23.6.11

Perangai Pelik Diri Sendiri

Ada ada beberapa perangai yang agak annoying iaitu


cemas tak tentu pasal, gabra dan clumsy


aku bajet aku cool tapi takpun.
Menda ni datang secara mengejut.Kalau terjadi sesuatu secara tetibe,automatik perangai tadi datang secara pakej.Pakej mewah jugak la.


Terbaru,masa mak aku ada kat rumah.macam biasa,aku tinggalkan 1 set kunci kat mak aku.1 set lagi bawak gi keje.biasalah..pergi kerja terkocoh kocoh.dah lewat siot.rifdi plak bleh terbangun awal hari ni.menangis plak nak ikut aku pergi keje.pehh.pehhh.


Sampai stor orang dah menyanyi lagu Negeri Pahang dah pun.adeii..lewat!


Lepas berbaris,ada tazkirah.Sedang asyik melayan tazkirah,tetibe kontraktor aku call.terpaksa la aku tak jawab.sms jap tengok dia balas "puan,hari ni ada premix ye pukul 10am.diorang bleh buat hari ni je".


ah sudah.aku dahla planning nak bawak family aku pergi mandi air terjun hari ni.


mak aihh.elok plak tengah pening pening nak buat planning baru,mak aku plak sms kata nak pergi Jengka, rumah pakcik aku dengan bawak semua cucu-cucunya.haihhh.ok.kira settle la.kira on je la aku pergi site kan?kan?


tapi gelabah pulak aku nak mintak transport dengan encek ejang.(dia keje bahagian arrange kereta jabatan okehh!).janji premix pukul 10.jam time tu dah pukul 9.50am.


nak dekat pukul 10am,tazkirah tamat.menggelabah aku naik pajero jabatan pastu nak gi breakfast bagai.elok je sampai kat site,tengok..ceh!lori premix sebijik pun takdek lagi.tokey premix pun tak nampak bulu kaki lagi.aku nampak geng pekerja India kat situ berkumpul,terus aku tego.


"bhai! pukul berapa nak mula ni?".
"pukul seplowh laa."
"ini pukul 10.45 dah.."
"........".buat muka.


pfftttt.gelabah tak tentu pasal.
maka,aku pun tunggu la jugak.nasib baik jugak diorang tak mula lagi.buatnya dah mula keje,memang aku hangin la.tepat jam 11.45am,lori premix sampai.kebetulan time tu la aku start sms dengan encek ejang.


aku : abg,keje baru nak mula la.
dia : awak gatal datang awal tu kenapa?


eh?
kena marah?..terus tukar topik.aku tanya pasal lunch apemenda semua sebab aritu kan jumaat.orang nak semayang jumaat pemenda lagi.kira dah settle,aku stop sms.fokus pada keje.


tak lama encek ejang call.


dia : heyy..kunci rumah letak mana?
aku : ermm..letak la dalam bakul motor.cover cover sket..
dia : masalahnya kunci takdek.
aku : eh?ada kat mana? (aku start gabra.tangan dah masuk beg yang penuh sarat dengan barang dan eksesori.mana?mana?)
dia : eh?tanya pulak?
aku : eh?eh?eh? (cover tak hingat)
dia : lain kali simpan lagi semua barang dalam beg.apesal tak letak ...blablabla (aku dah tak ingat dailog sebab terlampau cemas)
aku : nanti sayang check ....(tak sempat habis cakap,dia dah letak phone.berdarah telinga aku tahu!)


sah!kunci dalam beg.camno ni?bila masa aku letak kunci dalam beg?biasa pas kunci pintu,aku letak kat dalam kereta.pftttt...gelabah la tadi ni!


siap tuang premix,tak menyempat tunggu keje abih sepenuhnya,terus aku ajak driver balik.gilalah.rasa nak campak semua kenderaan yang slow depan aku ke tepi.abih la.abih la.
sampai rumah tengok...laaaa.takdek pun kat luar rumah.abis tu,mana dia?
gelabah lagi aku ni.


last,encek ejang sampai rumah tepat jam 2.30pm.time orang dah balik solat jumaat.muka memang bengkek abih.dengan baju kerja,seluar kerja,terus dia terbungkang tido.boikot taknak pergi keje.


hahhhh.itulah penangan perangai gelabah dalam diri aku sendiri.memang haru habisss!!


itu belum lagi aku bukak cerita gelabah telefon tertinggal lah,botol susu anak tertinggal lah,kasut anak letak atas meja lah..
padahal semua menda tu dah letak elok dalam beg.cisss!


haru sungguh!



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST