28.8.14

chaotic kiddos #8

nak marah jugak aku hari ni.tapi sebab anak,aku kena tahan amarah aku ni.

6.30pagi.kejut rifdi bangun pagi.tapi haifa pulak yang bangun.mandikan haifa dulu.siap je mandi,haifa cakap sakit perut.aku sapu minyak,pakaikan baju biasa lepas tu aku cakap kat dia, takyah pergi sekolah la macam ni.dia angguk.

mandikan rifdi pulak.siap-siap pakai baju sekolah,hasya pulak bangun.so,siapkan breakfast kat diorang bertiga (coco crunch aje pun),tiba tiba aku nampak haifa meneran.

terus aku bawak haifa ke toilet,lepaskan hajat.settle.
tapi dia menangis lagi kata sakit perut.aku suruh dia duduk.lepas tu,sediakan air minum pulak kat rifdi dengan hasya yang tengah makan.

sambil kemas kemas beg bebudak ni,tiba tiba rifdi pulak datang.ibu..abang sakit perut.nak biyak.
pulak dah.tapi tak kisah la,rifdi dah boleh cebok sendiri.kira lepas la satu kerja aku pagi ni.

7.30pagi dah ni.aku cepat cepat bersiap nak pakai baju,mekap,pakai tudung.
7.50pagi jugak baru settle semua.haih.lambat pulak la hari ni rifdi pergi sekolah.


siap hantar hasya-rifdi,so tiba masa hantar haifa.sampai rumah pengasuh,haifa nak pergi sekolah pulak.pakcik cakap takpe,pakcik hantar.

ok.

tapi sedang aku nak blah pergi kerja,pakcik bawak haifa balik.eh.apehal?
rupanya haifa nak pakai baju sekolah pulak.aku cakap,mana bawak baju.

haifa nangis nak baju sekolah jugak.ah sudah.aku dahla planning dengan geng opis nak buat cempedak goreng pagi ni.pulak tu,cempedak aku yang bawak.

sudahnya aku pergi opis hantar cempedak,lepas tu balik rumah ambik baju sekolah haifa.lepas tu hantar pulak baju tu pergi rumah pengasuh.

on the way ke opis,aku tapau nasik lemak.
ketaq kaki tau bawak kereta lapar lapar gini.

sambil tunggu ibu dia bersiap 


27.8.14

Selamat Pengantin Baru Aby & Farid


{entry kepam}
{16 Ogos 2014}



happy newly wed to aby & farid
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat & dianugerahkan 
cahayamata yang comels comels.


pengantin cantik.pelamin cantik.

sempat instagram?









{gambar semua ehsan dari instagram}

siapa dia ni?

ahaha.kisah lama,jadi aku anggap aby ni macam adik la.kebetulan,aby ni cousin ejang.so,memang rapat la dengan aby ni.cantik kan?

aku paling suka photobooth dari kayuwoods.
simple as usual.

25.8.14

Swiss Garden Spa & Resort : Part 3

Part 1
Part 2



berdesup update Part 3.haha.malas nak simpan dah.aku banyak cerita lagi ni.hahah.

ok.lastday berkampung di sini.aku dengan rifdi bangun awal pagi.plan asal pagi ni aku nak masuk gym,sekali rifdi bangun..terus aku ubah plan.pergi pantai jela.

hai mr.siput




graviti terlampau kuat


balik hotel tengok 2 orang budak ni dah bangun.
dan tak pakai seluar!

so,terus bawak semua main pool lagi.yayyy.




puas main,terus siap siap nak balik & check out.tapi sebelum tu,kita bergambaq dulu.
haa..kuat sungguh kitorang ni bergambaq no.









itu sebelum check out.lepas check out ada lagi.kat lobi pulak.hahaha.










sedang elok gerak balik,ayah sedara ejang call jemput ke rumah.ada open house.rezeki jangan ditolak dude.apalagi....


insan paling bahagia

aku makan nasik minyak yang sedap gila,lepas tu sebab terbau laksa penang..aku hadap pulak laksa penang.pun sedap gila.sup daging sebelah tu aku sempat jeling je..kalau tak.huishh..




winner!

Swiss Garden Spa & Resort Kuantan : Part 2

Part 1





takde aktiviti menarik pun.setakat bangun tidur,mandi kolam.mandi kolam.mandi kolam.

senang hati nampakk..haha

breakfast sambil tengok anak anak mandi kolam

pastu mak abah aku semua bersiap nak balik.actually,mak abah aku nak pergi Maran sebab nak attend kenduri kawen.so,dengan abang aku jela.kitorang pun setting makan kat mana.sebab doblas jam memikir nak makan mana, nak makan mana..last last rifdi decide nak beg onel!

yaaaa.kami pergi McDonald's ajela.
tapi sebelum tu kena la poyo dulu masing masing kannn..

kanak kanak semua

anak anak ibu

ibu
kahkahkohkohhhh


tu pun lepas makan masing masing balik terus.kitorang pulak balik hotel dan ..sambung tidur.

petang bangun,main kolam semula.haihh.

malam tu sebab lapar,kena jugak carik makan.aku dengan ejang kemain ketaq kaki lutut dah lapar nasik.rifdi pulak sibuk nak kentang.tak kuasa la siang malam nak mekdi oii.gigih pusing bandar kuantan carik restoran yang ada western & east.ya Rabbi.hazab sangat sebab aritu masih 6 Syawal dan tak mungkin kedai nak bukak.

sejam meronda bandar kuantan,rifdi pun dah letih.maka,destinasi terakhir mencarik makanan terhenti di sebuah kedai kayu di Bukit Sekilau.kita makan nasik!

Swiss Garden Spa & Resort Kuantan : Part 1

5 Syawal.

kita beraya di sini pulak.lama dah aku booked untuk pergi sini.ni pun sebab dapat voucher free oleh pihak Swiss Garden.kebetulan time raya,maka aku ajak sekali abang,mak dengan abah aku ke sini.untuk bilik aku memang dapat free 3 hari 2 malam.kalau bilik mak aku tu pulak dapat 50% sebab pakai membercard aku.

hah.memang tak rugi join Swiss Garden International Vacation Club (SGIV) ni.memang la bayar bulan bulan selama 4 tahun,tapi 30 tahun aku boleh guna bilik free di mana-mana Swiss Garden atau panel di Malaysia dan luar negara selama 7 malam.berbaloi la wey.


anak anak teruja,
ibu bapak lagi teruja tau tak?


family suite.lepas tu view betul betul hadap pool & sea.


check in lepas tu tak sempat apa,bebudak ni nak swimming pulak.hah.habis semua terjun kolam.eh.aku dengan mak aku taklah.kitorang lepak fefeeling orang kayo gitu.

jakuzi kaki pun boleh





malam tu,kitorang dinner di Pattaya.dekat je dengan hotel.tapi..
servis jangan ceritalah.sejam setengah duduk baru dapat segala juadah.tu pun ejang pergi angkut nasik,angkut lauk,angkut tomyam..haihhh.

kalau dapat diskaun takpe jugak.ni semacam jugak rm200++.
kenyang berhari raya la..




19.8.14

mana adab kita?

sekadar nak share story pagi semalam.

lepas settlekan hal daftar masuk sekolah darjah 1 rifdi, aku terus pergi stationery untuk hal kerja.lama gila duduk situ sampai tahap layan drama swasta.boleh pulak time aku lepak situ ada laki around lewat 40an datang,pastu mengamuk kat budak tukang fotostat.

aku dah nampak pakcik ni macam kerek semacam je bila dia tegur awek fotostat tu taknak tolong dia susun salinan yang dia fotostat.dia cakap,"saya bayar awak fotostat.awak kena la susun.bukan saya".
awek tu menjawab jugak "saya dibayar untuk fotostat je".

aku pun taklah berminat sangat nak tengok pakcik tu sebab sambil dia bercakap dengan nada angkuh,mata siap menjeling-jeling kat aku.eh.ingat aku hairan sangat?

tapi bila tiba tiba dia bercakap kuat, marah marah kat awek tu.terasa jugak nak tau apehal.
rupanya dia mengamuk sebab salinan ic dia hilang okayyy.

dia marah-marah.dia cakap awek tu cuai.so,awek tu mintak maaf.tapi dia marah lagi.dia cakap,
"i don't care.saya taknak bayarla,stupid girl!"

sambil ambik gambar awek tu dari dalam kedai sampai masuk kedai.siap 3 angle dia ambik.lepas tu maki lagi kata "sial".

aku naik hangin terus tiba-tiba je tegur pakcik tu,
"eh.tak baik la cakap gitu".

pakcik tu pandang aku lepas tu marah aku pulak.
"eh.awak siapa?awak jangan nak masuk campur.awak diam!".

oh em jiii.dia sound aku?

aku pun menambah lagi,
"buat malu melayu je..takde adab ke?bukannya tak boleh cakap elok elok.."

tapi pakcik tu sibuk pulak pergi ambik gambar kedai apemenda semua.siap cakap nak pergi report polis.membebel bebel..perghhh.berlagak kau.siap dia cakap nak saman awek tu.lepas tu dia blah.ek elehh..kerek.


lama aku duduk menunggu aunty tokey kedai tu fotostat colour,tetiba aku nampak pakcik tu datang balik.tapi this time mak dia kot yang keluar dari kereta.aku agak mesti dah cool.makcik ni datang nak tenangkan keadaan.

makcik sampai,terus tanya.."passport anak makcik orang tu dah pulangkan ke belum?".pelik kejap.

awek fotostat jawab.."eh.bukan passport makcik.ic"

tiba-tiba..

"eh.bodohla.bodohla awak ni tau.yang awak ni bodoh sangat bagi orang ambik ic orang lain ni kenapa?".

aku geleng kepala je.terus blah masuk ke dalam kedai.malas masuk campur dah.susah.igtkan anak je takde adab.mak dia pun skali.

yang aku tak boleh blah..makcik tu pulak cakap kat awek tu,
"awak tau tak?orang boleh beli senjata api dengan ic tu tau?..


entah apa yang anak makcik tu kelentong mak dia pun gua taktau.


hadoiiiiii..

14.8.14

Aidilfitri 1235/2014 : 4 Syawal

masih gigih nak cerita hal raya.gigih tak?

4 Syawal tu takde apa sangat.cuma kemas kemas nak tukar tempat tidur pulak.plan hari semalam tukar hari ni so,hari ni tido umah mak mertua pulak.ceh.macam jauh je umah mak mertua gayanya aku ni.kahkahkah.nangis la korang tengok perjalanannya sejauh mana.

8 minit.kehkehkeh.
kalau zaman sekolah dulu,aku penah jalan kaki je pegi umah kawan baik aku, Jamie.


cakap pasal Jamie,sebelum aku balik umah mak mertua, Jamie datang beraya kat umah aku.sekarang dia ni duduk kat Cheras pastu dah jadi trainer di Pizza Hut.dia boleh pilih mana mana francais Pizza je untuk pergi kerja.best gila.dia start keje Pizza Hut since umur 18 tahun jadi budak piza.hah.gila tak naik pangkat kalau dah 14 taun keje dalam tu? -- haha.


kawan baik dari umur 13 taun setengah.

ada 2 orang anak.tapi anak laki dia pergi join anak anak aku main kat belakang


lepas mie balik,aku sempatla makan dulu mee rebus yang kakak aku buat untuk mommy-to-be yang mengidam tu.haha.nompang makan tak salah.yang salah masak malas,tapi nak makannn je keje.kahkahkah.

13.8.14

Aidilfitri 1435/2014 : 3 Syawal

plan hari tu nak balik rumah mak mertua.tapi rupanya abang ngan kakak aku ada plan nak buat BBQ.so,dari pagi masing masing macam sibuk la jugak nak buat macam macam.

macam macam la.mujur sampai tahap tak buat kambing golek.tapi beli la jugak part kambing mana yang sedap tu.pastu beli ayam.marinate siap bagai.tugas hakiki aku memang buat coleslow.ibarat kalau pekena air tangan aku semua orang boleh pengsan kesedapan.haa.betul ke bohong ni?teka.teka.sape salah aku letak kat tiang letrik.

anak pempuan semua ikut ayahngah beli barang nak buat BBQ

so abang duduk dengan ibu la.makan aiskrim.

raya taun ni meriah sebab ada March.
kucing dhiya ni.sangat homely type.penakut nk mampos.dengar bunyi mercun,lari masuk dalam rumah.menyorok bawah kerusi.haih.

mertua-menantu talk

agak agak dah petang,kitorang adi beradik slow slow start membako.memang sajela bagi asap masuk berkepul ke rumah jiran tetangga.kahkahkihkoh.

yang cekak pinggang tu masterchef

ko tengokla masterchef apa je keje dia.huiii.hahah.

yang ni memang pakar pakar mebakar la

yang ni tukang buat kecoh

man of grill

kak mas



takde keje








dan inilah hasilnya


lepas makan,golek golek ...terus tido.wakaka.

POPULAR POST