9.7.14

haifa #30



dah lama haifa mintak hantar dia ke sekolah.
tapi aku dengan ejang fikir,alah.baru 4 tahun kot.bagi la dia main puas-puas.

dia nak sangat pergi tadika lama rifdi tu.depan rumah makcik je.sebelah surau (dalam gambar atas).

agaknya tahap kesabaran dia dah sampai.
jumaat lepas, dia nampak ramai budak budak tadika depan rumah makcik.maknanya depan surau ni la.diorang baru balik lawatan ke JKR.tengok machineries.

"tokkk.kakak nak pegi sekolah.nak pegi sekolah" - tok dia cerita ni.

pastu tok dia pun balas;

"kakak nak sekolah gi lah sendiri".sambil gelak gelak.

lama tu tok dia sedar rumah senyap.carik dalam rumah takde.dia syak haifa pergi sekolah sendiri.jadi tok dia pergi sekolah, nak menyiasat.rupanya memang ye.dalam kelas dah pun.kahkahkah.

dan semalam,start la persekolahan budak haifa ni.
semangat.pagi tu abah dia tanya je.. "kakak nak pegi sekolah ke?"

terus haifa bangun.haa.cikgu cakap memang haifa semangat.duduk dalam kelas pun confident, jawab soalan pun confident.

tengok gambar atas tu la.baru hari kedua kot.dah nak pergi sendiri tak payah berteman.aku usha dari rumah makcik ajela.

takpelah haifa.teruskan usaha ye.
ganbatte kudasai!

2 comments:

  1. hahaha.. dah siap masuk sekolah sendiri? hahaha.. bagusnya la hai.. biasanya mak mak mengalami kesukaran takut anak nangis takmo g sekolah.

    ReplyDelete
  2. haifa pergi sekolah berlari ko tau.

    kalau abang pergi sekolah alahaiii..lembikk je jalan.hahaha.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST