(random)
pagi ni,aku hantar hasya ke pengasuh.dia diam je.ada masa dia memberontak,menangis taknak pergi.hari ni senyap.tunduk.mungkin mengantuk.sebab tadi aku angkat masa dia sedang lena tidur.kesian.
lepas tu hantar pulak rifdi ke sekolah.aku hantar sampai ke tapak perhimpunan sekolah.bila dia masuk barisan,aku berdiri kejap kat tepi.tengok je haluan dia.cikgu aturkan dia ikut ketinggian.dia happy jer.sengih sambil pegang kain sapu tangan.lepas tu,aku terus paling dan kembali ke kereta.
hantar haifa.ini paling mencabar.angkat beg,kasut,selipar,toys..dan angkat haifa.dia rebel.menangis,merayu taknak pergi rumah tok.menangis dia masa aku letak depan pintu rumah tok.sampai tok cakap
"dia takde kawan".
hati aku masa tu dah start retak.sedih gila tengok anak jadi camtu.siap tok pujuk
"nanti tok hantar epa ke sekolah nak?".
aku masuk ke dalam kereta dan bagi lambaian pada haifa yang masih menangis mengharap aku ambik dia bawak ke ofis.dia menangis pegang pagar.
"dia takde kawan".
hati aku masa tu dah start retak.sedih gila tengok anak jadi camtu.siap tok pujuk
"nanti tok hantar epa ke sekolah nak?".
aku masuk ke dalam kereta dan bagi lambaian pada haifa yang masih menangis mengharap aku ambik dia bawak ke ofis.dia menangis pegang pagar.
kalau tak kerana ibu ni ada hutang rumah,
kalau tak kerana ibu ada hutang bank rakyat,
kalau tak kerana ibu perlukan duit.
ibu sanggup berhenti kerja untuk jaga anak anak ibu.biar ibu didik anak ibu dengan tangan ibu, kaki ibu, jiwa ibu.memang ibu garang (sangat),asyik marah,bercakap tak pernah ada nada rendah..tapi ibu tak pernah berhenti sayang anak ibu.
hasilnya, tak pasal-pasal aku nangis lepas hantar haifa tadi.huh.
ok.. ko buat aku sebak...
ReplyDeleteanak2 tgh kecik ni, mmg kena tabahla sikit.. eh silap.. kena tabah banyak... tapi suatu hari nanti, mungkin ko bersyukur jgk ko teruskan kerja sebab dapat bg environment nn education dan kelengkapan yang baik untuk mereka...
sobsob.... dalam hati i ni pun dah xnak kerja juge...
orang selalu cakap,duit boleh dicari.kalau aku berenti keje,aku nak carik duit kat mana?belakang peti ais?
ReplyDeletemenda ni ikut kelebihan masing masing.macam ko boleh menjahit,itu rezeki.tapi kalau org sebelah rumah ko menjahit,depan rumah ko menjahit,belakang rumah pun ada kedai jahit..hasilnya?..
betul beb.waktu ni kena la berkorban perasaan.nanti in sha Allah,bila aku stop mengandung dan bersalin,aku nak besarkan anak anak aku dengan duit hasil keje gomen aku sekarang.tu je harapan aku.
xdpt bayangkan mcm mana lah sy nnt bila dh ada anak..mesti akan nagis jgk bila anak x moh lpskan kita g kerja :(
ReplyDeleteatiqah wadiah,
ReplyDeletepaling sebak kot dalam rutin harian.tapi memang kena buat hati kering.