21.2.15

Happy Birthday, Suami

Masa aku ngadap ig, aku ternampak sebijik kek yang pada aku sgt nice & simple.

Jadi aku screen shot, dan hantar kat kak ina dengan harapan, tolongla buatkan kek sebijik camni tapi dalam dia cuma buttercake macam birthday hasya dulu untuk birthday ejang 20hb ni.

Lepas tu, tiba la hari aku ada di kuantan. Kak ina buat kek, pastu dia dengan parents aku ke Kota Tinggi - Pekan Nanas 19hb tu. Jadi, pada hari yang sama, aku pun berangkatlah ke rumah MIL sambil memikir la cara paling awesome untuk sepraiskan ejang. Konon.

Tiba hari jumaat. 20hb February 2015.
Aku dah plan baik, time para lelaki pegi solat Jumaat aku nak balik rumah mak naik motor je. Sekali hari tu boleh pulak diorang pegi solat jumaat asing asing, naik motor. Arghhhh!

Lalu memikir lagi aku plan B pulak.

Elok pulak ejang plan nak pegi mancing dengan adik dia. Elok la tu..time dia pegi mancing tu la aku pegi ambik kek, pastu mak pulak suruh aku masak bihun. Jadi, dengan jarak masa 3 jam tu kemain kencang la aku prepare apa yang patut.







Menu dah siap, tapi birthday boy tak balik lagi. T-T


Aku pun sms adik, mohon balik awal. Bebudak ni dah merengek tanya bila abah nak balik.

Dah nak azan maghrib, ejang sampai. Dan aku baru nak solat rifdi dah sibuk tanya bila nak potong kek. Haihhh..

Yang ejang pulak tercengang je tengok meja depan penuh makanan. Siap tanya pulak, buat kenduri ke ni? Hewhewhew.. Kelakar la awak niii..

Dan bila aku letak kek atas meja, anak anak panggil abah dia. Bila ejang nampak kek terus dia tanya,

"Eh, ada kek? Jap ye..abah nak mandi dulu.." Lahhhh..

And finally,

























Peh. Mencabar betul nak celebrate birthday suami ni rupanya.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST