6.2.18

DIY Ironing Board Cover

hek eleh. apesal tak beli je cover readymade. berlambak je jual kat DIY tu. takyah la nak swag sangat kan.

ha, sebabnya iron board aku sangatlah rare ye tuan tuan dan puan puan. board lama patah, so husband kita yang kreatif dan inovatif tu kata "meh sini abang repair". maka isteri solehah ni pun layankan je walhal baik beli baru je. takyah nak susah susah sangat.

so bila dah siap, board kemain lebar tak jumpa dah saiz cover. aku pun apadehal kan. laki ku kreatif, isterinya pun sama je. maka, aku gi kedai kain 1 Malaysia pastu gi kedai bunga & barang pengantin.

Modal span 4 keping rm1.60 x 4 = rm6.40
Modal kain semeter = rm7
Total : RM 13.40 sahaja

Buat pun bukan susah. Sejam je siap haha.


bahan - bahan
span | kain | stapler besar

nak buat pun tak susah. 

  1. memula letak span atas board. pastu kemaskan dan stapler. 
  2. letak la span sebanyak mana korang nak. aku letak 2 lapis. saja..nak bagi selesa dan sedap gosok. kemaskan dan stapler.
  3. Seterusnya. Letak kain tadi. Adjust la nak letak camne. Potong mana yang tak berkenaan.
  4. Kemaskan dan stapler.







pandangan bawah board. ko tengok laki aku punya papan beso mana.

TADAAAA!


Dah siap. Senang je kannn.
Selamat men-DIY!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST