Part 1
-------------------------------------------
lastday kat hotel. pagi ni special sebab ejang awal dah gi tapau Subway. finally, dapat gak makan Subway. entah apa yang dia beli masa tu aku hentam saja. tapi ok la..bebudak pun makan. aku risau bebudak ni tolak tepi je. bab tolak tepi aku makan takpe. tapi diorang tu lapar nanti susah sungguh nak kena carik kedai pulak.
sempat jugakla diorang pergi terjun kolam 4 beranak. aku dengan riyadh kemas kemas barang nak check out.
siap check out, kitorang terus ke Low Yatt. konon nak recce external hard disk. sekali beli speaker pc. psycho betul lakibini. beli dua lak tu. bahaha. lepas tu pergi Time Square. haaa, gigih jalan kaki naik jejantas apa menda semua.
sampai Time Square menda pertama carik dah tentu tempat makan. sebab perut semua lapaq nasik, ibu belanja la Chicken Rice Shop. kenyang perut suka hati perut pun buncit.
yillek |
siap makan kitorang pusing pusing buang masa. konon nak bawak budak pergi main indoor, sekali rupanya masuk dah kena bertiket macam theme park dah. aku ingat macam taun 2010 lagiiii..kahkahkah. cancel nak main kat situ. bebudak memang macam macam la dia punya tantrum sebab tak dapat main. terpaksa pujuk cara lain.
masuk sini pun tak mampu nak main bowling & archery. |
jalan jalan finally jumpa sesuatu yang buat semua budak sangat happy.
BOSS BABY movie. haaaaa, finally. ikutkan aku nak tengok Kong movie, ejang pulak nak tengo Power Rangers.
tapi sebab majority yang angkat tangan nak tengok BOSS BABY, maka mengalah jela makpak oiii. redho ajela. mujur semua tengok dengan behave. termasuk riyadh. boss tido kekenyangan.
habis movie, maka slow slow la gerak balik Jerantut pulak. dalam pada tu kakak ipar ajak keluar makan, janji la kat Tesco Ampang tapi entah macam mana terlepas simpang so tak dapatla jumpa. kitorang pun terus la balik. tapi stop la jap kat belah mana entah, makan nasik arab dulu. haha. menyempat.
On the way balik tu berangan pulak lagi tu nak naik Bukit Tinggi, konon nak bermalam lagi satu malam (kes malasssss nak balik rumah) tapi lepas pikir pikir punya pikir, balik jelah. kain kotor berlonggok menanti mintak dicuci. maka, pada jam 12 malam jugak kot kitorang sampai rumah. akhirnyaaaaa..habisla episod Alam Ria Cuti Sekolah bulan 3 yang lalu.
Cuti sekolah bulan 5 baru ni takde cerita sebab tak ke mana. balik kuantan sempena menyambut Ramadhan aje. apapun untuk semua, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Baju raya dah beli kewwww?
No comments:
Post a Comment
ini kotak komen. bukan kotak romen.