29.1.15

rifdi #55 : kenapa adik gemuk?

rata rata kalau orang nampak rifdi orang akan kata rifdi kurus. dan akan tanya; "rifdi tak makan ke?".

kau tau tak?
aku sebagai ibu dia memang sentap. sebab macam aku tak bagi dia makan. padahal kau tak tau dia sebelum pergi sekolah tak pernah skip breakfast. pergi sekolah aku siap bekalkan dengan makanan. balik sekolah sampai rumah pengasuh dia mintak nasik siap bertambah. lepas tu, sejam dua kemudian dia akan lapar balik. makan pulak roti dua bungkus (roti coklat gardenia). time aku ambik balik rumah, dia makan lagi. selagi dia tak tidur, selagi tu la dia akan mintak makan.


tapi pagi tadi aku lagi sentap.

masa aku siapkan rifdi pergi sekolah. waktu, selepas mandi.

rifdi : "ibu..kenapa adik epa ngan adik hasya gemuk? tapi abang tak?"
ibu : "kenapa abang tanya macam tu?" (sambil lap telinga dia)
rifdi : "abang dah makan banyak. tapi semua orang cakap abang kurus"

ko pikir? aku nak gelak dengan soalan dia?
korang yang suka tegur rifdi kurus tu, harap paham la.
rifdi dah besar. dah boleh sentap dengan soalan korang.


oh ye.
aku jawab kat rifdi..

"ibu dulu pun kuat makan macam abang jugak. tapi kurus macam abang jugak. takpela abang, lama lama nanti, nasik dalam perut abang dah banyak, abang gemuk la"..

aku nampak dia senyum pun aku dah happy dengan jawapan bodo aku tu.


rifdi 4 bulan.
dan tidak menyusu badan.


2 comments:

  1. comelnyaaa.. haippp.. putih gebu...

    cakap kat dia, enjoy your kurus moment. nanti dah gemuk bagai dipam-pam sibuk nak kurus plak. hahaha

    ReplyDelete
  2. entah. jadi macam mak kau ni hah..mula gian nk kurus.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST