26.10.13

harder to breath

lastweek time ni aku tengah sibuk sibuk nak berseronok satu family #theJaafar. maklumla,first time pegi melancong beramai ramai.kitorang pilih nak pergi Langkawi.yay.

first time weh.aku mana pernah ke sana.lagi plak kitorang dah booked tiket flight Air Asia.pehhh..seronok gila kot.departure flight ahad jam 9.15pm.balik hari selasa jam 9.10pm.memang bak kata ejang,naik flight tak nampak apa.

itu cerita lastweek.bercuti kaw kaw sampai rabu.rabu layan bawak budak ni gi naik LRT Bukit Jalil - Hang Tuah - Bukit Jalil semula.gambar semua next time la.aku tak senang lagi.

so,this week.terkena pulak khamis tu balik rumah,rifdi sakit perut.kata nak berak,tapi tak lepas.dia memang problem berak dari kecik.jangan citer la jumpa specialist private pun ada,goverment apatah lagi.semua aku refer tapi semua kata takde problem apa.

so,dia nak berak tak lepas.ejang pun cucuk bontot rifdi guna tiub enema.berak la seketul.besar jugak.so,okaylah.takde apa la.

tapi eh.dia cakap sakit perut pulak.pastu minum muntah.makan pun muntah.sudahnya dia taknak makan dan taknak susu.sampai la malam.masih lagi sakit perut dan muntah. pukul 11.30pm kot,ejang ajak rifdi pergi klinik.dia nak.pastu haifa nak ikut pulak.dah dengan aku sekali terjebak.sampai emergency,doktor kata dia pun taktau nak bagi apa kat rifdi.cuma choice nak warded masuk air atau balik rumah,tengok apa jadi. sebab aku pikir masuk air sekejap je kott,jadi aku relakan la dia warded.yelahh..itu je yang terbaik.

sekali hah..sampai hari ni dia masih dalam wad.masih belum settle berak dan aku tengok,makin teruk plak muntah.nak nak semalam.hoiiii..berbondong bondong plastik muntah aku mintak dengan nurse.sedih dah aku ni.

aku temankan rifdi siang je so far.malam abah dia plak.nasib la aku dah ada cikputeh.taklah teruk aku nak mengharapkan orang.time teman rifdi ni la aku kuat fb dgn instagram.tapi aku tak tahan kalau dalam fb,ramai pulak yang mengajar aku suruh paksa rifdi makan sayur,buah macam la aku taktau semua menda tu tinggi serat.bukan aku skeptikal ye,tapi rifdi tu anak aku.aku tau la dia bukan nak makan menda camtu dan dia memang takkan cuba something new!

paksa la.memang kita jugak kalah.aku plak pesen takde paksaan dalam kehidupan.jadi..lantak kau lah.janji kau sihat. ehhh.. yang promote produk pun ada ye.makan kaki nanti baru tau.

baru ni tadi doc suggest pergi hospital temerloh pulak.argggggghhhh...kena bagi masa 40jam untuk saya pikir. ^^


rifdi mula mula masuk wad

tukang teman buat muka bosan.dahla ceria bukan main.sampai confuse aku jaga sape sebenarnya.

rifdi.firstday warded

rifdi.second day.


nurse panggil dia abang hensem.
ah.speedy recovery rifdi.tak sanggup ibu tengok awak pasif macam ni.

19.10.13

aidiladha 1434H

lepas raya haji aritu,balik ofis terus rasa tepu.

elektrik takde,jadi internet terus down!dari rabu sampai jumaat lak tu.perghhhh. aku dah naik opis jkr khamis tu.direct report ke boss elektrik tapi sampai sudah takde lagi yang datang tengok.sibuk beraya lagi kot.sabar jelah dulu.takde letrik je punnnnnn..

sebab nak berblogging pun kena pakai tab,maka dengan rendah hati aku tayang gambar hari raya jela.tu pun sikit je gambarnya punnn.aku rasa banyak gambar makanan je.hahahapuiiiiii...














eh.basikal pun terjebak?

14.10.13

kegilaan#17

lama gila kot tak buat entry berupa macam ni. bulan lepas punya tahap shopperholic ada berada di aras tinggi.memang tahap di luar kawalan. perghhh...

 dimulakan dengan ini.




murah je beb.sebab tu mampu beli dua barang.dua ni pun harga under rm100 lagi.kakakakaka..

pastu masa tengok ejang main bola tampar,bleh plak ada wife org jkr ni bawak baju dengan skirt untuk dijual.haihhh..bleh bayar dua kali plak tu.*nanges*.aku dah terpikat kat satu skirt.tapi sebab aku nak blouse,aku beli la ni.tapi bayar habis la,bukan mahal sangat pun.rm35 je.melampau la nak bayar dua kali.kofkofkof.

aku amik size xl.malas nak pikir panjang.besar pun takpe.jangan sendat.

seterusnya masa aku gi kuantan bayar ptptn tu.round ecm pastu nampak target depan mata.yaaa..aku nakkan ini sebenarnya.

lama gila tak bau vanilla.so,kita ambik bau bau lama yang mampu memberikan memori indah.*nanges lagi*

jalan jalan recce baju,last last jatuh cinta dengan baju ni.


actually aku nak baju lain,tapi bila pakai yang aku nak tu nampak macam buruk gila kott.hahaha.ok,yang ni harga around rm50.beli kat Brand Outlet.

pastu entah camne,opismet sorang ni nak gi giant.aku plak dah terbayang bayang kot skirt yang aku recce bulan ramadhan lepas.hah.gila punya tahan perasaan kan?ok.sampai je giant,member beli seluar,terus aku ajak gi kedai skirt tu.tak mahal pun.rm35 je.rugi tak beli ye tuan tuan dan puan puan.


haaa.itu la kisahnya seorang shopperholic yang tegar.bulan ni dah la gaji awal.aku beli plak belvya.kakakakak...mode verangan nak kurus sedang on ni. kakakakkaka...

13.10.13

mimpi suami & mimpi isteri

rupanya berbeza penerimaan suami dan isteri bila mimpikan perkara yang lebih kurang sama.seperti contoh.


satu hari di dalam kereta menuju ke pejabat.


suami : (dengan nada gembira) abang mimpi best malam tadi.

isteri : mimpi apa?

suami : abang mimpi semua makwe makwe lama abang datang ajak kawin.perghhh.best gila.

isteri : best??? abang tau tak,minggu lepas sayang mimpi 'tottt' (nama dirahsiakan) datang ajak kawin jugak.kesnya bini dia mengaku dia letak ubat guna guna dalam air nescafe 'tottt' (lawak okay time ni). 'tottt' sedar lepas tu terus carik sayang ajak kawin tau!

suami : seronokla awak.

isteri : seronok?? takde maknanya.sayang bangun tu rasa bersalah sangat kat abang.seminggu sayang jiwa kacau.susah hati.

suami : hek eleh.over.

isteri : huh.dia lagi over.



*nampak tak?
berbeza gila penerimaan mimpi camtu bagi seorang suami dan seorang isteri.tskkk. -_-"


p/s : mimpi mainan tido.lain kali nak tido,basuh kaki dengan apa yang patut dulu.muahahaha.

p/s/s : eh.jangan pikir bukan bukan pulak ye pasal mimpi ni.mimpikan mainan tido.setan memang suka kacau anak adam.nak nak bab porak perandakan rumahtangga orang.ingat tu.





sila LIKE sekarang!

9.10.13

pelanduk dua serupa?

aku bukan la penghadap tv yang tegar.
bukan macam dulu.kali ni memang dah takde peluang.balik balik tengok kartun Disney Channel.kalau channel lain pun,balik balik tengok bola.takpun sukan.takpun documentary.

so,kalau nak tanya drama bersiri terutama cerita melayu macam mr.arrogant ke,sangkar ke,seindah nyawa pemenda ke...jangan harap aku tau.

baru ni,sorang member kat opis lama tanya.tengok sahabat tak?
peh.cerita apa tu aku pun taktau.

dia pun cerita,

"alaaa..yang izzue islam berlakon dengan liyana jasmay tu.ada budak pempuan sebijik macam awak dd.dengan tudungnya,speknya.."

aku gelak.memain je.pastu dia cakap,iye..memang muka macam dd.sebijikkk.

lama aku tinggalkan kisah tu.tetibe baru tadi teringat nak google.pening aku nak search pakai nama apa.

hasilnya.jengjengjengggggg..

oho.awek oh my english ni rupanya!


iezah diyana


haaa..?sebijikkkk?
apalagi.
terus laju laju perasan muda dan retisssssss...


wahahahahaa.

sila LIKE sekarang!

7.10.13

PTPTN lu langsi

jap jap.bagi aku lap habuk dulu.fuhh.fuhh.*blog berhabuk*
ok.cerita rabu lepas,officemate aku ada exam di kuantan.sebab aku memang tunggu sangat masa nak ke kuantan,maka menyibukla aku di hari tersebut.kesnya nak settlekan hutang PTPTN yang tinggal sikit je lagi tu.dalam 2500.perghhh.settle!
tapi silap haribulan betul la.2 hari sebelum tu elok due date untuk mereka yang nak bayar cash dapat offer potongan 20%.kira kalau aku pergi isnin tu,aku boleh jimat rm500.
pehhh.takde rezeki betul.kalau tak rm500 tu aku boleh shopping sampai terlentang.perghh.perghhh.perghhhh.
nak buat camn.janji loan belajar aku settle.yay!


aku start bayar PTPTN masa mula mula keje kat jerantut.ada rm1k,aku bayar.pastu senyap.ada lagi rm1k,aku bayar lagi.pastu sebab dah takde duit sebanyak itu dalam simpanan,aku start plak potong gaji rm50 start tahun 2010 tak silap aku.lepas aku settlekan Yayasan Pahang.
maka,sekarang diisytiharkan.aku dah boleh pergi oversea.yeahoooo!
eceh.oversea la sangat.

POPULAR POST