30.10.18

Clip On Eyeglasses

entry bukan sponsored. pastu gambar selfie berdas-das. maafla kalau memudaratkan pembaca.

.

Aku dah berapa kali usha Clip On Eyeglasses ni sebenarnya. Penah sekali masa tengah window shopping kat satu mall area Kuantan, aku try la masuk satu kedai optik ni.

Harga RM199 (spek biasa + 2 clip + free 1 frame), sangat affordable. tapi bila check power mata diorang kata power drop banyak. Macam bimbang pulak nak buat spek baru. Pulak tu, untuk power 200 ke atas, harga berubah. Dia akan pergi ke RM299. Macam tak puas hatiiiii je, so aku bawak balik resit result power mata tu dan try pulak check kat optometris yang biasa aku pergi. Takpe. Takpe. Sis redho.

.

Actually aku dah lama kot jadi customer untuk satu kedai ni. Kedai Optik Leever nama dia.  Bertempat di Jerantut ni la. Aku memang buat spec dengan dia ni dari zaman after confinement Rifdi barangkali. Sebab dalam rekod dia, aku penah tukar power spec tahun 2010. Aku ingat sebab masa tu aku pregnantkan Haifa.

Ok, berbalik cite asal. Aku jumpa Vincent ni pastu tunjuk result bacaan mata. Dia buat skali lagi confirmkan so memang betul power mata dah drop. Tak banyak tapi boleh la tukar lense baru. Yeabedabedu.

So masa untuk pilih frame. Banyak la jugak aku test. Aku berangan nak pakai petak lagi, sebab ajet ajet bila pakai clip hitam muka pun cool jadi cam Nabila Huda. Ajetttt sangat. Tapi final decision, Ejang dengan Vincent kata kenapa tak try yang bulat plak. Asek petak je pilihanmu kan dd. Maka aku pilih la yang bulat sikit. Masa mula try aku pakai buat muka comel, Ejang sempat komen, "Aduh..poyonya". sambil buat muka tengah sakit hati sangat hahahaha.

Tapi sebelum aku confirmkan tu, Vincent pesan spek ni, kalau biasa pakai petak, bila tukar ke frame bulat akan jadi pening bila pakai. Sebab nak sesuaikan titik fokus tu. Aku suka tau buat spek dengan Vincent ni sebab dia akan fokus kat kita sorang je bila layan customer. So dia akan test dari mula check power, pastu bawak kita tengok suasana luar dengan lense baru..bagi aku service dia memang bagusssss.

So dah siap pilih, power dah confirm, kita tunggu sejam kemudian.

Jengjengjeng. 

Dah siap. RM199 (frame biasa + 2 clips hitam dan kuning). Takde charge walau power tinggi mana punnn.



cun takkkk

haaa...lain sikit. asek petak je katanya kan.



ni untuk silau malam.

haaaa..cun takkkk. 

18.10.18

Cetaphil



Dah lama aku teringin nak pakai Cetaphil. Since tengok cikepal, anak sedara aku yuyu, pastu ada kenalan lain yang pakai pastu kulit muka yarobi comelnya. Puas aku tunggu aku punya beauty bar abis baru aku nak tukar. Bertabah sangat tak aku?

So sampai la satu masa tu aku beli yang travel kit. Try kecik dulu bro. kang tak puas hati takde la nangis dalam tandas sebab melabur banyak sangat. So aku pakai dan so far, okay la. Memang macam tak puas hati je sebab takde buih dan takde bau fragrance.

Until one day. Aku dapat sample Nutox. Satu serum dan satu lagi krim pemenda tak ingat. So sebab bajet pakai muka jadi persis Fazura, aku pun pakai tanpa was was. Elok 4 kali pakai maka terbitlah jerawat boleh tahan diameter dia. Aku pun aiyyo..memang camtu ke pakai serum?

Disebabkan dia punya gelabah muka dah sama level dinosour, aku pun stop pakai serum. Sis seram okay. 


Aku pun sambung pakai Cetaphil ni macam biasa. Alhamdulillah pastu muka kembali normal macam biasa lepas 4 hari. Ya Tuhannn..lega kita wakkk..cemas nak report pulis dah 😂😂 

And finally aku makin suka la pakai Cetaphil ni. Dah nak 2 bulan lebih dah pakai. Produk kulit yang memang mahal tapi berbaloi effect dia. Worth it.

Maka pasni diisytiharkan akan menjadi bff selamanya. Insha Allah.


#reviewbyddjaafar #ddskincare #cetaphil#cetaphilMY #cetaphilworks#cetaphilreview #sensitiveskin #skincare

17.10.18

Hael Husaini - Hajat

actually aku tak minat pun si hael ni. sebab dari mula dulu aku pikir dia ni tiru gaya faizal tahir. copy cat sangat.

tapi bagi aku dia berbakat. suara pun nice. lagu-lagu yang dia hasilkan pun taraf international. gempak. so pujian di situ. lagu hajat ni pun best. music dia unik. dan aku suka videoklip dia. unik dengan model model dia. haha.

so, jom la layan lagu ni.







Artis: Hael Husaini Lagu: Hael Husaini, Ezra Kong  Lirik:  Hael Husaini, Ezra Kong  -------------------------------------------- LYRICS VERSE 1 Jika kau mahu sesuatu katakan padakuJika kau mahu diriku ku sedia untukmu Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan PRECHO Jangan curiga Harus percaya Ikhlas hati ku berkata CHORUS 2 Terseksa, untuk mencintanya Mencinta, untuk diseksanya Terpaksa atau rela, janji kau bersama Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku VERSE 2 Jika kau mahu ku rindu ku bayangkan wajahmu Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu dan jika kau mahukan jiwaku hambakan cintamu Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

11.10.18

Facebook



2 hari dah fb aku hilang. entah pergi mana pun aku taktau.
Konpius.

Ada orang hack ke? untuk apa?

tapi paling win, ejang kata padan muka!

1.10.18

Tauhu Begedil


Aku selalu la nampak tauhu begedil ni lalu lalang kat wall fb dengan ig. aku kalau bab tauhu memang takleh tolak. pulak dengan begedil. aku bleh makan nasi dengan dua lauk ni je. tanpa kompromi. ni pulak gabungan kedua duanya.

so bila kawan aku tanya kat whatsapp minggu lepas, dia tanya aku nak tak tauhu begedil?
ibarat aku tengah ngantuk disorong bantal la jawabnya. 

so, tadi sampai la pesanan aku masa kat opis tadi. elok pulak pagi tadi aku tak menyinggah tapau kat mana mana. memang mengundang sangat la makanannya.






sekali hadap je sebekas ni. maaflah. memang spesis hantu makan. dan sebab aku rasa macam tak cukup, aku google la bagaimana kaedah pembuatannya. ternyata mudah dan hanya memerlukan kerajinan. jeng jeng jeng.




harapnya aku rajin. haha.

pastu siap google jugak bahan untuk sos dia. jomla kengkawan. marilah kita merajinkan diri.


BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

Faizal Tahir - Ragaman



Hari isnin kau berkata nak makan lasagna
dah sampai kedai nak tomyam pula
oh my god
petang rabu nak cendol pula
biar betik
nasiblah baik mood aku baik

puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

makan malam sudah dihidang
kau masih melaram
time tengok bola kau ajak keluar

Ya Allah
masuk kereta baru gear dua
kau nak balik
nasiblah baik muka kau cantik

bulan puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

hanya kita berdua
sampai hari tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua 
kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

POPULAR POST