boring giler sebab rifdi takdek.anak makcik yang jaga rifdi balik jerantut.nama dia emay.
so,pepagi dia dah call nak amik rifdi arini.nak spend time bersama rifdi.
dan aku pun bagi.pas mandi kol 10 tadi,dia siap isap susu sambil layan tom tom bak..elok abis,emay pn sampai.amik rifdi dan rifdi wat muka biasa biasa je masa naik keta.babaiiii..katanya kat aku.
setelah menahan tangan dan mata dari memandang blog sendiri akibat dari tekanan kerja yang kuat menghempap bahu, akhirnya...
..ye. saya boleh berbelog hari ni.begitu teruja sampai kena pikir semula, apa menda antara list yang aku nak story. rasanya begitu banyak idea sampai ke laut.
tapi sebab pagi ni tekan tekan cream Palmer's tapi tak kuar, yang kuar cuma angin angin macam kentut rifdi je so terasa macam nak citer pasal cream ni plak.sebab aku rasa mesti ramai taktau..apemenda cream Palmer's ni ye? dan aku jua terasa macam..ehh. ada ke orang nak tau?..heheh. aku jangka camtu la. tp tak kisah laa..aku kan The Story Teller..biarkan jela aku nak citer apepun!..hahah. *nada gelak macam orang bongokss*
okeh. citernya begini. cream Plamer's yang dipakai oleh aku adalah dibeli pada satu masa dahulu. masa tu aku yang agak2 blur sebab baru pregnant kali pertama. mana la aku tau time pregnancy ni perutnya gatal gatal. pastuh bila gi jumpa doktor mesti doktor tegur.. "awak tak letak krim kat kulit perut ni ke?..byk sgt strecth mark nih.."
aku yang memang slow bab bab ni pun tertanya tanya..apakah banyak benar stretch mark sampaikan doktor menegur sedemikian rupa? kenapa encek ejang tak cakap pape pn?? *ehehh**
dan sebab doktor tu mukanya sangat kiut dan dia jugek pregnant, dia pn cadangkan kat aku, gi farmasi, carik cream Palmer's untuk stretch mark. cream ni memang special untuk preggie mum. selain untuk kurangkan strecth mark ni (okeh.tolong kira berapa kali aku sebut stretch mark*opsss..sebut lagi), dia juga boleh kurangkan rasa gatal kat perut tu akibat strecth...arghhh! bape kali nak ulang nihhhh..ok,akibat strecth mark. (--")..grrrr..
Krim Palmer's : Cocoa Butter Formula
tapi aku pakai botol camni
Massage Lotion for Stretch Marks helps improve the appearance of stretch marks with a special combination of COCOA BUTTER, VITAMIN E, COLLAGEN, ELASTIN, and SHEA BUTTER. It lubricates the skin to help it retain its natural moisture. This non-greasy all over the body lotion relieves the dryness associated with stretched skin due to pregnancy and smoothes stretch marks due to weight loss.
jadi para ibu yang taktau camne nak buat kalau perut tengah gatal tu, sila la carik cream ni kat farmasi berdekatan. pastu pesanan penaja jugak, jangan gatal tangan nak garu kalau perut tu gatal. nanti perut anda akan kekal berparut hodoh. sila percaya. ni realiti.
parut ni jadi hitam. memang kesian la kalau korang dapat hasil camtu pas pantang nanti.
pstt...perut aku still cantik lagi tau!! cuma tak bleh tunjuk je. nanti berdosa.
untuk orang bujang, anda jugek bleh pakai cream ni tapi carik la yang bersesuaian. bagi aku,krim ni sangat berkesan. tengok content pun takdek plak yang mencurigakan. maka, gunakan tanpa was was okehhh?
ehh..untuk baby pun ada tau. sila la klik kat sini kalau nak tau banyak lagi.
sekian saja buletin untuk hari ni. next time ada info baikkk punya akan aku kongsikan bersama. bukan ke sharing is caring??..wahhh!
okeh.berbalik pada kisah sebenar, nampaknya jap lagi kena gi beli semula la krim ni.dah ringan tuh.hahah..
notakukukaki : aku cuma kongsi cerita dan pengalaman ek. Palmer's bukan bagi upah duit atau bagi free barang pun.heh.
datang sakit jiwa ngan kerja kerja kerja di opis. tambah plak call cik abe tak berjawab jawab.orang nak ajak kuar lunch,perut ni dah rasa macam banyak ruang.rasa bleh la letak satu excavator..eh takk..dua rasanya.
bila dah tensen gini mula la tangan nak bergedik gedik typing kt blog.nak berFB,brodband plak tak bawak.maka,guna la apa yang disediakan di opis dengan rasa nikmatnya. takdek keje kan??.. hah.sini,aku nak tunjuk pandai sket.
sape tau yg google sekarang ni dah bleh letak macam macam theme? haaa..meh tengok theme google ai camne.
baru best nak google bila ada theme camni.heheh.
pastu, lupe nak express rasa bangga sioott sebab dalam opis ni aku berjaya buat orang lain kagum.rasa macam best best je.ahah.. ;) kau tau tak riak tu hape??...ha..camni la wajah org riak. ;8)
ehh..perut lapar ni.nape masih tak angkat tepon ni.
boring.boring.tambah lagi satu menda nak letak.nak tau tak aku pnya wallpaper pc?dengan penuh kerek kuasa dua,aku tunjukk..
ompecakkk!!
hahahhh..half naked tp tak kena banned ngan opis.aku suka..hehe
...rasa riang riang ria & being me bila dapat tagged serta award dari 2 sahabat baik.hehe..dengan bersungguh sungguh saya menjawab segala tanda tag dari mereka berdua.
pssttt..kalau korang berdua tagged, makanya aku perlu jawab kedua dua tag tersebut atau jawab je 2 dalam 1?..ke 3 dalam 1?..ke?ke?
"banyak sgt tanya, jawab jela tag tuuuu.."
Q : Apa nama blog dan kenapa letak name tu?
A : namanya 'Setiap Langkah Ada Cerita'. kenapa?..oo,ntah.sebab aku ini levi's junkies kot.kalo nak tau dulu ada iklan levi's.masa tu rashidi ishak jadi model.masa tu tagline dia 'setiap pasang ada cerita'. memula nk letak nama tu jugak, tapi rasa macam pencopet je.so,aku tukar pada langkah....err,bleh tak jawab camtu??
Q : Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?
kan ddhasnidar tu nama aku.takkan nak letak nama scarlett johansonn!!
.
.
.
.
.
ehh,aku tak marah pun.cuma nak bgtau je.eheh..ehehh..
Q : Bila blog anda mula beroperasi?
A : blog ni diconfirmkan pada 20 august 2009.seblom ni penah ada gak sebenarnya..eheh. (--")..*memalu.tp dulu di http://ddhasnidar.wordpress.com/ sbb masa tu http://www.blogger.com/ xbleh bukak lg kt opis..err..err. (--")*blushing lg.
Q : Siapa follower pertama anda?
A : orangnya adalah wazir (http://prebetsapu.blogspot.com/) tapi skrg ni dia dah tak aktifkan blog dia.sedihh..sbb dia antara orang yang bg aku hasil garapan penulisannya adalah bagus.what to do.dia kata dia dah taknak merapu lagi.what the ____??
Q : Ucapan kepada si pemberi award..
A : nak berucap ke?..nanti panjang sangat jgn 'cut' plak..
err..errr..thanx byk2 la cik hud hud & cik rock ye.saya rasa terharu.T_____T sobs.sobs.saya..sobss..sobss..err,mntak maaf.bg saya masa..sobs.sobs. *nangis sampai xleh berucap
Q : Tag 9 orang yang anda rasa patut terima award ni....
[ Amaran : gambar adalah half naked.sila awasi dari pandangan kanak kanak ]
ehh..apa yang terjadi??
ok.kali ni entry spesel untuk sahabat sejati gua.dia asek kusut masai je sekarang.harapnya entry kali ni buatkan ko more calm. *messy ke messi ko sebenarnya nih??*
berbalik pada tajuk asal.petang semalam, yakni selepas amik rifdi kat umah makcik dan tiba di rumah.abah kepada anak aku ni terus memecatkan pakaian anak dia dan bagi main air kat luar umah.pada tanggapan aku, abah dia ajak rifdi temankan tukar air akuarium, takpun teman siram pokok..so, aku ni terus ke dapur,cam biasa..letak segala pakaian dalam washing machine, basuh pinggan mangkuk yang ada dalam sinki, buat keje umah..blablabla..
tetiba, instinct gua yang mulus ni terasa nak gi depan.tengok aktiviti anak beranak.
rupanya : uwaaaaa....
kepala anakku disodok!!!
aku ingatkan abah dia nak potong sikit je.
rupanya hamik kauu..nombor 3!!
apa ni bah..tak mintak persetujuan ibu punnn..
dah tak indie kan??
T___T sobs..sobs
tapi anak ibu tetap kiut.
owhh..makin kiut la plak --"
kan? kiutt kan??
*___*
bulat yang kiutt
....saya redha.
okeh.cukup cukup la tu.
dan itulah kisah sebenarnya.rifdi dah botak kembali ~~
dan atas sebab ni jugek, ibu jadi sedih. abah kata abah buat ni sebab bosan orang asek cakap rambut anaknya panjang.termasuk ibu sendiri yang cakap camtu. --"
jadi abah putuskan nak botakkan kepala anaknya.
ehhh?
tu la,sebenarnya abah salah paham.ibu tego rifdi rambut panjang bukan kata abah tak amik berat penampilan anak dia, tapi ibu just tegur "panjang dah rambut rifdi" sama dengan puji, akhirnya dah panjang rambut anak ibu ni.ingat senang ke nak tunggu panjang.
takpe la rifdi..rambut panjang ke, pendek ke..rifdi tetap anak ibu yang sangat kiut dan bijak.
pasni rambut akan panjang semula jugakk!!...
rock : semoga ko terhibur dannnn...
jangan marah aku sebab letak gambar rifdi lagi..heheh :)
sabtu tu, mak mertua tak memasak sebab dia pergi marhaban.ahli kuarga yang lain pun sama sibuk gi kenduri kat umah berdekatan.maka aritu memang langsung takdek menu lunch kat umah tu laa.so, aku selaku anak menantu yang pemalas ni diajak oleh encek ejang gi makan kat luar.hehe. -_-"
tak la,sebenarnya kitorang memang nak kuar bawak rifdi jejalan sekitar bandar Kuantan. Pastu nak balik umah mak aku plak..so,ntah camner..mood encek ejang memang sangat baik untuk bawak kami ke ...... EAST COST COAST MALL!!.tu pun sbb aku gatal mulut ajak dia try gi Big Apple.asek dengar orang citer je,sendiri worang Kuantan pun taktau mendape la yang special sangat epal besar tu.
bila dah ke sana tu, aku nak la gi Digi bayar brokben.
selepas penatkan diri tawaf bangunan ECM tu carik parking (mak datokkk..ramai giler worang), kami teruskan pergi stesen ptama.paling penting iaitu Rasamas.sebab perut dah lebih dari 3 rasa dah..lapar giler.order nasik ngan 1/2 ayam percik, siap ngan tauhu jepun, tauhu cina, mushroom soup, garlic bread, fun fries, air secukup rasa..amik kau.macam orang kebulur 77 hari.couple seblah ktorang tu asek usha je aku ni.agaknya diorang memikir "akak ni taknak berenti-renti makan ke?perut dah macam nak meletop tuuu".
abih makan kitorang gi bayar bil Digi.pastu gi plak shopping.ntah apa2 yg aku shopping pn aku tak paham.sampaikan gi MBS pun aku bleh borong buku.memang sengaja nak abiskan duit dalam wallet ni lahh.heheh.ROTTW, komik Kartini by Tembakau, buku kesihatan kanak-kanak dan tak lupa jugak, buku ABC untuk rifdi. :)
dan kami merayau tanpa tujuan lagi...
last baru la sampai kat stesen akhir, Big Apple.ramai giler worang kat situ sampai beratur dah kuar dari line.tapi sebab nak merasa gak,aku redha.
tapau tak banyak pun, 6 ketul di samping segelas Cappucino Ais.
balik umah, makan rasa tak cukup plak.nak nak kena kongsi ngan 4 orang budak kecik.ceh.ceh.silap betul tak beli 12 ketul terus.sedap gak wehh.lebih kurang dunkin donut gak tp yang ni kecik je.kira makan tak muak laa..patut la opismate aku selalu order kalau ada orang nak gi Kuantan antar dokumen.memang bestt!
ok.cakap banyak pun tak guna.
senang citer, kesimpulan kat sini aku nak sampaikan :
ok.kami tiba di Bukit Tinggi dengan selamatnya sebab kami naik Bukit Tinggi dengan minyak kereta yang sangat sedikit.huhuh..sampaikan time naik bukit tu aku suruh encek ejang patah balik sebab aku tengok simbol minyak dah berkelip kelip..tp berkat kesabaran beliau, kami tiba dengan selamat dan...ehh?minyak penuh balik??..
hahah..i tertipu rupanya :) faktor kecuraman ini telah mempermain mainkan perasaan gua.
so, apelagi..cekidaut thiss photosss!!
destinasi pertama :
JAPANESE TEA HOUSE
tengok.kitorang terjoin visitor dari Iran.hehe
fishes. hero sorang ni memang penyuka ikan.
penyuka??
look!
cayang anak ibu. muahh! muahh!
pic ni bleh masuk wajah serupa contest.
sape jumpa contest ni tolong bgtau ye :)
larat ke tak larat, kena jugak dukung hero nih
everything so blurry
step by step
kejauhan
ok. zoom in
err..sape yang plick daun ni?
no plucking okeh.
pandai anak ibu amik mood bergambar
ehh..ehh?
rifdi, can u see ur abah?
hahah.abah pun dah pandai carik angle baik punya
my soul
tu dia!
ok.aku pn tak paham kenapa aku suka
snap dari belakang. tak perlu control senyum kot.
nampak more natural :)
ibu ni lambat laaa..
destinasi kedua :
COLMAR TROPICALE
..letih berjalan. lapar pulak.
so,kita lunch dulu ye.
at Le Poulet Roti
mana waitress cun nih??
french fries junkies :)
segelas orange juice
dah kenyang kita sambung ronda yokk
the ugly duckling eh?
i love this scene.
really nice :)
the fairy duckling. oihh..tak baik beza bezakan mereka
ibu buyung kena dukung dia lagi
start meragam
taknak pegangg!!
yeahhh. camni la yg rifdi nak.
freedom.
pose solo dari ibu muncettt
destinasi akhir :
RABBIT PARK
ehhhh..apa ni bu??
ni la rabbit anakku.tak pernah jumpa ye.
abih dah semua bibit kena kejar ngan rifdi
mangsa.
ganas rabbit ni.siap bercelak lagi.
ok.enough.
time to go home.
sampai situ je journey kitorang. kalau ikutkan banyak lagi tempat nak gi macam Botanical Garden, Horse Riding, Meranti Park (kat sini ada bowling, cinema) tapi sebab masing masing dah penat.rifdi pun meragam sebab dah time tido *tido kena cukup, baru kulit chantekk.ngehngeh*
ok.banyak dah membebel ni.esok kita jumpa dengan entry baru ye bebeh??