu adalah sebanyak 6 aunz.siang 3 kali.malam boleh membawak ke 5 kali atau lebih sampai pagi.
  • paling kus semangat.tengok lipat perut la.sebijik iklan tayar Michellin.
  • gigi geraham atas dah tumbuh dua dua belah setiap satu.tapi gigi geraham bawah ada belah kiri je.
  • paling lasak tatkala umur begini.ingatkan haifa paling hebat,rupanya dia lagi hebat (lasak)
  • paling kuat mengamuk di usia sebegini.kalau kita cakap "no!", dia akan memberontak.sepak-sepak kaki dia.atau buat "aumm!".garang!
  • sangat loyar buruk.suka jalan terhendap-hendap depan orang.favorite dia jalan hendap-hendap depan rifdi time rifdi tengah tengok tv.memang confirm abang dia nangis.lagi satu dia suka jalan ke tepi macam ketam.jalan berundur pun boleh.awesome.
  • suka buat muka kelakar.buat mulut bulat,muncung.kelip-kelip mata sambil sengih angkat hidung.
  • belum lancar bercakap.berbeza dengan haifa seusia dia dulu.tapi antara perkataan paling kerap disebut ialah "nak", "tak", "abah".paling takbleh blah dia panggil aku  "ama".deyy!
  • suka mengutip dan makan apa saja yang dia jumpa.paling buat aku bengang, dia suka geledah tong sampah dapur.pernah sekali dia makan balance ayam kurma yang aku buang dalam tong sampah.hoi.lepas tu terus tong sampah tak pernah wujud dalam rumah.nak buang tisu sehelai pun kena keluar dapur belakang.
  • betul-betul muka ibu!


terimalah.






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

20.5.13

motherhood

aku memang suka memerhati.


pemerhatian yang rajin dibuat adalah terhadap emak-emak yang sudah ada anak.

1. Emak dan seorang anak.

Kategori emak yang teruja. bab makan, pakai, semua nak mewah. nak yang hebat-hebat. lepas tu segala perbuatan anak semuanya sweet. anak buat sepah, sweet. anak main lipstick emak, sweet. anak makan tumpah, sweet. yela, itulah satu-satunya permata hati. semua sweet. anak tidur lambat pun boleh layan lagi. mama kena bangun awal esok tapi takpe, anak mama punya pasal. mama pun nak main jugakla. padahal dah pukul 3.30 pagi. semua boleh bersabar. syabas.

lepas tu sebab taknak hilang tumpuan untuk anak, maka emak pun planning taknak ada baby baru lagi. tunggu dulu. nanti tak dapat tengok anak membesar. habis? nak tunggu anak umur 17 baru nak ada baby baru?


2. Emak dan dua orang anak.

Tumpuan terpaksa bahagi dua. masa ni adik pakai barang abang/kakak tadi. lepas tu masa adiknya nak membesar, abang/kakak tadi dah mula belajar kena marah. asal adik menangis, meraung mesti kena tanya abang/kakak,"buat adik ek?".

kesian abang/kakak. konon tadi janji nak bahagi kasih sayang dengan adil. tapi tak jadi. gagal. balik-balik adik menang. lepas tu abang/kakak tertumpah air pun dah kena tegur.

mama dah tak macam dulu. dulu air tumpah mama lap sambil senyum je. tapi mana gelak mama tu sekarang?

itu baru ada anak dua. tapi ada juga emak yang masih mampu bersabar. syabas!


3. Emak dan tiga orang anak. eksiden macam aku aritu ke.eh?

Tumpuan terbelah tiga! biasanya nombor satu sensitif. paling emosi. nombor dua pulak indipendent tapi manja. biasa la, ada adik. kalau adik menangis, automatik mama carik yang nombor satu atau nombor dua. bila tanya rupanya adik jatuh tergolek sendiri. takde kena mengena dengan siapa-siapa. itu nasib baik dapat emak tengah mood baik, nak tanya dulu. cuba masa emak tengah angin torpedo. harus kena sebat dulu, anak nangis jerit-jerit lepas tu baru tau salah adik tu sendiri. dah emak menyesal.

lepas tu semua dah tak sweet. anak tidur lambat pun emak dah jerit-jerit histeria padahal baru jam 9 malam. anak berlari-lari dalam rumah pun kena jerkah. anak main atas katil sepah-sepah pun hangin. barang mainan bersepah satu rumah pun boleh mendatangkan rajuk. anak mintak suap pun kadang-kadang marah!

tapi mungkin ada emak yang boleh bersabar lagi. memang emak kategori superb!
tolonglah ajar aku macam mana nak jadi superb macam tu!


4. Emak dan anak lebih dari tiga orang.

Kena tengok keadaan. kalau anak nombor 1 dan 2 dah besar, dah boleh handle adik-adik, maka emak tak perlu besarkan suara dah. tapi kalau semua kecik-kecik.contoh umur yang rapat macam 6 - 4 - 2 - 1, aku rasa emak dia perlukan tenaga yang banyak.


p/s : normal.






3 orang anak.tipu la kata kalau aku tak pernah menjerit marahkan diorang.
sampai menangis merajuk lari masuk bilik pun pernah.

haha! anak. u're my everything!

16.5.13

jiwa

hari ni mesyuarat.sebab dah takbleh nak pikir apa,aku hadiahkan ini sebagai penenang hati jiwa dan raga.
tenanglah jiwa.

Selamat Hari Guru

entry panjang tanpa belas kasihan.


kita flashback 27 tahun yang lampau.masa tu umur aku 4 tahun.tapi kakak aku yang masa tu umur 9 tahun dah gigih mengajar aku ABC, 123 pakai papan hitam.konon main cikgu-cikgu la.tapi sebab dia ajar dengan ikhlas walaupun tunjuk dan ajar pakai kaki,tapi sebab dia la aku pandai membaca masa umur 5 tahun lebih.aku masuk tadika umur 6 tahun aku boleh jadi Pelajar Terbaik 1988 di Tadika KEMAS Paya Besar sebab paling pandai membaca termasuk membaca Muqaddam.jasa dia memang aku kenang sampai bila-bila.

masuk Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (sekarang dah tukar nama Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad), aku duduk kelas atas sekali.tapi jangan sangka aku bijak sangat.masa darjah satu mungkin aku boleh tunjuk terer sebab asyik duduk kat tangga pertama je dalam kelas.masuk darjah 2 aku dah masuk kategori bimbo.eh?perasan cantik betul.lepas tu masuk darjah 3 sampai darjah 6 perangai terus turn 180 darjah.pemalas.kuat main.time cikgu ajar tak suka ambik perhatian.hasilnya,selalu kena berdiri atas kerusi, kena berdiri luar kelas, kena tulis "saya janji saya akan siapkan kerja sekolah blablabla" entah berapa ratus kali, kena berdiri depan kelas sebab tak pandai selesaikan soalan math, kena cubit sebab bising dalam kelas, kena marah sebab muntah dalam kelas muzik time tengah training koir..ahhh.banyaknya kena denda.tapi alhamdulillah.aku lepas UPSR dengan result 3A 1B.tak hebat mana tapi siapa sangka?

masuk Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, aku masih berada dalam kelas paling atas.dan corak permainan pelajaran aku tetap sama dengan corak sekolah rendah.masih pemalas.kuat main.time cikgu ajar tak suka ambil perhatian.dan paling teruk,aku boleh tidur dalam kelas.ohye.aku jua kuat bercakap sampai aku pernah kena panggil naik dewan perhimpunan lepas tu guru penolong kanan tu suruh aku repeat balik apa yang dia cakap.kesnya,aku bercakap kat belakang.siap menyanyi lagi.berpeluh-peluh aku nak teka apamenda cerita dia tadi.

aku selalu kena rotan.kalau bab markah periksa teruk tu aku redha jela sebab aku tau aku bukan pandai sangat pun.tapi rotan bab lain tu memang banyak la.aku pernah kena rotan sebab cikgu dapat aduan aku kuat mencarut.lepas tu serik nak mencarut.aku pernah kena rotan sebab kantoi terkeluar lighter dalam anak tudung masa buat spotcheck colour rambut.kena rotan sebab buat surat layang.kena rotan sebab tak masuk kelas,aku lepak belakang bilik Kemahiran Hidup.tapi alhamdulillah,aku lepas PMR dengan jayanya walaupun dapat 3A 5B.kwangkwangkwang.

dapat pulak Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah.pertama kali aku jauh dengan mak abah.dengan keluarga.maka lebih teruk la aku bagai dirasuk syaitannirrojim.mula masuk sekolah situ pun aku dah kena kejar dengan cikgu dan prefect sebab pakai cincin,pakai rantai,pakai gelang kaki tapi nasib baik time tu tak kena rotan lagi.lepas dari minggu orientasi sampai tamat sekolah, sekolah teknik ni la aku kira memang sehari aku tak kena dengan cikgu tak sah!

minggu pertama prep di dewan makan aku dah kena hempuk kepala ni dengan buku log Kejuruteraan Awam yang panjang dan tebal tu sebab aku tido time prep.salah aku.

rotan adalah rutin harian.pagi kena.petang pun kena.malam turut tak terkecuali.tapi malam biasanya kena tepuk lalat (tepuk bintang) 1000 kali di asrama.rotan paling best adalah rotan cikgu marlini, cikgu faridah dan cikgu usop.favorite spot cikgu marlini adalah di betis.kalau siang aku kena sebat kat betis time kimia, tengah hari aku kena sebat betis dengan dia di kolej (asrama) pulak sebab warden masa tu.dan petang mungkin kena juga sebab tak turun riadah.dan malam mungkin kena juga sebab kadang-kadang aku suka turun prep pakai seluar pendek.dan mungkin malam nanti time roll call akan kena rotan lagi.mungkin la.tapi average kena rotan sehari adalah dua kali.wajib.

favorite spot cikgu faridah yang ajar add math tu pulak adalah tapak kaki.add math pada aku masa tu adalah subjek paling gampang.markah terhebat add math yang pernah aku dapat adalah 12%.paling dasat dah tentu infiniti.eh.tak.0% la.jadi tapak kaki adalah mangsanya.pernah sekali aku pergi sekolah tak pakai stokin,pakai kasut penguin.jadi sila la selami bagaimana rasa tapak kaki masa tu.awwww-some!

cikgu usop adalah cikgu bm yang memang selalu ke kelas kepit rotan kat ketiak.rotan tu gunanya untuk student perempuan.untuk student lelaki dia cuma gunakan kuasa cubitan di tetek sahaja.aku pernah tengok bob (classmate) aku yang badan memang bagak besar terangkat kaki dan badan sebab kena cubit tetek dengan cikgu usop je.jadi bayangkan pulak rakan sekelas lelaki yang kategori petite.memang mengucap la takut lepas ke atap.

eh.pasal tepuk lalat tadi.aku rasa itu juga rutin harian kami di asrama.sudahla time riadah memang confirm kena buat.malam nanti mungkin juga kitorang akan buat bersama-sama lagi.tak kira la perempuan time tu sedang ayu berbaju kurung ke.tak payah control ayu la.memang kena jugak.sebab masalah yang sikit contoh macam buat bising time prep, masalah tak turun surau, tak basuh cawan dewan makan, cawan dewan makan berdaki, -- memang kena la.kalau nak diceritakan banyak sangat.sampai kes kecik macam basuh kain malam-malam hari kat bilik basuh pun boleh terkena kat satu kolej.

cikgu juga pernah kejar aku and the gang dengan payung.aku tak ingat apa kes tapi kitorang lari masuk kelas rock lepas tu tutup pintu duduk diam-diam dalam kelas.aku pernah juga kena ketuk dengan scale ruler.azab sangat sakit dia sebab kena ketuk atas buku tangan.kebanyakkan denda dan hukuman yang luar biasa ni adalah hukuman markah english tak best.aku jarang kena sebab english aku best.poyo.kalau tengok rakan sepasukan aku kena denda,memang hazab.kena baling kasut sendiri dari tingkat 3 ramai-ramai,lepas tu kena turun pulak carik kasut sendiri.kena sangkut kat leher tag bertulis macam-macam lepas tu kena masuk semua kelas -- macam-macam aku cakap.sampai aku tak mampu nak tulis hukuman tu.

tapi aku tau, denda, rotan, hukuman -- ni semua tanda cikgu nak didik anak murid dia jadi manusia.bukan jadi binatang.cikgu marah, maki depan orang ramai.sebab cikgu nak bentuk anak murid jadi manusia yang berguna, bukan yang macam sampah.

sebab dah panjang sangat entry aku kali ni,aku cuma nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua insan yang banyak mendidik, mengajar, dan membentuk aku dalam menjadi insan yang berguna ini.jasa kalian semua memang tak mampu aku balas.terlalu besar jasanya sampai kalau nak claim balik pakai duit pun aku rasa tetap tak cukup.masa ni,aku terasa alangkah baiknya kalau aku dapat jumpa semua cikgu yang pernah mengajar aku tu,dan aku nak belanja dia ABC.

SELAMAT HARI GURU!

ehem.ada macam muka cikgu tak?






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.5.13

hidung

teringat.


dulu masa aku tak kawen lagi iaitu di zaman aku kurus kering aku selalu cakap kat mak aku,

"mak.kalau ada la orang cakap hidung ida mancung, memang ida terajang je dia. tak agak-agak".

aku memang sensitif bab ni.sebab aku sedar.dalam 5 orang adik beradik aku termasuk arwah abanglong, aku sorang je yang tak memiliki hidung yang mancung.arwah abanglong hidung mancung terletak.abangah pun,jenis hidung mancung seludang.kakak aku pulak hidung mancung kembang ala-ala karisma kapoor.adik aku pulak hidung yang sama macam arwah abanglong.

hidung aku pesek.dahlah jenis hidung tak berbatang.kalau tengok dari depan terutama gambar pasport kad pengenalan (berangan nak ada pasport ni), jenis tiba-tiba nampak dua lubang hidung.dan hidung.dapat agak tak?

dan kisah tu pun berlalu...

sampai masa aku bersalinkan haifa.masa tu haifa dah duduk kat sebelah aku dalam wad.dalam 5 jam after bersalin kot.masa tu ramai la yang datang tengok haifa sebab masa tu dia antara baby terbesar dan terberat yang lahir 11-11-10.

3.8kg beb.teran tahap terseksa tapi paling senang nak bersalin.sedang orang datang tengok,puji tetiba akak sorang ni tegur,

"comelnya.baby girl kan? cantik. hidung mancung terletak je macam hidung mak dia"

aku rasa time tu kalau aku tak ingat aku baru lepas kena jahit kat 'situ', aku rasa akak tu mungkin kena terajang dengan aku.





mancungnyewwww


bleughh.


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

13.5.13

teringin

hari tu,aku berkenan sangat pada seluar ni.teringin nak bagi haifa pakai.heheh.


cemas nak order dah sebab duit dalam cimb takde.memang cemas sangat dah.

lepas tu entah camne,aku pergi tunjuk gambar ni dekat ejang.tapi masa tu aku cuma nak tanya kalau beli kat hasya jugak okay tak?aku nak order 2 helai.

tapi malang sekali jawapan yang ejang bagi adalah menyentapkan perasaanku.terus aku cancel order dengan owner blogshop tu.hoh.



"seluar macam ni awak nak pakaikan kat budak-budak?kalau sampai besar nak pakai ketat macam ni,saya salahkan awak je."



p/s : mood blogging 2 kali sehari dah mai dahhh


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

download lagu

baru-baru ni aku stuck.lagu dalam pc ni nampaknya macam dah lama tak update.bukan nak lagu baru sangat pun tapi macam asyik lagu-lagu yang sama je?

nasib baik ada weblagu.eceh.

walaupun banyak jugak lagu yang aku search tak dapat digapai,tapi kira okaylah.at least aku boleh buang lagu-lagu tangkap muat yang aku save dari dalam pc akak-akak opis dulu.lagu dia ya Rabbi.tahap aku boleh menangis sebab taktau jadah apa aku pergi save lagu macam tu masuk pc.


entah apa-apa lagu yang wujud.aku tak pernah bukak file ni kot.seingat aku last bukak tahun 2007.tu pun sebab nak save lagu Hujan.takpe,lepas ni aku bersihkan file lagu yang ni.macam haram.

banyak lagi lagu Melayu.tak hingin aku nak printscreen sebab malu nak gelak kat diri sendiri.apa punya gampangla pergi save lagu macam tu.nak banyak sangat koleksi kot.haha.

file yang aktif cuma file ni je.dan lagu koleksi lagu Indon.dan koleksi lagu Inggeris bukan band.





lama aku gunakan file ni.sampai 1 hari tu aku tersedar,apesal lagu Don't Go Away takde?
lagu Greenday tak cukup korum?perghhh..kena tambah lagi ni.

aku pun mulakan pencarian di weblagu tadi.



dan terimalah hasil round 1.round 2 nanti.kena pikir lagi nak lagu apa.banyak lagu favorite takbleh save la.hilang.dan...

ahah.pertama kali nak dengar lagu fynn jamal.nampaknya,aku tetap takbleh masuk lagi dengan lagu beliau.takpela.bukan kena paksa suka pun.aku suka personaliti dia saje dah cukup.belum lagi personaliti Bakti Arjuna Fitri.lagiiiiii suka.hahaha.juna tomey tomey.eh.apa ni.salah channel ni.




p/s : nasib baik ofis benarkan lagi memainkan lagu ikut suka hati di ofis.kalau takbleh pasni aku bawak earphone.tanda protes.

p/s/s : aku kecewa sebab kat ofis pasang lagu radio Pahang.lagu sangatlah trendy.lepas tu lagu Melayu yang tak menaikkan semangat.maka,ini makannya!




    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.5.13

happy mother's day

more than words.

selamat hari ibu untuk emak, emak mertua, kakak terketatku eenaa, para ibu, emak, mama, mommy, amma in the world.ibu adalah untuk diingati selalu.but a day for a mom is a special day for us,thank you.

8.5.13

Wordless Wednesday #64 : oversized

koboi
opss.undi adalah rahsia



jenis tak payah beli baju size kanak-kanak dah sekarang.pakai baju ibu dengan abah pun takpe.boleh share 5 beranak.jimat raya ini taun.

POPULAR POST