28.11.15

Rifdi #67 - 7

My handsome boy turns 7 today! 
Happy birthday Norhaflan Rifdi Bin Norazman. Ibu sentiasa doakan kejayaan abang di dunia dan akhirat. Moga sentiasa jadi budak baik okay!


25.11.15

haifa #36 - makan kek!


birthday haifa hari tu kitorang keluar. ejang dah janji dengan haifa nak belikan kasut. eh, birthday girl tu berkenan pada satu sneaker Puma. cantikla, memang sesuai dengan dia.

so di pendekkan cerita, sampai kat butik kasut tu takde. alahai anak omak. mujurla haifa ni spesis good girl sangat. dia pilih kasut lain tapi tetap brand Puma. paling tak bleh blah tempias beli kasut brand yang sama untuk Hasya dengan Dhiya. eh..kenapa aku tak kena tempias sekali? 

birthday girl punya celebration
design sepesen. dhiya, haifa, hasya.

settle abah dia punya present, kita pergi MBH pulak. ibu nak beli present.

present dari cik eenaa dia. haifa kan ulat buku :)

sebab haifa suka sangat buku. so, aku dengan kakak aku hadiahkan buku. aku pulak hadiahkan colouring book. tempias jugak adik dengan abang nak sekali. hahaha.

dah letih berjalan, last port kitorang pergi Secret Recipe. beli kek!
normal la kan, tiap kali birthday mesti la wajib beli kek. kalau tak tiup lilin tak sah sambut birthday bagi bebudak ni. padahal bukan makan pun. ibu dengan abahhh jugak yang makan.



19.11.15

Jihan + Rizal's Wedding

10 November 2015 hari tu kawan aku kawen. Classmate aku dari form 1 sampai form 3. dan alhamdulillah sampai sekarang masih lagi kekal berkawan sebab group class kitorang sangat hyperaktif. haha.

Dipendekkan cerita, wedding dia dibuat di Guest House di Taman Gelora. kawan kawan lama pun ramai la yang attend. seronok la wey kalau dapat jumpa member lama yang gila lama tak jumpa. hah, kemain kau ayat penegasan berulangkali. nampak sangat excited.

tu yang pakai tudung pink tu lane. dari taun 1997 tak jumpa dia.




siap makan kami beramai masuk dalam pulak. kita kasi serang sama pelamin pengantin.

macam biasa. peminat tegar pelamin pengantin.

pastu slow slow ajak bebudak naik pelamin


okayy..dah panas nampaknya..
slow slow mak budak tarik pengantin naik pelamin




pastu slow slow aje tolak anak anak turun bawah, geng 3 Aktif masuk line

pastu slow slow turun pelamin

pastu pengantin orang lain tarik, kitorang pun bergambar sama sama kawan lama pulak

bff

dulu kitorang sama besar dan sama tinggi. 
sekarang aku besar, dan jadi rendah. haihh..kenapa?



okay. gambar dah habis. kitorang pun balik..
bai semuorang.


#selamat pengantin baru gg. semoga kekal hingga ke jannah dan dikurniakan anak anak yang comey dan soleh. Amin.

16.11.15

chaotic kiddos #12 - colouring

basically bebudak memang suka colouring. 
anak aku pun tak terkecuali. tapi sebab rifdi dah besar, so aktiviti colouring dia terhad sebab dia ada homework nak buat, lepas tu aku banyak ajar dia lebih kepada mengeja.

so, adik dia dua orang tu kalau abang buat homework pun diorang akan joined rifdi kat meja tapi dia colouring la.














hasya pun since dah sekolah memang colour tak macam budak 3 tahun. kemas aje takde keluar ke, comot ke..

haifa lagi la. memang favorite dia colouring book. sebab tu hadiah birthday pun aku bagi colouring book dengan colour pencil. dah tau memang dia hadap.

11.11.15

haifa #35 : my big girl.


Today is my big girl birthday!
Selamat hari lahir Norhaifa Rafissa Binti Norazman. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat, dan jadi muslimah yang solehah. Sayang kakak to the moon and back and to the moon back and back again. 😘😘😘

9.11.15

Fattah Amin
















Eh. Apahal tetibe fattah spam blog aku ni?
Kahkahkah.

Eh. Jangan ingat aku folo cerita maghrib tu ye. Mintak maaf, aku cuma layan Plan Cinta Tak Jadi je sebab dia berlakon dengan Fathiya Latiff. Heroin selain fathiya mintak maaf aku nak layan.

posted from Bloggeroid

6.11.15

haifa #34 - my little helper

nextweek haifa genap 5 tahun.

rasa baru lagi lahirkan cik kak sorang tu sebab jaga dia la paling mudah setakat ni. bersalin pun mudah, discharged wad pun mudah. nak jaga pun mudah. dapat adik pun mudah. (haha).

haifa umur setahun 2 bulan dah dapat adik tau so dia cepat matang. sangat indipendent. so sekarang ni sedang umur belum cecah 5 tahun pun dia dah boleh harap la untuk buat kerja rumah. aku pun taklah bagi dia memasak, gila ape aku. tapi setakat tolong angkat kain, jemur kain, lipat kain sikit-sikit boleh la. paling boleh harap bab mengemas.

paling win, dia suka menyapu sampah. haha. yang bab ni aku tak tahan sikit la sebab dia kuat membebel.

"eiiiii..banyaknya rambut ibu atas lantai...!"..

....pastu dia ambik penyapu dengan skop. sambil tu membebel bebel la itu ini itu ini..tangan tetap menyapu. comelkan?

hahaha.

moga moga sampai bila bila la dia ringan tulang macam ni :)

alahh..bab menyepah pun dia jugak sebenarnya yang win. haha.


POPULAR POST