7.11.13

Langkawi Trip : Part I

*gambar aku main sapu dari instagram/facebook sendiri,kakak aku dengan bakal kakak ipar aku.mihmihmih*


kisah asal adalah kakak aku cerita kat aku,abah dengan mak nak pergi bercuti ke langkawi.aku pun rebel sangatla.mana aci,aku pun nak berjalan jugek.aku dahla tak pernah pegi langkawi.tak lama tu,kakak aku tanya pulak,aku nak pegi tak?flight air asia tengah murah tu.rm70 pergi balik.gila kau taknak pergi?terus bagi kata putus nak pergi jugakkkkk.

and done.

sebulan counting days bagai nak rak dengan kakak aku,finally 21 Oktober 2013 kitorang jumpa kat LCCT Sepang.tu pun macam macam hal sebab flight aku dengan mak separated.mak,abah dengan family abangah gerak pukul 7.15pm.aku satu family dengan kak ina & dhiya pulak pukul 9.15pm.

dahla tiket infant pulak dia tak keluarkan.departure time nak naik flight baru dia nak bagi.paling kelakar time nak sumbat luggage.banyak sangat bercakap sampai tak perasan yang kitorang queue bahagian antarabangsa.nasib baik tak terlepas ke melbourne beg kitorang tu.over sangat tau.





kitorang pulak,sebab dahla gerak dari jerantut ke putrajaya jam 2pm jugak kot,maka dok terkejar kejar pulak dari putrajaya ke LCCT,nak jugak sampai pukul 6pm..maka anak anak tak dapat nutrisi dari susu masing masing.minum milo la,minum air kotak la.jadi konon nak bancuh susu sebelum naik flight,sekali masa aku letak air masak dalam botol sekali dengar announce suruh queue.hah.hasya pulak nampak air masak dalam botol terus ambik minum air tu je.taknak dah susu ke apa.sampai dalam flight,dia boleh tidur gitu je.hah.kesian anak aku.haifa dengan rifdi excited gila naik flight.takbleh duduk diam.

alah.setengah jam je kot.9.45pm sampai la kitorang di bumi langkawi.hahah.sampai je lobby,abang aku dah jemput kitorang dengan 2 bijik kereta sewa.satu dia ambik mpv apa entah.aku pun tak perasan.satu lagi Mazda2.

google ni tau.


Mazda ni kira untuk family aku la.tapi takla,kitorang main bedal je sape nak naik sebab rifdi lebih suka naik mpv dengan dhiya.dia kata kereta tu besar.kereta ni auto dan sebab auto la aku verangan la nak bawak.tapi takde siapa yang sudi bagi chance.puii.kasiannya aku.

dalam mpv.macam sardin dah bebudak ni.

sebab dah sampai langkawi pun dah malam buto,maka terus check in hotel.bagi lepas segala air besar kecik dalam badan dan keluar semula terus pergi makan.kitorang stay kat One Helang Hotel.dekat sangat dengan airport.kira dalam area Padang Maksirat jugak la.

sambil tunggu makanan.

makanan dah sampai.
mak dengan abah lapar sangat tu.mihmihmih.


lepas makan,abangah cakap esok aktiviti main air.island hopping.sudahlaaa...aku ni bawak baju nak berjalan je.so,abangah bawak la kitorang shopping sedikit sebanyak barang nak main air esok area Pantai Cenang tu..eh.dalam sedikit sebanyak,malam tu aku habis rm75 sebab nak beli baju untuk main air sahaja.hah.tunggu la esok.berapa pulak habis.hahaha.

sampai hotel dalam 12.30am,letak budak budak dalam tab mandi..
aku rasa diorang semua tido dalam pukul 2am jugak kot.




ok.sambung #Part II di kala aku lapang nanti ye.miahahaha.




sila LIKE sekarang!

1 comment:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST