Visitor

24.5.11

kenapa aku tak pernah drive kereta?

hey.korang penah nampak tak aku amik gambar time drive?
tak kan?ha,sebab aku ni driver yang berhemah.mana ada amik amik gambar time driving.pemanduan yang fokus.


ceh.muntah.sape sape yang mengenali diri ini memang tahu yang aku tak drive kereta.sebab tu takdek gambar sedang drive.ataupun amik gambar sendiri kat kerusi driver.ataupun bukak cerita 'sedang drive', 'tadi menang racing ngan keta subaru'..etc.


aku memang tak drive kereta.lesen ada beb.dari taun 2006 aku dh ada lesen kereta.penuh lagi.tak main la P ni.tapi takdek maknanya penuh kalau tak drive.pelik jugak,kenapa bila pegang stereng kereta je,mesti nervous gila babi.tapi bagi la motor ke,scooter ke..tak sempat pesan ape korang akan dapat bau asap je.hebatnya bila menjadi rider.tapi bukan menjadi driver.


sebab aku tak drive?..banyak kot.alasannya :


1. bila pegang stereng je menggelabah.peluh keluar merata rata.tapak tangan basah macam nak bersalam dengan mak mertua (dulu la)..pehh.rasanya banjir jugak dalam kereta tu dengan peluh wangi ai ni.


2. banyak sangat memikir.kadang kadang teringin jugak nak bawak keta,nak nak time encek ejang outstation ke..tapi bila nak bawak tu,macam macam imaginasi keluar.aku asek pikir,"ehh..lepas ke aku lalu jalan tu?", "lepas ke naik bukit?", "nanti terundur aku hentam kereta orang pulak", "eh,macam mana nak berenti kat simpang tu?", "berenti kat trafic light?", "tengah drive budak budak buat perangai?"...err.takut.takut.


3. tak reti nak budget.maksud aku kat sini,kalau reverse dah terkena pagar rumah ke belum?ada budak tak melintas kat belakang? takpun masa bawak kereta,nak berenti kat trafic light or etc..takut sedap hati je hentam kereta orang.tepi plak takut bergesel dengan pasu bunga hiasan tengah bandar,takpun takut tayar ternaik atas divider.pehh.


4. terlampau cuak sampai salah tekan/tarik.ada sorang sahabat bercerita,memula dapat lesen dulu dia try bawak kereta husband dia.tengah tengah drive,si husband suruh masuk simpang kanan,sebab terlampau cuak,dia tekan wiper.nak tekan signal kiri,tarik lagi wiper.nak tekan minyak,dia tekan brek.pastu apalagi,kereta belakang hentam blakang la bai.terus taknak drive.okay.aku jadi lagi cuak.series.


5. takut dengan kenderaan sekeliling.korang pernah dengar tak kebanyakan kereta eksiden adalah berpunca dari kenderaan lain.aku pernah mengalaminya.dengan lori tanah depan Kompleks Teruntum wa cakap lu.berpusing 150° kereta kakak aku.kemik pintu kat belah aku duduk.pehh.phobia.phobia.pehh.


6. takut mengganggu lalulintas orang lain.yang ni pun aku pikir jugak.sebab co-pilot macam aku ni suka sangat makihamun pengguna jalanraya yang buat masalah macam tak bagi signal time nak masuk simpang, bagi signal kanan tapi masuk simpang kiri takpun tak ke mana pun,saje nak bagi signal..Bukan apa,aku takut bila aku drive aku terbuat masalah yang sama macam tu..hehe


7. serik kot.aku pernah bawak seblah encek ejang.masa tu zaman belum bertunang.dia tau aku baru dapat lesen.saje nak test la ni.aku bawak,lambat masuk gear.terus dia bising."kaki dengan tangan kena sama laju!". ok.gear kedua.masih tekan lambat. "laju!laju!" ok.dengar.gear ketiga.masih berkeadaan sama lagi. "ko ni,jangan lambat sangat boleh tak?mati la gini nak bawak kereta kat jalan besar!". ok.fine.aku berenti je kereta.dah taknak bawak.


8. takut jahanamkan kereta orang.yang ni pun alasan konkrit.takut plak aku terlanggar, terhentam, terjahanam dan segala perbuatan ter- yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kereta.memang adat la orang baru nak drive langgar itu ini kan,tapi ni kereta encek ejang derrr.walaupun husband,kalau dah sampai tahap tercabut itu ini,tak ke kena ganti balik?kena ganti satu hal.kena bebel?..arghhhhh


9. takdek self confident.yang ni paling kuat dan utuh.


rifdi masa umo 14bulan.
tengok,macho & confident je pegang stereng.


eh.tapi jangan ingat aku langsung tak pernah bawak kereta.kebanyakannya aku bawak secara tak sengaja.maksud aku,bukan sedang tido tetibe bangun amik kunci kereta dan bawak.bukan.


aku pernah bawak time :


1. member nak ambik barang tapi parking kat tepi jalan sebab parking penuh.tetibe kereta yang sedang parking nak keluar,takkan aku nak kuar kereta pastu lari pegi panggilkan member suruh alih.tarik nafas panjang panjang,pastu nekad bawak.sudahnya masa pusing semula nak amik member dia tanya "awak ni pandai bawak gear 3 je ke?".dah nak buek camno?masa belajar cikgu ajar sampai gear tu je.hehe.


2. keadaan yang sama macam di atas,dengan kakak aku di bandar kuantan.dia nak gi tukar barang kejap,parking takdek,so stop jap kat tepi kereta yang sedang parking.sakit tak hati kalau tahap dewa punya kena hon suruh alih kereta.maka nampaknya kena la bawak keta pelan pelan carik parking tempat lain.aku port kat pokok pastu call si kakak, "wehh.kereta dah alih kat tepi pokok ni.cepatttt datangggg!!!"


3. keadaan yang sama jugak dengan cerita ceriti di atas tapi kat shopping complex kat kajang.kali ni situasinya encek ejang dan sahabat pergi masuk shopping complex,abang ipar patah tangan plak pergi recce kedai kedai berdekatan,tinggal aku sorang dalam kereta.kereta depan dah kuar parking,kereta yang aku naik plak dekat tempat bukan parking.nampak bodoh kalau aku tak pergi parking kat situ.so,dengan machonya aku pun masuk kereta, tekan cluth, masuk gear, tekan minyak..sekali berdaung bunyi.okay.aku lupa lepaskan handbrake.nasib orang tak ramai,cuma sorang awek je ada.tu pun dah rasa muka dah tebal macam tayar lori kontena..


4. member pelawa bawak kereta.eh,okay je.takdek masalah aku bawak masa tu.kat simpang pass jer.sekali masa nak masuk parking cemas nak langgar staff jabatan lain.huhu


5. bawak go-kart.eh,itu pun kereta kan?aku bawak masa kat Genting.tu belum campur bawak kereta langgar (bump car) kat funfair.tak terkira banyak kalinya..hehehehewww


bawak ni over-confident plak.pelik kan?
ha.menarik bukan?
aku tau perlunya dan pentingnya kena drive kereta,nak nak time emergency macam hal hal kemalangan ke,pastu nak anta anak anak ke sekolah ke hape ke..aku tau kepentingan tu.tapi maybe sebab time ni encek ejang ada lagi,tu yang manja sangat gayanya asek nak kena berhantar berambik bagai.


tapi encek ejang kata one day dia akan belikan kereta auto.taklah cuak sangat kan.tapi bila tu ye?aku tunggu je.


dan motif aku cerita ni,sebab lesen aku dah mati bulan 2 aritu.sampai sekarang aku tak renew lagi.eh,takpe ke?


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

8 comments:

  1. aku dgn kejam bile baca tajuk dlm ati berkate...
    dh mmg ko tade lesen tu psl la ko x drive...


    ahahaha..boleh gitu?
    kejam kan..
    so now aku dh tau nape ko x drive...

    senang kacang ngan yin jela wehhhh bawa kete ni...
    kurangkn rase cuak dan takut anda...

    pesanan free dari akak JPJ x diiktiraf...

    hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.
    itu memang tak dinafikan lagi.kalau tade lesen mmg takbleh drive.

    tapi aku ada lesen.
    sangat penakut.naik space shot 2-3kali takdek plak takut.

    ReplyDelete
  3. alin rase pon klo alin ade lesen blom tentu brani drive.keh3

    ReplyDelete
  4. eh?ada jugak yang penakut rupanya.hehe.abih tu,selama ni alin naik motor jeke?

    ReplyDelete
  5. haha...serius dd x drive....memang tgk muka x percaya sbb muka gengster wooo

    shida sebenarnya pun sama lousy driver, srius. bab jahanamkan kereta num 1 but still i keep driving until now. nak tau kenapa sbb kita kena lawan perasan takut tu.

    ms shida mula2 drive atau ms langgar motor atau langgar pagar smpi kemek dan bercalar kereta (parents la). memang tobat x nak drive tapi mama paksa dan paksa, lepas tu paksakan diri smpila sekarang shida drive g mana2. serius try

    shida paham perasaan orang yang fobia memandu sbb shida dan family shida pun ramai yang ada penyakit tu...tapi kalau dd x start, u wont drive forever :)

    ReplyDelete
  6. haha.thanx shida for ur advice.
    bila dengar org cakap camni,mmg rasa boleh je bawak.

    tp bila dah mula nk try drive tu..pehhh.rasa dada nk meletup.pehh..peluh jangan citer la.

    gangster?hahaha..mmg kelakar.

    ReplyDelete
  7. tu la....muka je legend!...hahaa

    kalau tak berani, tak payah nak paksa-paksa diri. bukan sahaja akan menyusahkan orang lain, tapi menyusahkan diri sendiri.

    Turut susah hati encik ejang...heheeh

    ReplyDelete
  8. muka legend,tapi hati kiut.aihh..

    kemon la.memang itu sebenarnya.tanak susahkan suami yang tersayang.hehe..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...