28.5.14

multitasking

selain dari kesibukan bekerja (sangat), lately aku sibuk dengan bisnes yang datang entah dari mana mana.
sebab tu la blog aku pendiam sekarang ni!

office sekarang ni sibuk dengan program 5S.nextweek dah nak audit.so,macam macam preparation la kena buat,nak cantikkan pejabat.sebelum aku masuk sini,pejabat ni dah ada persijilan dalam 5S.agaknya la kan,kali ni nak dapat diploma pulak kot.berkali-kali sangat nak buat audit.apa barang?

aku macam biasa la.tukang design.tukang buat something yang fresh.
kerja-kerja macam ni biasa la.semua tolak kat aku.tapi aku suka je.sebab memang kesukaan.kadang kadang aku berdoa aku naik pangkat jadi technical bahagian design.boleh?



lepas tu aku turut terlibat buat buletin pejabat.

aku suka je


pasal bisnes,aku kadang tergelak jugak sorang sorang.
ada sorang sahabat dalam fb boleh komen kat gambar kain pasang yang aku jual.dia kata;

"Semua menda ko niaga..kalu x kaya lg aku x reti laa...aku jgak tadok menda...Huhuhuhuhu"


amboii.macam la semua orang meniaga terus kaya.
ohye.siapa taktau,aku kat sini meniaga macam macam haha.so far, aku ada jual :

1. tudung/shawl (online/cod) : #chantekmanes (blog) & #chantekmanes (instagram)
2. kain pasang (online/cod) : #ddjaafar (instagram) & puan ddjaafar (fb)
3. minyak wangi Nur Kasih (cod)
4. kuah kacang (online/cod) : #ddjaafar (instagram)

dan terbaru.
kuih raya.haha.

klakar tak?
aku sekadar ejen tak bertauliah.aku kan suka promote.haha.

22.5.14

priceless



aku tak punya kehidupan yang mewah.
aku tak ada percutian ke luar negara yang indah indah.
aku tak mampu makan di restoran bernama yang gah.
aku tak punya pakaian,dan aksesori berjenama.
aku tak ada emas berlian yang berharga.
aku tak mampu sediakan hidup yang serba berada.


tapi,
aku punyai gelak ketawa,
serta tangisan dan kasih sayang yang tidak ternilai.
aku punyai hidup yang saling mencintai yang tidak terbelah bahagi.
aku bahagia miliki kebahagian ini,
walaupun ku tahu semua ini tidak kekal abadi.


dan inilah hartaku,
dunia akhirat.

inilah yang dikatakan 
"perasaan yang indah"


i love you.so much.

20.5.14

kursus hidrologi

minggu lepas aku pergi kursus kat pekan.kursus hidrologi.
aku gerak petang selasa tu.lepas tu sampai pekan terus pergi Rest House.kakak aku dah booking kat situ.



1929 Chief Rest House

nampak misteri tak?
kahkahkah.sepanjang aku upload gambar kedua dua di atas kat fb,manjang orang tanya berhantu tak?sial tak?kahkahkah.tapi kakak aku cakap kalau ada cerita misteri gitu,takkan la dia booking kat aku.

bilik selesa.memang selesa sebab bilik besar,toilet besar dan cukup sempurna ada kipas dengan aircond.rate rm55 sahaja satu malam.

malam tu,dinner kat pintu gerbang.aku makan nasik air.tapi sup dia memang terbaik wokk.sedap.
pastu pagi besok kepala aku sakit.pakaji ramai la tu.

biasa la.bekalan sepanjang hari kursus


kursus seronok je.first day teori.bangga jugak sebab sepanjang hari berkursus aku tak tidur.cemerlang sangat ni.adakah kerana fasilitator hensem? T-T
atau sebab jasa tab yang memberi khidmat whatsapp/wechat/instagram/facebook?
terima kasih kerana jasa mereka.

ootd first day


malam kedua kat sini.hari hujan.aku plak dah macam orang mengidam,nak makan mango cheese cake by Kula Cakes.next time la aku story.malam tu jugak pegi kuantan,pastu balik pekan semula.gila betul.driver layankan je.kahkahkah.


second day tu amali.memang syoklah sebab kena buat gauging.dahla mula pukul 9.30pagi.pastu 12.30 tengahari siap.kroihh..kroihh..terus balik la.apalagi.


second day.bye pekan.

16.5.14

Selamat Hari Guru

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

pertama sekali, ucapan jutaan terima kasih kepada kakak saya, EenaaHaslina Jaafar yang bertindak sebagai guru yang mengajar saya mengenal huruf pada umur 4 tahun dan pandai membaca dengan lancar pada umur 6 tahun.terima kasih sangat sangat.

dan jutaan terima kasih kepada semua guru guru yang mengajar saya sejak tadika KEMAS Paya Besar, SK Batu Lapan, Tadika Al-Huda Taman Guru, SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, SMK Pandan, SM Teknik Muadzam Shah, POLISAS dan PSDC.dan mana mana guru yang mengajar dan mendidik tak kira di waktu kursus ke,taklimat ke sepanjang saya bekerja.dan yang mengajar dan mendidik secara tidak langsung.

SELAMAT HARI GURU
buat semua guru guru di malaysia.termasuk kawan kawan saya yang bergelar guru.

sekian.terima kasih.



yang benar,
penolong ketua kelas 1 usaha



12.5.14

main masak masak

kalau cuti,memang aku terpaksa rajin memasak.so,port favorite hari cuti adalah #ddskitchen.
eh.tiba tiba ada hashtag.

tapi paling frust kalau hari cuti lauk takde. T-T
nak gi pasar karang takkan nak bawak 3 askar?leceh.abang konpem tutup hidung,kakak dengan adik konpem sliding atas lantai pasar.pening.

so,kita masak apa yang ada.


Cuti Hari Hol (Rabu)

hari tu beras habis.setakat makan pagi boleh la goreng kentang dan nugget kat budak budak.aku ada oat,so tak kisah sangat.tapi sebab boring takbuat apa untuk lunch,aku buat kek milo kukus.siapa nak resepi klik sini,resepi kek milo kukus



happy face :)
ingatkan nak bawak jugak ke opis.tak sempat.habis 3 bekas malam tu jugak.


petang pulak buat lempeng cecah sambal bilis.

dah buat 8 keping masih tak cukup.
kelaparan apakah ini wahai anak anak dan suami?



Hari Minggu (Ahad)

sekali lagi takde lauk.so,sebagai ibu aku kena bertindak kreatif dan aktif.pemikiran ibu yang kreatif melahirkan anak yang kreatif juga.eh.pepatah mana ni?

sebab ada kuah kacang instant,jadi pagi tu lepas goreng kentang dan nugget (lagi),aku buat nasik impit.


jangan memain.nasik impit versi oldskool sangat ni.teringat mak aku buat dulu,masak nasik lembik lembik.pastu penyet penyetkan dengan tangan beralaskan plastik.penyet sampai mampat pastu tindih dengan batu lesung.ahh.rindu nasik impit dengan kuah kacang emak.

aku pandai jugak buat kuah kacang.tapi kuah kacang instantla.aku jual.korang nak tak?kahkahkah.sempat bisnes pulak dahh..



dan ini hasilnya petang semalam.pehh..petang baru dapat makan.


HAPPY MOTHER'S DAY




9.5.14

dental check

selasa hari tu ejang sakit gigi.dari tengahari isnin tu dah.so,petang selasa tu aku teman dia pegi dental check.alah,klinik kerajaan je.so,aku pun tumpang sekaki la nak check gigi jugak.aku terasa gigi aku macam berlubang.sebab terasa ada gap belah kiri bawah.

sekali pergi rm1.00.
kalau kena tampal / cabut kena charge lagi rm2.00


orang sebelah tu tengah berdebar


sekali nombor aku naik dulu.haha.so,babai abang.goodluck ye.kakaka.

masa aku masuk dan duduk,dentist terus tanya apa problem aku.aku jawab la aku saje je nak check up.lagipun aku terasa macam ada gap tu.berlubang ke.
so,dentist mulakan operasi.aku dengar je apa dia cakap kat asisstant dia.dua kali dia sebut missing.aku agak sebab dua batang gigi geraham dah takde.hakhakhak.

last dentist cakap,gigi aku sangat bersih,sangat cantik dan no problem langsung.
aku tanya lagi pasal gap tu.dentist cakap sebab geraham aku takde,so gigi ni macam bergerak la sikit.dia pergi carik ruang.tu gigi aku jadi berjarak.so far,takde apa boleh bantu kecuali pakai braces.

"alahhh.takpayah pakai lah.gigi you bukan ada problem pun"

mihmihmih.
lepas tu dentist tu ajar cara pakai floss.dan,paling best dentist tu bagi aku gift.ahak.sempena gigi bersih, cantik dan no problemo.


gigi aku okay je.
ejang pulak kena tampal.tu yang kena charge lagi rm2.00 tu.wahaha.

6.5.14

hasya #10

hasya semenjak menjak dah jadi budak besar kemain boleh tahan perangai.
dia punya tahap brutal memang kalah abang dengan kakak.kalau bab berebut mainan,tab,atau apa-apa jelah..confirm dia menang.
ending dia kakak tak puas hati, abang menangis.

kalau dia tak puas hati pulak,dia menangis sekuat hati.tantrum sepuas puasnya.jenuh la aku menunggu saat nak peluk bagi diam.sebab nanti dia terajang aku sekuat kuat hati,terajang muka aku..nanti aku marah,lagi sakit aku kerjakan dia.jadi,kena la aku diamkan diri dulu.pastu tengok dia mengamuk dulu.sampai siap.

kadang kadang sampai tertidur pun ada


tapi hasya ni bapaklah manjanya.manjang nangis.kalau abah dia keluar jap beli groceries ke,aku keluar waima nak pergi siram pokok pun.confirm muka depan grill pastu tanya.."abah/ibu nak pegi mana?"

sakat sikit je kata nak lari..berteriak la dia.pastu nangis sambil kata "ibu jangan tinggal adikkkkk".
oih.dia bahasakan diri dia adik.nampak sangat manjanya tu.

port favorite.atas riba ibu.tido pun nak kena berhimpit dengan ibu.




hasya sejak jadi budak besar ni jugak dia suka sangat menulis.pantang nampak buku,mesti mintak pensel.dulu haifa pun macam tu jugak,tapi sekarang dah kurang.haifa prefer conteng dinding umah atokki.marah betul ai.haha.

menulis sambil baring pun skill terbaik dia la

menulis saje


ohye.bab melawak pun dia boleh tahan.bercakap jangan ceritalah.mulut rasa nak cium cium je.paling cute dia suka kacau aku kata :

"kelakar lah ibu ni".

hahah.rasa nak cium kan?

muah seketoi

5.5.14

Kisah Tragis Di Pagi Jumaat Yang Lalu

aku pikir nak pergi kerja serba simple.so,aku rasa pakai jeans dengan blouse labuh pun dah cukup macho walaupun di hari Jumaat.

Jeans 1.muat je aku pakai.tapi takbleh butang.reject.

Jeans 2.pun muat.boleh butang.tapi macam kena paksa.lemak berkrim kat pinggang dan perut dah meleleh terkeluar.reject.

Jeans 3.masuk sampai peha.terus tak lepas.reject


dengan marahnya,aku pergi kerja pakai seluar pregnant je.titik.




kisah benar,
dadadididudu (bukan nama sebenar)

2.5.14

Selamat Hari Pekerja 2014

erti cuti hari pekerja semalam


1. bagi seorang ibu

- pagi.goreng kentang dan nugget.
- basuh kain dan membebel mesin rosak.tak boleh spin.tolonggg..
- trim pokok bunga / sayur,siram pokok
- basuh kereta sambil tengok anak anak mandi kolam
- tengahari masak untuk lunch

kerabu mangga


- standby makan dan kemaskan meja/basuh pinggan
- tidurkan anak dan join sekaki
- petang siram pokok lagi sekali
- malam standby untuk makan.lepas tu kemaskan meja/basuh pinggan
- kemas rumah
- lipat kain sambil tengok tv
- tidurkan anak dan join sekaki
- bangun semula dan jumpa suami.ehekk.


2. bagi seorang abah

- pagi / tengahari.bangun.carik makan
- repair washing machine.tadi bini jerit kata rosaklah.takboleh spin lahh.
- tengok tv dengan anak anak
- makan tengahari.sambung tengok tv
- mandi.keluar pergi kerja katanya dan beli groceries
- petang.balik dan bawak makanan
- malam.masak untuk dinner

tomyam putih
- makan
- tengok tv sampai bini datang jumpa.ehekk.


3. bagi anak anak

- bangun tidur.mintak milo
- makan
- tengok tv / main
- mandi
- tengok tv / main
- makan
- tengok tv / main
- tidur
- bangun.mandi
- makan
- tengok tv / main
- tidur



jumaat dan sabtu : pengertian yang sama.

(^____^)Y

POPULAR POST