zaman kegemilangan |
aku grade sijil aku bulan April 2003. Bulan Julai 2003 aku dapat masuk Intergrasi atau dengan kata nama lain, sambung Diploma. masa tu, dahla birthday aku. so, abah hadiahkan aku sebijik scooter untuk pergi kelas. aku punya bahagia toksah cakap la. maklumlah, aku ni bukan spesis anak reti mintak itu ini dengan mak abah aku. apa yang diorang bagi, tu la yang aku ambik dan guna.
memula scoot ni aku beli colour purple. lepas tu aku takde lesen. tapi masa tu gamble macam haram, pergi kelas selamba je takde lesen. lama lama abah aku suruh jugak pergi buat lesen. yang lagi macam haramnya, aku pergi buat lesen L bawak scooter ni. betapa haramnya perangai.
aku ingat sekali, aku pernah accident. aku tengah jalan kaki pastu kena langgar dengan kereta dari belakang. sudahnya aku bertongkat pergi kelas. jadi kena berpisah la dengan scooter kejap. tapi mungkin sebab abah aku kesian sangat tengok anak dia naik bas, jalan kaki, naik teksi..menapak balik rumah, abah aku izinkan aku bawak scooter semula. siap bawak tongkat tu lah!
sebulan dua kot pakai cover set purple, aku cakap kat abah aku yang aku nak tukar colour la pulak. aku nak colour orange. aku lupa dah nama orange apa, tapi memang aku suka gila. masa tu zaman dak dak scoot airbrush casing. tapi aku tak terpengaruh. aku buat rilek je. aku sebenarnya lagi teringin nak pasang radio kot (bahaha).
dah tukar cover set, aku dapat perangai tukar kusyen pulak. memula hitam, pastu putih..last last aku tukar colour grey. rim tu pun memula aku spray putih (diy), pastu aku tukar orange, and last, aku tukar putih balik.
helmet dari pakai hemet baseball, pastu helmet aral (kena ejek kepala alien sebab helmet beso) sampaila pakai ARC.
google : helmet baseball |
aku jarang kot bergambar dengan scooter sendiri. ada pun seketul gambar, tapi gambar tu kat orang. dia taknak pulangkan (agaknya)..haha. takpelah. kawan kawan aku ramai la bergambar dengan scooter aku. taun 2003 aku pakai kat polisas, aku rasa ramai kot yang cam orange scoot ni.
pengalaman aku masa polisas pakai scoot ni, aku rela tak balik pastu duduk lepak kat cafe berejam lama dengan boys sebab JPJ buat road block depan gate poli. banyak kot kesalahan sebab lesen L tak tampal, plat number besi dan helmet baseball. maklum la, budak poli. haha. pastu sebab ada scooter ni lah, aku rasa pointer masa aku dip down gila. sepanjang aku sijil dulu, mana penah under 3.50. tapi masa dip, aku manjang dapat 2.50 ke atas tak cecah 3.00 langsung. langkah panjang!
lepas tu masuk pulak SLG course di PSDC, pun langkah aku panjang. entah kemana ceruk scooter aku berjaya lalu pun aku tak ingat. sampai aku kerja PPSC Gebeng pun ada masa scooter aku terlepas ke kilang sana!
sebab tu aku penah cakap, aku punya level confident bawak motor lagi tinggi dari bawak kereta!
banyak gila la pengalaman pahit manis aku dengan orange scoot ni. merayap sampai pukul 2-3 pagi kat bandar kuantan, pastu entah berapa kali kena tahan dengan police traffic sebab lesen L tak bertampal, kes plate number besi, kes parking suka hati..
pengalaman bersama orang tersayang (ketika itu) pun ada..mihmihmih.
sampailah 2006. aku posting ke Jerantut. abah aku tak bagi bawak scooter. sedih siot. start dari tu, aku dah start PJJ dengan orange scoot aku. tapi tiap kali aku balik, memang aku confirm keluar bawak dia. sayangnya aku kat dia. sampailah satu masa, aku selalu keluar dengan ejang. naik kereta acl tu. pastu terus aku tak usik dah dia.
sedihnya.
last cover set pun dah bertukar. jadi silver gold. tu pun sebab adik aku bawak scooter aku lepas tu kena langgar. budak yang langgar tu mampu ganti cver set baru sebab dia takut kitorang report polis. budak tu takde lesen.
bila aku tulis entry panjang camni sebenarnya kan, aku rindu betul kat scooter aku tu hoi.
dia dah takleh gerak. sebab dah entah berapa kali masuk air banjir. pfffttttt..
rindunya nak jadi budak scooter balik!
p/s : sape ingat scooter ni sila angkat tangan!