amboih medic sangat tajuk kali ni.
ok. since 28 weeks lepas aku dapat tau kedudukan uri kat bawah, dengan posisi baby songsang. aku taklah risau sangat memandangkan baby ni selagi belum due dia masih berpusing-pusing carik port selesa.
tapi bila selasa baru ni aku kena refer pakar di HOSHAS Temerloh, lepas tu membawak ke repeat scan di KK daerah, lepas tu semalam aku mc sebab langsung tak larat nak bawak badan..hari ni baru feeling risau aku datang. menurut doktor KK yang jaga aku ni, dia kata keadaan aku sekarang berada di Type II iaitu di mana uri berada sebelah laluan keluar baby. so far baby dah memusing semula (kan aku dah kata) di mana kepala dah berada di bawah dan baby masih syok duduk belah kanan ibu dia.
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
(sumber)
untuk masa sekarang doktor advice aku elak :
- buat kerja berat
- angkat barang berat
- berdiri terlalu lama
- drive / naik kenderaan untuk long distance. kena banyak stop.
- bersama suami (arghhh!)
selain tu juga doktor banyak pesan untuk sentiasa duduk dan baring, dan kalau keluar darah kena terus pergi hospital bahagian emergency. bab keluar darah ni la yang buat aku rasa nak pitam. dahla tiga doktor asyik ulang cakap yang sama je 3 hari ni.
aku pulak dahla ada 2 kali experience MRP, iaitu lekat uri after delivered. yang alhamdulillahnya, sebab dua kali tu kes cuma dalam labour room, tak la sampai masuk OT. kata doktor, sebab MRP la ada scar dalam rahim aku ni so this time pregnancy, bila time deliver nanti memang specialist la yang kena sambut aku. lagi satu bila uri turun ni, potensi untuk bleeding tu besar so memang kali ni perlu ambik perhatian lebih. lagi-lagi pulak kata doktor kalau dah masuk Type III nanti lagi teruk sebab aku dah takde chance bersalin normal.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.
a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
– Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
– Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
– Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).
b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
– Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
– Pembedahan Caesarean
– Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
– Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
aku pun start la google, baca experience orang lain, dan mana tau kot ada tips dan petua ke.
dan aku pun terjumpa la beberapa tips dari rakan blogger.
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.
Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.
Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.
apapun aku kena jugak cuba tips ni untuk elakkan perkara yang tak sepatutnya berlaku.
selain tu jugak, doa aku memang tak putus-putus, semoga baby dan aku diberikan kesihatan yang baik dan semoga semuanya dipermudahkan untuk bersalin. Insha Allah.
doakan aku ek semua orang.
|
#29weeksofpregnancy |