16.12.13

weekend #12

jumaat baru ni.on the dot aku ajak ejang balik kuantan sebab memang tak sedap hati bila mak call tanya balik tak minggu ni.tak lama abah pulak call tanya soalan yang sama.haiii.kena jugak balik ni.lagipun diorang nextweek nak berangkat pergi umrah dah.

so,balik kuantan siap bawak 2 bijik toto.sebab awal awal mak dah cakap,tilam lembap.jangan berangan nak tido sedap sedap kat rumah.

sampai malam hari Jumaat tu,siap siap dah tapau lauk kat kedai.aku plak dah bawak bekal nasi,sayur kangkung,sambal tempe & sambal tempoyak.kira sampai rumah nampak muka mak abah terus ajak makan.haha.bukan apa, nak membekal tenaga sebab lepas tu,terus aku dengan ejang buat operasi pilih baju dalam almari.mana yang nak buang,mana yang nak basuh dan mana yang kena rendam dulu sebab stok baju bersangkut je selamat.yang berlipat,dalam drawer habis berselut kena banjir.

tapi mula sampai kat rumah tu,aku rasa sayu.hiba tengok keadaan rumah.walaupun aku sampai dalam waktu gelap.tapi hati jiwa aku rasa macam kena hentak.kesiannya mak abah.tak dapat aku bayangkan betapa teruk kerja memunggah dari malam aku balik tu,sampai sekarang.memang rasa down lebih dari putus cinta.

so,malam tu 3 round aku mendobi.nasib baik kak ina ada beli washing machine separa auto.siap letak kat bilik dia lagi.dah macam bilik dobi sebab siap ada baju berjemur dalam tu.dengan baju kotor berlonggok longgok kat lantai.nasiblah.

agak agak dah takbleh blah tengok jam dah pukul 12malam tapi bebudak main macam 12 tengahari.aku pun bentang toto depan tv.beradulah beramai ramai dengan mak abah semua terbongkang dalam rumah.

pagi sabtu.hadap lagi baju baju masam ni.


sebab satu almari tenggelam dek air banjir,jadi bayangkanlah apa jadi dengan almari tu.aku dengan ejang takde perasaan dah kat almari tu.terus kitorang angkat,campak kat tempat pembuangan barang barang lepas banjir kat depan rumah.maka,habislah segala perabot kawen aku dalam bilik tu.tahan nangis.tahan.tahannn.


almari kitorang la tu.

kerja aku sabtu tu hanyalah basuh - jemur - angkat - lipat kain.berulang ulang.memang tahap ulang alik,naik turun tangga..memang penat tapi teruskan jelah.sape lagi nak buat kalau bukan diri sendiri.nasrul adik aku tu pun balik jugak.gerak dari bandar kinrara dalam pukul 9 pagi.kira sampai sampai terus hadap nasik makan tengahari.lepas tu,kakak aku tau pulak aku dengan adik aku ada kat rumah mak,terus dia bagitau mak dia nak balik jugak.padahal esok ada pakej kawen orang dia kena attend.punyala kan.

ejang basuh bilik.mujur ada waterjet.seronok sikitlah membahan segala selut melut kelut yang ada.lepas siap basuh, dia pasang kipas, aircond semua.aku dengan budak seronok je duduk dalam bilik sejuk gitu.hahaha.

benjol je tapi kena rawat macam ape je.


eh.aku bukan nak tunjuk budak ni sebenarnya.motif nak tunjuk keadaan rumah mak aku lepas banjir.berpapan macam tu jela lantai.memang tikar getah habis buang.perabot banyak rosak.

pagi ahad tu,ada lagi balance pakaian belum siap bercuci.jeans levi's aku dah 3 kali bertukar air rendaman sebab berselut sangat.5 helai pulak tu.terkejut abah aku tengok,eh.banyak jugak awak tinggalkan jeans kat sini?

dah tak muat.memang kena tinggal la!..hahaha.

tu pun langsir langsir mak aku cakap takpela.tinggal jela dulu.kebetulan nextweek memang aku dah amik cuti nak balik kuantan,so aku kira aku basuh time tu la.aku round rumah pagi ahad tu,aku kesian sangat tengok pokok bunga berlumpur.aku basuh pokok pokok kat dapur dulu.cuci bagi nampak hijau balik.pokok yang kat depan tu nanti nantilah pulak.memang kesian aku tengok.tskkk.

lepas tu tengok berlonggok lagi gelas dalam bekas yang berlumpur jugak.aku pun tarik la bangku,tarik getah air,amik sabun dan hadap membasuh kat belakang rumah.pastu ada banyak lagi barang dapur terperangkap dalam tangki air yang abah letak kat belakang dapur.aku hadapkan juga.2 jam jugak kot aku duduk kat situ.sampai cramp la bontot aku kat situ.tak kisahlah.janji beban mak abah kurang sikit 5%.eh.sikitnya?haha.

aku dapat bagi bantuan kudrat ajela.nak bagi bantuan lain,belum termampu lagi.tu pun aku tongtong dengan adik aku belikan mak sabun basuh kain sepeket dengan downy.lepas tu sepeket Cukup Rasa.hah.kelakar betul anak mak ni ye.

tengahari tu,sebelum balik ke jerantut,kitorang singgah rumah mak kat permatang badak pulak.pun baju-baju aku dalam almari kena air banjir.nasib tak banyak jela.aku pun terus la pilih pilih baju mana nak buang,mana nak pakai.kira 2 round jugak aku mendobi semalam.ikutkan hati aku nak jugak campak almari aku tu tapi mak mertua kata jangannn..sayanggg.alamak.terus simpan balik.padahal aku rasa kalau pakai lagi tu,mau hapak baju aku lagi.mihmihmih.

dah mengemas kat rumah mak tu,balik malam jugaklah jadinya.dahla ejang nak tengok game Liverpool pukul 11malam.memang kecut perut i dalam perjalanan tu.dahla kereta tetibe aircond rosak.hadoii la kan.lepas tu, dengan haifa mengadu sakit perut la,sakit kepala la.nasib baik hasya tidur.tapi sampai satu tempat tu kan,ejang tak sempat mengelak.dia terlanggar babi yang baru lepas kena langgar.ejang kata ada daging tercampak dengan darah.bau dia ya Allah.hanyir sampai buat aku loya sepanjang perjalanan.haifa siap muntah dalam kereta 500meter je nak sampai rumah.aku dah 10 minit dalam rumah pun boleh muntah lagi terbau bau busuknya bau dia.hoihhh.

orang kata malang tak berbau.
tapi yang ni malang sangat berbau.

wekkk.

2 comments:

  1. hahahahaa....
    sorry la terpaksa gelak. sebab ayat penutup ko malang berbau tu...

    weh... levis tu jual la.. sementara aku mcm boleh je pakai saiz levis lama ko tu.. kihkihkih

    ReplyDelete
  2. betul la beb.berbau sampai hari ni.cehh.

    ko nak beli?nanti aku kumpul balik tengok mana yang aku tak sayang.eh.boleh ek?

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST