Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

17.4.14

tutorial tudung ala yuna bella


"kami bergaya ikut kemampuan"


kemain tagline kan.
mula mula aku tak paham jugak,apesal semua awek up gambar semua bagi ayat tu ek?aku kan bangsa kapalterbang delay.semua hal taktau.

internet hari hari hadap tapi tetap tak tau.entah apa yang aku hadap pun aku taktau.

ok.sekarang trend tudung bawal pakai ala ala fareeda.ada kerongsang dan ada lipat lipat comey.patutla diorang kat bergaya ikut kemampuan,rupanya ada kes ek dengan admin fareeda.macam macam la korang.nasib ada adik yuna bella bagi idea kretip kat akak akak yang mampu beli bawal dengan shawl rm5 ni.mihmihmih.

semalam up gambar seperti di atas kat facebook,aku terima 79 likes.pastu siap whatsapp/pm nak tau tutorial camne nak pakai gitu.kahkahkah.i follow yuna bella je.nah.aku bagi seketoi dua contoh.




comel jugak kan.haha.tak pasal pasal aku pun terjangkit tudung begini.okaylah.banyak sikit style.ni asek shawl/pashmina je.bagi la kelainan sikit.

sebab geng aku pakai bersama sama semalam,tak memasal terjadilah sesi photoshoot akak akak pejabat pagi semalam.jangan ingat takde keje.kat opis pun kena ada masa bermain jugak tau.eceh.





15.4.14

tips : menghilangkan kesan kotor pada perabot putih

rasanya ramai kot yang pakai perabot rumah yang berwarna putih.biasanya kalau ada anak anak yang tahap kreatif dia tinggi,pasti perabot rumah korang dah ada corak baru hasil tangan diorang.kan?kan?

takpayah nak panjang sangat membebel.okay.straight to the point.


almari bilik anak aku ni memang selalu la jadi whiteboard.nak marah karang memang buat sakit perasaan je sebab bukan paham pun.

so,solution dia adalah..

1. kain lap
2. losyen (tak kisahla brand apa)


aku pakai losyen bodyshop white musk.banyak lagi tak habis,so aku guna buat cuci perabot.haha.sebab perabot ni jangan biasakan cuci pakai air.cepat rosak.

apalagi,bila dah cukup bahan tu start la sapu losyen tu pada tempat yang kena conteng / kotor di perabot tu.senang je sebab licin.so,nak sental pun takde la sakit hati sangat.

hasilnya :


perabot kembali bersih dan putih.
serta wangi.

sekian.

3.6.13

Mum's Pure Love



haaa.cantik tak header facebook titewww?

ok.siapa taktau,facebook ada something yang menarik.




ha.emak-emak yang feeling nak free facebook cover design cantik macam i punya yang atas tu,boleh la klik sini :



lepas tu follow je instruction sampai siap cover design.



dia bagi 4 pilihan template.semua comel-comel sampai taktau nak tangkap yang mana.last-last pilih yang ada rama-rama sebab feel wangi kan.



dah masukkan gambar nanti,sila tulis caption paling best.
lepas siap nanti, dia mintak korang penuhkan details ni pulak.



dan invite pulak sahabat handai yang ada dalam contact fb untuk join the app.tak rugi kan?
sambil join sambil buat amal jariah.


ha.best tak?best tak?

ohye.don't worry okay sebab kita tak payah beli apa-apa pun untuk join app ni ye.just join,having fun dan buat amal.winners will be awarded based on the number of friends who end up as users for the apps ye.jadi invite la kawan-kawan yang dipercayai rajin mencuba app ni.hahaha.

actually i don't care.i suka sebab feel cover design dia sangat cantik.dan sangat motherly loves.oh.boleh gitu??

ok para ibu.cepat join sebelum tamat tempoh.sampai 9 June 2013 sahaja.
klik sini ye kalau nak cuba.




sila LIKE sekarang!

18.2.13

Tutorial : Masalah Dalam Facebook

aku kerap didatangi soalan oleh officemate/member rapat pasal facebook.antaranya ialah :

1. camne nak blah dari page yang annoying
2. camne nak blah dari group yang diorang sendiri taktau bila masa join group tu
2. camne nak buat kalau menyampah sangat dengan kenalan ni.nak remove/block takut berasa hati.


ok.aku ada penyelesaiannya.memang rata-rata yang tanya aku ajarkan.so,sekarang tibalah masanya aku share dengan korang semua pulak.

are you ready guys?
yes.sila klik tab di atas dan bukak fb memasing.dengar perintah.


1. Remove dari page yang annoying

Kadang-kadang,dalam tak sedar kita mudah sangat nak tekan button "LIKE" ni.sampai tak sedar yang kita tekan button tu button LIKE page.lepas tu sedar-sedar bila on fb mula la update dari page tu keluar menderu-deru sampai sudahnya kita sendiri jadi annoying.don't worry.sila cuba langkah yang sangat mudah ni.

a) Pergi ke page yang korang nak remove tu.Carik butang Liked tu.


b) Nampak tak button Liked tu?soalan memang berbentuk setannirrojim.


c) Klik Liked sampai jadi macam di atas.klik Unlike.
d) Settle.lepas ni takde dah update dari page ni.



2) Remove dari group

Yang ni la paling sakit hati dan jiwa raga.mudah sangat kena add dengan orang,suruh join group yang bukan-bukan.suruh join group MLM la,nak cepat kaya la.ini semua poyo!

paling menyampah sebab semua update dari orang lain kita kena baca.sampai penuh notification box angkara update dari orang lain.sakitkan hati tu?..ini semua poyo!!

ok dah.mari kita remove group pulak.senang jugak.

a) Pergi ke group yang menyampahkan tu.Carik butang macam skru ni.



b) Jumpa? Sila klik butang skru tu. kejap butang,kejap skru.apo kono eh jang?



c) Akan keluar box ini.harapnya korang tick la button untuk prevent orang re-add korang ye.dan sila klik leave group.

d) Tadaaa!. Siap.lepas ni takde dah group ni dalam profile korang.hoyeah!




3) Taknak follow kawan yang annoying tu tapi taknak remove/block friend dia sebab takut dia sedar dan kecik hati

amboi mak panjangnya tajuk.bukan apa,senang nak explain.kalau dah paham,sila lakukan tugas seterusnya.yang ni banyak sikit kerjanya.

a) Macam biasa.sila pergi kat nama kawan yang anda yang anda rasa takbleh blah dengan status/segala maknenek update dia.



b) Pergi ke button Friends tu.klik.



c) Bila klik akan keluar box ni.Sila klik settings...



d) Dah klik settings... mesti akan sampai kat sini.ada option.Klik la only important.sebab itu je option yang ada.hahah. sumpah tak klakar.


e) Bila dah settle yang tu,klik pulak option untuk soalan What types of updates?
Yang ni terpulang pada korang.macam aku,aku tick Comments and Like je sebab at least bagi la dia komen atau like status korang.

f) Kalau dah klik,maka settle la kejenya.maka,boleh la online fb tanpa rasa gangguan dan tekanan dari orang/page/group yang annoying.bahahahah!


---------------------------------------------------


so,settle la masalah korang semua.harapnya korang paham la pelajaran hari ni.selamat mencuba!ewah.








٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

25.2.11

berblogging di mana mana menggunakan hp Sony Ericsson Z610i saja!

eh,menjadi jugak la berblogging guna sony ericcson aku tu ye.rujuk entry ini dan entry ini.
haha.pasni aku tak risau la kalau blog tak berupdate.silap silap sehari aku akan update blog sebanyak 5kali mengikut waktu solat.walaupun dah jahanam macam haram namun henpon ini mampu memberikan servis terbaik untuk tuannya.


sayangku yang bergetah,akan ku tukar bajumu selepas ini.
mungkin jugak aku akan mengupdate waima ketika berak pun,sebab aku pun tak paham.kenapa kadang kadang ilham dan idea untuk mengupdate akan keluar time aku mandi,berak juga,time nak suap makanan,time lipat kain pun menderu ilham keluar..tapi bila dah hadap keyboard dan monitor..tekan new post,pastu tercengang cengang,apa aku nak tulis?apa yang aku nak taip?camne nak mula?


but now,kalau aku nak pergi berak,dah bleh bawak henpon ni.cuma pergi kat gambar kita nak,select dan akan ada pilihan sama ada nak send as mms ke,as email ke,to blog atau via bluetooth.pilih je to blog dan aku boleh berblogging dengan senang lenang.dah siap berkarya,akan bleh terus send.tunggu loading,dan dahh.berjaya sampai ke blog anda.charge cuma rm0.50.


sebelum tu,kalau kali pertama berblogging,diorang akan hantar mesej yang berbunyi begini (walaupun takdek bunyi).contoh yang aku dapat :


to edit your blog,use your compurter to go to this page : http://go.blogger.com/ Claim token (type of password) : WMTJDWTWD Blog Address : http://lotlaw155.blogspot.com/


so,bila dah hadap pc/laptop korang tu,jangan malu dan segan la nak buat macam yang disuruh tau! pastu diorang akan tanya sama ada korang nak teruskan dengan URL baru tu ke atau nak terus masukkan dalam blog sedia ada.pilih dan lepas tu..TADAAAA!!


blog korang dah siap dengan entry baru yang korang tulis time berak tadi.bahagia tak?


pastu kalau rasa nak bezakan antara entry pakai henpon ni atau denga pc/laptop,korang buat la inisiatif sendiri.macam aku,aku bezakan melalui tajuk entry la.kalau ada simbol itu tandanya aku pakai henpon aje lah.tak susahkan?


hehe.tapi tu la.aku ingatkan kalau update blog pakai henpon aku tu akan keluar
powered by SonyEricsson z610i (lambang).*koya la mana tau macam pakai blackberry ke, iPhone ke..*
tapi hampa sebab takdek.heh!


notakukukaki : maafkan aku kerana entry kali ini menggunakan ayat kurang sopan.ampun!


dush!

POPULAR POST