24.7.14

raya

amacam persiapan raya korang?
sangat meriah?
meriah macam biasa?
biasa-biasa?
biasa je?
atau luar biasa?


tahun ni,macam biasalah.untuk kuih raya masih bermodal RM200.meriah tak kuih raya aku?

lepas tu modal untuk duit raya RM400.alhamdulillah.masih ada untuk bersedekah.

untuk kereta juga aku dah habiskan RM400 untuk cikputeh.time ni la kan nak bateri dengan altinater baru.pandai dia nak beraya jugekkk..

untuk baju.hummm..
untuk anak anak terpaling utama.yela.baju baru beli tiap kali raya je.time lain memang susah sikitla ibu dia ni nak sediakan.bukan tak beli langsung tau.cuma jarang sekali beli.kalau raya mesti beli top to toe.wajibulghunnah.

tapi taun ni jugak,ejang ajak aku shopping baju raya di KL.kalau dengar nak pergi SOGO terus rasa..wow! best gila laki aku taun ni.taun 2010 dulu dahla ajak shopping kat One Utama.gigih sangatkan dengan perut besar (pregnantkan haif) merayau carik baju raya.miahahaha.

this time rupanya pergi SOGO dan PARKING sahaja.kita shopping kat Jalan TAR. (T_____T)"

okay,situ pun happening apa.taun lepas pun aku sambar 2 pasang kurung moden pun kat Jalan TAR jugak.jangan nak eksen sangatla kak dd oi.
so taun ni baju adalah dari First Lady untuk perempuan perempuan dan dari A'Niz untuk laki laki.
jangan main-main.taun ni tema kaler hitam dan bercirikan islamik.nangisla korang tengok gambar raya taun ni.

pastu untuk baju kasual anak-anak,aku beli kat Jerantut je.kedai baju baju untuk golongan marhaen macam aku ni la.okay..seronok beli sebab RM200 dapat baju 7 helai dan seluar budak 3 helai.eh.berbaloi sangatlah sebab aku ingat lagi,taun lepas aku beli seluar jeans Polo RM100++ kat haifa dengan hasya,taun ni hasya dah tak boleh pakai.tahap pakai sampai terkeluar pampers.

baju aku dengan ejang tak settle lagi.ingat arini nak pergi Temerloh la.nak carik sikit sikit.ala,bukan nak banyak mana pun.janji spender dengan baju kecik terganti.eh?
itu pun nak tunggu raya jugak ke?

kahkahkah.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST