29.10.14

mimi's wedding

lastweek 25 Oktober tu aku pergi kenduri sahabat dari tadika.membawak ke sekolah rendah bersama-sama.darjah 6 bersama-sama...lepas tu boleh jumpa pulak masa teknik.dan sekelas bersama sama.

here we go.inilah pengantin of that day.


norhamidah othman aka mimi

turut bersama member sekelas masa form 5.membawak ke sijil polisas pun sekelas.dan kawan baik aku masa diploma.
encik khairul adnan bin sulaiman





ada photobooth!

hasya macam merajuk

Add caption

gegar.gegar

ok.ibu taknak lepaskan peluang jugak

ejang siap tulis guestbook, dia suruh aku pulak tulis kat page lain.
puiiii.

khairul adnan dan keluarga turut menulis sampai habis mukasurat.

posted from Bloggeroid

28.10.14

Bahaya Detox Semasa Hamil Dan Breastfeeding

sebab hari tu aku ada share pasal infused water, kali ni aku nak share pulak bahaya detox semasa hamil dan breastfeed.


sumber : momsavenues.com





Detox
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya seringkali diajukan pertanyaan mengenai detox dan penyusuan bayi. Selamatkah detox kalau dilakukan semasa penyusuan bayi? Jawapannya adalah tidak! Saya akui keterujaan ibu-ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan sebelum mengandung, sebaik sahaja melahirkan anak. Tapi untuk melakukan detox adalah tidak digalakkan sama sekali. Mari kita lihat bahaya detox semasa mengandung dan menyusukan bayi.

Bahaya Detox Semasa Mengandung Dan Menyusukan

Risiko Memindahkan Toxic Kepada Bayi

Apabila anda “detox”, badan anda akan melepaskan toksin yang telah disimpan jauh dalam sel-sel anda kembali ke dalam aliran darah anda. Mengapa badan kita menyimpan toksin? Apabila badan kita dimuatkan dengan toksin berlebihan sehingga ke satu tahap di mana organ-organ kita tidak boleh membawa ianya keluar dari badan kita dengan selamat tanpa menyebabkan kerosakan, badan kita melampirkan molekul penampan untuk toksin. Molekul penampan ini membantu menjadikannya kurang toksik untuk jangka masa pendek dan kemudiannya menyimpan toksin tersebut di dalam sel anda. Ini menjauhkan toksin berbahaya dari organ-organ anda dan dari peredaran darah. Bahan toksin ini akan longgar semasa detox dan dibawa ke hati, di mana ia diproses untuk membuang molekul penampan tadi, dan kemudian dibawa keluar dari badan. Perlu diingat bahawa darah anda akan melalui plasenta, serta menyediakan nutrien untuk susu anda. Ini bermakna jika ada tan toksin yang diedarkan di dalam darah anda, ia akan mencari jalan ke bayi anda, dan yang pasti, ianya tidak baik untuk bayi!

Risiko Dehidrasi

Dehydration
Apabila anda detox, ianya akan meningkatkan kekerapan anda berpeluh, membuang air kecil dan pergerakan usus anda. Ini adalah OK dalam keadaan normal, tetapi ianya tidak sesuai apabila anda hamil atau menyusukan bayi. Ketiga-tiga perkara yang boleh membawa kepada dehidrasi, dan tambahan dari itu dengan peningkatan keperluan untuk cecair, anda boleh meletakkan diri anda dalam kedudukan yang berbahaya untuk anda dan bayi. Ini boleh menjejaskan janin, dan juga bekalan susu jika anda menyusukan bayi.


Terlalu Sedikit Nutrisi Semasa Detox

Semasa mengandung dan penyusuan, keperluan anda untuk kalsium, protein dan zat besi adalah dua kali ganda, dan anda mempunyai keperluan yang meningkat untuk setiap nutrien lain. Ini adalah sebab mengapa pelan detox adalah idea yang tidak baik pada masa ini. Selalunya detox akan mengurangkan sekurang-kurangnya satu kumpulan makronutrien, dan tidak akan menyediakan semua yang anda perlukan untuk si kecil membesar, atau untuk pengeluaran susu ibu yang berkualiti.

Kebanyakan Herba Tidak Selamat Semasa Mengandung Dan Laktasi

Herba Yang Tidak Selamat Semasa Mengandung Dan MenyusukanTerdapat banyak detox program datang dengan makanan tambahan herba, atau memerlukan herba segar sebagai sebahagian daripada protokol makanan mereka. Herba adalah perubatan alam semula jadi, dan yang sebenarnya paling bertindak balas negatif semasamengandung. Senarai herba yang harus dielakkan semasa mengandungadalah panjang, dan anda boleh membacanya di sini. Sila berhati-berhati dengan apa yang anda telan. Terutamanya parsli dan ketumbar yang diambdalam jumlah yang besar:
  • Ketumbar adalah chelator logam berat, ini akan meningkatkan risiko toksin yang dibuang ke dalam susu anda dan kemudian ditelan oleh bayi. Ia juga boleh membuat seorang wanita lebih terdedah kepada keguguran di peringkat awal kehamilan sekiranya diambil dalam dos yang lebih tinggi. (Sedikit dalam salad anda mungkin ok, tetapi untuk menjadi selamat, lebih bijak untuk anda menghindarinya kecuali diarahkan berbuat sebaliknya)
  • Parsli sebenarnya boleh mengurangkan atau menutup bekalan susu sekiranya anda menyusukan bayi. Ia bukan herba yang menyokong pengeluaran susu, jadi saya cadangkan anda tidak menggunakannya kecuali anda tidak hamil atau menyusu (sebagai seorang wanita hamil, parsli boleh menyebabkan keguguran tetapi dalam dos yang sangat tinggi, dos sedikit biasanya tidak biasanya cukup untuk menyebabkan masalah). Sebelum menggunakan mana-mana herba, adalah baiknya jika anda mendapatkan nasihat daripada pengamal penjagaan kesihatan berpengetahuan.
---------------------------------
Hubungi saya menerusi:

♥ Dzu Amri (SID: 950018)
♥ HP : 019-2432888 SMS/WhatsApp (preferred)
♥ Email: dzu.amri@gmail.com
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
lepas baca ni tadi.terus aku share kat whatsapp group.
rupanya,infused water ni bukan semua kalangan boleh minum.selain dari ibu hamil & ibu yang breastfeeding..kalangan yang tak boleh minum/amalkan detox adalah seperti mereka yang mengalami tekanan darah rendah & low HB.eh.sama la tu ek.wahah.

17.10.14

warded

tuan blog warded baru ni.aisehh..memang teringin siott nak update blog masa dalam ward aritu tapi susah bab bateri tab la.sebab tab aku 24jam whatsapp masuk.jadi,chance nak menaip blog memang kuranglah.

ok.camne aku nak mula ek pasal warded ni?
ok.aku ikut kronologi.pastu siapa yang nak baca ni tolong baca dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran.no cursing pliss.eceh.

gini.sebelum puasa aritu,aku ada beli alfalfa & lechitin produk Shaklee.aku baru makan sebulan, tapi effect sakit boleh tahan la kat peranakan aku. bulan puasa tu aku dah start sakit,tapi bila period aku stop makan.

pastu after period, yakni lepas puasa, aku makan balik. dan sebenarnya peranakan aku still sakit.sampailah member aku kata stop la makan kalau sakit..
_
_
_
_

lama aku tak makan, tapi masih tak hilang lagi sakit peranakan aku ni.sampailah satu masa tu aku start loya,muntah muntah.ingat tak aku penah cita aritu yang aku tak lalu nak makan.sampai berat aku turun 5kg..

sebab sudahnya tak berdaya, minggu lepas aku gigih la pergi klinik private.bila scan doc kata ada cyst bersaiz 3.7cm x 2.7cm kat kilang telur kiri.pastu dia cakap cyst takde ubat so dia cakap next 2 month baru scan balik.masa tu,dia tanya kalau kalau aku ada makan apa apa ke.aku jawab jujurla.pastu dia advice untuk stop.katanya alfalfa dengan soya penggalak cyst.tapi dia taknak komen apa apa.cuma dia suruh aku stop.

sebab aku pun tak sabar,selasa baru ni aku pergi plak kk jerantut untuk pesakit luar.doc scan tapi dia cakap tak nampak pun cyst.tapi sebab aku sakit,doktor tak puas hati dia suruh aku buat urine test.nak dijadikan cerita,aku pregnant 5 weeks.so,bila tau pulak pregnant,doc scan lagi sekali nak tengok baby.

tapi masalahnya,doc tak nampak pulak baby.so,doktor bahagian pesakit luar tu terpaksa tolak aku ke klinik ibu dan anak untuk confirmkan pulak apa masalah aku.

sampai kat klinik ibu,doc situ kata memang confirm tak nampak baby.dia syak baby duduk luar rahim.ya Allah.seriau aku.so,untuk further check up,doc ibu anak ni refer plak kes aku ke gynae specialist kt hospital besar temerloh.

pukul 3 petang tu,aku sampai kat hoshas temerloh.dalam pukul 4,doc baru ada.mula mula scan biasa tu la,pun dia cakap nothing inside.dia suruh aku buat UPT (pregnancy test) tapi result kali ni negatif.pelik tak?

doc scan pulak pakai alat yg masuk ikut bawah.masa tu baru doc nampak clear apamenda yang ada dalam uterus.memang ada something kt luar rahim tapi tak sure samada itu cyst or baby.

so, buat pulak blood test.dan sebab masa tu dah pukul 5 lebih,memang aku kena warded la jugak sebab result dapat esok hari.pastu akan ada repeat blood test after 48jam,jadi,memang nampaknya bermalam malam la aku kat ward nampaknya.

aku ni masa dalam ward jangan cite la.boring memang confirm la tapi macam orang tak sakit.medical memang takde sebab doc cakap dah,cyst takde ubat.pastu sekarang ni aku just tunggu result darah,so ibarat macam orang check in hotel pastu rileks.

tapi malam tu doc dah maklumkan kat aku,memang aku pregnant.tapi tak sure baby di mana.



gambar ehsan dari rock my buddy.dia orang pertama melawat.aku pun baru je masuk wad masa ni.



esok pagi,masa semua doktor datang kat katil.doc pakar kata memang taktau apa pasal result.tapi dia kata baby berada dalam rahim,don't worry.cuma sekarang ni nak pastikan baby selamat or not sebab too tiny lagi.so,just wait the result ajelah.

dan hari tu aku lepak kat wad macam orang senang.makan saje.lauk boleh tahan sedap.paling takbleh blah,breakfast ni aku rasa special.walaupun kuih pau seketoi.



ada nama aku.tehehehehehe..


esoknya lagi,breakfast nasi goreng.kosong.tapi sebab lapar,aku bedal je.




ambik mood


eh.sibuk pasal makan pulak.so,pagi tu doc pakar kata nak scan la sebelum buat blood test kali kedua.doc scan,dia nampak lagi something kat luar tu tapi dia tetap tak dapat teka apa tu.sebab baby terlampau kecik lagi,so belum terbentuk apa apa lagi.memang susah sikitlah nak confirm.

petang,lepas buat blood test,doc benarkan balik.yayy..dah boleh discharge.tinggal nextweek la aku kena datang semula untuk pakar gynae scan dan pastikan condition aku macam mana.aku sempatla tanya doc untuk confirmkan balik apa situasi aku yang sebenarnya.

doc cakap,baby ada dalam rahim.alhamdulillah.cuma condition baby 50-50.tak kuat.dalam masa seminggu ni,kalau baby boleh survive,doc akan bagi ubat untuk kuatkan baby.tapi kalau sebaliknya,doc akan bagi pulak ubat untuk keluarkan baby.

ya Allah..sedihnya.first time aku lalui menda camni.so,bila tanya apa yang boleh aku buat dalam masa terdekat ni.doc cuma cakap,rest banyak banyak dan buat seperti biasa.nothing to worries.pasal cyst pun jangan risau.normally,cyst ada time pregnancy.ada cyst yang akan kecut sendiri,ada cyst yang akan keluar after deliver,dan ada jugak cyst yang aka dikeluarkan sebelum deliver.

aku cuba untuk redha.cuma aku terkesan sikit bila baca report.





semoga aku kuat!



p/s : produk suppliment yang aku amik tu aku dah stop.so,banyak sangat lagi untuk dihabiskan.sapa sapa yang makan tapi ada effect positive,sesuai dengan hormon korang..kalau nak boleh bagitau aku.aku bagi free je.cuma bayarla kos untuk pos.terima kasih.
posted from Bloggeroid

13.10.14

typo can kill

sejak dua menjak ni kemain tv dengan paper typo.sampai tahap viral.
kalau dalam whatsapp typo boleh hampun lagi,siap jadi bahan nak kutuk member.

tapi kalau dalam sumber media..

jahanam!




agak agak la nak bergurau


bajet sembang kedai kopi agaknya


hah?..kak mah dapat suami baru ke?


T-T

itu yang typo.
yang bawah ni apa kes?

mistaken identity

posted from Bloggeroid

infused water

infused water ni apa?

kalau translate pakai google translate memang tak best langsung maksud dia.jadi jangan google. sumpah tak jadi cuba.

infused water ni adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu & dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum.

ada jugak orang panggil detox drink.

kalau tanya aku apa fungsi infused water ni, aku memang jawab untuk detox iaitu satu kaedah turunkan berat badan serta kaedah mudah nak membuang segala toksin dalam badan.

sejak sejak produk tenusu diharamkan untuk aku hadam, aku pun berjinak jugakla dengan infused water ni.baru berjinak.

honey dew




lemon


tadi aku google satu blog ni. nampak menarik gila resepi yang dia guna. siapa nak cuba tengoklah. mesti korang pun terliur kot.


posted from Bloggeroid

9.10.14

Punca Cyst / Rahim Membengkak

untuk semua wanita.



source : terima kasih daun keladi

Punca cyst / rahim membengkak

Assalamualaikum..

Semalam saya ada cerita sikit tentang cyst kan. Jom kita ambil tahu dulu apa punca cyst atau ada yang panggil rahim bengkak. Rahim bengkak ni mungkin sebab ada yang tak pasti, dalam rahim kemungkinan ada 2 iaitu cyst dan fibroid. Saya sendiri baru buat pemeriksaan kesihatan dan bertanya kepada doktor tentang cyst dan fibroid ni. Alhamdulillah, rahim saya clear, tiada masalah. Dalam bahasa mudahnya,
Cyst = pembengkakan di bahagian kilang telur
Fibroid = pembengkakan di sekitar rahim(sama ada pangkal rahim, badan rahim atau saluran fallopian)
Punca cyst
OK, jom kita ikuti penjelasan Dr Malinda Health & Beauty Clinic

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Apa punca cyst/fibroid/bengkak rahim?

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda cyst atau fibroid?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal
Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

Bagaimana cara untuk elakkan berlakunya cyst/fibroid ni?

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Bagaimana dengan soya? Adakah ia menggalakkan pertumbuhan cyst?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids; Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Supplemen yang dicadangkan untuk pesakit cyst/fibroid

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient – coQ10vitamin cvitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea – powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Di sini ada kisah pengamal Shaklee selaam lebih 10 tahun yang pernah mengalami cyst.

Cyst dan Fibroid : agar tidak berulang


Untuk wanita, sentiasa buat pemeriksaan kesihatan ya. Mungkin ada penyakit lama yang tak disedari dalam badan.

6.10.14

aidiladha







tahun ni abah tak buat korban.jadi tiba tiba raya kitorang macam pelik this year.takde aktiviti.so,raya aritu pergi beraya ke rumah cu dengan makteh ajela (adik adik abah).

lebih pelik sebab kitorang sikit pun tak teringat nak ambik gambar hari raya.padahal raya kali ni semua ada,takde yang terkecuali.pelik lah!
posted from Bloggeroid

3.10.14

Mistine Egg White Peel Of Mask

(iklan tak berbayar)




entah macam mana aku boleh beli ni masa pergi Wakaf Che Yeh aritu.sebab harga RM8 dan original,aku pun beli jugak la.klakar jugak sebab aku bukan jenis suka beli menda camni.jenis tak berani.tapi sebab dia base in egg,aku pun beli ajelahhh.pastu bila dah beli memikir pulakk.hanyir la muka aku jap lagi.

so,malam tu jugak aku try sebelum tidur.basuh muka bersih bersih,lepas tu tepek.bau dia..pergggh.wangi bak hanggg.makin laju la aku sapu kat muka.siap sapu,aku rilek rilek sambil layan instagram.

20minit berlalu.

aku pun peel la macam pakai masker biasa.best je rasa.muka pun feeling feeling suci..best.tak pedih pun muka.sebab aritu aku penah pakai 1 brand yang kawan bagi,pas pakai tu bila basuh muka rasa pedih.yang ni plak berbeza,dahla sejuk je.

sebab aku pakai dah dua kali,aku try plak kat ejang bila balik kursus.kemain ko,macam bukak kedai facial lak aku aritu.ejang memang jenis jantan tak pakai kosmetik okay.so,bila aku pakaikan kat dia terus dia cakap..

bestnya yang.bestnyaaaa..sejuk je.

sampai aku suruh dia diam sebab pakai masker mana bleh bercakap.behave sikit ye bangggg.

sambil sambil tunggu 20 minit tu,memang keje aku la kena kikis kelemumur dia jap.sambil sambil carik rambut gatal.kemain kan laki aku?kahkahkah.

saat peel mask tu best.masa yang dahi,pipi..whitehead mestilah ada kan,dia tak teruja sangat.tapi time tarik yang kat hidung,mak aiii..melekat segala blackhead.dia punya terkejut..kahkahkah.tahap suruh buat lagi second round.amboi.

tapi kesimpulan dia,pakai egg white ni memang best.kalau baca testimonial lain,diorang cakap boleh putihkan kulit.eh yeke?..
posted from Bloggeroid

2.10.14

Ugly Kid Joe - Everything About You

aku tau lagu ni masa kecik.zaman sekolah rendah.
ye.zaman aku tengah nak up dulu life aku banyak dipengaruhi dengan muzik yang abang aku dengar.

kalau kawan sekolah rendah aku masa tu sibuk dengan lagu ziana zain ke, spring ke..entah apa apa lagi entah.aku pulak lebih tau lagu lagu Metallica, Nirvana, Mr.Big, Guns And Roses, Iron Maiden dan seangkatan.paling aku terkesan sekali dengan band Ugly Kid Joe.

dan aku suka gila lagu ni.



I hate the rain and sunny weather
And I hate beach and mountains too
(And) I don't like a thing about the city, no, no
And I, I, I, hate the countryside too!

And I, hate everything about you!
...Everything about you!

And I don't like a thing about your mother
And I, I hate your daddy's guts too
And I don't like a thing about your sister, no, no
'Cause I, I, I think sex is overrated too

And I get sick when I'm around, I can't stand to be around
I hate everything about you!
Everything about you, everything about you, everything about you!

Some say I've got a bad attitude
But that don't change the way I feel about you
And if you think this might be bringing me down
Look again 'cause I ain't wearing no frown!

Well, I don't really care about your sister
Forget the little bitch, 'cause I already kissed her
One thing that I did to your lady
I put her on the bed and she didn't say maybe

I know you know everybody knows
The way it comes, the way it's gonna go
You think it's sad
Well that's too bad
'Cause I'm havin'
A ball hatin'
Every little thing about you! ha-ha!

Everything about you, everything about
I get sick when I'm around
I can't stand to be around

I hate everything about... 

YOU!






series.i miss my late brother so much.

POPULAR POST