30.4.15

Noh Salleh - Angin Kencang




Dalam silauan cahya membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan inilah penyiksaan biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku menuai senyuman mu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku merindui kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu (3x)




hai. sori la noh. gua baru nak gila lagu kau. miahahaha.

28.4.15

Kursus di Ancasa Royale Hotel

zaman update blog setiap hari telah lama berlalu.

*krikk krikkk krikkk*




ok. sebab dah lama peram entry ni, arini aku gigih jugak update pasal aku pernah pergi kursus di Ancasa Royale Hotel, Pekan. ok, padahal gi kursus bulan March lepas ek. hahah.

yang bestnya sebab hotel ni hotel baru dan bertaraf 4 bintang. maka, rakyat marhaen macam aku ni bila masuk je confirm lah teruja. ni second time aku masuk hotel ni. first time masa ada dinner dengan mantan dato' pengarah. tapi masa tu just dinner je. kali ni lain machammm sket sebab dapat tidur 2 malam. hah. best best best.

masuk lift pun dah kantoi tak reti. masuk bilik apatah lagi. semua kena pakai kad.


canggih sangattt

masuk bilik semua port aku snap. takde yang miss. kata teruja.






pintu almari tu kat belakang pun boleh buka dari toilet. if tertinggal baju ke,
boleh seluk je dari toilet. tapi jangan ngintai orang dalam toilet pulak ek.
hehe.

itu yang dalam bilik. yang dekat luar, view dari dalam bilik pulak :





lawa gila. ok, sebab sibuk sangat berkursus pagi petang malam 3 hari 2 malam, so hari last baru berpeluang turun bawah amik angin.










acah acah terjun kolam nampakkk




orang blakang buat percubaan nak photobomb ke?

terimalah.. hai!


berminat nak pergi ke?
nah.




Ancasa Royale Pekan, Pahang

No 2670, Jalan Pekan - Kuantan. Pahang, Pekan, 26600, Malaysia.
+609-424 6600
+609-424 6700

24.4.15

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah



PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH
Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.
1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.
2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.
3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.
4. Asam Jawa :
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.
5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.
7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.
8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.
9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.
10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.
Selamat mencuba.

‪#‎petua‬

23.4.15

Aqiqah Muhammad Harith

Kenduri aqiqah 4/4/2015 hari tu. tapi ateh dia ni kan busybody, so baru arini dapat update. kahkahkah.

majlis berlangsung dengan jayanya dengan usaha kami sekeluarga, sahaja. alhamdulillah..

tukang kemas rumah.
sebelum dibotakkan.


dari malam majlis, membawak ke hari majlis, aku dengan kak ina dibantu oleh anak sedara 2-3 ketoi kejenya memasak aje. cewah. padahal aku buat sambal hitam je.


sambal hitam original resepi by kok dd.

pulut kuning + rendang daging
by mak biah.

ini kawasan jajahan kakak aku. jajahan aku dapur dalam rumah.

pastu meja makan semua tak kemas lagi. kakak aku sibuk masak, so aku pun siap bahagian aku terus pergi pasang alas meja, pasang skirting..dengan selekeh tak mandi lagi. elok plak time tu geng marhaban mak aku sampai. aku pun dengan muka paling kiyut pun menyambut tetamu yang sampai, siap mak aku perkenalkan pulak kat kawan kawan dia, "ini anak saya yang keje jerantut tu" (typical phrase kot). dan kawan mak pun balas, "ooo, comelnya".

sambil dalam hatiku berkata,
"makcik menganjing saya tak mandi lagi ke?". fine.

marhaban start dalam jam 11.00pagi di mana time tu aku ulangalik ambik budak budak baru bangun tidur - mandi - siapkan - ambik baju ibu dia pulak - mandi - bersiap.

sambil keluar bilik aku carik mana makcik tadi? saya dah lawa dan wangi ni makcikkkkk.
*libas tudung purple menghelip*


hai mak!

A video posted by hey dd! (@ddjaafar) on






pelamin by kak ina


muhammad harith bin nasran.

20.4.15

abang botak

last dia botak adalah sebelum posting ke sini, 9 tahun lepas. kira masa posting sama sama tu rambut dia baru nak panjang. dan mujurlah jugak masa aku bertentang mata dengan dia, dia dah berambut, hensem bergaya. memula aku jumpa aku siap berdebar sikit dalam hati siap dengan getusan kecil berkata, "wow. hensem macam Awal Ashaari".

kehkehkeh.

(intro bikin muntah).

so, selepas 9 tahun berlalu..kali ini abang botak buat comeback. dah baper kali percubaan nak botak sebenarnya, tapi aku bangkang. aku asik pikir, auww seramnya muka dia botak. tapi yela, bila sampai satu masa, patutnya aku biarkanlah dia lepaskan hajat dia sekali. sekali je ye!


selfie skettt



jengjengjeng...


sebelum

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

selepas 20 minit



ok. itu je kisah abang botak. moga ketemu lagi 10 taun akan datang. kihkihkohkohkoh.


selfie skettttt

ok. cukup.



p/s : rifdi dah nangis kata "abang sayang (rindu) abah ada rambutttt"

16.4.15

iPhone murah

sorang member aku terpandangkan seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang menghisap rokok, sambil memegang telefon bimbitnya. tiba tiba member aku pun bertanya;

"dd. dia pakai apa tu? Apple ke?".


sambil menoleh ke lelaki tersebut, dan memerhatikan sekali imbas, aku pun menjawab, 

"amenda? telefon ke? kalau telefon tu bukan Apple. itu iPhone".


tak puas hati lagi member ni sambung lagi, "eh. kan ada gambar Apple?".


"iye. tapi kalau handphone Apple memang orang panggil iPhone".


senyap.

dia masih memerhati lelaki yang bagi dia nampak segak dan kelas walaupun muka tak hensem mana. Matanya ke dalam, hidung pun kembang, tapi sebab iPhone punya pasal, member aku tu tak berhenti usha lelaki tersebut.

"mahal tak iPhone? henpon saya ni pun dah teruk sangat rasanya. internet boleh whatsapp je. facebook takleh view.."


bebel member aku ni sambil cuba lagi bertanya pasal iPhone. aku pun jawab laaa;

"mahal laaa..latest punya iPhone 6 tak silap dua ribu lebih".


aku jawab sambil main game Bubble Shooter. padahal masa tu aku tengah lepaskan penat mengukur jalan. letih gila. letih jugak aku nak melayan member aku sorang nih!

"rasa macam nak pakai iPhone jugak laaa..ok takkk?" - taknak habis tanya lagi dia ni.
"ntah..ikut laa.rasa mampu pakai laaa". aku layankan je lagi. tabah je.

"rasa nak macam nak beli lahh."
"hmmmm..."..

"ada iPhone murah tak?"  ..........  "dd..ada jual iPhone murah tak? 
haih. bertalu talu soalan. taknak habis lagi dia ni..letih dah ni..



"Ada! Kat Sen Heng!".

muka member aku dah blur.


"kalau beli kat Sen Heng habis bayar baru dapat ek?". 



eh. aku pandang kecik beso je dia ni. aku pun jawab lagi;

"eh. beli terus dapat laaaaa..tapi 2 taun la bayar bulan!".

"ceh." - member aku tarik muka.





laaa..kata nak iPhone murah. tu jela yang ada.
ceh.




13.4.15

hope for the best, expect for the worst

jap. nak gi amik kain kotoq nak lap blog berabuk.

fuh. dapat jugak mengadap blog walaupun minggu lepas punya post berderet tu tetap masuk. dua minggu ni hectic gila. dari saat pak mertua aku masuk ICU, lepas tu aku rasa aku memang terus tak jumpa masa yang sesuai nak berpoya poya depan pc.

depan henpon lain cite la wey, menda kecik. bloggeroid aku plak ada time jadi bangang, so tak dapat la aku update blog secara ringkas.

oh, pasal pak mertua aku tu. sebenarnya, aku dapat tau ayah masuk hospital tengah hari isnin tu. kencing manis tahap bahaya. tapi sebab ejang ni kena settlekan jugak slide untuk department dia meeting esok, makanya dia balik malam. tu pun selepas dia tanya aku nak balik sekali ke tak ke Kuantan. aku just advice dia supaya dia balik la dulu. aku biar handle anak anak kalau takde apa yang emergency kat sini.

esoknya, masa aku layan anak aku makan kat Pizza Hut tetibe ejang call, suruh berkemas sebab kejap lagi dia nak balik ambik aku. aku macam haaa? kenapa?. tapi ejang tak cakap apa apa pun kecuali ayat dia suruh aku berkemas. bila aku tanya condition ayah, memang dia tak cakap apa melainkan nanti saya sampai.
perasaan aku masa tu? dude.aku nangis sepanjang masa aku drive balik rumah!

ejang sampai dari kuantan jam 10.30pm siap berteman dengan adik dia, iman. agak agak pukul 12 malam kitorang baru gerak balik ke kuantan semula. bayangkan, naik keta kancil aku sumbat 6 orang, adik iman yang berat 100kg++ dan beg penuh satu bonet siap letak atas speaker keta, cik puteh aku mampu bergerak 60km/j sahaja. kitorang sampai kuantan 3.30am, dan selamat sampai kat rumah mak aku pukul 4am. anak aku sampai umah mak aku pun dah mamai, takde jerit jerit macam biasa. terus senyap.

sebenarnya, ejang ambik aku emergency sebab doktor kata ayah dah nazak. doktor tak boleh buat apa dan doktor pesan suruh mula baca Yassin. dah macam macam wayar masuk, siap ayah dibantu dengan alat dan mesin. ya Allah. sedih gila aku rasa. masa tu kalau teringat kat ayah, confirm air mata aku meleleh leleh macam air paip rosak getah.

aku forward whatsapp kat semua group, minta doakan ayah mertua aku supaya selamat. masa tu kawan kawan aku semua bagi support, dan paling terkesan ada yang ingatkan aku;

"hope for the best, expect for the worst"

menangis!

ayah duduk dalam ICU 3 malam. tapi alhamdulillah, hari khamis masa aku datang melawat, aku tengok nama dia ayah takde kat situ. eh? rupanya dah keluar dan masuk wad kat tingkat 8b. Ya Allah! Allah Maha Besar. lega dah tengok ayah masuk wad biasa, moga terus menerus sihatlah hendaknya.

aku ada di Kuantan sampai ahad sebab kebetulan minggu tu abang aku buat kenduri aqiqah anak dia. so, ahad sebelum balik ke jerantut, sempatlah aku pergi melawat ayah kat wad. masa tu dahla nak masuk Maghrib, lepas tu orang dah habis melawat, selamba je aku masuk anak beranak pakai pass. Dahla time tu, baru ada kes Nepal terjun dari tingkat 8 sebab bunuh diri. rupanya Nepal tu selang sebuah katil pulak dengan ayah! T-T

dah tukar wad, anak cucu berkampung kat tepi koridor.



alhamdulillah, berkat doa semua sahabat, ayah dah keluar minggu lepas.








POPULAR POST