13.4.15

hope for the best, expect for the worst

jap. nak gi amik kain kotoq nak lap blog berabuk.

fuh. dapat jugak mengadap blog walaupun minggu lepas punya post berderet tu tetap masuk. dua minggu ni hectic gila. dari saat pak mertua aku masuk ICU, lepas tu aku rasa aku memang terus tak jumpa masa yang sesuai nak berpoya poya depan pc.

depan henpon lain cite la wey, menda kecik. bloggeroid aku plak ada time jadi bangang, so tak dapat la aku update blog secara ringkas.

oh, pasal pak mertua aku tu. sebenarnya, aku dapat tau ayah masuk hospital tengah hari isnin tu. kencing manis tahap bahaya. tapi sebab ejang ni kena settlekan jugak slide untuk department dia meeting esok, makanya dia balik malam. tu pun selepas dia tanya aku nak balik sekali ke tak ke Kuantan. aku just advice dia supaya dia balik la dulu. aku biar handle anak anak kalau takde apa yang emergency kat sini.

esoknya, masa aku layan anak aku makan kat Pizza Hut tetibe ejang call, suruh berkemas sebab kejap lagi dia nak balik ambik aku. aku macam haaa? kenapa?. tapi ejang tak cakap apa apa pun kecuali ayat dia suruh aku berkemas. bila aku tanya condition ayah, memang dia tak cakap apa melainkan nanti saya sampai.
perasaan aku masa tu? dude.aku nangis sepanjang masa aku drive balik rumah!

ejang sampai dari kuantan jam 10.30pm siap berteman dengan adik dia, iman. agak agak pukul 12 malam kitorang baru gerak balik ke kuantan semula. bayangkan, naik keta kancil aku sumbat 6 orang, adik iman yang berat 100kg++ dan beg penuh satu bonet siap letak atas speaker keta, cik puteh aku mampu bergerak 60km/j sahaja. kitorang sampai kuantan 3.30am, dan selamat sampai kat rumah mak aku pukul 4am. anak aku sampai umah mak aku pun dah mamai, takde jerit jerit macam biasa. terus senyap.

sebenarnya, ejang ambik aku emergency sebab doktor kata ayah dah nazak. doktor tak boleh buat apa dan doktor pesan suruh mula baca Yassin. dah macam macam wayar masuk, siap ayah dibantu dengan alat dan mesin. ya Allah. sedih gila aku rasa. masa tu kalau teringat kat ayah, confirm air mata aku meleleh leleh macam air paip rosak getah.

aku forward whatsapp kat semua group, minta doakan ayah mertua aku supaya selamat. masa tu kawan kawan aku semua bagi support, dan paling terkesan ada yang ingatkan aku;

"hope for the best, expect for the worst"

menangis!

ayah duduk dalam ICU 3 malam. tapi alhamdulillah, hari khamis masa aku datang melawat, aku tengok nama dia ayah takde kat situ. eh? rupanya dah keluar dan masuk wad kat tingkat 8b. Ya Allah! Allah Maha Besar. lega dah tengok ayah masuk wad biasa, moga terus menerus sihatlah hendaknya.

aku ada di Kuantan sampai ahad sebab kebetulan minggu tu abang aku buat kenduri aqiqah anak dia. so, ahad sebelum balik ke jerantut, sempatlah aku pergi melawat ayah kat wad. masa tu dahla nak masuk Maghrib, lepas tu orang dah habis melawat, selamba je aku masuk anak beranak pakai pass. Dahla time tu, baru ada kes Nepal terjun dari tingkat 8 sebab bunuh diri. rupanya Nepal tu selang sebuah katil pulak dengan ayah! T-T

dah tukar wad, anak cucu berkampung kat tepi koridor.



alhamdulillah, berkat doa semua sahabat, ayah dah keluar minggu lepas.








No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST