Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

21.1.19

Back To School

Tahun ni nampaknya 3 orang dah anak aku sekolah rendah. Rifdi dah darjah 5, haifa dah darjah 3 dan hasya pun dah darjah 1.

semua senang. pagi-pagi bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. eh anak aku mandi la. kali ni aku suruh mandi air sejuk tu je, azam ibu malas masak air panas tahun ni. kitakan dah ada Cuckoo. ha tetiba.

every year memang ibu akan gigihkan snap gambar sebelum ke skolah.
gigih ke idokkk?

so sekarang senang, semua masuk sesi sama dah kan. Rifdi & Haifa sebab dah biasa so diorang steady je. Hasya pulak bila tanya nak ibu hantar tak? dia cakap takyah laaa..adik tau la nak carik barisan macam mana. ha kau. senang cerita ibu dia kan.

so memang aku tak jenguk jenguk dah anak kat sekolah. pada aku takpelah, pandai pandai kau la nak. kalau ibu ada pun nanti tetiba dia akan jadi kememey. tau tak kememey tu apa? manja tetiba pastu semua menda tak reti. hah, nyampah pulak aku nanti. haha.

so time rehat tu tetiba member sorang ni hantar gambar budak comel sorang ni.






dia rehat sorang je weh. haha. memang steady la budak sorang ni. anak ibu sangat. haha.

pastu tak cukup sorang. ada 2 lagi member hantar gambar dia.





hahaha. alhamdulillah, Hasya anak yang berdikari. Senang ibu dia kan. Semoga Hasya terus jadi murid yang berani dan berdikari. Mudah-mudahan anak anak ibu melangkah ke sekolah hari ni dan seterusnya dengan penuh semangat dan berbekalkan keazaman untuk berjaya di dunia dan akhirat.

fuh..tua dah mak kau.



30.11.18

November Babies : haifa #37 & rifdi #70

Kisah 1


11 November hari tu birthday Haifa.





8 tahun dah berlalu. Tapi tak pernah lupa moment nak bersalinkan budak bertuah ni.
.

Dahla 10 bulan seronok duduk dalam perut. Pastu pagi 11 Nov 2010 tu ibu plan nak pergi makan hotcakes McDonald's kat Teluk Cempedak tapi time tu la rupanya dia nak keluar. Berkejar abah awak tolak ibu naik wheelchair sebab masa tu bukaan dah 5cm.
.

Happy 8th birthday Norhaifa Rafissa. You're my first princess, and I know you're always be the best for your siblings and ibu abah. Ibu sentiasa doakan yang baik-baik untuk kakak. Love youuuu ðŸŒˆ

Tengok gambar lama rindu pulak zaman 'stylo' tak kira tempat Haifa tu

#haifarafissa #haifarafissabirthday #11nov





Kisah 2

28 November tu pulak birthday abang Rifdi.



Norhaflan Rifdi dah 10 tahun hari ni.

Happy birthday Abang ðŸ’•

Ibu taktau dah nak wish apa sebab dalam doa ibu memang tak putus putus mendoakan abang agar dikurniakan kesihatan yang baik, dipenuhi sifat mahmudah dalam diri, dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang diceburi. Dunia dan akhirat.

Thank you for being such a great son. You are loved, today, tomorrow and always.

#haflanrifdi #haflanrifdibirthday #10thyearsold #son#myson #thefirst



Kisah 3

Disebabkan ibu dengan abah dia takde budget yang besar, maka kita celebrate sesama kami jela. secara kecil-kecilan.


donut filling order dengan Ain Malambotnonut.

13.8.18

isu LGBT

Seriously, antara isu semasa paling terkesan untuk aku sekarang adalah isu LGBT.
Terang-terangan aku diajar hal HARAM ni dari kecik, entah apa silapnya ada pulak golongan yang memperjuangkan hak transgender ni?

kamon la. bala turun bukan pada ko sorang, tapi pada satu dunia okay!

dulu ada golongan maknyah dengan tomboy/pengkid ni, aku taklah amik port. isu macam ni sangat sensitif nak dibahaskan. sebab pada aku, HARAM tetaplah HARAM. kita tak boleh mempertikaikan hal ni.

tapi bila isu tandas diusik, aku dah seram. aku ada anak anak yang meningkat dewasa. tak ke celaka bila nyah masuk tandas perempuan masa anak anak aku ada. aurat dia tetap jantan! anak aku perempuan!


naisss


siapa la bodoh create signage ni

yang nyah dan tomboy tu buat hal dah la satu hal. ni yang sibuk pertahankan hak ni..aku tak paham kau dah kenapa sokong sangat diorang? ada masalah hormon ke?



Paling teruk, merisikokan wanita. selama ni wanita dilindungi siap ada coc lrt untuk wanita. tapi sekarang sebab pemikiran terlalu terbuka, benteng dah takde.

nih, aku bimbang new malaysia akan datang jadi kotor dengan kaum tak sedar diri ni.


(from Tumblr)

Nuh uh 

.

😣 yuckkkk!


tapi ni la paling menjadi kerisauan sekarang.


"ALLAH. LINDUNGI KAMI INSAN YANG TAKUTKAN BALASANMU YA ALLAH".

1.11.17

Fantastic Four

Aku rasa lama gila kot tak update gambar anak anak aku kat sini.
Memandangkan dah 4 orang, aku rasa agak penuh jugakla memori phone aku ngan muka diorang ni.

Baru ni #Bajet2018 bleh plak PM umum kata cuti bersalin penjawat awam up jadi 360 hari.
Balance aku dulu ada lagi 50 hari so tambah la lagi 60 hari.
50 + 60 = 110 hari.

Yayyy! Boleh tambah lagi 2 dey!

(gambar tak ikut susunan. random je aku klik)














kalau ada rezeki, makin penuhla memori henpon aku.
hahahah..insha Allah.

13.12.16

Hasya #17

semalam sedang aku suap riyadh makan, ejang panggil anak anak dia untuk manicure pedicure. ewah sangat. ikut turn la. mula dari rifdi, lepas tu haifa, dan hasya.

masa orang lain punya perbualan tu aku tak ambik kisah sangat. tapi masa hasya punya turn tu.

abah : ni anak siapa niiii? (soalan gurau macam biasa)
hasya : anak abah!
abah : yekeeee? muka macam ibu je? (saje menyakat lagii)
hasya : taknak macam ibu. muka mengarut!


ok. mak sentap!
bai. 👋




7.9.16

chaotic kiddos #15 - belajar mengaji

Alhamdulillah, tiga anak aku tu semua dah pergi mengaji. rifdi aku hantar sebelum puasa hari tu. haifa dengan hasya pulak lepas raya. saja nak test tengok rifdi macam mana. ustazah pun tanya tanya adik dia bila nak mengaji? ehek ehek.

tempat mengaji dia tu rumah sorang akak ni, kat taman perumahan masa aku menyewa dulu. sedang elok rumah dia dekat dengan surau yang selalu ejang pergi, so mudahla sikit laluan pergi balik budak ni. lepas tu diorang ngaji guna Iqra'. memang aku belikan 1 set sorang. takyah pinjam gilir-gilir dah. biar masing-masing dapat belajar dengan fokus dan tekun. ewah.

lepas tu ustazah pesan kena ada buku latihan kotak kotak yang besar tu, dia nak bagi menulis huruf masa bebudak ni tunggu turn mengaji. so ada alasan tak bagi bebudak ni main la masa orang lain ngaji.

baru ni masa aku pergi jumpa ustazah untuk bayar duit ngaji, sempat la borak borak dengan ustazah. macam mana dengan budak ni? boleh ke ngaji? - sebab aku tau bebudak ni memang tak kenal huruf. kecuali rifdi la sebab dia dah sekolah.

rifdi okay kata ustazah. menulis pun rajin. dah nak masuk Iqra' 2 dah gayanya. kalau kat sekolah pun rifdi dah Iqra' 3. so alhamdulillah. moga moga tenang hati dia dapat belajar ngaji.

haifa slow sikit. dia bukan tak boleh ngaji tapi dia jenis confuse. dia ni peel kuat menghafal. kadang tu dia baca bukan sebab dia tau baca, tapi dia dah dengar orang lain baca so dia ingat. dia hafal. menulis huruf okay, kemas, cantik. cuma bab mebaca la ustazah risau sikit.

hasya pulak ustazah cakap dia cepat tangkap apa ustazah ajar. jenis mudahla. tak kenal huruf tapi bila ngaji dia dapatla blajar sekali tu huruf apa. baca macam mana. tapi bab menulis memang out. dia bukan jenis boleh menulis diam diam. kejap kang kata dek ustazah tau tau buku dia orang lain tolong tuliskan. hahah.

ustazah siap cakap dia nak tengok siapa yang habis dulu Iqra' 1. ustazah janji nak bagi hadiah siapa yang naik dulu. hahaha. ustazah pun kemain sporting dengan bebudak ni. terima kasihla sebab sudi ajarkan bebudak ni. aku memang tak mampu kalau dah alif ba ta pun diaorang tibai baca jadi alif-bai-tai..fuhh. mencabar ajar anak mengaji ni. memang kena serah tugas betul.


takpelah. nama pun belajar. mudah-mudahan dipermudahkan la untuk mereka naik Al-Quran pulak lepas ni. insha Allah.


muka muka suci




8.6.16

Rifdi #69 : Puasa

Arini hari kedua rifdi puasa, insha Allah.
First time kot ajar anak puasa. Kahkahkah. Ibu punnn.

First day memang tak puasa la sebab aku kejut sahur, taknak bangun. Lepas tu bangun tido, nangis sebab perut terlampau pedih agaknya sebab malam sebelum puasa tu memang dia tak makan langsung, selain makan aiskrim Baskin Robbins petang tu aje. Kesian. Aku bagi nasik lauk ayam goreng masa sahur pun dia muntah balik. Sudahnya pesan kat Apok (adik bongsu ejang) pergi belikan roti coklat 10 bungkus.

Hari kedua puasa. Aku memang tak kejut rifdi time sahur. Tapi bangun pagi tu masa aku tanya, _"abang nak makan?"_
Rifdi cakap dia nak puasa. Mula mula aku ingat taknak gak bagi dia puasa, takut tak tahan. Tapi kalau dah dia nak cuba, why not aku bagi ajekan? Lapar kang makan ajelah. Puasa la dia tanpa sahur dan tanpa niat. Kwangkwangkwanggg..

Tapi memang dia kuat semangat. Cuma petang nak asar tu dia ngadu terlampau dahaga. Alah, sayangnya rasa nak bagi dia berbuka. Mak aku pun cakap, _"abang minum air. Nanti puasa balik"_
Rifdi pun minum sikit dan sambung puasa. Kehkehkeh.

Alhamdulillah, dua kali minum (sikit), akhirnya dapat gak puasa. Boleh laaa..itupun semalam abah dia awal awal belikan lego, bagi kuat semangat lagi.

Hari ni hari ketiga. Rifdi bangun sahur, dan so far takde lagi ngadu lapar ke, letih ke dahaga ke..
Harapnya dapatlah bertahan. Moga moga dia kuat semangat sampai ke hujung Ramadhan. InshaAllah.


posted from Bloggeroid

28.1.16

chaotic kiddos #14

Malam tadi dua kali airmata aku bergenang , tapi berbeza situasi.


Lepas siap masak, makan makan..aku terus tak larat nak buat apa dah. So rehat, berlunjur atas katil dalam bilik. Sekali rifdi datang bawak beg sekolah. Dia carik ibu dalam bilik nak buat homework punya pasal. Dia kata,

"Takpe. Ibu rehat laa, abang buat kat sebelah ibu ni. Ibu tunjuk je"..

Alahaiii anak den. Merembes airmata jantan ibu ni haaa..









Ejang keluar ngeteh dengan alang. Rifdi dah siap buat homework, so dah waktu main dan lepak tengok tv dengan adik adik. Aku perasan dia makan calsi-yum dengan Hasya. Aku pulak still dalam bilik, kemas kemas baju untuk pakai hari esok.

Lepas tu aku dengar macam bunyi air kena jirus atas lantai. Pastu senyap. Bunyi lagi. Aku pun jenguk ke ruang tamu.

Sekali aku tengok.. Haaaa, banjir dari ruang tv ke dapur. Hasya pulak tengah sibuk mengemop lantai. Hasya cakap kat aku, "adik tolong ibu mop lantai. jaga..licin ni.."..sambil sengih sengih.







Rupanya calsi-yum yang dia makan tumpah! Hadoiiiiii..bertuah sangattttt.

Bergenang lagi airmata jantan ibu!
posted from Bloggeroid

27.1.16

hasya #16 : makan 3hari 3malam sempena birthday yang ke4 tahun.

aku pun tak sangka entah berapa kali ada makan makan (family) sempena birthday hasya ni. sebab masa birthday dia Selasa *19 Jan tu memang aku bawak diorang pergi Marrybrown. saje sebab macam tak best aje kan birthday tak bawak tempat makan yang best (walaupun hujung bulan).


jangan pegang kepala sangat la bangg..


so hari gaji *21 Jan tu pergila makan malam special. konon nak carik western, so pergila D'Nyiru. sekali sampai kat kedai tukar menu. haha. birthday girl nak nasi dan ibu dia terliurkan tomyam kelapa.

gila tak terliur? ketam, udang, lala, sotong, udang semua ada.
phewww.

lepas makan terus ke Secret Recipe. birthday takde kek ibarat berak takde air.
eh, tak kena sungguh perumpamaan.



birthday girl sudah ampat taun maaa..
.

eceh. bergambar aje lebih. sebenarnya tapau aje kek.
tapi kek tu pun bukan potong malam ni sebab semua orang dah kenyang kan. maka, esoknya Jumaat *22 Jan baru potong kek time dinner. kira takyah makan menda lain dah.

kan jimat. haha..

best kek ni. kek baru kot.
Chocolate Au Lait



birthday girl nak hadiah ni aje.
set pistol. haha.

ha kan. kemain birthday dia punya makan.
sampai tiap tiap malam makan sedap aje. tau la dia seorang pemakan. hehe.

POPULAR POST