31.3.15

cerita bergambar

masuk waktu dah ni. jom solat!

.............

............

tiba tiba ...

tinggal sorang!

"adik lapar la buuuu".


tabahkan hatimu, ibu.

30.3.15

MOJO - Dasyat

saya bagi 40 bintang.

(makin tak paham dengan jiwa sendiri. kacau)




Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

27.3.15

perasan #3

aku ada kemusykilan di mana ada dua pendapat berbeza.
selama ni aku tak perasan pun, sikit pun tak buatkan aku perasan.

tapi sebab ejang yang perasan, baru aku perasan.
perasan tak?

(hehehehe)


situasi 1 : "kak dd dah kurusss" - perempuan
situasi 2 : "dd dah kurus. kurus dari dulu (zaman belum kawen)" - 2 perempuan
situasi 3 : "apesal gemuk? tak lawa pulak tu. dulu lawa je" - lelaki
situasi 4 : "lama tak jumpa. kurus dah nampak" - lebih dari 3 perempuan
situasi 5 : "akak nampak dd kurus. lepas pantang aritu la ek?" - 2 perempuan
situasi 6 : "berisi nampak. pregnant semula ke?" - lelaki




kesimpulan yang ejang bagi kat aku ialah :

"orang perempuan je yang kata awak kurus sebenarnya.."


sentap la sikit.



23.3.15

chaotic kiddos #11 : cita cita

aku dengar je anak anak aku bercakap sesama sendiri. lepas tu, aku terdengar pasal cita cita rifdi nak jadi polis. aku pun tanya la pulak haifa.

"kakak. besar nanti kakak nak jadi apa?".

haifa sambil lompat lompat keriangan pun jawab :-

"kakak nak jadi rama rama".




kahkahkahkah.



22.3.15

Kek coklat

Gigih aku search kat internet kek yang tak pakai telur.

Ending dia..









Kek bantat.
kahkahkah.
posted from Bloggeroid

17.3.15

kenduri kendara

weekend aku sekarang ni banyak pergi ke majlis makan je. kasi up lagi berat badan ni kononnya. padahal dah taktau apa aku nak buat dengan badan aku sendiri. rasa nak campak dalam sungai pun ada. dalam laut pun boleh. lantak kau lah nak ke mana. geram punya pasal.

jadi, ini cerita kenduri je dari minggu lepas punya lepas.
dem. aku pun pening nak mention minggu apa.

kenduri aritu (1)

kat jerantut je. biasa time aku gi kenduri adalah pukul 2pm. tapi kali ni punya 2pm tahap dah kemas meja. auwww...awak. mujur jugak tak datang awal sebab ramai gila umat sebab ada Uqasha Senrose & Syafiq Kyle. taktau apa kena mengena dengan pengantin tapi masa whtasapp group antar gambar, rasa macam lawa gila uqasha ni haihhh..


(gambar hilang. haihhhh)



kenduri minggu lepas (2)

sabtu.
semata-mata balik kuantan sebab cousin ejang kawen di Cherok Paloh. kitorang balik sabtu, sampai rumah kenduri, makan dan balik rumah mak aku. cadang nak balik terus ke Jerantut sebab esoknya ada member kitorang kawen. sekali sedap sangat berehat pastu esok ajelah balik. haha. tapi balik awal jugaklah sebab nak jugak pergi kenduri member tu.


sabtu di cherok paloh


ahad.
kenduri kali ni aku tak sempat ambik gambar. sebabnya :
  1. sampai lambat. perut lapar bakhang. terus hadap makan.
  2. family pengantin sedang berfotografi kat pelamin. pelamin lawa oi.
  3. segan nak bawak keluar tepon. boleh? hahaha
jadi, aku sekadar letak gambar yang aku jumpa kat facebook ajela. pengantin steady je tunggu kat kanopi. siap cakap kat aku, "makan ajela apa yang ada tu dd.."




kenduri baru ni (3)

sabtu.
ex opismet aku, merangkap opismet ejang. haha. dia buat makan sempena masuk rumah baru. sebab jamuan malam, jadi langsung takde chance ambik gambar. lagipun aku tengok takde sape pun yang pegang henpon. apatah lagi ambik gambar.

ahad.
kenduri ajih. member sekolah teknik / sepoli kawen di Temerloh. aku pergi siap janji dengan rock. sampai lambat, ala. trademark aku la kan. trademark yang jahanam. melaparkan diri sendiri. tapi takpe, janji pengantin nak datang berborak, tak sombong, aku dah rasa cukup bahagia.

keciknya pinggang pengantin pempuan. sama beso ngan lengan aku.
jeles aii.


rifdi memang la. friendly dengan siapa siapa je.

jadi, siapa siapa nak ajak aku gi kenduri silakan hantar kad jemputan. anda konpem dilayan. haha.

9.3.15

Taklimat Menyelamat Di Dalam Air.

25 Februari 2015.

Pagi tu ada taklimat di opis. Macam biasa, abam abam bomba la yang bagi taklimat. Taklimat macam biasa la, dengar dan tanya soalan ajelah.

Petang kita ada training.

Haa, ini yang paling buat aku teruja. So, petang tu bertempat kat salah sebuah hotel paling banyak bintang kat daerah aku ni, maka kami sepejabat pegi training kat kolam renang.














































Pakau life jacket kemain la aku terapung, siap buat formasi bagai.

Sekali masa aku cabut life jacket, rupanya aku tenggelam! Caihh..

posted from Bloggeroid

5.3.15

kenapa aku suka pakai pashmina?

Pashmina is a type of fine cashmere wool. The textiles made from it were first woven in India.[1][2] The name comes fromPersianپشمینه‎ / paÅ¡mina, meaning "made from wool".[2] The wool comes from changthangi or Pashmina goat, which is a special breed of goat indigenous to high altitudes of the Himalayas in IndiaNepal and Pakistan. Pashmina shawls are hand spunwoven and embroidered in Nepal and Kashmir, and made from fine cashmere fibre.[1][3]






hah. kenapa aku suka?

1. Kain tak jarang. bebas nak pakai camne.



2. Kain berat tapi selesa. So bila angin kencang bertiup pun tudung ko tak bergerak mana. maknanya takde la ko tertarik tarik tudung kat dada, kat belakang sebab nak cover aurat.



3. Besar dan lebar. tudung tak singkat.



4. Paling best, sebab senang bentuk, dan tak payah iron.









*sedikit gambar dari koleksi sendiri.

bahaha. entry takde motif melainkan koya secara solo. maafkan saya.

4.3.15

DIY Landskap & Architecture

share : facebook


kalau la aku ada masa lapang, rumah ada ruang, lepas tu buat takyah bincang dengan ejang!
hahaha.

itu pun kalau rajin.







3.3.15

Oscar 2015 Opening

kelas betul opening Oscar 2015 ni.

Neil Patrick Harris - Anna Kendricks - Jake Black



POPULAR POST