26.9.18

cracked

isnin baru ni aku dapat MC. kes accident 2002 yang sampai kena pergi kelas bertongkat.

throwback semula ke tahun 2002 tu.
kisahnya masa tu aku petang. aku tengah berjalan kaki balik dari berpoya poya kat bandar. kereta datang dari belakang rempuh kaki kanan aku yang sedang jalan tonjet tonjet. aku jatuh ke depan, dan masa tu aku takde plak rasa sakit. so im okay. takyah check up bagai. maghrib tu tengah layan Winter Sonata tetiba kaki rasa sengal, ngilu, sakit dia takleh blah. malam tu gi emergency, dan xray. pakar xray kata cracked kat telapak depan. doktor kata takde apa. so malam tu kena tahan dulu kat wad emergency. pagi esoknya balik. kakak aku ambik. so pastu gi kelas Diploma bertongkat. dapat date untuk fisio beberapa kali tapi fisio sekadar tanya khabar, tanya kaki. aku pun masa tu dah start pakai sport shoe. berjalan tapak kaki tak rata. senget kaki sebelah. effect dia, ada masa kaki aku sengal. paling hardcore, sampai sekarang kaki aku ni vibrate 4 jari secara auto. heh.

balik semula ke tahun 2018.
baru ni aku cuti lama di Kuantan. maybe berjalan salah teknik, atau terlampau banyak beban di kaki (aka berat badan naik), kaki aku sakit balik. kali ni sakit dia tahap sapu minyak panas pun sakit jugak.

balik jerantut, terus aku gi klinik kesihatan. aku request nak xray tapi doktor kata ni bukan masalah tulang. ni masalah otot. aku melawan lagi. siap aku kata, ni saraf ni doktor. jari saya bergerak sendiri ni. haihhh..tunjuk bijak dari doktor pulak aku.

plantar faciitis


aku ni kategori pijak kat telapak depan tu sakit gila, pastu berdenyut sampai ke kaki belah dalam. sampai labu betis (korang bleh paham ke tak?).. jadi macam lenguh plak lama lama sakit gini.

so dipendekkan cerita doktor bagi la 2 jenis ubat. hari isnin tu aku makan, memang tidur la sepanjang waktu. namapun doktor suruh berehat kan. dia tak bagi bergerak banyak.

sebab tau ubat tu ngantuk dua dua, semalam after lunch aku makan la sejenis je ubat. petang tu ok lagi, bleh bergalak lagi dengan anak-anak. masa amik kat rumah pengasuh tu aku dah lain macam. aku ajak anak kau gi Domino's..tapau jela. So masa kat Domino's tu rasa sejuk je. aku syak maybe aircond. aku panggil anak aku suruh pegang dahi. semua kata panas.

sampai je rumah, aku serve makan budak budak ni..terus aku mandi. siap tu aku gi la jamah sikit mushroom soup, makan pizza sepotong..pastu baring. menggigil dah masa tu.

ejang ni suruh hasya jerlum dahi aku dengan kain basah. pastu hasya bawakkan air dengan ubat. haifa masa tu tengah kemas-kemas meja depan. baru lepas makan kan. dia la yang lap meja, sapu sampah. rifdi duduk sebelah aku, tolong jawabkan segala whatsapp masuk. sambil dia bgtau ustazah yang diorg tak ngaji sebab aku tak larat hantar. ejang plak tolong basuh kain, tolong jaga anak dan ajar rifdi buat homework pastu.

and last but not least, riyadh yang tak habis habis memantau keadaan aku dalam bilik. asal dia masuk je dia panggil laaa "ebuuuu..ebuuuuu" hahaha. comel sangat prangai.

dah malam tu baru bleh aku tido. sebelum tu menggigil je sebab sakit gila dari pinggang ke tapak kaki.

5.30 pagi. aku bangun..ok la. so far bleh lagi berjalan. aku iron baju guna kederat yang ada. iron dahla berat, pakej aku plak lapar gila. mujur tak tumbang aje. pastu masa bersiap tu ejang tego dah..dah kenapa nak pegi keje nya? aku jawab, surat untuk cikgu tak buat lagi.

so tadi gi la keje macam biasa. siapkan surat, siapkan report, rehat.

pastu ni datang balik sakit pinggang ke kaki. adui la. taktau nak buat apa dah ni. ada aku tido jugak kejap lagi.



p/s : dari pagi terliur kat bubur McD pulak dahhhhh

13.9.18

Cekodok Manis aka #cekodokviral

Al kisah.

Lama dah viralnya, tapi aku ni banyak sangat menu nak buat. aritu buat kebetulan susu pekat manis tinggal sesudu. haha. so pakai gula halus jela. bukan takleh pakai gula biasa tapi kan beza saiz. nanti berat pulak.

so malam tadi buatlah ikut skima resepi.
yang berbeza cuma aku gi tabur sket gula aisin, konon nak la nampak cantik dan menarik.


cantik dan menarik tak? kahkahkah

tau dah mesti ada yang tunggu resepi. nah, aku bagi ni. senang yakmatttt.


masa korang nak bulatkan tu, aku bagi tips sket la.
pastikan tapak tangan tu lembap lembap moist. isi la minyak masak atau air suam kat tapak tangan tu. jangan letak mosturizer pulak..kemain wangi pulak nanti cekodok hang tu.

7.9.18

Ben Ladin - Hikayat Ben Ladin




[Intro]
Benladin...Benladin

[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri
[Bridge]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)



kahkahkah. aku taktau sebenarnya kewujudan lagu ni. sampailah 1 hari time bako buat BBQ, anak sedara aku bukak lagu ni. aku cakap lagu mat rempit mana pulak nihhhh..

pastu belaka pakat, Allah ateh. lagu ben ladin pun taktau ke? siap pakej anak aku pun cakap kakak penah je dengar. halaaaa..aku duduk dalam gua ke?

pastu bila aku nk donlod lagu letak kt usb, teringat la lagu ni. search - dengar - enjoy. 
sudahnya aku pulak yang melayan. kira okay la..ingatkan mat rempit. rupanya budak sgt lagi haih. Ben Ladin - perserta idola kecil suatu masa dulu. 

POPULAR POST