1.6.16

kegilaan #20 : Instant shawl by Nor Ain

entry kepam & sila bersedia untuk muntah sebab banyak gambar selfie.

aku memang penakut nak cuba instant shawl memandangkan kalau pakai, muka jadi leper. nak nak kalau kain jenis lycra, bila pakai kat dahi of course melekat takde bentuk. ibarat macam pakai syria. leper bak bulan purnama.

masa bff aku, ain promote instant shawl yang dia jahit kat group whatsapp pun aku tak beria sangat nak membeli. tapi sebab dia tawarkan harga yang berbaloi untuk aku cuba, maka aku pun order selai. colour aku suruh ejang pilih.

dah dapat tu memang kelakar jugakla sebab dari petang membawak ke malam aku pusing pusing tengok lubang muka ada tapi taktau sungguh kedudukan dia camne. dah malam baru jumpa, terus send gambar kat group. peh. lawa pulak walaupun pakai tak semenggah mana.

maka, start dari dapat shawl tu memang tiap masa kot aku sarung sebab senang gila. sarung je dah siap. takyah pikir nak lilit lilit dah. pin kan je kalau nak kemas. material kain pun best, sejenis bubble crepe. tak lembik dan tak keras. yang pasti kalau malas iron hari esok, lusa, tulat and soon pun takpe.

instant shawl


tak lama tu, ain share lagi instant shawl yang dia buat. kali ni ada instant dengan dua muka. aku pun amik kedua-dua jenis tu.

 
mustard instant shawl


dua muka.


haa, meriah kau muka aku hari ni.
memang puas hati la dan memang kalau instant, aku carik ain je. untuk raya pun aku tempah dengan ain dah pun, skali yang haifa dan hasya.

kalau ada yang berminat nak order, boleh la pergi ke :

Facebook Nor Ain : Cahaya Mata
Instagram : @aainkhalid

atau whatsapp/call terus kepada : +6019-931 2607



nak request colour pomboleyyy.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST