28.2.14

Mengecat

dah dua minggu kitorang mengecat office.ketua keluarkan arahan cat pada hari khamis & jumaat sahaja,sebab tu lambat siap.padahal kalau bagi seminggu aku rasa office dah siap boleh tukar perabot baru.

haha.

walaupun staff tak ramai mana,tapi kerja mengecat boleh siap sehari je aritu.lastweek kitorang mulakan dengan lobi & bilik mesyuarat.memang cantiklah.suka tengok colour ceria.

minggu pertama

kita mulakan dengan lobi office.

sebelum cat mesti ada sesi menyonteng.kan ketua kan?


kak habsah.otai sangat ni mengecat pakai baju kurung

susuk tubuh tuan empunya blog.dah macam bhai dah aku time ni.



lepas tu bilik mesyuarat.


colour memang cantik lah!


minggu kedua

kali ni kita cat dalam office pulak.

semua bilik yang ada.

sudut pelan

pantry

pantry

syok gila kot kerja mengecat bila semua sama sama buat.kan best.
paling best sebab ada makan free.yay! -- hahah.

26.2.14

Resepi Sos Cheezy

biasa makan wedges dengan mayonis je.kali ni aku nak buat style kfc pulak.terliur wey teringat cheezy dia tu.aritu baca resepi kat satu blog ni.menarik gila so aku try la buat kat dapur aku tu.tapi tu la,bangsa aku ni baca resepi ingat ingat lupa.jadi sos cheezy tu tak mantop kebaboom.

maka hari ni akan aku repeat balik buat ikut resepi sebenar.so kalau korang nak try silakan guna resepi yang aku bagi ni.




Bahan-bahan :

1 1/2 Mentega
1 Sudu Besar Tepung Gandum
250ml Susu Segar 
Garam secukup rasa ( kalau korang nak masin, letak banyak sikit )
1/2 Sudu Besar Serbuk Cili
1/2 Sudu Besar Serbuk Lada Putih
Cheesedale 
Pewarna Kuning ( Boleh guna kuning telur )

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.

2. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum dengan susu fresh cream ikut suka hati.kacau cepat-cepat untuk elakkan dia berketul-ketul.

3. Masukkan 1/2 sudu besar serbuk cili dan 1/2 sudu besar serbuk lada putih. Depends la samada nak pedas ke,taknak pedas sangat ke.

4. Masukkan cheesedale. Ni pun depends la nak letak berapa, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Aku letak 3 keping.Kedekut sangat gayanya. 

5. Kacau kacau jap pastu letak pewarna / kuning telur.

6. Tutup api dan boleh simpan sos cheezy tu dalam tupperware.letak dalam fridge untuk kesenangan korang lepas ni.




itu cara nak buat sos cheezy.
nak sediakan cheezy wedges pulak senang je.

Bahan nak sediakan kentang tu mudah je.

Bahan-bahan :

Kentang frozen (kat pasaraya banyak okehh) 
Mayonis

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan isi minyak.Goreng kentang macam biasa.

2. Angkat dan tos minyak.Hidang dalam pinggan paling cantik kat rumah.

3. Isi mayonis & isi sos cheezy tadi ikut kreativiti masing masing.Hidang.

4. Dan boleh ambik gambar untuk upload dalam instagram/facebook/twitter/blog dan segala laman social.kahkahkah.*tuju ke diri sendiri*



5. Dimulakan dengan bismillah... dah.dah.korang dah boleh makan.


senang tak?senang tak?
ok.boleh share.


resepi dimintak dengan baik dengan tuan blog : BELL

25.2.14

weekend #13 : kenduri kahwin

rezeki hujung bulan kan.so,dua hari cuti tu aktiviti adalah mari pergi kenduri kawin.


Sabtu (22-02-2014)

kenduri di Kuala Krau.kalau ikutkan ni kenduri menyambut menantu,tapi sebab pengantin ni aritu nikah di Kedah,jadi ambiklah tempat yang lebih dekat.al maklum la..ada pilihan.lainla takde pilihan.kahkahkah.*gelak dalam nada paling jahat*

pengantin perempuan ni ex-schoolmate skolah panglima perang.aku kenal dia masa kitorang sama-sama form 1 tapi lain kelas.aku cam benar dia ni sebab antara budak yang cantik kat kelas.biasa la.kalau orang cantik dan hensem ni,tumpuan mestilah lebih.ahak.jadi dipendekkan cerita,pengantin ni pindah pulak masa form 1 tu.jadi tak sempat berkenalan.tau nama gitu gitu je.borak apatah lagi.

lama tu,tetibe jumpa kat facebook.sebab aku ingat lagi dia ni,maka aku friend jela kan.pengantin ni plak blur blur lagi tak ingat siapa aku agaknya.maklumla..aku kat skolah dulu tak cantik.sekarang je baru nak cantik.eh?motif sangat ni.
tapi sebab bangsa kitorang ni terlebih friendly agaknya,kitorang boleh kamceng pulak lepas tu.bukan takat di facebook,tapi di instagram dan juga blog serta twitter *walaupun gua tak berapa nak aktif*.

eh.panjang sangat membebel.bukan orang ambik tau pun.haha.ok,sila kenalkan.ni la pengantinnya.nama dia fieza.fieza fadilla atau nama blog beliau, chikuru.



dan bersama gambar gambar yang ada di hari kenduri beliau.






ohye.satu lagi perlu diberitahu di sini.
beliau pandai menjahit tau.baju kawin dia yang ni dia jahit sendiri.

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Ahad (23-02-2014)

kenduri dekat rumah pengasuh rifdi dengan haifa.eh.orang ajak makan.kita datang jelaaaaaa.hahahaha.




24.2.14

our 6th Wedding Anniversary

"you don't marry someone you can live with - you marry the person who you cannot live without" 
- unknown.


"My heart is, and always will be, yours." 
– Sense and Sensibility




6 tahun lepas.ditarikh yang sama dengan hari ni,22 Februari 2008.Jumaat.

lepas isya',terus status bertukar dengan hanya sekali lafaz.tahniah kepada diri sendiri setelah berjaya diakadnikahkan dengan pilihan hati, Azman Ejang.

selamat ulangtahun perkahwinan.

syukur kita dikurniakan kehidupan yang serba sederhana dan dimeriahkan dengan kehadiran anak anak yang comel dan meriah.semoga kasihsayang ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.amin.


21.2.14

love you to the moon and back

hari semalam birthday boy langsung tak diberikan sebarang sambutan birthday.aku sibuk mengecat office di sebelah pagi dan petang sibuk meeting pulak.dahla hujung bulan.sengkek gini nak beli kek rm15 pun kena pikir 50 kali.kahkahkah.

kesian birthday boy.hadiah lagi la jauh sekali.kena tunggu nextweek la.baru meriah.

eh.siapa birthday boy? hahaha.

okay.semalam was my suami's birthday!

happy birthday abang! -- semoga sentiasa dimurahkan rezeki,diberkati kehidupan dunia dan akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. juga semoga bahagia di samping isteri dan anak anak yang tercinta.dalam erti kata lain,semoga bahagia dengan kitorang yang banyak ragam ni.hahah.

you're my everything.eceh.terjiwang pulak.



19.2.14

Joseph Gordon-Levitt

taktau kenapa sejak dua menjak ni kalau tengok movie mesti terperasan mamat ni.

first time tengok dia berlakon adalah filem 50-50.dalam cerita ni dia seorang pengidap penyakit kanser.dan jatuh cinta dengan doktor kaunseling dia.masa dia botak akibat chemotheraphy tu,aku rasa dia comel gila bila senyum.mata dia tersenyum jugak.sweet.


auwww.

lepas tu cerita seterusnya aku tengok Dark Night Rises.eh.mamat comel ni ada lagi.kali ni dia jadi polis.lepas tu,tetibe jadi Robin.tetibe i is suka lagi.



ah..auwwww.eh.eh.over sangat.

ok.lepas tu ejang pergi pulak record filem Premium Rush.tengok rupanya ehh..si comel ni berlakon.
ala tomey tomey.terus lagi suka.kiyut gila tengok dia kayuh basikal.rasa nak join.masa dia jatuh basikal tu rasa macam ala..nak tolong angkat awak boleh?eh.



lepas tu,bebaru ni lagi.ejang record pulak filem Lincoln.aku memula tak layan lagi.sekali ejang panggil,
"yang.tengok ni.."..

ala.ada jugak dia ni.watak sebagai Robert Todd Lincoln (Bob), anak kepada Abraham Lincoln.alamakkk..sukanya dia ni.ejang pun tau je aku suka kat mamat ni.hahah.



rupanya banyak lagi cerita yang dia berlakon okay.lepas ni kena download semua cerita yang dia berlakon pulak.miauuu..hahahaha.dan kelmarin adalah birthday beliau yang ke33.ala comel.happy belated birthday.haha.kemain kan aku?

dan lepas tu terus suka dia.hah.abis la ashton kutcher aku nak campak mana lepas ni.hahah.





All About Joseph Gordon-Levitt

Wordless Wednesday #71




takde motif.
source : 9Gag

18.2.14

cheese cake leleh

duduk area jerantut?
teringin nak hadap cheese cake leleh yang super sedap?
rasa tak over manis sampai tahap potong kaki?





best kan?

korang boleh hubungi terus Puan Zila Ismail di :

facebook : Zila Ismail
instagram : nazilah_ismail



alamak.terliur balik.kena repeat order ni.haha.

14.2.14

februari




bulan Februari dah kan?kalau kat facebook aku,awal awal cover photo dah bertukar ke gambar kawen.kira nak flashback leteww.ehem.

pada yang taktau,bulan Februari adalah bulan cinta untuk aku.
jangan ingat aku sambut valentine ok.bulan Februari ni kalau nak tahu,bulan bulan kejadian di mana lelaki dalam hidup aku dilahirkan.

7hb Februari : birthday abah
14hb Februari : birthday abang aku, abangah.
20hb Februari : birthday suami my dearest


dan best sekali :

22 - 23 - 24hb Februari : wedding anniversary.ha.jangan jeles.3 hari 3 malam sambut tu tau.haha.


eksyen aku kan?haha.
in sha Allah tahun ni genap 6 tahun perkahwinan aku dengan ejang.aku rasa dah 2 tahun kot aku takde apa nak bagi kat suami.bagi kasih sayang je.ehem.ehem.

dalam kepala planning jugak nak bagi something.last year aku nak beli bangle.tapi malangnya ekonomi memang meleset.tahun ni pun nampaknya macam tak stabil jugak.konon aritu ternampak kasut hensem kat Leno.ala.Leno je pun tapi bermodal jugak tu.

nak isi minyak kereta pun kena one two som.nak beli kasut?
hahah.

nanti.aku rasa aku ada something yang tak terlalu mahal untuk suami.nak tau?
eh.rahsia la beb.tunggu birthday dia la baru korang tahu.haha.


12.2.14

the Lego Movie

ahad baru baru ni, kitorang anak beranak layan the Lego Movie di Starmall Mentakab.

ramai gila kot umat manusia kat depan GSC tu.nak nak ca ya nun alip.hah.masa hasya terlepas aku puas carik mana anak aku.rupanya duduk sebelah anak cina.pakai pulak baju merah sama je kaler.ceh.

movie pukul 2.05pm.aku beli tiket ngamngam pukul 2.00pm.bravo lah.pastu nak queue beli popcorn lagi.perut masing masing lapar gila.nak tengok Lego punya pasal kan.






cerita memang tak mengecewakan langsung.walaupun lego je pun tapi cerita memang kreatif & positif.haha.

cerita dia pasal Emmet,seorang pekerja binaan biasa yang sangat positif.tiba tiba dia terlepas ke dunia lain dan jadi luar biasa.dia mampu kalahkan batman, superman, green lantern, wonder woman, abraham lincoln untuk menyelamatkan dunia dia.haha.best gila.aku recommend kat korang agar tengok cerita ni.

klakar gila.enjoy dan lagu dia best.


EVERYTHING IS AWESOME




nak baca lebih boleh pergi ke sini : http://www.thelegomovie.com/

11.2.14

#chantekmanes

sebabkan sekarang ni ramai sangat orang bisnes guna instagram,maka aku pun dengan taknak kalahnya buat jugak akaun untuk bisnes shawl & kain cotton.

taknak kalah okay.


boleh pergi ke sini ye :



jemput tengok dan beli.murah murah je.
*tutup muka malu*

Hello Melaka : Part 3

Part 1
Part 2


target hari ni nak balik.tapi macam tak je lagi.haha.
so,sebab hari ke3 kat melaka jatuh pada hari krismas,maka hari tu kitorang pergi zoo melaka.haih.tak paham aku apa kaitan krismas dengan zoo.

konon lepas pergi zoo melaka nak pergi taman buaya,nak pergi waterpark..
sekali rupanya kitorang duduk kat zoo melaka the whole day tahu! -- pencinta menatang sangat gayanya.

1. Zoo Melaka





kepoh sangat ibu diaorang tuuuu













buat buat baca map




penat gila duduk kat zoo.dahla mula mula kitorang round satu zoo.lepas tu,anak alang nangis nak naik tramp pulak.makanya,round la pulak kali kedua zoo tu dengan tramp.yang lawak sebab haifa tidur masa nak naik tramp,dalam tramp dan sampai sudah second round.naik kereta,dia nangis pulak nak naik tramp.haihh.tak kuasa nak layan.letih badan.cancel semua plan nak pergi main air bagai.balik tidur lagi bagus lah.


2. Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana

recommend.
memang best.lauk asam pedas tenggiri atau pari atau daging tetel.memang terbaek wok.



makan kat sini siap kitorang call ana (anak pengasuh rifdi & haifa) lagi sebab dia keje kat melaka.lama gila kot tak jumpa.haha.dia ni rapat dengan ejang since form 4 kott.sebab tu ejang jadi anak angkat ayah ana ni.sebab tu la kitorang rapat dengan pengasuh (makcik pakcik).memang dah macam family sendiri dah.


3. Melaka River Cruise

kalau dah datang Melaka,memang rugi kalau tak naik ni.recommend jugak.memang seronok.sepanjang aku naik cruise ni,memang penuh dengan perasaan teruja.walaupun sakit hati dengar rifdi menangis sepanjang perjalanan.kesnya,terpisah bot dengan harraz (anak alang).alahaiii...

so,lepas makan tadi terus ana bawak kitorang ke sini.lepas tu ana pergi keje.boleh?haha.



ana.
kembar sama tarikh birthday. 6-7-1982.
hahaha.



sepanjang perjalanan tau dia nangis.










best gila..rasa nak naik lagi.haha.


so,esoknya hari ke 4 kitorang balik kuantan.kira lunch dulu kat kedai..err..kedai mana ha?tak dapat nak refresh.arghhh!

so,tamatlah kisah Melaka trip kami.jumpa lagi Melaka.baiii.


POPULAR POST