petang semalam.tengah aku syok lipat kain yang menimbun,suami tido petang dan anak anak hadap kartun kat depan,aku dengar bunyi macam bunyi hujan.
dalam hati aku,pehhhh..sedap la tido aku malam ni.
lepas tu hasya berdiri depan pintu bilik aku,sambil pandang pintu masuk rumah.kalau ikutkan aku dengar dia sebut "hujan".
aku buat derkkk jela.
sekali aku dengar ejang kata;
"API!"
"API!"
aku toleh,ejang dah duduk tepi birai katil menghadap ke tingkap bilik.terus kitorang bergegas ke pintu depan.fuhhhh..rupanya bunyi yang aku ingatkan hujan tu rupanya bunyi api tengah marak kat hutan depan rumah aku tu.besar gila api sampai terasa bahang dia.
dalam kalut tu,pandai jugak aku capai telefon pastu call Bomba Jerantut.2kali dering je,terus ada orang angkat phone.sambil tengok api yang menjulang tinggi tu aku pun report la apa yang patut.kelakar jugak ek bila buat emergency call gini.ada jugak soklan "ehh..taman tu dekat mana?"."nak lalu mana?".ehhh..rasa aku macam aku duduk kat taman bunian pun ada.hahaha..
lama jugak baru bomba sampai.mungkin masih confuse nak lalu dekat mana.tapi natijahnya,api depan rumah aku dah terpadam masa tunggu bomba.rezeki angin tak kuat je petang tadi,kalau tak,harus terbakar kebun aku sekali.
pastu sedih betul,bomba padam api depan rumah orang lain.depan rumah aku dia lalu sambil angkat tangan je.adoi la.nak gelak pun ada.takpe la,moga moga semua dah ok.tq la Bomba Jerantut kerana sudi berkenalan dengan taman perumahan kami pada hari cuti begini.hahaha.selamat hari raya!
No comments:
Post a Comment
ini kotak komen. bukan kotak romen.