Semalam aku update hal demikian. Aku tau pun sebab lastweek jabatan peringkat negeri keluarkan surat remind semua staff untuk pakai baju biru tanda support.
so hari ni 2 APRIL 2019, maka staff yang mana ingat tu pakai la baju biru.
WE TAKES BLUE! |
Paling best, gi office pun rupanya gang pempuan siap pakai baju yang sama dengan aku. hahaha.
baju aku besar. aku beli size XXL. aku bleh pakai L je sebenarnya. hahaha.
Okay. Jangan pakai je baju biru tapi tak faham apa. Sebenarnya sebagai tanda sokongan kepada Hari Autisme Sedunia, para pelajar dan orang ramai digalakkan memakai pakaian berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada golongan autisme seluruh dunia.
Sambutan ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada setiap individu supaya lebih prihatin terhadap anak-anak autisme.
Autisme merupakan gangguan perkembangan seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia diharap dapat meningkatkan kesedaran terutama kepada orang ramai mengenai Autisme.
Ok, faham kan? Sis memang jabatan di peringkat negeri keluarkan surat galakkan staff pakai biru hari ni. Sape lagi yang pakai baju biru hari ni angkat tangan!
No comments:
Post a Comment
ini kotak komen. bukan kotak romen.