30.9.11

Raya lagi ke?


Gambar teaser je ni.tu yg teruk sgt kualiti.haha.

Ok.Since petang semalam aku dan staf lain dah sibuk kat surau utk prepare buat nasi beriani dan lauk.yeah.ptg ni ada jamuan raya peringkat daerah yg mana semua jabatan tlibat.

Aku awal awal dh bgtau aku memang taknak join majlis.aku cuma nak tolong masak dan duduk blakang tabir.fedup.

so,ptg ni aku duduk umah diam2.nani bru lepas call bgtau ada Erul AF9 perform.haha.dasat lah siap ada artis bagai.

Oh,ok.aku nk smbung siap packing ni.nak balik kuantan,bai!

29.9.11

Kipas-susah-mati dari Hong Kong!

kalau ber-blogwalking,naik cemuih aku tengok budak budak sekolah yang suka sangat layan K-pop.eh,bukan budak sekolah aje la.ramai je yang dah jadi mak budak pun minat sama.tapi aku tak ye.aku terkecuali.aku tak minat.

tapi untuk pengetahuan semua,aku adalah peminat kipas-susah-mati filem Hong Kong dan Japang.ewah.macam ada orang peduli.

secara tak sengajanya,aku memang dari kecik memang kipas sangat la dengan filem Hong Kong ni.kalau ikut zaman,dah tentu masa kecik hero feveret adalah Jackie Chan.ada sape tak kenal Jackie Chan ke?hah.ade yang makan penampar kang.nampak sangat menipunya.

lepas tu,wujud plak pelakon kungfu yang hebat macam Jet Li.yang ni pun kalau ada yang tak kenal aku rasa macam menyesalnya ada orang yang tak penah tahu pasal dia ni.

bila dah makin remaja,pelakon yang diminati bertambah tambah.genre filem pun dah tentu jadi makin sukakan komedi romantik.bukan lagi cerita aksi lagi berlagak ganas tunjuk macho aku pun terer kungfu dan kung tau juga.

aku paling sukakan heroin yang bernama Sammi Cheng, Cecilia Cheung, Miriam Yeung, Kelly Chen dan Gigi Leung.muka masing masing sangat comel pastu ada style la masing masing.paling aku suka sekali dah tentu Sammy Cheng sebab tu aku letak nama dia nombor 1 dalam list.

nak aku kenalkan satu satu ke?

Sammi Cheng
drama paling aku ingat Man's best Friend.Filem plak banyak macam
Needing You, Summer Holiday, Love On Diet, Fighting For Love, Marry
A Rich Man, Killing Me Tenderly, Magic Kitchen, The Lucky Guy,
Infernal Affairs, Good Times Bed Times, My Left Eye Sees Ghost,
arghhh..banyaknya yang best!

Cecilia Cheung's family - with Nicholas Tse
yang ni feverett!cantik sangat.dengan suara serak dia.
Filem best dh tentu Para Para Sakura, Everyday is Valentine, Cat & Mouse,
Lost In Time, Tokyo Raiders, Fantasia dan banyak lagi weh!

Miriam Yeung.muka dia macam Sammi Cheng tapi jaw dia lebar sket.
dia ni aku kurang ingat tajuk filem & drama.tapi aku ingat dia penah jadi
model untuk iklan Sugus.dia main skate masa tu.hehe
Kelly Chan
ini perempuan banyak cantik dan sangat gorgeous.filem dia yang hot
adalah Tokyo Raiders, Lavender,  It's A Wonderful Life, And I Hate You
So, dan err..tak ingat dah.
Gigi Leung.
dia ni aku minat jugak tapi aku paling tau dia la heroin cerita
Turn Left Turn Right.dia ni unik.

itu baru bab heroin.kalau nak list bab hero ni la yang aku lemah.aku taktau mana satu pilihan hati.eh.teruk benar.tapi ketara paling aku rasa berdebar-debar jantungku adalah bila menonton filem lakonan Takeshi Kaneshiro.aku rasa dari mula filem sampai habis pun aku jadi macam perempuan tak penah nampak jantan.encek ejang sendiri dah paham tahap kerakusan diri ini terhadap abang Aniki (nama pena beliau). T_T" lemah jantung tetibe.

Ya Allah.Ya Allah.hensemnya.rasa nak histeria sekejap.perkenalkan, ini
Takeshi Kaneshiro.
mula mula jatuh cinta pandang pertama masa dia berlakon filem Forever Friends.
pastu citer hot lain adalah Turn Left Turn Right, Lavender, No Sir, Mermaid Got Married,
Lost And Found, Tempting Heart, Young Policeman In Love, Trouble Maker..
dah.cukup.cukup.bagi kat orang lain plak.
jejaka lain plak yang mampu buat diri ini terlekat depan kaca tivi tapi tak dapat menandingi tahap kehisteriaan pada Kaneshiro adalah seperti :

Louis Khoo
ini pun bleh buat aku gilaaaa!! hensemnya la hai.macam muka Awal pun ada.
drama best adalah Man's Best Friend (dengan Sammi Cheng) & Burning Flame
filem best,banyak..antaranya Troublesome Night 1-6, All's Well End's Well,
Run Papa Run, Rob-B-Hood, Lost In Time, Fantasia, Love For All Season
dan banyak lagi.tak terlarat nak pikir.

Tony Leung Chiu-Wai
muka tak la hensem mana.dahla muka lebih kurang Stephen Chau tapi kalau
bab berlakon,pehh.memang feveret la.antara filem yang top Infernal Affair,
Fighting For Love, Tokyo Raiders, My Lucky Star, Healing Heart, &
Love Me Love My Money.cerita lain aku dah tak ingat!
yang lain lain tu hero biasa biasa feveret adalah macam Cheng EkinRichie Ren, Aaron Kwok, Andy Lau, Stephen Chau, Nicholas Tse, dan sape lagi ye?tengok.sampai tak terlarat nak gugel muka sorang sorang dah.punya la ramai hero dalam diri tak termasuk Che-Ei-Jang (baca : encek ejang).haha.vodo jugak lawakku ini.

ini baru kisah filem Hong Kong.tu pun dah semput.tanjat boboi!
pasni aku nak sambung plak dengan hero Japang.bleh kan?.

haha.tunggu aje la pasni ye.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.9.11

baru aku tahu

minggu ni,banyak menda aku baru tau.
  • aku baru tau lagu Dont Look Back In Anger dinyanyikan oleh Noel Gallagher,bukan Liam,adiknya.
  • kumpulan SMAP yang ada Kimutaku tu masih wujud rupanya.ceh.
oh abang takuya kimura!

dan beberapa fakta bagi menambah lagi ilmu pengetahuan anda semua :
  • Permainan snooker berasal dari negara India.
  • Perkataan ‘Karaoke’ berasal dari Jepun yang bermaksud ‘Orkestra Kosong’.
  • Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’.
  • Kolonel Harald Sanders mendirikan Kentucky Fried Chicken (KFC) pada usia 66 tahun.
  • Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.
hehe :)



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #15


# kurus
# miss budak sebelah aku ni.aldora yasmin.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

27.9.11

Klinik, Magnum & Oasis

keluar rehat dari office sangat awal hari ni sebab nak pergi klinik.bukan untuk baby's check up tapi pergi klinik private.mintak doktor tengokkan ape kena kulit mak budak ni.makin teruk gatal dan aku pun dah confuse,ini betul betul gatal ke atau hanya alahan since pregnant.habis segala sudut pelipat dan leher serta tangan mengalami masalah gatal melampau.asek nak menggaru je.kalau tempat lain tu aku redha lagi.tapi bila kat leher,rasa sengsara sangat nak nak time pakai tudung sebab berpeluh.habis tu,takkan aku kena freehair.haih.gile ape.sebab macam ni sampai nak tanggal tudung.nauzubillah.

kata doktor aku ada 3 problem pada kulit : eczema,  fungal infection, dan apemenda entah,aku dah tak ingat sebab dah hilang fokus.hehe.

maka,doktor telah bagikan aku segala macam ubat sapu untuk tempat yang berbeza serta sabun juga untuk tempat yang berbeza.sadis.aku kalau boleh taknak ubat sapu sebab leceh gile.sebelum ni aku selalu sapu econozin.efektif tapi leceh tu la.kalau dah sapu malam malam hari before tidur,pastu anak anak nak susu.dah kena basuh tangan dulu.lepas tu nak sapu ubat semula?ceh.jangan harap.

doktor pesan lepas ni,sapu ubat before tidur macam biasa.kalau anak nak susu,suruh abang buatkan.hehe.

bila aku keluar bilik doktor,aku cerita semula kat encek ejang dia cakap,nasib baik abang tak masuk sekali.kalau tak nahas doktor abang kerjakan.cewah.ganas sangat bunyinya kau!.encek ejang tu,kalau orang ajak bertumbuk,mana dia nak layannya.lain la kalau aku,orang ajak bertumbuk,aku on je.haha.

lepas ambik ubat,encek ejang pergi 7-E kat sebelah klinik.kata nak beli roti dan tuna dan yes!...kami beli ini.sebab masa tengok iklan aiskrim ni kat tivi masing masing mata nampak berkaca. T_T. oh magnum my lovely!


wah,sampai rumah makan dengan penuh kasih sayang sebab rasa sayangnya nak habiskan!!


model magnum tak berbayar
zoom untuk menggalakkan pertumpahan saliva ke atas keyboard korang semua

siap makan,sementara nak tunggu tidur,encek ejang kata hari ni nak tengok movie lain pulak.aku plak dah hilang ke toilet pastu tetibe dengar crowded bersorak sorai dengan sound effect yang macam kenal.

"oasis ke?".dari toilet.
"mana ada! ustaz akhil lahh!!".nampak benar mentipu.ustaz akhil dan crowded dan sound yang over giler tu??

elok aku keluar memang terus dengar suara Noel perform Wonderwall.
maka tengahari tadi kami tidur dihiburkan oleh konsert Oasis.
.Lullaby.

itu yang terlajak agaknya.nasib baik aku bangun jugak.kalau tak,mesti tak wujud entry ni petang ni!.hahah!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

50 lagu terbest ver #2

peh.siap ada siri kedua.siri pertama adalah pada 2 bulan lalu.sape taktau ada chance lagi nak cekidaut kat sini ye.jangan malu malu la.kalau malu sangat pegi baca dalam jamban.



untuk 50 bijik lagu seterusnya,adalah pilihan lagu dari album tanah air dan tanah seberang.mari kita baca bersama-sama secara berjemaah.

  1. Knocked Silly - OAG
  2. Name Of The Game - OAG
  3. Through My Window - Bunkface
  4. Aku & Kamu - Flop Poppy
  5. Read My Mind - Dead Mushroom
  6. Eyelashes - Juliet The Orange
  7. Kau Pergi Jua - Dayang Norfaizah
  8. Belaian Jiwa - Innuendo
  9. Kenangan - 4U2C
  10. Apa Saja - KRU
  11. Alhamdulillah - Yassin & Too Phat
  12. Jiwa Kelajuan - Hujan
  13. Andaiku Miliki Semalam - Search
  14. Seroka Seroja - Search
  15. Semalam Yang Hangat - Wings
  16. Lena Diulit Intan - Wings
  17. Intanku Kesepian - Wings
  18. Dia - Hattan & Wings
  19. Aku & Kenangan - Hattan
  20. Padang Lalang - Hattan
  21. Malam - Hattan
  22. Arca - Hattan
  23. Kenangan Bersamamu - Lefthanded
  24. Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded
  25. Doa Buat Kekasih - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
  26. Nafisa - XPDC
  27. Semangat Yang Hilang - XPDC
  28. Jinbara - Patri
  29. Hadirnya Cinta - Gerhana Ska Cinta
  30. Mimpi - Gerhana Ska Cinta
  31. Dance Wid Me - Gerhana Ska Cinta
  32. Bintang - Root Rules
  33. Kamu Nggak Sendirian - Tipe X
  34. Melati,Aku Benci Kamu - Tipe X
  35. Dan - Sheila On 7
  36. Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
  37. Seberapa Pantas - Sheila On 7
  38. Bukannya Aku Takut - TBK
  39. Jika - Melly Goeslow & Ari Lasso
  40. Cinta - Melly Goeslow & Kris Dayanti
  41. Tentang Seseorang - Anda
  42. Cinta Gila - Dewa
  43. Roman Picisan - Dewa
  44. Satu - Dewa
  45. Sesuatu Yang Indah - Padi
  46. Jujur - Radja
  47. Tulus - Radja
  48. Wahai Kau Cinta - Radja
  49. Tunggu Sekejap - P.Ramlee
  50. Jangan Tinggal Daku - P.Ramlee

woww.nak muntah aku listkan lagu kali ni.gigih jugak aku membuka fail track dalam henpon serta media player untuk kaji balik lagu apa lagi yang aku suka di Malaysia-Singapore-Indonesia ni.pehh.

semoga anda terhibur!

ceh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

26.9.11

dapat iPad 2 bijik!

eh.tetibe dah petang terlajak macam ni teringat mimpi malam tadi.

mimpi diri ini menerima 2 bijik iPad.sebijik office yang bagi dan sebijik lagi pemberian ikhlas dari TA department.wah.hebatkan mimpi tu?agak agak mimpi tu termakbul tak?

doa cepat cepat semoga mimpi tersebut dimakbulkan.Amin.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

typographical error

aku ada masalah hidup.

aku kerap typo dan paling kerap berlaku adalah di laman sosial terutama ketika ber-blog-ing dan ber-facebook-ing.

kalau di facebook,kadang kadang aku terpaksa copy balik ape aku tulis dan paste yang baru di ruang komen baru.pastu kena plak delete previous comment.kadang kadang tulis status pun dah macam tak ikhlas sebab dah siap type,sekali eh.silap eja.dah kena baiki balik ayat pastu jadi ayat macam tergantung atau ayat tak kena.

ada masa tu aku bagi komen type 'aritu' tapi jadi 'aroti' dan terus publish.member plak tengah online jugak terus hentam.'aroti'?
bertalu talu kata aku lapar.haha.kelakar.malu pun ada.tapi nasib baik jenis member kutuk gitu aku tak berasa hati.maka,tak sentap sangat la.

tapi bila typo time ber-blog-ing,kadang kadang aku rasa cam loser.aku ni memang jenis kencang tekan keyboard.kadang kadang member opis pun macam kagum sangat dengar aku ketuk keyboard sangat laju.macam wahh.hebat kau buat keje laju gitu.
padahal aku hanya ber-blog-ing.

bila aku siap type satu entry,aku check pastu terus publish gitu je.bila aku view balik entry aku,baru perasan mak aihh.banyaknya typo.macam budak tadika tekan keyboard laptop pun ada.kadang kadang nak tergelak pun ada .sebab ada yang aku tulis nak citer lain bantai tekan huruf lain.pernah jugak aku ter-publish satu perkataan yang aku rasa ramai tak perasan.

aku nak sebut 'sebutir' tapi aku tibai eja terbalik.aku letak 'r' kat 't' dan 't' di 'r'.
aku harap korang faham.aku tak sudi nak type semula.

kadang kadang naik gila aku bila terpaksa edit semula entry yang banyak gila salah eja.teruk sangat nak baca.kalau aku biarkan secara semulajadi,aku bimbang cerita yang aku nak sampai tu tak kesampaian.

bila aku edit plak aku rasa macam tadi la,rasa tak ikhlas.rasa bersalah pun ada.entah ape ape perasaan tu.kalau sebelum ni,aku kerap typo hanya di telefon ketika sms.kalau tak percaya boleh rujuk pada cik rozett aka rock!.

dia antara yang kerap menjadi mangsa typo aku.antara perkataan yang menjadi isu suatu masa dulu adalah 'readymade = readymix'.bukan aku confuse tau,tapi aku salah taip je.peh.jitu betul perasaan malu dalam jiwa tapi sebab aku rasa itu adalah salah satu kelemahan diri,aku redha.


O over K :
macam mana nak kurangkan kesilapan dalam menaip?
peh.rasa nak buang huruf L kat dahi ni.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

super comots

hari ahad iaitu semalam aku habiskan masa dengan makan sahaja.bukan memasak tahu.tapi makan nasi kenduri dan petangnya makan pizza di kedai pizza (?).

gile betul statement kat atas.dah tentu la pizza di Pizza Hut sebab di jerantut tiada Domino's Pizza.

ok.sebab lepas kenduri encek ejang boleh pulak singgah pasar raya semata mata nak beli tools dia.macam macam la,nak beli screw driver,cutter,plyer dan segala macam lagi,maka aku dan anak anak tunggu dalam kereta aje.malas nak turun jugak.kalau turun alamat pelbagai kenderaan ada dalam kereta aku nanti.antara contohnya maybe akan ada backhoe,atau tractor,atau mungkin ada lor sampah dan segala macam mainan yang entah menda menda pilihan rifdi.jadi sebab takdek keje dalam kereta,dan berbekalkan coklat M&M dalam beg sang ibu ini,maka ini lah hasilnya.

anak anak yang comot dan super comots!




meriah bukan?sampai rumah habis semua kena mandi semula,masuk bilik,pasang air-cond dan bagi susu.dodoi punya dodoi dengan aku sekali tido.cemerlangnya.

lepas bangun tidur,siap siap plak nak keluar makan pizza.bukan ape,sebab janji dengan makcik & pakcik (pengasuh) nak belanja makan pizza plus ada perempuan craving dari bulan puasa hari tu nakkan pizza.sape la tu agaknya ye?..haha.

muka baru bangun tido
O to the K :
gambar kat pizza takdek la wey.malas aku nak menge-shoot time makan.rugi.nanti tak menghayati makanan dengan baik.puii.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

25.9.11

The Proclaimers - I'm On My Way (OST Shrek)




I'm on my way from misery to happiness today
I'm on my way from misery to happiness today
I'm on my way to what I want from this world
And years from now you'll make it to the next world
And everything that you receive up yonder
Is what you gave to me the day I wandered

I took a right, I took a right turning yesterday
I took a right, I took a right turning yesterday
I took the road that brought me to your home town
I took the bus to streets that I could walk down
I walked the streets to find the one I'd looked for

I climbed the stair that led me to your front door

And now that I don't want for anything
I'd have Al Jolson sing "I'm sitting on top of the world"

I'll do my best, I'll do my best to do the best I can
I'll do my best, I'll do my best to do the best I can
To keep my feet from jumping from the ground dear
To keep my heart from jumping through my mouth dear
To keep the past, the past and not the present
To try and learn when you teach me a lesson

And now that I don't want for anything
I'd have Al Joison sing "I'm sitting on top of the world".


The Proclaimers


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

24.9.11

saturday's


anak anak berserta kesukaan mereka.yeahhh.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

23.9.11

rifdi #36 : drama king




okay.tangisan yang bersambung sambung ini adalah saat saat rifdi rindukan 'kar' (traktor) dia yang tertinggal kat rumah pengasuh semalam.boleh ek,nangis nangis pastu bila dia perasan aku record dia menangis,dia gelak.pastu bila aku play-kan record tu dia datang tengok sekali.

pastu video abis,dia sambung menangis lagi.ceh.ape punya drama la anak aku nih.

kesudahan kisahnya,rifdi menangis bawak ke bilik dan mintak susu.layan Banyard pastu boleh tidur plak dia dengan haifa sekali.

kelakar kan?rasa nak sepuk je barang seketul dua tapi aku macam biasa la.malas-nak-layan!!

biasa la,toddler memang macam tu.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

friday lover

hari jumaat.apa pilihan baju nak pegi keje hari ni?


yeah.hari ni pakai dress dan pashmina favorite.serious.ini memang favorite aku.



ini memang sentiasa jadi pilihan.kalau travel tak kira la balik kampung ke,tudung pashmina ini adalah pilihan semulajadi dari dulu hingga kini.sebab pada aku warna ni sangat match dengan mana mana baju.tak kira la baju bercorak ke,baju plain ke.kalau perasan, setiap kali raya aku pakai pashmina ni.hehe.dah sampai lunyai kau tahu!


haha.kan tudung yang sama tu?..haha.kantoi.

dan ini plak dress pilihan.


dress ini officially-nya adalah baju raya tahun lepas.aku beli kat One Utama.serbaguna sebab aku bleh pakai time pregnant mahupun time slim melim serta tak payah iron.yeahh.itu yang aku suka sangat sarung dress ni.mudah!selesa pun selesa.

tapi betul la,sekarang ni aku lebih prefer dress.sebab lebih mudah kot!yela.perut makin besar.aku kurang minat maternity dress sebab ada tali kat belakang.nanti kalau dah delivered esok nak pakai pergi office atau event tak sesuai dah nak pakai,kan?sebab tu time pregnant aku prefer dress macam ni atau seluar pregnant aku tu.bila dah slim tetap boleh pakai.

tengok,kan tu namanya jimat?haha.
(padahal dasar kedekut.keji terhadap diri sendiri.)


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.9.11

puding jelly orang malas

perut lapar ni.tetibe teringat pada isi dalam fridge kat rumah iaitu puding jelly aka puding orang malas.

okay.

ahad lepas,sebab encek ejang takdek kena keje,maka dari pagi sampai malam memang upacara buat makan makan untuk perut sendiri dan perut anak anak.since pagi dah macam macam menu buat.last last buntu takdek ape nak dibuat,last last tak sampai tengahari terpikir nak buat puding jelly.stock ada jadi ape salahnya aku buat.sementara haifa tidur,aku pun gigih la buat layer pertama untuk puding ni.dan macam biasa,rifdi la insan paling sibuk sekali.

sibuk nak tengok time masak, sibuk susun nata de coco dalam bekas & sibuk nak tuang dalam bekas.

bila dah siap,simpan dalam fridge,entah berapa kali pulak dia spot check tengok jelly dah keras ke belum.

3 jam lepas tu.haifa tidur plak kali kedua.aku dengan rifdi gigih pulak buat layer kedua.kali ni kena main dengan air menggelegak betul baru bleh masukkan susu cair dan gula.pastu tutup air baru masukkan serbuk puding.bagi sebati baru boleh tuang dalam bekas jelly tadi.kali ni tetibe haifa bangun tidur.

cepat je aku mintak tolong rifdi tengokkan adik.siap tuang aku jenguk dalam bilik,olohh..sweet tengok abang tengah enjutkan buai adik.haha.

kira dah siap,malam tu terus potong potong ajak rifdi makan puding jelly ibu yang pemalas ni.haha.


tak silap aku buat 4 bekas kecik dan 1 bekas besar.
alih alih pagi tadi tengok tinggal 2 bekas kecik je.mana lagi yang lain?
hehe.

so,nak buat macam mana?kacang jelah.macam aku guna bahan ni je :

Layer 1 

  • Serbuk jelly Konnyaku - perisa kiwi
  • Nata de coco - perisa mangga
Layer 2
  • Serbuk puding segera.aa..tak ingat brand ape - perisa mangga
  • Susu cair
  • Gula
Kaedah :

baca je kat kotak.tak susah.haha.yang lain ikut kreativiti sendiri.
biarkan sejuk dalam peti.kemudian boleh hidang dah.yaaa..sila makan sendiri ye.

okay.selamat mencuba semua!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

terima kasih

pagi tadi,sebelum encek ejang tetibe kena gi kuantan,aku sempat la breakfast dengan beliau.eceh.padehal memang every morning camtu.kecoh betul.

ok.dipendekkan cerita,siap makan kat port biasa encek ejang panggil akak tu suruh kira.pastu dia bayar sebab wallet aku ada 4 inggit je *kihkihkih*.sambil tu encek ejang hulur rm10.

"terima kasih".

tak lama akak tokei kedai tu datang semula hulur balance sambil tu sengih sengih kata kat aku,

"jarangnya dengar isteri cakap macam tu kat suami.sejuk suami dengar tahu!"

eh?aku cakap ape?

"dd ucap terima kasih tadi kat man (encek ejang) kan?.."

"aah..".muka aku blur lagi.

"bukan senang nak dengar isteri nak ucap macam tu kat suami.bila dengar macam ni,akak pun rasa sejuk dengar.ini kan plak man"

aku ngan encek ejang gelak je.rasa macam ehh..aku je ke isteri camtu? tetibe rasa macam awesome je.haha.perasan pulak.

entahla.pada aku la,aku memang biasa je ucap 'terima kasih' dengan encek ejang.bukan pada dia je,pada semua orang la kalau ada buat something yang baik baik kat aku.dah terbiasa dari kecik macam tu.

macam tu jugak perkataan 'minta maaf'.aku rasa aku takdek masalah bab mintak maaf.bagi aku kalau dah terbuat salah,wajib mintak maaf.kadang kadang tu,walaupun encek ejang yang buat hal pastu tak nak cakap ke ape,aku plak yang mintak maaf dulu.aku memang mudah kot nak ucap menda menda camni sebab pada aku,aku sangat ikhlas.

bagi aku kalau husband & wife,ucapan macam ni penting sangat sebab nak tunjukkan kita appreciate masing masing.takdek la kalau husband buat sesuatu macam tolong susukan anak skejap je while dia tengah tengok game live liverpool dan kita pergi berak pastu dah bila dah siap,kita ambik anak dan buat taktau kat husband.

adeh.dah la mengganggu konsentrasi dia,pastu kita langsung tak say thanks ke,ape ke.tak ke buat dia rasa hampeh punya bini!

macm tu jugak kalau bab marah marah,even salah suami terlupa nak asingkan baju anak dengan baju makbapak dalam separated laundry basket.takpe,maafkan dia.memang perangai orang lelaki macam tu.diorang bukan alert pun bab remeh temeh camni.macam tu jugak bab jemur baju anak.macam encek ejang dia kata dia paling tak minat bab jemur baju sebab leceh tengok aku gantung baju anak satu satu pakai hanger,pakai sepit yang kecik kecik tu,baju sendiri pun dia rasa macam nak gile gantung satu satu pakai hanger.heh.paham dah tu.biarkan.maafkan la dia.dia dapat tolong basuhkan kain pun aku dah cukup appreciate ape.

so,pade aku apa yang akak tokei kedai tu mungkin betul jugak.maybe ramai orang tak pandai nak berterima kasih zaman sekarang ni.

eh,kadang kadang tu aku plak yang nak marah bila time kereta selisih.encek ejang angkat tangan bagikan ruang pun orang taknak langsung angkat tangan balik.eh,susah sangat ke nak angkat tangan?bukan suruh turun kereta pastu ketuk tingkap kereta kitorang pastu ucap 'terima kasih' pun!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

rifdi #35 : sentuhan rifdi

memandangkan salah satu hobi rifdi adalah bermain main dengan camera i yang gedabak besar dari muka dia tu,maka dengan ini terhasil lah...tarakucha tarakucha cha : *ewah.efek melampau sungguh 


rifdi's Touch?
ape tu?ape tu?
aku buat ni special untuk menggilap bakat rifdi yang memang 'boleh tahan' amikkan gambar walaupun nampak macam tak sengaja,accidental pic(s) dan sewaktu dengannya.

pastu walaupun dah kena edit dengan aku,tapi aku takkan mengganggu gugat ke-terer-an skill rifdi.aku just buat 'touch up' dengan bagi tuning sket,tukar colour dari original kepada sephia/black & white/etc je.

sentuhan tetap dari rifdi.jangan malu malu nak klik sini okay.haha.


goodluck anakku.
cewah.


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

21.9.11

buka rumah di kala 4 Syawal *edit*

setelah diamat-amati,rupanya aku tak publish lagi gambar masa open house kat rumah raya ke-empat lepas!


padehal dah siap type lagi.siap ada gambar cuma time tu gambar last tetibe error.pastu tetibe takbleh nak draft.pastu agaknya aku dah tensen.pastu agaknya internet down.pastu aku terus balik.yeay.pastu mabuk lupa nak publish.vodos jugak rasa.baik.sebab ini entry yang perlu diedit,maka kena baca la semula bebelan makcik yang kencang giler bersembang nih.


****


raya ke-empat,tetibe bangun tengok mak dengan kakak aku dah sibuk bising gedegang gedegang kat dapur.rupanya nak buat open house malam ni!
mak aku dengan call sana sini ajak orang datang,kakak aku lagi la.sebab dia masterchef kat rumah maka dia la paling dasat sekali skill memasak.beli barang pun dia.wah.aku tukang makan so tak sibuk la time ni.hahah.okey.tak lawak.mari smabung cerita.


dipendekkan cerita,petang sepupu belah abah dah datang padehal menu satu hape pun takde yang siap sepenuhnya lagi.nasik lemak pun tak masak lagi.ade pun kuah kacang mak,nasik himpit blablabla..kira sape datang time tu makan kuih raya aje la.


pastu start maghrib,orang pun dah datang.sepupu belah mak pun dah sampai.dari kampung awah,dari jengka..hah.hebat tak?hebat.hebat.


maka,sebab aku pun dah malas nk citer banyak,aku rasa tengok ajela gambar kt bawah.dah petang sangat ni.risau plak kalau tak sempat publish gambar arini.


serangan pertama

sepupu i -ani & haifa-

masa ni angin punya la kuat.risau dah masing masing.

makan makan

kak wie,kak ina & askar askar pergi menembak makan

anakku makan di dapur.kesian.

abg lan (cousin) & asoi adikku

me & abby -credit to rifdi-

nampak itu budak main kamera tak?..

suka sangat.

L for Lina. -credit to rifdi-

makan ye para jemaah

aiman

para tetamu dari surau

itu budak memang tak bleh jauh dengan atok abah dia

credit to rifdi

credit to rifdi

kan.mesti dengan tok abah dia

tambah lagi pakcik.jangan segan.

kacau orang dating.nampak ni hah? acu bagi penumbuk kat rifdi


cik ina bergaya ayu -credit to rifdi-

muka kekenyangan menonton tv

ini rombongan dari kg.awah

kak wie (cousin) & wiji

opss.

mak yang tetibe datang pose

Add caption



pagi esoknya.






dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

POPULAR POST