4.1.15

nice to meet you, baby ( Part III )

hari ni dah masuk hari ke 18 berpantang.

ingat tak Part II aritu aku kata sabtu dapat balik after cuci jumaat tu? jawapannya : TIDAK.



20.12.2014 (Sabtu)

okay. pagi tu masa doc pakar round, dia suruh aku pergi bilik scan sekali lagi. bila scan, doc perasan ada lagi darah beku dalam uterus. sebabnya bukan salah doc & staff tapi sebab uterus aku special. retroverted. so susah sikit nak keluarkan habis. doc kata perlu dicuci kali kedua, maybe isnin sebab ahad cuma emergency case. okay, aku pun setuju je.


21.12.2014 (Ahad)

nothing much. just makan dan rileks sepanjang hari. ohye. rock datang dengan mak dia, bawak bekalan untuk santapan jiwa.





22.12.2014 (Isnin)

pukul 4.30am nurse dah kejut suruh aku mandi pukul 7am nanti dan pakai baju masuk OT terus. pastu aku tido balik. kahkahkah. actually aku dah kena puasa pukul 2am tadi, so lapar okay sebab last makan jam 8pm kot.. aku belasah roti dengan milo.

so, pukul 7am dah siap mandi, tunggu turn doc panggil. pukul 10am belum panggil lagi sampai la doc pakar round. sekali masa sampai turn aku, doc bagitau mungkin aku tak masuk OT hari ni. maybe rabu atau jumaat. sebab harini just kes emergency sahaja.

masa tu aku dah bergenang airmata toksah citer la. doc tu blah je ke katil sebelah, terus airmata aku gugur tak tahan dah. aku dah terbayang anak anak aku, terbayang ejang, terbayang lama lagi la aku kat wad ni. aku nangis je. sampai sorang penyelia nurse ni datang. tanya aku dari mana, keje mana.. (aku tau dia cuba calm down aku).

pastu datang plak MO untuk bagi aku surat untuk initial untuk masuk OT. MO tu tanya aku apa kes, aku pun just luahkan frust dengan keputusan doktor. sabtu aritu dia kata ahad sahaja kes emergency, isnin aku boleh masuk OT. tapi ni lain pulak.

pastu ingatkan kes tu habis camtu je. rupanya lepas tu MO datang dengan doktor pakar tadi dan sister sekali. doktor jumpa aku face to face dan dia tanya apa masalah aku.

dan aku pun luahkan kekecewaan aku. doktor nampak macam bengang, tapi lepas tu penyelia nurse cuba korek kenapa aku sedih dan emosi macam tu. last last aku bagitau jugak kat doc aku sedih gila sebab dah masuk seminggu aku kat wad. dengan ejang yang sibuk dengan kedatangan timbalan pengarah, dengan banjir, dengan anak anak yang dengan pengasuh, anak nak masuk darjah 1, pastu takde siapa boleh tolong tengokkan aku kalau lepas masuk OT nanti sebab family semua di kuantan, family dengan masalah banjir.. yeahhh. aku emosi gila.

lepas tu doktor tanya ejang kerja apa. lepas tu dia tanya aku kerja apa. bila aku sebut penolong jurutera jabatan itu ini.. doc mintak maaf dengan aku, terus nama aku masuk sistem untuk masuk OT. pukul 11.30am, terus nurse suruh aku standby nak masuk OT. peh. dah berdrama akasia macam tu baru aku dapat masuk?

pukul 12pm aku dalam OT. steady doktor doktor dalam tu, siap pasang muzik lagi. katanya "just rilex and enjoy the music".

after cucuk epidural, aku dah tak rasa apa apa. tapi bila diorang start angkat kaki aku, aku dah macam tak best. aku request doc bagi aku ubat tidur. tak sampai 5 saat, aku dah lelap. haha. sedar sedar doktor dah cuci badan aku, dan masa untuk balik ke wad. doc dah pesan, aku takbleh angkat kepala sampai pukul 7.30pm. pehhh.. 5jam lagi. so, aku tidur ajela dengan saki baki ubat tidur tadi.

sepanjang masa menunggu 7.30pm tu..entah berapa kali aku sedar. tapi langsung takbleh gerak. aku rasa nak nangis sebab memikir macam mana la aku nak bangun ni karang. alahaiiii.. aku tidur lagi dengan airmata.

pastu aku bukak mata lagi, dan aku nampak ejang baru sampai. Allah.. dia punya sebak rasa nak bangun peluk ejang time tu jugak. tapi belum 7.30pm lagi.. bercakap pun tak larat. ejang pegang tangan aku tak lepas lepas. dia bercerita pasal kerja, pasal anak anak.. sampai 7.30pm, ejang pergi tanya nurse aku boleh bangun dah ke. nurse dah bagi bangun, tp jangan berjalan lagi.

aku pilih minum air dulu. lama berpuasa woii.. nak masuk 23 jam.

dah ok, aku makan nasi yang diorang tinggalkan untuk aku. pastu slow slow baru aku dapat pergi bersihkan diri, tapi tak mandi sebab takut tak stabil lagi. bila dah salin baju, ejang ikatkan rambut, dah lega.. rileks rileks, ejang balik. takpela, janji semua dah selamat. effect epidural memang dasat gila, aku takbleh nak tido. jap baring, jap bangun, jap mengiring.. argghhh. sampai aku tak sedar aku tido pukul berapa.



23.12.2014 (Selasa)

lepas scan dengan doktor pakar, aku dibenarkan discharge.

alhamdulillah.. hari terpaling gembira. ejang datang jam 3 petang jugak kot. keluar je dari hoshas aku rasa nak lompat bintang. hahaha. tapi sebab belakang aku sakit tak hingat, aku lupakan ajela. lagipun macam la larat sangat.



so, lepas dari keluar wad..terus aku duduk umah. berpantang. bertungku, berbarut dan jaga makan. 20 hari cuti woiii.. 5hb Jan dah kena masuk kerja dah!!


so, selamat berpantang 44 hari. (katanya).



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST