aku dah lama idamkan mesin jahit.
nak yang mini je.janji aku boleh jahit secara kecil-kecilan terutama nak jahit tudung sendiri.
aku frust sangat bila tengok tudung orang jual sampai rm25 and above.nak nangis rasa.padahal aku tau,modal beli kain (terutama yang plain) berapa sangat semeter dua meter.
ladynoe sendiri kata modal dia jahit sendiri tudung yang mana dia beli kain chiffon 2 meter dekat masjid india cuma rm7.40.lepas tu tengok orang jual ke laut rm25 and above.tu tak termasuk post lagi tu.*nanges lagi*
lepas tu nak jahit baju sendiri.nak buat blouse je pun.nak beli tengok harga kat kedai biasa pun dah rm50 ke atas.kalau online lagi la.tak termasuk post.kalau beli mesin jahit,boleh buat skirt bodo sekali.jimat.
lagi.aku nak sangat jahit seluar tidur untuk anak-anak sebab kalau beli aku rasa ya ampun susahnya nak cari seluar saje.kalau beli harga selai seluar dah rm10.anak aku dah tentu kena beli 3 helai.dah rm30.takkan selai seluar je beli?ye.kalau sorang dua helai dah cecah rm60.itu baru seluar tidurrrrr!dan itu pun kalau seluar tu rm10 sehelai.
atas sebab itu la aku nak sangat ada mesin jahit.
baru baru ni aku dah terpukau dengan satu iklan.
wowwwww.
*melting*
aku pernah tengok dekat Tesco Ampang 2 taun dulu,harga lebih kurang ni jugakla.tapi sebab aku rasa mesin tu kecik sangat,jadi aku pendamkan perasaan.so,kali ni perasaan teruja tu datang balik.so,aku tanya pendapat suami.suami tak kisah sebab dia pun macam ada plan untuk buatkan meja or ruang untuk aku menjahit kat rumah.wowww!mata bersinar.
lepas tu aku tanya pulak pendapat member aku,
fieza.sebab dia terror menjahit.malas tanya mak aku.nanti mesti mak aku suruh angkat yang mahal terus.so,bila aku tanya fieza,dia bagi aku link ni.dan aku pun tengok la.
nampaknya..
pun seperti tidak menyokong aku beli yang mini.walaupun katanya setakat nak jahit yang light je,tapi sebab mesin ni kecik,maka dia goyang-goyang.
maka,putus la harapan aku nak beli mini sewing machine ni.eh.tapi bukan nak kata member aku tu downkan aku.tak pun.at least bagus jugak dia nasihatkan aku macam tu.kurang-kurang tipah tidak tertipu.baik aku tahankan je perasaan nak membeli mini ni.baik aku collect duit,beli yang branded terus.haaa,terjamin sikit.at least kalau beli singer ke,bleh aku hantar repair kat kedai je in the future.kalau beli online gini,memang la dia bagi setahun warranty.selepas dari itu?
mungkin kedai kata baik lu buang saje itu mesin.angkat balu laaaa..
dan aku rasa keinginan nak pakai mini dah takde.aku nak pakai yang normal punya pulak.ahahaha.eh.mintak maaf lazada.bukan nak sailang u punya business ok.i cuma nak cerita je.
sila LIKE sekarang!