Showing posts with label dapurkakdd. Show all posts
Showing posts with label dapurkakdd. Show all posts

1.10.18

Tauhu Begedil


Aku selalu la nampak tauhu begedil ni lalu lalang kat wall fb dengan ig. aku kalau bab tauhu memang takleh tolak. pulak dengan begedil. aku bleh makan nasi dengan dua lauk ni je. tanpa kompromi. ni pulak gabungan kedua duanya.

so bila kawan aku tanya kat whatsapp minggu lepas, dia tanya aku nak tak tauhu begedil?
ibarat aku tengah ngantuk disorong bantal la jawabnya. 

so, tadi sampai la pesanan aku masa kat opis tadi. elok pulak pagi tadi aku tak menyinggah tapau kat mana mana. memang mengundang sangat la makanannya.






sekali hadap je sebekas ni. maaflah. memang spesis hantu makan. dan sebab aku rasa macam tak cukup, aku google la bagaimana kaedah pembuatannya. ternyata mudah dan hanya memerlukan kerajinan. jeng jeng jeng.




harapnya aku rajin. haha.

pastu siap google jugak bahan untuk sos dia. jomla kengkawan. marilah kita merajinkan diri.


BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

6.6.18

Sambal Hitam

{resepi sambal hitam versi jerantut}

sebelum ni aku pernah share resepi sambal hitam. Tahun 2014 dulu. kihkih.

Tapi resepi tetap yang sama cuma masa tu tak pulak aku tunjuk satu satu camne masak dia. kawan aku ramai beli pes belimbing buluh yang dah siap rebus dengan aku (aku tolong orang je weh). tapi rupanya ramai taktau sukatan.

sekali siap semua pakat tanya aku, kenapa masin sangat. kenapa masam sangat.
kenapa kering. kenapa kenapa.

mintak details sukatan memang aku tak reti wey. sebab aku main campak campak sesedap rasa. kalau bilis segenggam, aku letak la lada kecik dalam 10 bijik. Lada pun tengok jugak..kalau jenis kepedasan melampau letak 5-6 bijik dahla. bawang besar letak la 2 bijik. manis manis bawang tu penting.

baru ni aku buat sempena Ramadhan. mehla tengok kekdah dia.

anggaran camni laaa.

macam biasa, aku suka bilis tumbuk dan lada tumbuk.
blender pun boleh tapi sebab hasil dia nanti terlampau lumat. i is not okay. i suka ada bilis kasar sikit.

tuang minyak 3 sudu - tumis bawang sampai agak layu
masukkan lada (gambar lupa nak ambik) - masak sampai betul betul masak
masukkan bilis yang siap ditumbuk tadi. gaul seadanya.
masukkan belimbing buluh rebus.
ok part ni tengok betul betul ekkk


macam yang aku masak ni, aku pakai 2 sudu belimbing ni tau.
2 sudu je. sebab pada selera aku, aku nak ada rasa masam masam belimbing tu.

masa masak ni, kalau rasa taknak kering, tambah la minyak lagi 2 sudu. nak basah basah.
kalau kering sangat nanti, sambal jadi macam lerai..aku kureng sket.

kena masak lama jugak tau. jangan main suka hati dah masak tutp api. no no no.
kecikkan api dan gaul dalam 20-30 minit. jangan sampai hangit.

dan paling penting, jangan pandai pandai nak isi kicap atau garam.
mentang-mentang sambal hitam, jangan hitamkan pakai kicap. lari rasa dia okay. garam pun tak perlu unless kau memang kuat masin.

dah agak confident, boleh la tutup api. biarkan dulu menyejuk, baru simpan dalam bekas.



tadaaaa.
makan nasik dengan telo mata tuang bawang tuang kicap, bersambalkan sambal hitam pehhhhhhh.


selamat mencoba.

POPULAR POST