13.9.13

cik puteh

siapa yang follow blog aku dari awal,memang tau la aku ni kalau bab bawak kereta memang loser gila.
aku ada lesen kereta since tahun 2006 tapi aku tak berani lagi nak sentuh stereng kereta.
dulu aku pernah bawak kereta kakak aku,kereta housemate,kereta officemate.tapi bila aku kawen,bawak kereta ejang,aku tobat taknak bawak.sebab?dia ajar aku memang brutal.tahap ngajar orang yang dah amatur bawak kereta.aku dahla lembab gila kot bila pasal kereta sebab aku rasa susah nak tengok banyak sangat cermin.lepas tu susah gila nak agak kereta ni kalau stop cecah bonet kereta orang tak?
imaginasi teruk gila lahaiii.
tapi itu dulu.ewah.
selasa baru ni,bermula la episod baru.
setelah berbulan bulan,berbintang-bintang lamanya encek ejang recce kereta,akhirnya selasa 100913 berjaya jugak aku dapat kereta.hoh!
tak besar mana.tak mewah mana.sekadar yang ada je.
kancil auto.
aku gelarkan dia sebagai
cikputeh. (kalau dalam instagram korang boleh search tag #_cikputeh)
memang standard lagi.comel sangat.haha.
1999.memang classic.
pakai tape lagi.
ramai komen,kata rm8000 tapi bodykit takde,rim pun standard.
tapi bagi aku,itu la yang terbaik suami aku carikkan.aku memang bersyukur sangat dah dapat yang ni.
kalau rifdi dengan haifa,memang suka sangat kereta ni.diorang kata "kereta ibu cantik sangat.abang suka".
sampai dah takbleh nak naik kereta wira bapak dia dah sekarang ni.hoii minatnya dia dengan cik putih ni.
kelmarin baru bawak pergi buat allignment.
bila duduk kedai tayar lama-lama gitu,terpikir pulak nak tukar rim sport dengan tayar.
hahah.patutlah orang kalau ada kereta sibuk nak tukar macam macam ye.
terkena kat aku rupanya haaaa...ibarat monyet dapat bunga.tapi sebab ni peribahasa aku,aku tukarkan jadi
seperti dd dapat kereta.
kahkahkahkah.
p/s : aku baru semalam test drive kereta ni.tu pun main area perumahan aku masa balik rehat.juri sebelah jangan cerita la.bab menggelakkan aku tukar signal bagi je dia.mana la aku reti weyy.nak fokus lagi,nak tukar signal lagi.dahla aku confuse nak pakai kaki mana nak tekan minyak,nak tekan brek.beginner macam aku kena la banyakkan bersabar.ye.bertabahlah dd.
tapi result juri cakap,aku dah boleh masuk jalan besar lepas ni.yay!

2 comments:

  1. aku pun bawak kereta kerana terpaksa. kerana keadaan. takpe.. lama2 tu ko terel la tu. siap menciluk mencelah lagi. tp signal jangan lupa, plis. hihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.aku dah lepas membawak cikputeh ke mana saja sekarang ni.hahahaha

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST