26.10.13

harder to breath

lastweek time ni aku tengah sibuk sibuk nak berseronok satu family #theJaafar. maklumla,first time pegi melancong beramai ramai.kitorang pilih nak pergi Langkawi.yay.

first time weh.aku mana pernah ke sana.lagi plak kitorang dah booked tiket flight Air Asia.pehhh..seronok gila kot.departure flight ahad jam 9.15pm.balik hari selasa jam 9.10pm.memang bak kata ejang,naik flight tak nampak apa.

itu cerita lastweek.bercuti kaw kaw sampai rabu.rabu layan bawak budak ni gi naik LRT Bukit Jalil - Hang Tuah - Bukit Jalil semula.gambar semua next time la.aku tak senang lagi.

so,this week.terkena pulak khamis tu balik rumah,rifdi sakit perut.kata nak berak,tapi tak lepas.dia memang problem berak dari kecik.jangan citer la jumpa specialist private pun ada,goverment apatah lagi.semua aku refer tapi semua kata takde problem apa.

so,dia nak berak tak lepas.ejang pun cucuk bontot rifdi guna tiub enema.berak la seketul.besar jugak.so,okaylah.takde apa la.

tapi eh.dia cakap sakit perut pulak.pastu minum muntah.makan pun muntah.sudahnya dia taknak makan dan taknak susu.sampai la malam.masih lagi sakit perut dan muntah. pukul 11.30pm kot,ejang ajak rifdi pergi klinik.dia nak.pastu haifa nak ikut pulak.dah dengan aku sekali terjebak.sampai emergency,doktor kata dia pun taktau nak bagi apa kat rifdi.cuma choice nak warded masuk air atau balik rumah,tengok apa jadi. sebab aku pikir masuk air sekejap je kott,jadi aku relakan la dia warded.yelahh..itu je yang terbaik.

sekali hah..sampai hari ni dia masih dalam wad.masih belum settle berak dan aku tengok,makin teruk plak muntah.nak nak semalam.hoiiii..berbondong bondong plastik muntah aku mintak dengan nurse.sedih dah aku ni.

aku temankan rifdi siang je so far.malam abah dia plak.nasib la aku dah ada cikputeh.taklah teruk aku nak mengharapkan orang.time teman rifdi ni la aku kuat fb dgn instagram.tapi aku tak tahan kalau dalam fb,ramai pulak yang mengajar aku suruh paksa rifdi makan sayur,buah macam la aku taktau semua menda tu tinggi serat.bukan aku skeptikal ye,tapi rifdi tu anak aku.aku tau la dia bukan nak makan menda camtu dan dia memang takkan cuba something new!

paksa la.memang kita jugak kalah.aku plak pesen takde paksaan dalam kehidupan.jadi..lantak kau lah.janji kau sihat. ehhh.. yang promote produk pun ada ye.makan kaki nanti baru tau.

baru ni tadi doc suggest pergi hospital temerloh pulak.argggggghhhh...kena bagi masa 40jam untuk saya pikir. ^^


rifdi mula mula masuk wad

tukang teman buat muka bosan.dahla ceria bukan main.sampai confuse aku jaga sape sebenarnya.

rifdi.firstday warded

rifdi.second day.


nurse panggil dia abang hensem.
ah.speedy recovery rifdi.tak sanggup ibu tengok awak pasif macam ni.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST