26.6.14

weekend #17 : kuantan & How To Train Your Dragon 2

aku sibuklah.takde masa nak membebel.

poyo gila statement.ok.sebab taknak poyo aku ni berpanjangan, meh aku nak story sikit.minggu baru ni aku balik kuantan.walaupun sengkek sebab bukan selepas gaji,tapi gigih la balik sebab mak buat kenduri doa selamat dan aqiqah Lily Maryam.

tapi sabtu tu sempat la bawak anak aku pergi tengok wayang.sengkek sangatlah gayanya.kahkahkihkoh.




cerita memang tak mengecewakan la.enjoy je.hasya pun behave.biasa kalau dalam wayang dia suka buat perangai nak main tangga.

siap tengok wayang,budak budak ni jerit nampak Big Apple.
nak donut! nak donut!

huh.kebetulan kat depan ECM tu ada Big Apple Cafe, so singgah makan kat situ jela.beli donut 6 ketul,pastu makan seketul sorang.ambik kau.







sebab dah letih, dah kenyang..pastu sampai kat barber shop atok kama di indera mahkota 2..yang dua orang ni pengsan dalam kereta!


mujurlah kaki mak kau panjang..
kan!

19.6.14

homesweethome #14 : dd's kitchen

siapa ingat lagi dapur gua angkat jari telunjuk.
kalau tak ingat,guna jari telunjuk tadi..pergi klik kat link bawah ni :

nampak?

ok.entry hari ni sebenarnya takde kena mengena pun dengan dapur.sekadar nak share DIY sendiri pada botol gula / garam / perasa and whateverrr..

ini kalau banyak lagi tanya "ini apa?".."ini apa?"..
taktau lah aku.


aku ada sediakan template.siapa nak guna,ambiklah.aku tak charge apa apa pun.aku cuma guna kertas sticker biasa je.pandai pandai korang la.hehe.







18.6.14

World Cup 2014

musim bola ni,aku rasa aku antara orang yang rasa nak pakai shades pergi kerja.
mata rabak.walaupun bukan tegar sangat depan tv pun.



17.6.14

movie marathon #2

movie marathon datang lagi.takyah nak membebel panjang sangat,aku terus straight to the point okay.


Texas Chainsaw 3D.horror sangat ni.tapi sebab awek cun aku layankan jua.haha.eh,cerita pasal Texas Chainsaw Massacre ni memang based of true story ek?patutla letih sangat carik kat google.rupanya cerita pasal lelaki ni banyak kali diceritakan semula.kira kalau kat Malaysia macam cerita rumah sewa rm50 tu la.
cerita boleh layan,awek cun dan buat aku sakit kepala tengok orang kena potong.


Romantik comedy.biasa la kalau ada Adam Sandler.Just Go With It ni kisahnya pasal sorang doktor (Danny) yang pergi Hawaii dengan pembantunya lakonan Jennifer Aniston.Danny berkenalan dengan sorang awek dan rancang nak kawen.dia bawak Jennifer yang act konon ex wife dia dan bawak 2 orang budak konon anak dia.cliche sebab last tu dia kawen dengan Jennifer.boleh agak dah kot.


cerita Pitch Perfect ni memang awesome.aku kan suka muzik so memang kena la.haha.cerita pasal sorang awek (Beca) dan sorang jejaka (Jesse) yang baru masuk kolej,pastu terpilih join acapella group which is group memasing bapak la anti sesama group.kira group pempuan vs group laki la.aku enjoy gila tengok cerita ni.siap tumpang sekaki nyanyi.haha.


kolaborasi hero otai.Excape Plan ni cerita pasal kehebatan sylvester stallone escape dari penjara.kira banyak skill la dia boleh guna untuk lepaskan diri.tengoklah sendiri.nak cerita balik pun aku dah lupa jalan cerita.kahkahkihkof.


aku suka cerita ni.agak mystical, scary, horror dan ..ermm.art kot.Beautiful Creatures mengisahkan mamat ethan ni,dia ulat bulu buku.tapi buku yang dia baca adalah kategori buku yang kena banned,dan diharamkan di sekolah.lepas tu ada budak perempuan baru tukar sekolah, nama dia Lena.muka dia biasa biasa je tapi comel lahaiii..lena ni ada kuasa.ala..macam witch la gitu.aku nak cerita banyak pun tak reti tapi korang boleh la tengok cerita ni.aku rasa dah 3 kali repeat kot cerita ni sebab suka sangat tengok Lena & Ethan ni.omey omey angat.


The Apparition ni pun cerita horror.yang ni pasal couple (Kelly & Ben) yang bahagia duduk di rumah besar dan cantik.tapi tak lama lepas tu,diorang didatangi perkara pelik pelik kat dalam rumah dan dalam kehidupan diorang dan beberapa orang kawan kepada Ben ni.rupanya Ben dengan kawan kawan dia ni pernah buat satu eksperimen masa university dulu pasal satu patung ni.dan secara tak sengaja terjadilah satu insiden.biasalah,kalau dah panggil hantu..memang hantu tu carik la sape yang panggil dia kan.yang bestnya sebab mamat yang jadi Ben ni rupanya bestfriend hero dalam cerita captain america.patutla macam pernah tengok je!


Dodgeball : A True Underdog Story ni cerita lama.tapi aku tak pernah tengok.haha.boleh la.cerita boleh layan.pasal gym dan pasal friendship.tapi paling bangang last tu la.pasal memang betul Kate tu lesbian.haha.memang takbleh blah!


menarik jugak cerita Identity Thief ni.pasal laki yang bernama Sandy Patterson ni.duit dalam kad bank dia habis kena curik.siasat punya siasat didapati pencuri duit tu bernama Sandy Patterson jugak.
okay..sebenarnya nama dia Diana dan seorang perempuan yang agak ..errmm.agak gemuk.dia memang pakar bab klonkan kad kredit,curik duit dalam bank secara senyap.so,laki ni berlagak hero pergi carik perempuan ni secara seorang diri untuk buktikan kat polis yang dia tak bersalah dalam mencuri duit.so,macam macam hal terjadi masa diorang berjumpa.dan akhirnya laki ni dapat jugak bawak balik perempuan ni siap akhirnya diorang jadi macam keluarga angkat.


siapa siapa yang nak tengok pejabat Google boleh la tengok cerita ni, The Internship.cerita simple,pasal group yang nak dapatkan kerja dalam Google.dan diorang kena bersaing dengan ramai anak muda.best.tengoklah.(nampak sangat malas nak bercerita) 


last but not least, The Paperboy.cerita pasal sorang wartawan yang kembali ke kampung halamannya di Florida semata-mata nak menyiasat kes seorang banduan yang dikenakan hukuman mati.aku melekat tengok cerita ni sampai 2pagi semata-mata nak tengok Nicole Kidman yang bitchy dan Zac Efron yang nak kat Nicole Kidman.okaylah kan?


ok.bersambung lagi bulan depan.

Movie Marathon #1

13.6.14

perasan #2

masuk tengahari jumaat tadi,aku ambik keputusan pergi merayau sorang-sorang.lagipun dah janji carik stok tudung sakura untuk kawan aku.

jadi, port pertama adalah expo.

ke depan ke belakang aku tengok tudung.kain lawa,murah,dan warna pun ada umphh.
ada budak perempuan yang jaga situ.aku pilih, dia follow je.dengar je cakap aku.aku panggil dia adik.aku bahasakan diri aku akak.

dah sampai masa aku nak bayar dia tengok aku.pastu tanya;

"akak ni student ke?study kat mana?"

cepat je aku jawab..akak dah keje.
pehh.mesti dia ingat aku ni nak pakai tudung gi kelas.haha.



port kedua adalah kedai tailor.

aku saje test kedai ni.baru nak mencuba jahitan beliau.masa aku datang dan tak masuk kedai lagi, aunty cina tu terus cakap kalau baju raya dia taknak ambik dah.aku pun buat muka comel dan jawab;

"takpe aunty.ini lepas raya pun takpe.kalau dapat raya lagi bagus.tak kisah".

terus aunty tu bagi aku masuk kedai.time masuk kedai tu, aku nampak sepasang kain.aku pun tanya aunty tu,ehh..ini kain boss saya ni.orang jps punya kan?

ehh..iye.iye.

aunty tu angguk.terus aunty tu ramah mesra dengan aku.dalam hati aku berbisik, harusla aku kenal kain tu sebab boss beli kain tu dengan aku.kahkahkihkoh.

sambil ukur ukur badan tu,aku borak borakla dengan aunty.of course la kena bagitau keje mana.kebetulan pulak dia bukak cerita pasal saloon anak dia.aku pun pernah la sekali masuk saloon tu.so,lagi panjang ceritanya.

time ukur badan tu,aunty tu cerita la dia boleh pakai seluar yang dia buat sendiri je.seluar sekarang semua bawah pusat.aku pun menambah perisa,aku balas;

"yela.saya pun dah tak boleh pakai seluar macam tu.anak sudah 3 maaa..nak pakai seluar macam tu nanti perut ada terkeluar banyak"..sambil gelak gelak.

"sudah 3 anak ka?haiyya..gua pikir lu belum kawen lagi laaa amoii".

muka aunty tu jangan cerita la.siap berubah macam jumpa scarlett johansson.aku pulak macam biasa la.kontrol hensem.

ohye.masa aku keluar kedai tadi, aunty tu sempat pesan.baju aku tu kalau dapat siap awal,bulan puasa nanti dia call suruh ambik.

wah!


11.6.14

Pesawat - Rapuh

banyak jugak menda aku nak tulis dalam blog.tapi tak sempat.
manjang sibuk.mentang mentang dah naik pangkat.*statement bagi orang sakit hati*

jadi aku share lagu ajelah.
ni lagu favorite ejang.dia takde arini,pergi Port Dickson.
jadi,aku tujukan lagu ini pada angin lalu sampaikan laguku padanya..


p/s : aku baru lepas layan KIL tadi.tengok redza minhat terus rasa cair.




Lirik Lagu Rapuh - Pesawat

Keraguan telah meracuni diri
dalam keresahan ini
ku cuba bangkit melawan
arus yang menentang
hanya alasan
bukan tangisan yang cuba ku tagihkan

Sungguh
aku belum fahami
erti lena dibuai alam mimpi

kekusutan telah merunsingkan diri
dalam kealpaan ku
kau cuba menuding jari
kata kata menikam
menusuk dalam hati
merusuk dalam jiwa
rona yang dusta belaka

Sungguh
aku belum fahami
erti lena dibuai alam mimpi

Walau apa yang datang menjelma
kita akan hadapi bersama
walau ribut yang datang melanda
kita hadapi bersama

Ku cuba keluar
dari keinginan yang merasuk
benak pemikiran
ku cuba ubah
demi masa depan
usah taksub dengan kesenangan

Katakan
masih ada peluang
untuk kembali bertaut
demi kita dan harapan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/05/lirik-lagu-rapuh-pesawat.html#ixzz34JlG2maS


susu cair

5.6.14

haifa #29

  1. dalam proses toilet train.berbanding rifdi, rifdi cepat je tak pakai diaper time malam.aku test kat rifdi 2-3 hari.lepas tu terus rifdi boleh tak pakai diaper sampai sekarang.berak pun dah boleh settle sendiri. tapi haifa tak boleh.2-3 hari aritu dah tak kencing malam.sekarang ni, tiap tiap malam kencing atas tilam.T-T
  2. dah besar ni,dia jadi seorang yang pemalu.semua nak malu.
  3. pemalu tapi cepat perasan.camne tu?aritu pergi amik cheese cake leleh,dia nak ikut.siap dia cakap kat aku, "mesti makcik tu nanti cakap kakak ni comel".masa makcik tu bukak pintu dan nampak dia terus makcik tu cakap, "ehh.comelnya diaaa".haifa pandang aku terus cakap..."kan kakak dah kata.."  huii.perasan!
  4. pantang bergambar.mesti muka macam macam gaya.ko tengok jela sendiri gambar sudah sudah yang terkini
  5. kurang nak makan.maybe peringkat dia kot.tapi susah hati aku.pernah sekali pengasuh dia cerita haifa taknak makan nasik.bila pengasuh tanya kenapa taknak makan,haifa jawab "kakak taknak gemukkk".eh.sape ajar diet ni?
  6. bijak dan bergeliga.banyak idea yang diketengahkan.
  7. paling aktif.dia ni kuat memanjat.meja,almari,sofa..memang dia champion.
  8. penyayang.paling pandai memujuk orang.mulut ada manis
  9. tapi kuat merajuk.huh!
  10. periang dan happy go lucky
norhaifa rafissa
today : 2y6m


4.6.14

selamat pengantin baru my big bro

jumaat lepas,officially abangah aku dah tamatkan zaman dudanya dengan awek umur 20an.
alhamdulillah.rezeki dia.

so, jumaat tu aku cuti.gerak dari jerantut around 12 tengahari,sampai Sri Petaling dalam pukul 4.30 petang.jauh sungguh perjalanan kami dengan bantuan pakai waze. T.T
masa check in bilik,tengok abang aku tengah bersiap.bilik sebelah bakal kakak ipar tengah bersiap.pastu,bila dah on..terus kitorang berarak ke Bandar Sri Petaling.

petang tu,dalam hujan gerimis (ewah), dengan sekali lafaz, syamin dah jadi kakak ipar i.

hai kakak ipar.
tehehehe.

malam tu,sebabkan ada live Pahang vs JDT jadi kitorang satu family tak pegi mana.melepak dalam bilik tengok bola je.family adik aku pun lepak bilik aku je.kakakaka.

elephant army


so,esoknya hari sabtu.kitorang gerak ke Monterez Golf & Country Club untuk majlis sanding abang dengan kakak ipar.sementara tunggu pengantin bersiap,weolls satu keluarga menyibuk kat bilik pengantin sambil buat keje sampingan.macam biasalah..bergambaq.

muka wajib ada


dengan maklong diorang.yakni cousin aku.


sampai menggigil tangan tukang amik gambar sebab aku cantik sangat.
kofkofkof.

family adik yang pemalu nak pengsan


pengantin baru sehingga ke akhir hayat
makabah yang comel muda belia


ok.pengantin dah siap.mari kita berombongan ke tingkat atas.



pastu sampai time bersanding,aku langsung takde chance amik gambar.takpela.kita amik gambar time makan pulak.

lily maryam








dan last but not least sebelum gerak balik.

ehem.

POPULAR POST