19.3.16

New baby in the house!

Eh, hai.

Lama hibernate kan? Sebab finally selepas melalui pelbagai detik mencemaskan, alhamdulillah aku berjaya melahirkan seorang bayi lelaki bersaiz besar dengan berat 3.9kg melalui tingkap pada 11 March 2016 jam 1.46pm di kala para Muslimin mengerjakan solat Zohor.

Kenapa tingkap?
Sebab doc Hoshas Temerloh estimate baby 4.1kg, so baby berisiko tersangkut bahu kalau keluar normal. Lepas tu ibu pulak GDM (diabetis and diet control), maka potential tak selamat adalah tinggi. Maka pilihan ibu adalah redho ajela ceaser pun. Janji anak keluar dengan selamat sejahtera. Aminnnn..

Lepas tu, after discharged dari Hoshas hari Ahad tu, dengan kamikazenya abah aku bawak aku balik terus ke Kuantan. Sampai Kuantan, esok check darah di Klinik Kesihatan (KK), kantoi plak kuning. Warded pulak kat HTAA. Mujurlah 1 malam aje check in, esoknya discharged. Kami pun balik la ke Permatang Badak.

3 malam di umah maktok dengan aki, so berangkatla pulak ke umah atokmak ngan atokabah. Tapi pegi KK dulu untuk check up, kantoi lagi kuning tinggi sampai ke warded lagi di HTAA. Maka masuklah ibu dan anak ni ke dalam SCN lagi. Tak jadi la tido umah atokmak malam ni.

Tp sebab kali ni kuning tinggi sangat, baby kena masuk NSCN, yang mana baby je naik ke tingkat atas, duduk nursery. Ibu plak rest (konon) kat tingkat bawah. Tapi alhamdulillah pagi tadi kuning dah turun so baby pun turun balik ke bawah.

Arini dah sabtu, esok dah lastday school break. Taktau la camne keadaan kami anak beranak. Rasanya macam anak aku semua sambung cuti sekolah ni. Takkan abah dia nak balik sorang sorang kot sebab wad ni just ibu dengan ayah aje yang bleh masuk.

Doa yang baik baik ajela buat masa sekarang. Aku dah letih sebenarnya sebab bersalin ceaser kot, letih sikitla nak control segala maknenek pekerjaan. Apapun kita pegang kata-kata suami i yang tercinta tu, POSITIF!







posted from Bloggeroid

3.3.16

Kek Oren dan Topping

kek birthday yang aku buat baru ni sebenarnya kek oren. aku dah pernah buat dan pernah share resepi dah pun satu masa dulu. cuma beza dulu aku bakar. yang baru ni pulak aku try kukus. bukan apa, kalau kukus ni biasanya kek lebih lembap dan moist. (padahal sama aje maksud dia).




Aku kukus dalam sejam sebab nak bagi betul betul masak dalam tu. Bila dah masak tu, aku bagi kek tu sejuk sikit. lepas tu terbalikkan dan potong la sikit nak bagi atas tu flat. Baru la cun simbah topping. 

Sambil tunggu kek tu sejuk, aku buat topping. yang ni serba ada ajela ye.


Topping
1. 1 cawan milo
2. 2 sudu besar minyak masak
3. 3 sudu besar air suam
4. 1/2 cawan susu pekat


Kaedah
1. Campur semua bahan di atas dan masak secara double boiler. 
2. Agak-agak dah berkilat boleh la tutup api. 
3. Apalagi, simbahla atas kek tadi. Kalau ada chocolate rice ke, smarties ke, m&m ke, boleh la tabur atas topping tu. ikut suka la nak hias macam mana.


terabur aje, tapi semua excited nak makan.

nak cakap sedap sangat tu takla. kena upgrade lagi bagi sedap ni. hehehehe.



POPULAR POST