24.8.15

SHRAMZB 2015 di Genting Highland (2)

eh. ini betul entry tak dirancang ni. haha. elok ejang send gambar ni via whatsapp. tertinggal la plak kan. tapi nak abadikan kenangan, aku terpaksa jugak buat part 2.

ok, ini betul punya last entry cuti raya. kahkahkah.


depan cabelcar skyway.
anak membesar, dan aku turut membesar.

Di Genting Strawberry Park.

time ni hasya baru bangun tido. terus lepak ngan atok mak dan tokteh dia.
tuan badan pose manja.

bukan setakat ada strawberry je ek, bunga, lebah. cendawan pun ada dalam ni..
paling takbleh blah..pertunjukan ular pun ada. euwwww...

family potrait

ok. baiiii..

19.8.15

SHRAMZB 2015 di Genting Highland!

raya kelima kitorang satu family ke Genting Highland. last year raya kitorang bercuti di Swiss Garden Kuantan. this year kita naik tempat sejuk pulak. many thanks to kakak ipar i dengan abang yang susah payah booked bilik sebab nak bawak family The Jaafar pergi bercuti.

sampai atas, kereta kakak aku temperature naik, panas sangat. stop kat kereta aku. bila kereta kitorang stop, tetibe enjin senyap. rupanya kereta kitorang sejuk. amik kau satu kereta panas, satu kereta sejuk. dah nak dekat pukul 6 baru dapat check in.keh.

 

bilik ni dapat rm40 semalam. abang dengan kakak ipar aku booked 4 bilik. ok la, walaupun toilet & bathroom kecik. bilik tak sesuai la untuk orang anak ramai macam aku. kehkehkeh.

siap check up , solat terus turun bawah gi makan dulu kat Marrybrown. Pastu jalan jalan la cuci mata. Kasi panas enjin.


the Ejang's



the Jaafar's!





pusing pusing tu konon nk tengok Ant-Man. sekali tengok tiket rm16 sekeping. tak jadila, terus bawak budak tengok free magician show. okaylah. haifa paling seronok sekali tengok magik.
penat terus kitorang naik bilik, tidur.


Hari kedua aka hari last. ahaha. sebelum balik singgah Strawberry Park dulu.



 

 

 

 




hasya tido masa ni, so dia dengan abah dia dalam kereta. tapi 15 minit lepas tu, ejang tetibe masuk dalam Strawberry Park, sebab hasya bangun. haaaa, dh bangun makcik sorang ni memang tak dapatla kakak dia nak manja ngan ibu sangat.

lama kot dalam tu, dah tengahari baru keluar. berkumpul jap ramai ramai, terus bersurai. abangah dengan nasrul (adik) terus ke KL. abah terus ke kuantan dan aku balik jantet! tapi sebelum balik tu sempatla aku dengan abah singgah kat RnR Temerloh. makan dulu. hehe. 




maka, habislah cerita raya kami!!
(cerita cuti raya actually). haha.




7.8.15

SHRAMZB 2015 (iv)

"selagi belum habis Syawal, memang tak habis la cerita bab raya"

-ddjakpa



memang tak habis lagi lah!
raya ke4 aku request ejang buatkan mee bandung & air laicikang sebab ada special guest hari ni. well, since aku sekolah sampai dah beso godang ni, aku mana penah ada kawan yang datang raya berjemaah. memang tak pernah.

tapi hari ni #geng3aktif nak datang beraya!
ini semua member kelas form 3 masa sekolah panglima perang. kitorang sebenarnya jumpa balik start bulan 10 taun lepas, tu pun sebab whatsapp group. group ni lah paling kencang seingat aku. sampai pernah tab aku hang, sebab sekali masuk whatsapp pernah sampai 999++ notification! 

member member ramai yang stay di oversea macam iman kerja kat sydney, yaya di guang zhou, qist di brunei dan lain lain ada di KL, perak dan majority masih di Kuantan.

belum sempat lunch lepas beli barang dapur, dah ada first guest datang. ala bff, dah tak sempat rasa mee bandung.

bff since form 2. jamie.

dah malam. so, time tunggu kawan kawan sampai. yang first sampai adalah lyzam. pastu cha. diikuti oleh acik kawan ejang, pastu lie, gg dan last but not least, iman dan jaja.

merasa la sorang sorang pegang gopro untuk ambik gambar. tapi aku punya hasil takde la. iman kata bergegar. mungkin aku nervous. kahkahkah. padahal tak reti guna.


anak cha - cha - lyzam - jaja - gg




abam duduk depan pintu ni pun dah jadi rakan sekelas kitorang dah.

norul iman & wan fazli

sedap ek laicikang tu gg? hehe

dah kenyang perut. dah kembung perut..kita bergambar kat luar pulak. hehe.







lyzam - lie - cha - jaja - iman - gg- dd




alhamdulillah. seronok aku malam tu. yelah, orang tak pernah ada kawan datang beramai gini. kahkahkah. yang penting, ejang la yang jadi tulang belakang aku masa tu. thanks sangat.

ejang pun boleh layan semua geng sebab geng ni dulu ramai yang sama sekolah dengan dia masa skolah rendah. biasa la, kawan aku balik balik rupanya kawan ejang. begitu la sebaliknya.

apapun, malam tu memang enjoy.

6.8.15

SHRAMZB 2015 (iii)


"selagi belum habis Syawal, memang tak habis la cerita bab raya"

-ddjakpa



raya kedua. biasanya raya kedua ni aku dengan family ke Kampung Awah Temerloh. kampung mak aku. tapi this year aku pergi ke belah ejang pulak. kitorang beraya ke Rompin, sebab adik ipar aku (adik ejang) buat kenduri/makan makan sempena birthday anak dia, Irfan.

so, raya kedua destinasi lain lain. aku ke rompin, kakak aku ke Pekan dan adik & abang aku ikut mak balik kampung. 

kepanasan tapi nak jugak bergambar

kuningnya abam ni

ok. jom pegi tengok majlis. sorry la, gambar majlis semua i kidnap dari fb biras, wa. hehe.


dedi - irfan - mami




lepas balik dari rumah Wa, aku sempat la pegi beraya rumah Nurul, kamceng aku masa sijil polisas dulu.




balik dari Rompin, terus balik rumah mak. pengsan!

POPULAR POST