27.1.16

hasya #16 : makan 3hari 3malam sempena birthday yang ke4 tahun.

aku pun tak sangka entah berapa kali ada makan makan (family) sempena birthday hasya ni. sebab masa birthday dia Selasa *19 Jan tu memang aku bawak diorang pergi Marrybrown. saje sebab macam tak best aje kan birthday tak bawak tempat makan yang best (walaupun hujung bulan).


jangan pegang kepala sangat la bangg..


so hari gaji *21 Jan tu pergila makan malam special. konon nak carik western, so pergila D'Nyiru. sekali sampai kat kedai tukar menu. haha. birthday girl nak nasi dan ibu dia terliurkan tomyam kelapa.

gila tak terliur? ketam, udang, lala, sotong, udang semua ada.
phewww.

lepas makan terus ke Secret Recipe. birthday takde kek ibarat berak takde air.
eh, tak kena sungguh perumpamaan.



birthday girl sudah ampat taun maaa..
.

eceh. bergambar aje lebih. sebenarnya tapau aje kek.
tapi kek tu pun bukan potong malam ni sebab semua orang dah kenyang kan. maka, esoknya Jumaat *22 Jan baru potong kek time dinner. kira takyah makan menda lain dah.

kan jimat. haha..

best kek ni. kek baru kot.
Chocolate Au Lait



birthday girl nak hadiah ni aje.
set pistol. haha.

ha kan. kemain birthday dia punya makan.
sampai tiap tiap malam makan sedap aje. tau la dia seorang pemakan. hehe.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST